DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday 29 September 2022

Secret Wife Tuan Furqan - Bab 7


TIGA bulan usia perkahwinan mereka...

Lambakan tablet pil-pil berwarna kuning, oren dan merah jambu jatuh di atas tapak tangan kecil Wilda. Hatinya dirundung hiba. Sampai bila dia perlu diperlakukan oleh suami sendiri sebegini? Dari hujung matanya, dia melihat suaminya mengeluarkan dari kocek seluar sleknya kotak kecil berwarna ungu jenama Durex.

Wilda mengeluh berat. Dia akan dilayan lagi tidak ubah seperti seorang perempuan simpanan. Hak seorang isteri diperkotak-katikkan dan direndahkan lagi oleh lelaki itu.

“You makan pil tu ikut sukatan dos yang disarankan.” Furqan bersuara dingin.

“You dah tujuh hari lepas haid, kan? I tak nak ada benih yang bercambah dalam rahim you nanti,” Furqan berbisik perlahan di telinga Wilda. Acap kali saat mereka ingin bersama, itu sahaja yang diingatkan kepada isterinya.

Wilda menunduk hiba. Tidak mahu menentang pandangan tajam suaminya itu. Hatinya terluka dalam dek kelakuan dingin seorang suami terhadapnya. Perasaannya diketepikan oleh lelaki itu.

“You dengar tak I cakap ni?” Furqan menaikkan suaranya. Dia masih lagi menahan diri daripada memarahi Wilda. Baju kemeja yang melekap di dada mula ditanggalkan. Seluar slek kelabunya juga.

“Wilda, tunggu apa lagi! Malam ni sebagai seorang isteri, I nak you layan I.” Terkeluar jua jerkahan yang ditahannya.

Wilda lirih memandang wajah suaminya. Dan seperti malam-malam yang berlalu, dia dengan paksa rela mengikut kehendak sang suami yang menginginkan tubuh hangatnya.

Malam yang dilaluinya tidak ubah ibarat seorang pelacur, merelakan lelaki asing menyetubuhinya. Tiada rasa penyempurnaan kasih dan perkongsian dua jiwa yang inginkan zuriat. Yang tinggal hanyalah tempias nafsu serakah seorang suami. Dia isteri yang sah kepada Furqan. Namun keinginannya dilayan endah tidak endah sahaja. Seperti seorang isteri yang tidak punya hak mengandungkan zuriat suaminya.

Alif Furqan Tan Sri Rafique, suami yang telah menikahinya selama tiga bulan. Mereka dipertemukan atas pertalian dua sahabat. Betapa lamanya detik waktu yang merantai tubuh Wilda membawa gelaran isteri kepada lelaki sedingin itu.  Sekejap baik dan sekejap nakalnya menjadi-jadi. Kelakuan Furqan sangat menjerat gejolak dunia batin Wilda. Namun, perasaan itu dipendamkan sahaja.

Orang luar tidak memahami kisah mereka. Wilda masih terasing daripada dunia Furqan. Namun, rasa kasih kepada suaminya tidak pernah luntur dalam raganya. Selama  perkahwinan yang terbina itu, dia relakan sahaja perlakuan suaminya. Berdosa besar jika dia tidak mentaati keinginan nafsu suaminya sendiri.

Bukan dia tidak cuba menutup rasa kasihnya kepada Furqan. Namun, demi sayangkan perkahwinan yang terbina, dipendamkan sahaja. Furqan tidak pernah culas menjaga nafkah zahirnya. Setiap bulan lelaki itu akan memasukkan sejumlah wang dalam bank buat perbelanjaannya. Walaupun dia bekerja dan mempunyai wang sendiri, bil-bil dilunaskan Furqan sendiri tanpa menyusahkan Wilda. Namun, nafkah batin yang diberikan lelaki itu amat menyeksa dunia batinnya. Furqan adalah cinta pertamanya. Dia mahukan zuriat yang terlahir daripada rahimnya sendiri.

Sebagai isteri, perasaan Wilda ingin mengandungkan zuriat Furqan berkobar-kobar. Namun, layanan batin lelaki itu bukan berniat mahu mendapatkan zuriat mereka. Sebaliknya, keinginan nafsunya semata-mata. Setiap kali dia diingatkan supaya tidak lupa menelan pil perancang itu.

Demi memujuk perasaan sendiri, Wilda acap kali mengatakan Furqan masih belum bersedia mahu menerima dirinya secara total. Belum bersedia untuk mempunyai anak bersamanya. Belum bersedia menjadi ayah dan suami yang terbaik kepada keluarganya. Sepanjang menjalani alam perkahwinan mereka, tidak pula firasatnya merasakan Furqan itu memiliki wanita lain dalam hatinya.

