DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 12 August 2015

PERMAISURI HATI BAB 16



PERMAISURI HATI  BAB 16

Dokumen-dokumen di atas meja kubiarkan sepi. Fikiranku berkecamuk. Hatiku bercelaru. Hembusan penghawa dingin pejabatku ini gagal meredakan rasa yang terpendam di jiwa. Aku tidak tahu pada siapa harus kukongsi rasa perit di hati ini. Kejadian di rumahku tiga minggu yang lalu terlayar kembali.
Aku seolah-olah kebingungan dengan apa yang diperkatakan Rafael waktu itu. Benarkah Rafael sebaik dan sejujur itu? Sungguhpun dia sudah lama tahu kekuranganku ini, dia masih mahu memperisterikan aku. Ikhlaskah kata-kata yang meniti di bibir Rafael?
Seraut wajah terkilan Rafael menjengah ruang mindaku. Rafael begitu kecewa bila aku hanya membisu sehingga dia pulang bersama Era.
Sudah tiga minggu juga aku tidak bersua muka dengannya.Rafael berada di Thailand atas urusan kerja. Ah! Entahlah..hatiku masih keberatan untuk menerima dia.
“Puan, Datuk Rafael on the line!”. Liza bersuara. Aku tersentak.
“Okay!”.
“Bashira!”. Sebaik sahaja suaranya menampak telinga, talian kuputuskan. Berhari-hari, tidakkah lelaki yang seorang ini jemu menelefon ku di pejabat. Setiap hari pasti kejadian yang sama. Rafael menelefonku dan talian aku matikan setelah mendengar suaranya menyeru namaku.
Aku belum kuat untuk menghadapinya.
“Lina!!”.
Aku membetulkan duduk. “Alang… what are you doing here?”.
Abang Hasif menarik kerusi dan melabuhkan punggung. “I was shocked. Terkejut sampai rasa nak mati”.
Huh! Kening kuangkat. Amboi! Ayat macam nak kena tikam dengan along je. “Kenapa ni? Jumpa hantu kat pejabat ke?”.
“That Rafael proposed you. Alang baru tahu tadi je”.
Mukaku berubah. “So?”.
“Patutlah muka dia keruh semacam masa Alang jumpa dia hari tu. Dia ada masalah rupanya”.
“Alang.. Lina tak nak cakap pasal ni. Kalau Alang datang semata-mata nak cakap tentang Rafael. Baik Alang pergi je.Lina tak ada mood nak cakap pasal tu. Fikir pun Lina tak mahu”.
“But..you still think about that, right?”. Tebak Abang Hasif.
Aku mengeluh. “I just don’t get it.. Alang, Lina rasa semua tu tipu. Look..all of this are nonsense. Kami baru kenal je dan tiba-tiba Rafael buat Lina macam ni. And please don’t talk about love. I don’t believe it. Impossible”.
“Those impossible can be possible if we know what destiny really means, right. Rafael sayang Lina”.
Aku kaget. Kupandang Alang yang tenang meluah kata. “Alang datang sini nak pujuk Lina supaya terima dia ke? Rafael hantar ke?”.
No.. He is not but then yes..I’m here because I want you to accept him”.
Aku menggeleng.
Abang Hasif meraih tanganku dan digengam erat. “Alang tahu Lina masih tak kenal Rafa atau mungkin juga tak pernah cintakan dia. Tapi semua tu boleh dipupukkan. Percaya cakap Alang. Rafael lelaki yang baik. Alang dah bertahun kawan dengan dia. Apa yang buat dia sedih dan gembira, semua tu Alang tahu. Cuba buka hati Lina untuk terima dia. Rafael dah lama ada hati pada Lina”.
Aku tergelak halus. Ayat terakhir Abang Hasif memang tak masuk akal. “That’s not even funny Alang”.
“Betul, dia dah lama ada hati pada Lina”. Tegas Abang Hasif lagi tapi aku enggan percaya.
“Alang…Alang tahu apa masalah Linakan”.
“Tapi Rafa tak kisahkan. Tak semua orang tak gembira kerana tak ada anak. Kerana cinta, manusia mampu hidup bahagia berdua saja, Insyallah”.
“Semua ni terlalu cepat. Lina takut Lina akan kecewa akhirnya. Lina tak sanggup nak hadapinya. Cukuplah sekali”.
“Lina…Alang faham. Tapi Lina juga kena fikir tentang Haikal. Dia masih kecil Lina. He needs a father. Betul, Lina ada untuk dia. Tapi budak kecil perlu kasih sayang kedua-duanya. Era pun perlu seorang mama yang boleh dia jadikan tempat untuk kongsi cerita, zaman kanak-kanaknya”.
“Era okey tak kat rumah tu?”.  Soal Alangku lagi.
Aku angguk. Rafael meminta aku menjaga Era selama sebulan ketiadaannya. Mulanya aku enggan tapi melihat wajah mulus Era, hatiku bersetuju. “She’s okay. Era dan Ekal  tu satu kepala. Dah boleh jadi geng”.
Talking about Haikal…Minggu lepas masa Nizam datang jumpa dia di apartment Alang.. He really miss his father so much. I can see it”.
Aku membisu. Nizam memang ada bertemu muka dengan Haikal tapi aku tidak turut serta. Kutinggalkan Haikal pada Alang dan balik ke rumah.
“Demi anak-anak dan masa depan Lina sendiri, Alang harap sangat Lina boleh terima Rafa”. Pinta Abang Hasif lagi.


