DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 12 August 2015

PERMAISURI HATI BAB 17

PERMAISURI HATI BAB 17



Rafael tidak menelefonku dan aku benar-benar lega. Aku mencongak hari. Kukira hari ini hari terakhirnya untuk menunaikan permintaanku. Jika tidak, semuanya dikira batal. Sudah pukul 10  malam, pasti dia sudah gagal. Senyumanku melebar.
Haikal dan Era sudah tidur selepas menyiapkan kerja sekolah. Aku senang dengan gelagat mereka. Langsung tidak menyusahkanku. Cuma satu hal yang aku pasti, sangat sukar mahu membuatkan mereka faham tentang si ayah. Era asyik bertanya tentang Rafael sekalipun dia tahu Rafael berkursus. Sedangkan Haikal pula bagaikan kepingin untuk bercakap dengan Rafael ketika lelaki itu menelefon Era. Aku pasti dia sebenarnya rindu pada Nizam. Aneh kurasakan sikap Nizam ini. Sekejap ada sekejap tiada.  Tapi aku malas mahu memikirkannya. Agaknya dia sedang menikmati musim cintanya dengan Erni.
Aku sedang menguruskan dokumen   untuk mesyuarat tentang projek di Selangor yang akan diketuai olehku minggu depan. Itu adalah arahan daripada Rafael sendiri setelah projek itu mendapat persetujuan daripada Lembaga Pengarah.
Aku mengerut kening. Mana pulak dokumen pengesahan ni? Kelam- kabut aku mencarinya. Matilah aku kali ini!
Kereta! Dalam kereta!
Aku mencapai tudung dan kunci kereta.
Aku tersenyum lega bila ternampak fail kuning dalam kereta. Pintu kereta kututup.
Baru sahaja aku melangkah dua tiga tapak, aku dikejutkan dengan satu suara.
“Bashira!!”.
Jantungku bagaikan mahu melompat keluar. Aku kaget. Tercengang-cengang aku melihat dia. Bibirku membentuk huruf ‘o’ lantaran terkejut yang amat sangat.
Rafael memegang pintu pagar. “Tak nak ajak I masuk ke? Dari airport,  I datang ke sini terus”.
Aku tersedar. “Saya ambil kunci”.
Tanpa memandang ke arahnya, aku membuka pintu pagar.  Dia mengekoriku dari belakang.
 Jejak kaki ke dalam rumah, Rafael melabuhkan punggung di sofa. Aku seperti orang bodoh. Tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Serasanya mahu sahaja aku suruh dia pulang. Tidak elok bertandang di rumahku malam-malam buta ini.
“Saya buat air dulu”.
“You belum jadi isteri I, kalaupun dah gian sangat nak melayan, relaks la dulu”.
Darah menyerbu hangat ke muka. Aku malu bila dia bagaikan menyindirku. Sebenarnya aku takut, takut kalau dia membangkitkan tentang idea gilaku. Bukankah seharusnya dia masih di Thailand. Atas urusan apalagi kalau bukan tentang duit itu, sampai sanggup ke rumahku lewat malam begini.
“Era dah tidur..”.
“You ingat I nak ambil Era ke? Betul you rasa macam tu, Bashira? I tahu you dah boleh agak tujuan kedatangan I ke mari kan”.
“I tak sangka perangai you dua kali lima macam Lea…”.
“Kita semua  perlu duit untuk hidupkan”. Aku berkata dalam nada yang sedikit sombong.
“You ingat bahagia sangat ke berduit banyak ni, hah?”. Herdiknya tiba-tiba.
“Kenapa semua perempuan gilakan duit? Tak cukup lagi ke gaji you bulan-bulan tu? You akan menyesal kalau you terus buat perangai macam ni”.
Aku tersentak. “Semua orang ada buah fikiran sendiri. By the way, kalau awak tak mampu nak sediakan apa yang minta, sepatutnya awak tak perlu datang sini, just give me a call. I will be very understand”.
“I kuatkan hati I dan percaya you cuma berniat nak cabar I, Bashira”.
‘Terpulang apa yang awak nak fikir. Dah nak pukul 12 ni, saya rasa awak balik dulu la. Esok saja ambil Era, lagipun dia dah tidur.. kasihan pula kalau kejutkan dia nanti. ”.
“Say no more!!”.
Dadaku berombak kencang. Hampir menjerit bila Rafael meletakkan jarinya ke bibirku. Kami begitu rapat. Aku benar-benar takut. Tangan sasanya erat merangkul tubuhnya.
“I rasa nak cium you sekarang. Bibir you buat I geram”. Ucapannya menambah debar.
“I mahu you..walaupun you hanya nakkan duit I. I don’t care”.
“Ja..jangan…!! Keluar”. Aku terketar-ketar seraya menolak tubuhnya jauh dariku. Air mata sudah menitis.
Rafael meraup muka. Melepaskan tubuhku. Dia mengambil sesuatu di beg sandangnya.
“Ni duit yang you minta.. Masih ada masa kan..”
Mataku  membulat melihat cek bernilai 500 ribu yang dihulurkan padaku. Mahu sahaja aku jatuh terjelopok di situ. Duniaku bagai berpusing-pusing, sungguh aku tidak menduga ini akan berlaku. Hari itu, aku hanya mahu mempermainkan Rafael sahaja. Kerana aku agak tentu dia tidak akan mahu memenuhi tuntutanku.
“Waktu you buat tawaran tu, you mungkin lupa siapa I. I’m sorry to say that this amount  is not a big deal for me”.
Pandanganku berpinar-pinar. Sungguh! Aku lupa siapa dia, betapa bodoh diriku saat ini.
Kita kahwin!! ”.
 Hulurannya tidak bersambut. Aku menggeleng lemah.
“You dah janji, Bashira. I akan uruskan perkahwinan kita”.
“Tak!!”.
“ I akan cakap dengan Hasif tentang perkara ni”.
“Rafael..dengar dulu”. Aku merayu.
“Sama ada you setuju atau tak. You akan jadi milik I  seorang”.




EMAK dan ayah nyata terkejut dengan keputusanku. Namun yang paling gembira pastilah Abang Hasif. Abang Rehan dan Abang Aidil menelefonku berkali-kali. Siap bertanya lagi bagaiamana cinta aku dan Rafael berputik. Aku hanya tergelak sahaja bagi menjawab soalan-soalan hot abangku itu.
Malam ini, Abang Aidil mengajak aku makan bersama di restoren Tupai-Tupai. Katanya mahu belanja makan sempena perkahwinanku yang akan datang. Sudah la tu, aku terpaksa pergi dengan Rafael.
“Mama…papa dah datang”.  Tegur Haikal.
Kereta Rush Rafael sudah tersadai di depan rumah. Era melambai ke arahku. Haikal pula sudah meluru ke arah kereta.
“Haikal..hati-hati sayang”. Kudengar suara Rafael menasihati. Era dan Haikal sudah tahu tentang perkawinan akan datang. Siap menjerit kegembiran lagi. Era pula sudah tidak sabar mengajak aku tidur di banglonya. Sejak itu juga, Haikal memanggil Rafael sebagai papa.
“Kita nak pergi makan kat mana, papa..mama?”. Era menyoal sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta.
“Mama cakap kita nak pergi jumpa dengan Ayah Ngah?”. Haikal menjawab.
“Ayah Ngah tu sape?”.
“Nanti la kita nak jumpa Ayah Ngah..Okey”.
Belum pun sempat Rafael menghidupkan enjin kereta, silauan lampu kereta yang berhenti betul-betul di pintu pagar rumahku membuatkan kami berpandangan.
Aku terkedu melihat plat kereta. Nizam!
“Ayah!!. Haikal menjerit lantang bila Nizam keluar dari perut kereta.
Nizam menoleh ke arah kami. Dia merenungku tajam, atau mungkin juga merenung kami berempat.
“Mama..ayah datang. Haikal nak jumpa ayah”.
Aku membuka pintu kereta. Nizam mendekat. Aku merenungnya sekilas. Dia masih sama seperti dulu. Tidak berubah sedikit pun. Tiba-tiba sahaja aku berasa sayu, mengingati kenangan yang pernah kami cipta bersama.
 Nizam mendakap Haikal yang meluru ke arahnya. “Anak ayah apa khabar?”.
 “Baik!”. Haikal tersenyum dan mengusap pipi Nizam. Bagai mahu rebah aku melihat tingkahnya. Betapa selama ini, aku tidak pernah menyelami hati kecil Haikal.
Raut muka Nizam juga kelihatan mendung. “Ayah minta maaf dah lama tak tengok Ekal ye”.
“Abang minta alamat Lina dengan Alang. Maafkan abang kalau Lina tak senang dengan kedatangan abang malam ni”.
“Tak adalah!”. Aku malas mahu bergaduh tentang ini lagi. Sesungguhnya dia juga berhak ke atas Haikal. Walau apapun berlaku antara kami, Haikal juga adalah zuriatnya.
Nizam mendukung Haikal. “Lina nak keluar ke?”.
Aku angguk. Rafael berdiri sebelahku. Mereka bersalam.
“Mama ..papa..cepatlah. Era dah lapar”. Jerit Era dari dalam kereta.
Raut muka Nizam jelas berubah.
 Rafael menoleh ke arahku. “Sayang..I tunggu dalam kereta ye. Ehmm…by the way, Nizam, kalau you sudi..jemputlah datang ke malis perkahwinan kami dua minggu lagi di kampung Bashira”.
Aku tersentak mendengarnya. Mataku tajam beralih kearah Rafael. Dia ini sudah gila ke? Kenapa tiba-tiba memanggil aku sayang?
“Li..Lina nak kahwin?”. Soal Nizam terperanjat bila Rafael masuk ke dalam kereta. Suaranya yang lirih buat aku simpati.
Perlahan-lahan aku mengangguk.
Tubir mata Nizam bergenang. Kenapa dengan dia? “Lina dah tak sayang abang lagi?”.
“Antara kita dah tak ada apa-apa lagi, abang. Semuanya dah musnah”. Aku membuang pandang. Rasa sebak menyerbu ruang dada.
“Lina jangan buat abang macam ni. Abang minta maaf. Kembali pada abang, Lina. Abang betul-betul rindukan Lina”. Rayunya.
Luahan hati Nizam buat aku terkejut. Aku menggeleng. “Abang dah kahwin. Binalah kebahagiaan abang dengan Erni. Lina dah reda atas apa yang berlaku antara kita”.
