DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 12 August 2015

PERMAISURI HATI BAB 19

PERMAISURI HATI BAB 19



Tatkala kereta yang kami naiki meluncur laju masuk ke garaj kereta sebuah banglo mewah, aku terperanjat.
“Ini rumah parents awak ke?”.
“Ya…”.
Aku keluar dari kereta, mengikuti langkahnya.
“Rafael.. sampai jugak akhirnya!!”. Seorang wanita yang sudah agak berumur, yang kukira tentu orang gaji menyapa Rafael. Pantas Rafael tersenyum seraya mengucup pipi wanita itu.
“Oh ini ke orangnya?”. Dia mengalih pandang.
“Ya Mak.. Inilah bakal isteri Rafa.. Bashira namanya. Shira.. ini pengasuh I waktu I kecil, you can call her mak ”.
Aku mengangguk seraya menyalaminya. “Apa khabar mak?”.
“Baik…Rafa..Bashira..pergi masuk dalam.. Datin dan Datuk dah tunggu dari tadi lagi”.
Come..”. Rafael menghulur tangan setelah Mak masuk ke dalam rumah.
Aku menjengilkan mata. Tidak mungkin menyambut huluran itu. Dia tergelak. Aku tahu dia sekadar bergurau.
Jejak kaki ke banglo itu, aku terpegun melihat susun atur perabot yang begitu menarik. Hanya orang yang tahu menilai dapat memberikan gambarannya.
“You are late, Rafael..”. Tegur satu suara.
Aku terus mendongak, bertembung mata dengan ibu bapa Rafael yang duduk di sofa.
“Be introduce to my future wife, Amalina Bashira”. Suara Rafael mendatar. Aku terkedu melihatnya. Langsung tidak ada segaris senyum di bibir Rafael, gayanya bukan seperti bertemu muka dengan Mak seketika tadi.
Aku melontar senyum, sebelum menyalami ibu Rafael. Dia berkerut merenungku.
“Amalina… we did meet before this, right?”. Tegur ayah Rafael.
Aku mengerutkan dahi. Cuba mengingati. Err.. “Tan Sri Musa!!”.
Lelaki yang berumur itu lantas tertawa. “My Godness.. what a suprises.. you yang kerja dengan Datuk Razif, the one yang selalu kena puji”.
Aku tersenyum. Kemudian mengalih pandang pada isteri Tan Sri Musa. “Puan Sri Rohaiza”.
“Ya.. Mummy tak sangka mummy dah kenal dengan menantu mummy sebelum ni ” . Puan Sri Rohaiza memelukku erat. Dia tersenyum manis. Aku lega mendengar bicara manis itu
“Duduklah Amalina…Mak Yam..buatkan minuman pada menantu saya”.
Allah!! Aku betul-betul tidak menduga kebetulan ini. Rupa-rupanya aku sudah lama mengenali mereka. Resah di hatiku mula beransur-ansur hilang dengan penerimaan mereka.
Saat aku duduk, baru aku perasan Rafael yang masih terpacak di sebelah tanpa senyuman. Aku merenungnya. Pelik dengan situsai yang sedang berlaku ini. Puan Sri Rohaiza dan Tan Sri Musa seolah-olah buat tidak nampak akan kehadiran Rafael. Rafael seakan hidup dalam dunianya.
“ Shira.. you berbual dulu. I naik atas. Lepas dah habis berbual, call I..can’t you?”.
Aku mengangguk teragak-agak. Rafael meluru ke tingkat atas.
“Rafael beritahu Shira tak nak majlis di sini?’. Soal Tan Sri Musa.
Aku menelan liur. “Bukan tak nak Tan Sri..”.
“Daddy..panggil je daddy..nanti  Shira nak akan jadi anak kami juga”. Celah Puan Sri Rohaiza.
“Err.. Daddy.. tapi Rafael tu nak buat majlis besar-besar. Tu sebab saya menolak. Lagipun kami  akan umumkan majlis kami pada staf syarikat. Insyallah.. tak ada yang salah sangka nanti”.
“Okey..apa-apalah Bashira.. Mummy setuju je. Tapi majlis bersanding nanti.. Mummy dan Daddy tak dapat datang. Mummy hantar Mak Yam je sebagai wakil”.
Aku terkedu. Masakan hanya Mak Yam yang menjadi wakil dari pihak lelaki. Tidak nampak ganjilkah kalau ibu bapa pengantin tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan kami nanti.
“Amalina tak kisahkan.. Mummy minta maaf tapi kami ada urusan di oversea”. Jelas Puan Sri Rohaiza lagi.
“Tak apa mummy. Insyallah semuanya akan berjalan lancar”.
“Tak bawak anak lelaki Amalina sekali ke? Mak Yam kata Amalina dah ada anakkan?”.
“Oh.. Haikal tak datang daddy.. Saya tinggalkan dia dan Era di rumah pengasuh”.
Raut muka Puan Sri Rohaiza berubah masam. ” Shira..mummy nak pesan..Jangan rapat- rapat dengan budak sial tu. Nanti sekali dengan kamu dan anak kamu dapat sial”.
Aku terkebil-kebil mendengar ucapan sinis Puan Sri Rohaiza. Siapa yang sial? Aku baru sahaja mahu bertanya ketika Tan Sri Musa sudah menukar topik tentang pekerjaanku.