“ERA.. Ekal.. jangan main kejar-kejar. Jatuh karang!”. Aku menjerit geram. Pinggang kucekak dan buat muka garang. Aduh! Bising betul budak berdua ni. Pening kepala. Sudah tiga minggu, rumahku betul-betul meriah dengan gelak tawa Ekal dan Era. Sudah macam adik beradik.
“Maaf mama”. Haikal dan Era meminta maaf.
“Okay..tapi jangan bising lagi. Mama nak masak nasi ni. Nanti nak makan”.
Haikal melompat k atas sofa dan mengambil remote tv. Era duduk di sebelah. Berbisik-bisik sambil menjeling ke arahku. Hah! Tu mesti mengumpat aku.
“Mama…papa call..”. Era menjerit bila telefon rumah berbunyi. Dia terus meluru ke sudut rumah. Jam di dinding menujukkan pukul 8 malam. Memang tepat! Setiap malam, Rafael pasti menelefon Era pada masa yang sama.
Hello papa..”
“Era..mama kata kalau papa call kena cakap apa?”. Aku menegur.
“Opss..“. Pantas dia menekup mulut. Tersenyum manja ke arahku. Haikal tergelak.
“Assalamualaikum papa”.
Diam.
“Era tengah main dengan Ekal. Pastu mama marah sebab bising masa mama nak masak. Sekarang Era dah duduk diam-diam dengan Ekal. Mama tak marah lagi”. Rancak betul dia bercerita dengan papanya itu.
“Mestilah..setiap malam Era tidur dengan mama”.
Aku menggeleng. Ada-ada sahaja Era ni. Malas mahu mempedulikan dia, aku ke dapur. Sudah lewat ni. Kasihan budak-budak. Mahu kebulur anak orang! Aku menggoreng ikan dikuali. Menu malam ini simple lagi senang. Nasi goreng dan ikan goreng.
“Mama…Uncle nak cakap dengan mama!”. Haikal masuk ke dapur.
Aku berkerut kening. Entah bila Rafael mahu berputus asa. Hari ini hari pertama dia mahu bercakap denganku melalui telefon rumah. Nampaknya dia mahu mencuba nasib lagi.
“Suruh Era cakap..mama sibuk!”.
‘Tapi uncle nak cakap juga. Hal penting. Mama cepatlah..kesian uncle!”. Haikal membebel.
Dengan rasa jengkel, aku ke ruang tamu.
“Mama!!”. Era tersengih melihat kelibatku. Pantas gagang telefon kuhulur.
“Assalamualaikum!!”. Ucapku.
“Waalaikumussalam. I ingat you nak putuskan talian lagi. Macam yang you biasa buat”. Sindiran Rafael pedas di telingaku.
“Kalau dah tahu orang tak suka tu, tak payah la nak call lagi”.
“I masih tunggu jawapan you, Bashira”.
Aku termangu-mangu. Bagaimana aku mahu memberitahunya bahawa semua itu tidak mungkin. “Awak masih tak faham lagikan, Rafael. Dah berkali saya cakap, kenapa degil sangat ni. Awak tu lulusan oversea takkan ayat paling ringkas pun tak faham lagi. Saya kata saya tak terima lamaran awak. Dah la tu”.
“Era gembira bila bersama you!!”.
So, apa kaitannya?”.
“I tak mahu hancurkan rasa suka di hatinya. I tahu Era dah lama harap dia ada mama. I tahu you masih tak boleh terima I sebab you takut apa yang Nizam pernah buat pada you berulang lagikan”.
Aku mengetap bibir. Lagi-lagi Nizam.  Kalau boleh aku tidak mahu mendengar sepotong nama itu lagi.
“Tak ada orang yang tahu perkara sebenar tentang apa yang jadikan. Awak tak beritahu orang lain?”. Soalku, baru teringat hanya Rafael yang mengetahui kebenaran.