“Abang minta maaf Lina. Abang menyesal atas segala tindakan abang pada Lina. Kita rujuk Lina”.
“Abang baliklah.. Erni sedang tunggu abang”. Balasku mengambil Haikal dalam dukungannya. Tanpa menoleh ke arahnya aku masuk ke dalam kereta.
“Dia nak apa? Beria-ria I  tengok?”. Soal Rafael setelah beberapa minit berlalu. Era dan Haikal diam di belakang.
“Tak ada apa-apa. Saja nak lawat Haikal”.
“Kalau nak lawat Haikal, tak adanya nak tengok you sampai tersembul biji mata”.
Aku menoleh ke arahnya yang memegang streng. “Kenapa mengarut pulak ni? Awak tu apasal bagitahu dia kita nak kahwin?”.
“Kenapa tak boleh beritahu pulak? Dah memang betul kita nak kahwin. Tak salahkan? Nanti tak pasal-pasal dia ingat you tu janda dia lagi”.
“Saya tak nak bergaduh pasal ni”.
“Okay..Fine! Persiapan majlis kita macam mana setakat ni?”.
“So far so good. Khemah dah pasang depan rumah. Tapi kita belum pergi cari hantaran kahwin lagi. Macam cincin. Baju pengantin pun belum”.
“ Apa kata esok je kita pergi. Lusa you dah start cutikan?”.
“Boleh juga tapi macam mana dengan Era? Kasihan pula dia nanti”.
Rafael tergelak. “You look like a good mother to me. Pasal Era you jangan risau. I uruskan. Lagipun kalau dia rindu you, nanti I boleh call you. Yang penting kita selesaikan semua ni dulu”.
Aku minta cuti sebulan untuk uruskan semua ini disambung lagi dengan cuti perkahwinan. Namun, staf-staf di pejabat masih belum tahu tentang perkahwinan ini. Aku jadi malu mahu mengkhbarkan berita ini. Risau jika ada yang salah sangka. Aku sudah beritahu Rafael awal-awal aku hanya mahu majlis di kampung sahaja. Itu pun ringkas. Dia bertegas mahu buat majlis perkahwinan di hotel. Tapi aku menolak habis-habis. Aku malu hendak buat gempak-gempak. Aku ini bukan anak dara hendak majlis gah-gah seperti itu.
Sesungguhnya aku belum pasti mahu menikahinya. Kalau bukan kerana apa yang aku sendiri janjikan, tentu kami tidak begini.
“Kita dah sampai”. Rafael membuka pintu.
“Jom Ekal, Era…kita nak jumpa Ayah Ngah”.
Haikal dan Era bersorak. Sambil berjalan beriringan, kami masuk ke dalam restoren.
Rafael mengangkat tangan bila melihat kelibat Abang Aidil yang sudah setia menunggu.
“Lama tak jumpa kau Rafa…”. Abang Aidil tergelak. ‘Tak sangka kau akan jadi adik ipar aku”.
“ Aku pun tak sangka”.
“Lina, apa khabar?”. Soal Abang Aidil ketika aku menyalami tangannya. Dia mengusap kepalaku. Terasa kasih sayangnya meresap ke dalam jiwa.
“So, this is Era.. How are you, good girl?”. Abang Aidil hulur tangan pada Haikal dan Era. Era tersipu- sipu malu.
Apabila pelayan sampai, aku dan Rafael serta anak-anak memesan Black Paper Rice dan air Durian Belanda.
“Eh, kau tak makan ke?”.
“Diet”.
Aku mencebik. “Angat tu memang, diet memanjang..kurusnya tak”.
Abang Aidil tergelak.  “Amboi.. Lina.. tahu la awak tu cantik.. kurus, menawan, baik.. jangan perli Angah tau”.
“Kau ni tak nak kahwin ke? Kau dengan Hasif  macam blur je?”. Gurau Rafael.
“Dah.. jangan tanya.. Lina cuti bila.? Angah balik 25 tau. Semua dah sedia ke?”.
“Ada la sikit-sikit. Esok aku nak bawak Bashira beli cincin”.
Abang Aidil angguk. Kami sekadar bercerita tentang persiapan perkahwinanku. Kata Abang Aidil, dia akan sponsor pakaian pengantinku biarpun sudah berkali-kali ditolak oleh Rafael.
Nampaknya perkahwinanku kali ini ada banyak tajaan. Jadi aku pun tidak banyak mengeluarkan duit. Tapi tentunya penaja yang paling  kaya adalah Rafael Hamdani Musa. Lelaki yang akan menjadi suamiku sedikit masa lagi.

No comments:

Post a Comment