DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 12 August 2015

PERMAISURI HATI BAB 20

PERMAISURI HATI BAB 20



“Aku terima nikahnya Amalina Bashira  binti Aliman dengan mas kahwin RM 22.00 tunai”.
“Sah”
“Sah”.
Upacara akad nikah ini berlangsung di masjid dan tatkala ucapan sah itu bergema, air mataku mencuri keluar. Aku menadah tangan mengaminkan doa yang dibaca oleh imam. Aku tahu sebaik selesai sahaja akad nikah itu, maka berakhirlah zaman jandaku. Kini, aku berteman lagi. Rafael yang segak berbaju pengantin dan diapit ketiga-tiga abangku menoleh ke arahku. Dia kelihatan lega, lantas tersenyum mesra ke arahku. Aku membalas.
Aku mengalih pandang ke arah emak. Dia sedang tersenyum mesra. Abah di sisi tok kadi pula menahan sebak. Abang-abangku turut melontar senyum.
Aku tidak tahu perasaan apa yang sedang bertamu di hati tapi aku sungguh damai dengannya. Aku menerima jodoh yang ditetapkan buat kali kedua ini dengan setulus hati. Ya! Aku akan belajar menyayanginya, mencintainya dan mengasihaninya seikhlas hati sebagaimana layaknya seorang isteri terhadap sang suami.
“Mama nangis ke?”. Era di sebelah menyoal. Aku memandang Era yang cantik mengenakan baju kurung berwarna biru lembut, sesuai dengan tema perkahwinanku ini.
Haikal menyapu pipiku. “Mama jangan nangis, tak cantik nanti”. Ujar Haikal.
“Betul tu, mama”.
“Tak adalah..mama tak nangis..mama gembira sangat hari ni. Era dah jadi anak mama tau”.
“Mama pindah rumah Era ke nanti?’. Mata Era bersinar riang.
“Ya! Sayang..mama,papa Era dan Ekal..kita dah jadi satu keluarga”.
Bestnya”. Haikal bersorak riang.

“LINA.. Rafael datang tu”. Kak Zaleha berbisik tiba-tiba. Aku mendongak. Mula mengigil apabila Rafael duduk di hadapanku. Nak buat apa ni? Aku bagaikan kebingungan. Aku memandangnya. Dia begitu segak dengan baju yang kami pilih dan songkok di kepala.
“Lina..cium tangan Rafa.. Jangan nak usha anak orang lama-lama”. Usik Abang Aidil mengundang ketawa sekeliling.
Darah menyerbu ke muka. Kurang asam punya Angah. Saje la tu nak mengenakan aku. Aku melarikan pandangan. Seketika kemudian, aku tunduk mencium tangannya. Buat kali pertama setelah lebih setahun menjanda, aku benarkan kulitku bersentuhan lagi dengan lelaki ajnabi. Tidak! Dia bukan lagi lelaki ajnabi untukku. Aku adalah isterinya yang sah.
Pancaran flash dari kamera buat aku sedikit gugup. Rafael membalas dengan ciuman di dahi. Sungguh syahdu aku rasakan saat itu. Air mata mencuri-curi keluar. Aku sangat sebak. Aku tidak pernah menduga aku akan mengalami perasaan ini buat kali kedua. Kukira Nizam lelaki pertama dan terakhir tetapi takdir merencanakan sesuatu yang lebih indah lagi.
“Terima kasih kerana sudi terima I”. Bisik Rafael lembut di telinga
“You look so beautiful”.
“Lamanya cium… sabar la dulu..”. Usikan entah dari siapa menyedarkan kami. Kulihat muka Rafael memerah. Hampir aku tergelak melihat tingkahnya.
“Mama dan papa cantik sangat!!”. Haikal menjerit.
“Tahniah Lina… Rafa!!”. Ucap Abang Rehan sejurus itu. Aku menyalaminya, memeluk abangku lama. Erat pelukannya buat aku begitu terharu. Aku tahu Abang Rehan tumpang gembira melihat penyatuan kami.
“Along.. dah.. jangan buat Lina nangis macam tu”. Abah bersuara.
“Angah rasa kita boleh bertolak balik sekarang. Nanti nak bersiap-siap untuk majlis persandingan pula”.
Tepat jam 11.30 pagi, kami turun dari masjid untuk ke rumah. Aku perasan mata Rafael asyik benar memandangku. Malu betul aku melihat redup pandangan matanya.

SELESAI bersanding, aku masuk ke dalam bilik. Terasa mahu sahaja aku tidur tapi masih ada lagi upacara memotong kek. Terpaksa aku menukar pakaian. Kali ini berbaju gaun kembang yang begitu kena dengan tubuhku. Ini semua kerja Rafael. Cantik sungguh baju gaun pink yang dipilihnya.
“Untungla muka kau dah cantik Lina.. Tak perlu akak susah-susah nak make-up lama-lama. Pengantin lelaki pun bukan main kacak lagi. Memang sesuai la kau dengan dia. Pandai kau cari. Bagi tips kat akak macam mana nak dapat lelaki macam tu. Cukup pakej!”.
Aku sekadar tersenyum mendengar komen mak andam yang sedang menyolek mukaku saat ini. Kalau aku melayan, alamatnya tak siap la kerja perempuan ni.
“Kau kerja satu pejabat dengan dia ke, Lina?”.
“Ya kak.. di bos Lina”.
“Okey.. dah siap… tengok cantik tak..? Selesa dengan gaya make up macam ni?”. Soalnya.
Aku pandang wajahku yang sudah disoleh di cermin. Cantik ! Tidak terlalu tebal dan tidak pula terlalu nipis. Just nice. “Okey la ni kak. Terima kasih”.
“Bagus.. akak kena balik dulu tahu. Ada satu majlis lagi akak nak pergi. Okay bye”. Ucapnya tergesa-gesa.
Aku mengucapkan terima kasih padanya sekali lagi.
“Mama.. nanti nak potong kek ke?’. Era menjengah muka.
“Mari sini dekat mama”. Era mendekat. Aku pantas meribanya. “Ya.. Ekal mana sayang?”
“Ekal main dengan Mior dekat bawah. Era dah kenyang mama. Era makan banyak sangat nasi dengan Ekal”
“Wah.. pandai anak mama. Era suka tak duduk rumah nenek?”. Soalku
“Mestilah suka. Ada nenek! Ada atuk.. Mior..pastu ramai lagi kawan Era. Era suka duduk kat sini. Best!! Kalau rumah Tok Mummy.. tak best.. tok mummy selalu marah Era”.
Aku terkedu seketika mendengar ucapannya. Era sudah faham sendiri bahawa kehadirannya benar-benar tidak disenangi Puan Sri Rohaiza. Ibu bapa mertuaku langsung tidak datang ke majlis ini, sekadar menelefonku mengucapkan tahniah. Yang datang cuma Mak Yam.
“Lina..cantiknya kau.. Amboi bukan main lagi”. Satu suara dari arah pintu menegur.
“Aida..! Fatila!… Ingatkan tak datang!!”. Aku sudah berdiri. Memeluk sahabatku dari sekolah menengah itu. Mereka ini teman sekampungku.
“Ini anak kau ke?”. Aida mencuit dagu Era. Aku angguk. ‘Sayang.. ini kawan mama. Aunty Aida dan Aunty Fatila.. salam!”. Arahku. Era terus bersalam.
“Baiknya Era. Era dah umur berapa ni?”. Aida menyoal.
“Enam tahun. Mama, Era keluar dulu.. Era tak nak ganggu mama cakap dengan kawan mama”. Jawab Era.
“Tak sangka aku, kau dah nak kahwin lagi sekali. Cepat betul jodoh kau sampai Lina”. Aida bersuara bila Era sudah keluar dari bilik. Fatila mengangguk.
“ Alhamdullilah.. aku pun tak rancang semua ni Aida. Korang berdua tu bila lagi?”.
“Alaaa.. malas lagi nak fikir pasal benda ni semua. Eh, Nizam macam mana..dia tahu tak kau nak kahwin ni?”. Fatila menyentuh lembut jariku.
“Tahu.. Hari tu Rafael dah beritahu dia”.
“Aku jumpa dia minggu lepas. Dia minta nombor kau”.
Aku terkedu. Tidak faham dengan sikap Nizam yang masih cuba mendekatiku. Tidakkah dia tahu perpisahan yang terjadi antara kami, dialah yang memulakannya. Dialah yang merobek cinta di hatiku, membuatkan aku begitu tawar hati dengannya. “Kau bagi ke?”.
“Aku minta maaaf sangat, Lina. Aku bagi sebab aku kasihan sangat tengok dia. Hish.. tak fahamlah aku dengan Nizam tu.. memang la dia tu kawan kitaorang juga tapi tak patut betul dia buat kau macam ni”. Fatila membebel. Sewaktu aku berpasangan dengan Nizam dulu, merekalah yang membantu hubungan kami. Maklumlah, kawan satu kelas.
“Tu la Lina.. Tak sangka aku Nizam buat kau macam ni. Dulu, bukan main lagi gilakan kau. Dah dapat, senang-senang je nak campak lepas dah bosan”.
“Tak pelah Tila..aku dah penat fikir pasal dia. Tak mahu lagi aku ingat tentang Nizam. Kami dah ada haluan masing-masing. Dia dengan cara dia, aku dengan cara aku. Tapi, walau apapun yang terjadi antara kami, kami masih ada Haikal sebagai penghubung. Sebab tu la aku tak nak cari masalah dia. Kasihan Haikal tersepit di tengah-tengah”.
“Masa aku jumpa Nizam tu, bini dia ada sekali tahu. Huh! Bukan main sombong lagi. Senyum pun tak! Menyampah betul aku tengok muka dia”.
“Nizam tu macam sedih je. Tak nampak bahagia hidup dengan perempuan tu. Tak tahulah kalau firasat hati aku ni salah, tapi aku rasa dia mesti bersalah atas apa yang dia buat pada kau. Si Erni tu pun, Nizam tak sempat nak cakap lama-lama, dah ajak balik. Kureng la perempuan tu”.
Aku tergelak dengan mimik muka benci Aida. “Dah la. Tak payah sebut pasal dia lagi. Biar je dia hidup bahagia dengan Erni”.
“Hoi, kau jumpa kat mana suami kau yang handsome, menawan dan tertawan tu?’. Fatila angkat- anagkat kening.
Aku tersengih. “Dia  bos aku kat tempat kerja”.
“Aku dengar dia ada title Datukkan?”.
Aku angguk dan kedua-dua temanku itu terus ketawa. “Bahagia la kau. Nak aku panggil kau  Datin Amalina ke?”. Usik Aida nakal.
“Tak adalah! Doakan aku dengan Rafael tahu”. Ujarku.
Aida dan Fatila memelukku. “Kitaorang akan selalu doakan kebahagiaan kau dunia akhirat”.
Aku jadi terharu. Sekian lama berpisah dengan mereka, hubungan sebagai rakan baik yang terjalin antara kami tidak pernah putus. “Terima kasih Aida, Tila. Aku tahu kau masih sayangkan aku”.
“Hish..mestilah..kau ni pun”.
“Err.. Assalamualaikum”. Satu suara menyapa dari arah pintu. Kami mengalih pandang. Terkedu aku melihat Rafael yang terpacak di muka pintu dengan riak serba salah, tentulah dia tidak selesa sementelah Aida dan Fatila ada di sisiku. Err.. tapi apa dia mahu?
Sorry ganggu tapi I nak tukar baju..”.
Aku tersentak mendengarnya.

“KAWAN -kawan you baik. So friendly”. Ujar Rafael ketika kami berdua-duaan di bilik itu. Aku jadi gugup. Tidak tahu apa yang perlu diperkatakan. Apatah lagi bila dia ada bersama. Mahu sahaja aku keluar dari bilik tapi nanti tidak sopan pula jika aku keluar tanpa Rafael.
“You nampak cantik sangat atas pelamin tadi. Macam puteri kayangan”. Puji Rafael.
Aku menelan liur. Kedudukan antara kami membuatkan aku sukar berrnafas. Aku hanya menekur memandang lantai, langsung tidak punya kekuatan untuk meneliti seraut wajahnya.
Rafael meraih tanganku, mengenggam erat. Aku merasakan darah panas mengalir ke segenap tubuh. Dia mengucup jari jemariku. Lama! Entah mengapa, aku merasakan aku sangat istimewa di hatinya kala itu.
Perlahan-lahan aku mengangkat muka. Dan ketika mata bertentang mata, satu perasaan halus mengalir dalam hatiku. Aduh ! Aku tertawan melihat senyumannya yang sungguh memukau. Rafael ini benar-benar mempunyai aura dan karisma yang tersendiri.
Ibu jarinya mengusap bibirku lembut. Aku terkedu tapi tidak menghalang. Hanya mampu membiarkan perbuatannya. “Bibir you sangat seksi”.
Aku tersenyum nipis. “Mengarutlah awak ni. Cepatlah! Tukar baju pengantin tu. Kita ada acara potong kek pula. Ni semua idea pelik awak la”.
“Shira.. ada ke cakap macam tu. Okay.. I tukar sekarang. Mana baju I?”.
Aku membuka almari, mengeluarkan kemeja putih dan seluar slack hitam serta kot berwarna putih.
‘Hei..”. Aku terperanjat bila dipeluk dari belakang. Rafael mengucup lembut bahuku yang dibaluti gaun. Aku mengigil. Dan aku dapat rasakan dia juga sama sepertiku. Aku sudah cuak.
“Apa ni..?”.Suaraku seakan tenggelam timbul.
“I happy sangat hari ni. Thanks sayang. Thanks for everything. Era pun nampak gembira sangat sebab you akan jadi mama dia. For the real one”.
“Saya tak buat apa-apa. Semua yang kita dapat hari ini adalah nikmat dari Allah SWT. Kita patut bersyukur kepada-Nya”.
Rafael melepaskanku. Kemudian memaksa aku bertatapan dengannya. “Setiap kali I pandang you, I tahu pilihan I kali ni tak silap. Bashira, mungkin I tak sehebat lelaki impian you,  I mungkin bukan lelaki yang selalu hadir lewat mimpi-mimpi indah you tapi I akan cuba jadi yang terbaik untuk memenangi hati you. Menjadi papa pada Haikal. Anak kita!”.
Aku tersenyum. Gengaman tangannya aku balas. “Awak tak perlu berubah, Rafael. Tak perlu berlakon supaya saya senang dengan awak. Just be yourself, kerana kesucian hati kita lebih terserlah bila kita jadi diri sendiri. Awak tak perlu bersusah payah untuk saya. Awak adalah jodoh saya, kita sudah ditakdirkan bersama. Saya mahu kita sama-sama belajar menyayangi satu sama lain dengan jujur, bukan dengan lakonan”.
Raafel mengucup pipiku. Mataku membulat memandangnya. Jantungku berdetak laju. Merah padam mukaku dengan tindakannya. Rafael tersenyum nakal. “I love seeing you talk. It shows how nice you are”.
“Itu nasihat saya sahaja. Ehm… awak pergi la tukar pakaian”. Gesaku lagi.
Dia mengangguk, melepaskan pelukan.
Tanpa segan silu Rafael membuka pakaiannya. Aku ternganga. Kejadian di apartment terimbau kembali ke dalam kotak fikiran. Mukaku serta merta bertukar merah. Aku pantas memusingkan badan, tidak rela lagi berhadapan dengannya.
Aku buat-buat membetulkan cadar. Dan aku dengar gelak tawanya, aduh! Pasti dia gelakkan aku.
“Cadar tu tak ada cacat cela pun dari tadi. Tak perlu you nak bersusah payah betulkan lagi”.
Aku memandangnya yang sudah lengkap berpakaian. Tersenyum segaris. Ketampanannya lebih terserlah dengan pakaian itu. “You look formal”.
“Boleh pakaikan tie untuk I”.  Rengek Rafael manja seraya menghulurkan tie kepadaku.
Sedikit gugup, hulurannya bersambut. Dengan muka tunduk aku memakaikan. Aku kalut sendiri. Dada berdebar-debar tidak menentu.
Sekali lagi kucupan hangatnya singgah di pipiku. Aku tidak keruan.