“Nope! Don’t worry. I takkan jatuhkan maruah Nizam. Bila Hasif cerita pada I tentang penceraian you, I dah rasa something not right there. Sebab I percaya kalau Nizam sekadar ada girlfriend, tentu boleh cuba selesaikan. But now, I understand, nobody can tolerate to see such a scene. I rasa kalau I di tempat you, tentu I dah bunuh dia”.
Aku tergelak kecil. “Sebenarnya saya pun nak bunuh juga. Tapi bila teringat Haikal, terus cancel. Nanti saya masuk penjara”.
Rafael ketawa. “Ehmm..kalau you kena jail, tak jumpa la I dengan you. You sangat baik, Bashira. You tak ceritakan keburukan Nizam pada orang lain even to your family. I wonder what Rehan will do if he knows about this”.
“Heh, awak pun tahu sikap Along ye”. Nampaknya Rafael ini memang rapat dengan semua ahli keluargaku.
“Kan I dah cakap, I know everything about you”.
Aku kaget. Bisikan lembut itu mengugat hati. Bagaikan hembusan cinta yang mendamaikan. Hatiku bergetar di luar sedar. Aku meneguk liur.
“Bashira…kahwin dengan I, sayang!!”.
Pegangan di gagang kukemaskan, takut terlucut. Aku terkejut dengan panggilannya. Dan entah mengapa. aku rasa mahu bersetuju sahaja.
“Bashira..are you listening?”.
Err..yes!”.Aku sedikit gagap.  “Rafael!! Tolong faham saya”
“Bashira..demi anak-anak, please terima I”.
 Aku mengeluh. Paling tidak suka kalau hal anak-anak dijadikan sebab untuk aku menerima dia. “ Kalau saya tak kahwin dengan awak pun, saya masih boleh jadi mama Era, Insyallah”.
“No Bashira”. Dia bertegas.
“Rafael”.
“Ye sayang”.
“Saya nak 500 ribu!!”.
“Apa??’. Suaranya nyata terperanjat.
“Kalau awak nak saya terima lamaran awak, bagi saya 500 ribu dalam masa tiga hari. Kalau tak lupakan saja semua tu”.
“Bashira..you..”.
“Gila duit..ya.. saya memang gila duit. Kalau awak rasa awak tak sanggup hidup dengan saya.. tak perlu risau. Saya tak kisah pun. Bukan saya yang nak sangat tapi awak yang terhegeh-hegeh”. Sindirku. Aku tahu dia tidak akan mampu menyediakan semua tu. Dan aku pasti terselamat dengan segala gangguannya mulai hari ini. Baguslah. Memang impian aku pun.
“You sama macam Lea!!”. Jerkah Rafael, kedengaran kuat di telinga. Aku tersentak.
Aku menarik nafas, cuba menghilangkan rasa bersalah ini. “Kalau ya kenapa?”.
“Jangan cabar I Bashira! Apa yang you nak buat kalau I berjaya kumpulkan duit sebanyak tu”.
“Kahwin”. Balasku selamba.
“You janji?”.
“Ya”.
Rafael tergelak, sangat sinis di telingaku. “Ingat janji you, Bashira. Dan kalau I berjaya..kita akan kahwin tiga minggu selepas tu”.
Bibirku terkunci rapat. Entah mengapa, aku  mula rasa takut. Dengan permintaan duit  tu, aku berharap dia menarik balik lamarannya tapi kini aku bimbang aku yang akan terjebak dalam rancanganku sendiri. Kemudian, lemas didalamnya.
“Tiga minggu lagi, you akan jadi milik I”.
“Sa..saya..”.
“No more excuse!!”.
Gagang terlepas dari tangan. Aku menggeletar. Mula menyesal dengan idea gilaku.





No comments:

Post a Comment