YA Tuhanku, terlewat lagi!
“Abang, bangun abang! Abang lambat lagi ni. Bangunlah, abang!” Wilda menggesa suaminya di sebelah untuk segera bangkit.
Furqan terpisat-pisat. Matanya berat mahu dibuka.
“Abang, you will be late again!” Sengaja Wilda menguatkan sedikit nada suaranya sambil selamba menepuk punggung suaminya kuat.
Terbeliak terus biji mata Furqan. Jam loceng di meja sisi dicapai rakus. Membulat kedua-dua matanya.
“Kenapa masing-masing tidur mati ni? You should have woken me up!” Bingkas Furqan bangun dari katil. Mencapai tuala putihnya dan bergegas menuju ke bilik air.
5 minit kemudian, dia keluar semula.
“Abang mandi ke tak? Cepatnya siap?” Wilda terus menyoal suaminya. Selalunya, selagi air shower tidak menderu-deru, selagi itu suaminya tidak akan keluar dari kamar mandi.
“Mana sempat nak mandi. I cuci muka gosok gigi sahaja ni. Balik nantilah mandi.” Laju jawapan Furqan.
“Eh, abang kata ada meeting penting pagi ni. Serious tak nak mandi?” Wilda keliru.
“Tak sempat. Karang nak menghadap jammed lagi. Baju I, you dah siap gosok semalam?”
Wilda mengangguk laju. Senang gosok seminggu terus. Gara-gara asyik insiden terlajak bangun sahaja. Tidak payah dia fikir hendak menggosok baju kerja suaminya lagi.
Selepas kahwin ini, makin menjadi-jadi lena tidurnya. Selalu tu senang sahaja untuk bangun tahajud dan solat subuh sendiri. Ini, nak kena pasang alarm pula. Aduhai!
“Tak sempat lagi abang sarapan dekat rumah. Maaf. Wilda rasa kita kena panggil Mak Mah balik bekerjalah, abang.”
Terbuntang terus biji mata Furqan. Wilda hanya akur. Sah yang ideanya 100 peratus ditolak.
“I pergi dahulu. Triple you hutang I. Ingat tu!” Bergegas Furqan mencapai briefcase dan berlari menuruni anak tangga.
“Triple? Maksudnya? Kelmarin double dan hari ini triple. Hutang apa ni? Salam cium tangan ke?” Wilda sibuk memikirkan teka-teki Furqan itu.
Malam harinya...
“ABANG, APA maksud double dengan triple pagi tadi?” Jenuh sepanjang hari Wilda menghurai maksud dua perkataan Inggeris itu. Sampai kerja-kerja di pejabatnya menjadi cacamarba.
Furqan menyembunyikan senyum. Alahai, comellah isterinya dengan muka tercengang-cengang itu.
“Air panas satu. Upah I. Nanti I jawab soalan you tu.” Sengaja Furqan mahu mengusik isterinya. Mata masih menonton BBC News di skrin televisyen.
“Janji beritahu ya! Abang nak air apa?” Akur dibuli. Wilda sudah bangun dari sofa.
“Nescafe O.”
Wilda terus tayang muka serius mendengarkan balasan suaminya.
“Too much caffeine is not good for your body, abang.” Teringat Wilda akan pertemuan pertama mereka di kafe dahulu. Espresso double shot dipesan oleh lelaki itu. Gila pahit!
“You buatlah air apa-apa pun. Cepat sikit,” gesa Furqan. Seronok dia dapat membuli isterinya itu.
5 minit kemudian, secawan koko panas disuakan di hadapan wajah suaminya. BBC News telah beralih ke siaran Al-Jazeera. Pada mulanya, Wilda bosan juga melihat siaran pilihan Furqan. Tayangan berita 24 jam. Lama-lama dia semakin terbiasa dengan tabiat suaminya itu.
Koko panas itu dicecap Furqan sedikit. Manis tapi sedap!
“Cepatlah, abang. Apa dia sekejap double, sekejap triple tu? Apa yang Wilda ada hutang dengan abang?” Kaki merapatkan sila di sofa. Tidak tenteram dia.
Furqan menepuk-nepuk sofa di sebelahnya. Menyuruh isterinya beralih tempat di sebelahnya. Asalnya Wilda duduk di sofa tunggal, manakala Furqan terbongkang di sofa double seater.
Wilda segera melabuhkan punggung di sebelah sosok suaminya. Badan terarah tepat memandang sang suami. Mata berlawan pandang.
Furqan tersenyum manis.
“Do you really want to know?”
Wilda mengangguk laju. Tidak sabar.
“First.” Tangan Furqan melingkar pada pinggang isterinya.
Erk! Wilda terkaku. Liur ditelan laju. Mata mereka berlaga. Hangat pandangan Furqan menusuk kalbunya.
“Second.” Furqan menyapu sedikit bibir mungil Wilda.
“Ada koko,” bisiknya perlahan di cuping telinga isterinya.
Chup! Segera bibir itu dikucup dan digigit halus.
Wilda terkaku. Lembap tapi hangat sentuhan suaminya itu dirasakan. Rasa koko yang manis pada hujung bibir Furqan telah melekap pada bibirnya. Mata Wilda membulat. Tergamam. Lelaki itu mencuri ciumannya dalam dia tidak bersedia!
“Third...” Furqan meraih tangan kanan Wilda. Dia menyuruh isterinya menyalami tangannya. Mudah sahaja.
Wilda masih tergamam tidak percaya dengan tindakan-tindakan drastik Furqan kepadanya malam itu. Tiada konar-konar sehingga merah padam kulit gebunya.
“So, this is your daily routines before I go to work that you have to do, my dear...” bisik Furqan hangat di telinga isterinya.
Wilda terdiam. Pergh! Hari-hari kena buat begitu ke? Pengsan! Wajahnya sudah kemerah-merahan menahan malu. Nak menangis pun ada. Dia cuba tahan sedaya mungkin. Dia malu kepada suaminya.
“Kenapa? Tak berani?” Furqan melepaskan lingkaran pada pinggang Wilda. Bibirnya muncung sedepa. Dia terus tunak menonton berita semula. Sengaja merajuk. Dia mahu melihat sejauh mana isterinya memujuknya.
“Abang marah Wilda?” Lembut pujukan sang isteri. Berbekalkan keberanian senipis kulit bawang, dia bermain-main cuping telinga kiri suaminya dengan niat mahu memujuk.
Rasa kegelian ditolak ke tepi oleh Furqan. Tiada reaksi ditayangkan. Wajahnya dikawal tegang.
Wilda mengeluh. Dirinya rasa tercabar. Kalah ke dia sebagai seorang penggoda? Cawan koko panas milik suaminya diteguk rakus. Berkongsi minuman dengan suami sendiri. Allah janjikan pahala. Seperti Rasulullah yang sentiasa berkongsi susu dengan Saidatina Aisyah dalam gelas yang sama.
Furqan menyaksikan segala perbuatan Wilda dari ekor matanya. Berani pula isterinya berkongsi minuman dengannya.
“Okey, Wilda cuba. Abang, sinilah pandang Wilda.” Wilda menarik bahu Furqan agar bertentangan dengan tubuhnya semula.
Furqan menanti dan membiarkan sahaja setiap perlakuan berani isterinya itu. Wajahnya dibekukan. Tiada senyuman menghiasi bibir tebalnya.
“Setiap pagi, Wilda janji akan peluk abang... dan kiss abang. Muah!!! Dan salam abang macam ni. Maafkan Wilda kalau selama ni Wilda ada menyinggung perasaan abang sepanjang perkahwinan kita.” Wilda dengan beraninya mengulangi semula perbuatan Furqan. Yang membezakannya, dia mahu cepat siap pada setiap perlakuannya itu. Pinggang suaminya dipeluk seketika. Bibir Furqan hanya dikucup sesaat. Cuma tangan suaminya saja dicium lama.
Ibunya pernah berpesan, jangan bagi suami marah. Nanti tidak cium bau syurga. Wilda mahu menjadi isteri solehah.
Tubuh sang isteri segera Furqan bawa ke dalam dakapan. Erat. Manalah dia tidak jatuh sayang kepada isterinya ini. Segala perbuatan Wilda amat disenanginya; wajahnya yang comel, tingkahnya yang menceriakan. Lama mereka berdakapan. Tubuh masing-masing terasa panas.
“I juga nak minta maaf sebab kita tak sempat honeymoon. Mummy adalah satu-satunya ibu yang I ada, Wilda. Dari jauh dia datang untuk melihat kita disandingkan. I harap you faham kenapa I tinggalkan you dengan Mak Mah. Masa mummy tak banyak di sini. I nak dia selalu ada dengan I. You panggillah I mama's boy ke apa, I tak kisah. I sayang mummy. Dia sanggup undur diri demi papa berkahwin lain. I suruh mummy kahwin lain, tapi mummy tolak. Kata mummy, umurnya telah lanjut, baik dia fikir tentang amal jariah. I planned with mummy untuk cemburukan you, Wilda. Ternyata, seorang Wilda memang susah nak cemburu buta. Terima kasih sebab sudi faham situasi I.” Pelukan semakin Furqan eratkan. Dahi isterinya dicium lama.