“ I DON’T  care if you hate me, Mummy because I already know. But never say a word towards Era”.
Aku mengigit bibir. Tersentak melihat Rafael dan Puan Sri Rohaiza yang sedang berdiri di tepi kolam renang dengan muka bengang. Mereka sedang bertelingkah, aku yakin itu berdasarkan suara kasar Rafael. Aku pantas menyembunyikan diri di sebalik tiang. Aku sekadar berniat mahu berjalan-jalan di sekitar ruang banglo setelah Puan Sri Rohaiza meninggalkan aku sebentar di ruang tamu.
“Huh..kamu jangan nak menangkan anak sial kamu, Rafael.. mummy tak suka”. Jerkah Puan Sri Rohaiza bercekak pinggang.
“Era bukan anak sial, Mummy.. she is my daughter. Atau mummy sebenarnya nak cakap the one yang sial is me”.
“Yes you are…Mummy memang tak suka kamu dari dulu lagi. Kamu cuma membawa malang pada mummy”.
Kulihat Rafael mengenggam penumbuk. “ Saya tahu mummy tak suka. Okay fine… mummy..just ignore me, saya juga tahu mummy memang sengaja tak nak datang majlis perkahwinan saya dengan Bashira, bukan sebab ada urusan lain. Go ahead mummy, do as you please”.
Puan Sri Rohaiza tergelak sinis. “Baguslah..nampaknya kamu dah tahu itu cuma alasan mummy. Apapun.. mummy nak ucap tahniah pada kamu sebab dah pandai pilih isteri. Sekurang- kurangnya bukan perempuan sundal macam Lea”.
“Don’t mention her name”.
“Why..? bukan kamu ke yang tergila-gilakan sangat perempuan tu sampai tak nak ikut cakap mummy. Sekarang tengok apa dah jadi pada kamu. Dia tinggalkan kamu macam orang bodoh”.
“Semua dah berlaku mummy. Tak ada guna nak ingat lagi”.
“Kamu memang degil, Rafael. Mummy menyesal lahirkan anak tak guna macam kamu”.
Aku berjalan pantas ke dalam rumah. Entah mengapa, telingaku tidak boleh lagi mendengar ucapan Puan Sri Rohaiza yang kurasa sangat memedihkan hati. Aku bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku. Sudah aku duga, hubungan Rafael dan ibu bapanya bermasalah. Aku sudah dapat mengangak ketika kami berada di ruang tamu tadi. Mindaku penuh dengan persoalan. Kenapa Puan Sri Rohaiza kelihatan begitu benci pada Rafael?
“Bashira.. jom balik”. Rafael muncul disebelah, menarik pergelanganku kasar. Aku terkejut.
“Rafael... I’m not finish talking to you, yet!!”. Melengking suara Puan Sri Rohaiza mengejar langkah kami. Aku termangu-mangu. Menoleh ke arah ibu Rafael.
“Rafael.. mummy nak cakap dengan awak..kita..”.
“Masuk!!”. Rafel menolakku ke dalam kereta. Puan Sri Rohaiza mengetuk pintu dengan muka bengis.
“Rafael..kenapa dengan awak ni. Tak baik buat macam ni..”.
“Shut up!!!!”. Jerkah Rafael dengan mata membulat.
Aku tersentak. Terperanjat dengan jerkahan Rafael. Aku gerun melihat mukanya. Hati jadi sayu.
Kami diam sepanjang perjalanan. Masing-masing melayan perasaan. Tiada sepatah kata yang meluncur dari bibir kami. Sungguh, aku berkecil hati dengan sikapnya. Kalau pun dia marahkan aku, tidak sepatutnya dia berkelakuan sedemikian rupa.
“I minta maaf”. Ucap Rafael tiba-tiba.
Aku diam.
“I terlampau ikutkan perasaan tadi. I tahu tak sepatutnya I tengking you macam tu, tak wajar I lepaskan sakit hati  I dengan mummy pada you. I tahu you marah tapi I tak sengaja”.
Aku memandang ke luar cermin. Kata-katanya seakan tidak langsung singgah di telinga. Biarkan dia.
“Shira..jangan buat I macam ni.. sayang.. please..”. Rayu Rafael