Naluri Wilda sebagai seorang isteri kuat menyangka suaminya tidak menduakannya. Dia semakin penat dengan teka-teki yang dicipta Furqan dalam alam perkahwinan mereka. Kenapa mesti lelaki itu melayannya sebegini rupa? Wilda mahu hidup lama dengan suaminya itu. Hendak ada anak, yang boleh menemani hari tua mereka.

Makan hati berulam jantung Wilda akan kelakuan dingin suaminya itu. Persoalan hebat itu sentiasa bermain-main dalam mindanya. Sampai bila Furqan mahu melayaninya seperti ini? Selama-lamanyakah mereka tidak akan punyai zuriat sendiri? Allahuakbar!

“Sampai hati abang seksa batin Wilda. Apa salah Wilda, abang? Sampai bila kita nak macam ni, abang?”

Furqan seperti biasa mengunci mulutnya. Dia tersandar di kepala katil. Wilda pula menjarakkan dirinya sehasta daripada suaminya itu.

“Wilda ni tak cukup layak menjadi isteri solehah kepada abang ke? Tak cukup layak untuk mengandungkan zuriat abang ke?”

Furqan masih lagi membatukan dirinya. Mulutnya diketap rapat.

“Jujur dengan Wilda, abang. Perlu ke kondom tu semasa kita bersama?”

Furqan terbatuk-batuk. Reaksinya kekal berwajah selamba. Belakang tubuh isterinya menjadi sasaran renungan tajamnya.

“Abang tak rasa berdosa melayani Wilda begini? Wilda tak akan selamanya menangkan sikap abang ni. Ada masa Wilda tak tertanggung sakit hati. Wilda tak teragak-agak angkat kaki dari perkahwinan ni.”

Pap!!! Tamparan Furqan kuat di atas permukaan tilam. Tempat rebahan mereka. Tangannya meramas-ramas cadar katil dengan kuat.

Sepantas kilat jua dia menyarung kain pelekatnya. Laju dia membuka pintu gelangsar balkoni kamar peraduan mereka. Sesak nafasnya berada seudara dengan Wilda yang merengek itu. Apa yang tidak kena dengan dirinya? Dia keliru. Dia sedar, dia telah menyeksa batin Wilda. Isterinya cuma mahu dikurniakan zuriat mereka. Walaupun dia meninggikan egonya, isterinya tetap setia merebahkan diri dan melayani kehendaknya.

You are ruining her life, dude! What do you want actually? What have you done to your beloved wife?’ Kalam hati Furqan bertelagah hebat. Soalan panas Wilda menghukum dirinya. Yang pasti, dia tidak terdetik untuk mengangkat tangan menyakiti wajah polos isterinya itu.

Karakter dingin Furqan itu mengundang Wilda termangu-mangu sendirian.  

Furqan bukan tidak sedar dia perlu melayani keinginan Wilda juga. Kalau dia sayang Wilda, dia tidak akan seksa batin isterinya ibarat meniduri seorang perempuan jalanan. Kalau dia tidak sayang Wilda, dia cepat sahaja naik tangan atau kaki menyeksa tubuh isterinya sehingga lebam. Panas juga telinganya mendengar teguran-teguran berbisa isterinya itu. Namun, marahnya masih mampu dikawal. Dia sedar, semuanya berpunca daripada egonya yang melangit sehingga mencecah petala ke tujuh. Aduhai!

Natijahnya, dia turut sama terkesan dengan kelakuannya melayan Wilda selama perkahwinan mereka ini. Namun begitu, jauh di sudut hatinya dia sangat bersyukur dia diberikan Wilda sebagai pendamping hidupnya. Suri hatinya yang sanggup menerima baik buruk dirinya, Wilda yang sangat penyabar melayannya. Melayan nakal dan ego tingginya itu. Furqan sedar, Wilda Safiyyah Datuk Salaman adalah cinta matinya. Dia tidak rela Wilda berpaling dari hidupnya. Dia tidak rela! Dia pasti terseksa sekiranya perpisahan menghimpit mereka.

‘Maafkan abang. Abang bersalah, sayang. Jangan tinggalkan abang, Wilda. Jangan tinggalkan abang seperti Dhia Farhain tinggalkan abang,’ rintih hati lara Furqan pada kelam malam itu.

 

No comments:

Post a Comment