“Terima kasih juga sebab seorang Alif Furqan sudi menyunting Wilda Safiyyah. Kalau abang kenal Wilda lama, Wilda ni nakal sebenarnya. Manja pada yang empunya hak. Seksi hanya untuk abang seorang, suami Wilda. Wilda cuba faham situasi abang. Abang sanggup berubah keluar dari kepompong lama abang yang berkurung kerana depressed... dan pergi berubat. Kemudian, bernikah dengan Wilda.”
Pelukan dileraikan. Mata saling bertatapan. Hangat panahan mata mereka.
“Do you know about my bad story?” Terkejut Furqan mendengar kata-kata terakhir yang keluar daripada mulut isterinya itu.
“Tak semua. Sebab Wilda mengharapkan abang yang cerita sendiri. Wilda tak mahu dengar daripada mulut ayah, papa atau Mak Mah. Wilda nak dengar daripada mulut abang sendiri. Boleh, kan?” Lembut tutur kata Wilda sejujurnya.
Furqan mencuit hidung mancung isterinya. Seronok melihat hidung mancung itu kembang kempis tatkala tuan badannya diusik. Gelak kecil terlepas daripada mulutnya.
Pelukan mereka dikukuhkan semula. Kini Furqan sudah bersedia untuk membuka pekung di dada yang lama terbuku.
“I dahulu ada rancang untuk bertunang dengan one girl ni.”
Wilda mula menunjukkan minat untuk mendengar cerita seterusnya.
“Dia lawa. Cuma dia tak berhijab. I rancang lepas kahwin, I nak suruh dia pakai tudung litup macam you. Tapi jodoh kami tak panjang. She was in an accident dan doktor sahkan dia lumpuh separuh badan. Her survival chances were very slim. Tak boleh bertahan lama. Selepas dia dikebumikan di negara kelahirannya, I terus dilanda kesedihan yang amat. Dengan kata lain, I kemurungan. Sampai papa bawa I jumpa pakar psikiatri. Pergi treatment, ambil ubat sampailah I pulih sebagaimana sekarang ni.”
Furqan berhenti mengambil nafas. Dia sebak. Kenangan lama menghimpit jiwanya kembali.
“Kebetulan, papa ada pergi alumni reunion and met your father, sahabat lamanya semasa di University of London. Papa cerita tentang I dekat ayah dan ayah kenalkan kita. Ayah tak cerita banyak tentang you. Ayah beritahu you anak yang baik, berpelajaran tinggi, taat pada agama, yang matlamatnya nak jadi wanita solehah. Tak lama lepas tu, kita pun disatukan. I yang minta jangan bertunang lama. I tak mahu pisang berbuah dua kali. I kalau dah sayang, I sayang betul-betul.”
Mata mereka bertatapan lama. Wilda menggenggam jari-jemari suaminya. Menyalurkan kekuatan.
“Wilda, I mungkin bukan yang terbaik sebagai imam you... pemimpin you. However, I can try to be the best one for you, as your husband. I tak marah kalau you tanya kenapa I tak nak ada anak. Hakikatnya, you kena tahu yang I sangat takut dengan kehilangan. I reda dan I masih belajar erti reda sebagai seorang Muslim. Orang-orang yang I sayang satu demi satu pergi tinggalkan I. I tak mahu andai sesuatu terjadi, anak itu yang akan menjadi mangsa. I tak mahu. Because I had gone through all those miserable and painful moments.”
Akhirnya, menitis mutiara jernih Furqan pada malam itu bersaksikan isterinya. Dia kalah pada pandangan Wilda yang sangat berharap.
“Abang, Wilda akan cuba faham keadaan abang. Bukan semua orang boleh mengharungi depresi dengan mudah.” Wilda mengusap-usap belakang tubuh suaminya, menyalurkan sumber kekuatan buat suaminya itu. Isu anak terhenti antara mereka.
Furqan mengalami PTSD iaitu post-traumatic syndrome disorder. Sangat berlainan dengan panic attack mahupun anxiety disorder. Ia merupakan trauma pada masa lalu yang menyebabkan seseorang itu mengulang tayang kedukaan atau ketakutan yang pernah dialaminya. PTSD Furqan lebih kepada trauma kehilangan orang tersayang pada masa lalunya.
“Wilda, boleh you jadi sumber kekuatan I? Teman I harungi semua ini. I guess I cannot go on if it is not you.” Lembut nada suara Furqan berbisik di telinga isterinya.
“I will, abang. Insya-Allah.” Mereka berpelukan sekali lagi. Basah air mata Furqan kering di pipi isterinya.
No comments:
Post a Comment