AWAL malam itu, semua masuk ke bilik masing-masing. Tentulah keletihan seharian bekerja. Saudara maraku yang datang dari jauh juga bermalam di rumah. Tapi, tentu sekali bilik itu tidak cukup untuk tetamu seramai itu. Maka, sepupu-sepupuku sudah menghampar lembek di ruang tamu. Tiada pilihan, di situlah mereka bakal beradu malam ini. Esok hari, mereka semua sudah sepakat untuk bertolak pulang.
 Era dan Haikal juga sudah lama tertidur di bilik Angah, yang sememangnya sudah khusus untuk anak-anak kecil, saudara maraku. Bilik itu sudah penuh benar dengan anak-anak.
Dari jendela bilik, kulihat abang-abangku masih galak berbual dengan Rafael di luar rumah. Tanpa sedar, bibirku menguntum senyum. Rafael tetap sempurna di mataku sekalipun hanya berkain pelikat dan T-shirt sahaja.
Aku keluar dari bilik tidur untuk ke kamar mandi. Satu masalah di rumah kampungku ini. Hanya ada satu bilik air berhampiran dapur.
Kemudian, aku membuka pintu bilik yang menempatkan Haikal dan Era. Terbias di mataku Era dan Haikal sedang lena di atas lantai yang berlapik tilam. Sepupu-sepupuku serta anak saudaraku memenuhi setiap ruang bilik. Masing-masing tidur dengan gaya tersendiri. Aku tersenyum melihat keadaan mereka. Aku mengucup dahi kedua-dua anakku itu. Hatiku senang sekali.
Tanpa sedar, aku merebahkan badan di ruang yang agak sempit bersebelahan Haikal. Kupejam mata rapat-rapat. Sungguh, aku penat sekali malam ini.
Dan aku terus terlena tanpa memikirkan keadaan sekeliling.




No comments:

Post a Comment