“Awak ada masalah dengan mummy awak?”. Soalku.
Kami berpandangan. Dia tersenyum hambar. “Terlalu banyak Bashira. I can’t even list out the problem. Satu tahun pun mungkin tak cukup”. Ungkapannya buat aku faham, dia tidak mahu berkongsi rahsia masalahnya.
“Saya faham kalau awak tak nak bercerita. Take your time. I will be very understand”.
Rafael tersenyum. “Thanks.. You berbual apa dengan mummy tadi? She really likes you, I guess”.
“Alhamdullilah.. saya pun tak sangka saya pernah berjumpa dengan mummy dan daddy awak. Mummy awak tu client saya dulu. Daddy pula berkawan dengan Datuk Razif. Tentang perbualan tu,ehmm.. nothing important. Just bertanya khabar. Don’t worry, she say nothing about you and Era”. Bohongku. Tidak mahu Rafael tahu tentang kata-kata kesat yang dilemparkan pada Era.
“You bohong I ye?”.
“You dengar I bergaduh dengan mummy tadi?”.
Aku angguk. Rafael melepaskan keluhan. “Setiap kali I balik, kami tak pernah miss bergaduh. Itu yang buat I rasa tak nak balik rumah. I don’t know Bashira. She really hates me. Dari I kecil lagi. Sampai sekarang, dia juga bencikan Era”.
“Mungkin mummy ada reason dia sendiri. Insyallah, jauh dalam sudut hati dia, ada secebis kasih sayang untuk awak”.
“ I never hope so.. You tak faham Bashira, perasaan tak disayangi keluarga sendiri, sakitnya hanya Allah yang tahu”.
Ya! Benar.. Aku tidak akan faham perasaannya. Aku tidak akan pernah mengerti hatinya. Kerana dialah yang merasai setiap hirisan luka itu. Dia yang menanggungnya.
“Janganlah engkau bersedih hati atas jalan yang sedang kau tempuh, kerana mungkin itulah caranya Allah memberikan kebaikan-kebaikan demi masa depanmu..”. Ucapku tiba-tiba.
Rafael menoleh ke arahku seraya mengangkat kening.
“Waktu saya bercerai dengan Nizam dulu, saya terbaca ayat ni dalam satu buku. Sampai sekarang saya masih ingat. Kata-kata tu jadi penguat semangat saya”. 
“Kita tak dapat lari dari ujian. Tapi kita boleh hadapi dan tangani semua tu dengan baik kalau kita yakin dengan pertolongan Allah. Mungkin sekarang ni awak rasa masalah awak dengan mummy tak boleh diselesaikan tapi siapa tahu suatu masa nanti semuanya akan berubah. Jangan sedih dengan semua ni, awak sebagai anak mungkin perlu mengalah sedikit”.
“Kami tak pernah berbaik. Kalau you nak tahu, I tak pernah rasa I ada mummy dan daddy. I just have Mak in that house, you know”.
Aku dapat rasakan suasana mulai tegang. Mood Rafael yang beransur baik tadi sudah berubah. 
“Apa kata awak bawak kereta laju sikit? Waktu Zohor dah nak habis. Karang tak sempat nak bersolat pula. Nak ambil Era dan Ekal lagi di rumah Mak Inang”.
Rafael tergelak.
Aku mengerutkan kening. “Kenapa gelak pula ni? Saya buat lawak ke?”.
“Pandai you ye.. bila I dah nak naik angin, terus tukar topik”.
Komennya buat aku tersenyum nipis.
“Bashira..you dah maafkan I”. Soalnya dengan muka mengharap.
Aku angguk dan dia tersenyum lebar.
“Shira.!!”. Panggil Rafael lagi.
“Apa??”.
“You akan jadi isteri yang baik untuk I.. I akan sayang you sepenuh hati I..”.
Aku termangu-mangu. Terkedu mendengar ucapannya yang bersungguh-sungguh. Dari mana dia mendapat keyakinan untuk menuturkan kata-kata itu?
Kami bertembung pandang. Hati menghantar rasa. Debaran di dada buat aku tidak keruan sendiri.

No comments:

Post a Comment