DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday 4 April 2022

Rahsia Hati - Bab 3


ARGHHHH!!!”

Gedebuk! Kuat bunyi Izaelina dan lelaki di hadapannya terjatuh. Entah dari mana

munculnya lelaki itu bersama basikalnya, Izaelina tidak pasti. Sedar-sedar lelaki itu sudah hampir dengan dirinya. Tidak sempat dia mengelak, mereka sudah bertembung.

Syaza bernasib baik kerana sempat mengelak. Jika tidak, pasti ketiga-tiga mereka sudah jatuh bersama.

Syaza segera turun daripada basikalnya dan membantu temannya itu untuk bangun. Mujurlah mereka berbasikal perlahan sahaja. Jika laju, pasti agak teruk kecederaan yang dialami. Perlahan-lahan Izaelina berdiri dengan bantuan Syaza. Terasa pedih di bahagian siku menyengat tubuhnya. Telapak tangan kirinya juga terluka dek kesan seretan. Memang pedih.

Sorry, sorry... kau okey?” Izaelina bersuara sebaik sahaja dirinya berdiri dengan baik. Wajahnya diangkat memandang gerangan di hadapannya.

“Aidi?” Izaelina kembali bersuara apabila lelaki di hadapannya itu ternyata ialah senior di sekolahnya. Siapa yang tidak kenal Aidi Ezharr. Ketua pelajar merangkap pelajar cemerlang di sekolahnya. Dan kerana lelaki di hadapannya  inilah dia sangat rajin ke sekolah. Harinya tidak lengkap jika sehari tidak memandang si teruna.

“Aza???” Baru kali ini Aidi bersuara. Tangannya sibuk membetulkan duduk bajunya. Apabila memandang wajah gadis di hadapannya, Aidi sedikit terperanjat.

“Eh, bukan. Aku Iza. Hmm... kau okey ke?” soal Izaelina sekali lagi. Tidak hairan jika orang memanggilnya Aza, kerana yang benar-benar rapat dengannya sahaja dapat mengecam antara dia dengan Azaelina.

“Iza?” Kening Aidi bertaut. Wajahnya penuh dengan kekeliruan. Selama ini gadis di hadapannya itu sering dipanggil Aza. Masa bila pula gelaran Aza sudah berubah kepada Iza? