DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday, 4 April 2022

Rahsia Hati - Bab 2


“IZA!!!”

Terhenti kayuhan Izaelina apabila terdengar namanya dipanggil. Kepalanya ditoleh.

“Syaza. Kau dari mana?” Izaelina bersuara apabila Syaza Atilia sudah mendekatinya. Agak teruja kerana tidak sangka boleh terserempak dengan rakan sekelasnya di situ. Setahunya, Syaza tinggal di taman perumahan sebelah. Jauh juga temannya itu berbasikal sehingga boleh bertemu di taman perumahannya.

“Aku dari rumah Akma tadi. Alang-alang tu aku pusing-pusinglah sini,” Syaza menjawab. Dirinya baru bercadang mahu menghubungi Izaelina untuk berbasikal bersama. Alih-alih bertemu di sini sebelum sempat dia menelefon Izaelina.

“Oh, patutlah. Kenapa tak ajak Akma sekali? Aku nak lepak taman ni, jomlah sekali. Nanti aku temankan kau balik.”  Izaelina sedikit bersemangat kerana ada teman berbasikal petang ini. Tidak seperti selalunya, hanya dia berseorangan.

“Akma memang nak ikut pun, tapi rantai basikal dia putus pulak. Entah macam mana boleh putus. Padahal sebelum ni elok aje. Ha, aku pun cadang nak pergi taman. Baru nak call kau ajak jumpa sana. Tahu-tahu terjumpa kau kat sini.” Panjang Syaza membalas pertanyaan Izaelina.

“Okey, cun sangat! Tunggu apa lagi, let’s go!” Separuh menjerit Izaelina bersuara.

Lead me, my lady.” Ceria Syaza membalas.

Alright. Just follow me.” Masing-masing memulakan kayuhan.

 

 “WAH, RAMAI juga eh yang lepak taman ni. Dekat perumahan aku tu takdelah ramai macam ni. Bolehlah cuci mata, asyik!!!” Teruja Syaza sebaik tiba di taman itu. Sungguh di luar bayangannya. Duganya taman di situ juga lengang seperti di perumahannya.

“Amboi, kau bukan main lagi suka eh. Niat kau sebenarnya nak usyar abang-abang sini kan, kan?” Izaelina mengecilkan matanya memandang Syaza di sebelahnya. Kecik-kecik dah menggatal si Syaza ini.

“Kau tak payah mengata aku sangat. Ingat aku tak tahu ke kenapa kau tu beria-ia sangat nak pergi sekolah hari-hari?” Syaza menggerakkan kedua-dua keningnya kepada Izaelina.

“Wah, kau ni boleh baca fikiran orang ke? Takutnya...” Izaelina berkata sambil memeluk kedua-dua bahunya.

“Tapi betul kan, kau sebenarnya excited nak pergi sekolah sebab dia kan, kan? Tak payahlah nak berdalih dengan aku. Aku tahu semua rahsia tersirat semua orang. Mengaku ajelah. Kan, kan?”

“Weh kau ni betul-betul menakutkan. Kau ni stalker eh? Scarynya!” Izaelina tidak menyangka rahsianya selama ini ternyata diketahui Syaza Atilia. Setahunya, dia tidak pernah langsung memberitahu rahsianya itu kepada sesiapa pun. Termasuklah kepada Azaelina.

“Isy kau ni... aku bukan stalker okey, aku ni observer. Beza tau,” balas Syaza bersama jelingan. Ada ke patut dirinya digelar stalker. Yang bukan-bukanlah Izaelina ini tau. Ingat dia siapa? Idol K-pop ke sampai dia kempunan nak stalk bagai. Aiyoo!

“Yalah, yalah. Tapi kau dah tahu tu, diam-diam aje tau. Jangan gatal mulut beritahu orang lain pulak. Janji?” Risau Izaelina jika rahsianya terbongkar. Buat malu dirinya sahaja. Tidak sanggup rasanya dia membayangkan jika rahsianya benar-benar diketahui oleh teman-teman mereka yang lain.

Excuse me, ni Syaza Atilia okey. Rahsia kau selamat dengan aku. Tapi...”

“Tapi apa? Kau jangan macam-macam eh.” Izaelina segera memberi peringatan. Bahaya betul Syaza ini. Boleh pulak main ugut-ugut.

“Isy, dengarlah aku cakap sampai habis dulu. Sesuka hati aje potong-potong cakap orang,” marah Syaza.

“Okey okey, sorrylah. Haa apa dia? Tapi apa?” Izaelina cuba memujuk. Sedar kesilapannya.

“Kau janji temankan aku balik. Jangan mengelat pulak. Tadi aku datang dengan Akma, takutlah nak balik sorang-sorang. Boleh eh?” Syaza membuat wajah comel. Ini kali pertama dia berbasikal ke sini. Agak kekok dengan selok-belok taman perumahan di sini.

“Eleh, itu aje? Tadi kan aku dah cakap, nanti aku hantarkan kau balik. Dahlah kau ni. Hujung sana ada jual aiskrim, jom beli?” Izaelina bersuara sambil tangannya menunjuk ke arah khemah merah di hujung taman.

“Cun. Kau belanja!” Laju sahaja Syaza bersetuju. Dirinya sudah melangkah setapak ke hadapan meninggalkan Izaelina. Orang tua-tua kata rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Eh, betul ke? Lebih kuranglah.

Agak lama Izaelina dan Syaza berborak di taman sebelum membuat keputusan untuk pulang. Seperti yang dijanjikan, Izaelina menemani Syaza pulang ke rumahnya. Sepanjang perjalanan ada sahaja yang diborakkan. Kadang-kadang terdengar gelak tawa mereka. Rancak sungguh mereka bersembang. Terlalu asyik berborak. Tiba-tiba...

No comments:

Post a Comment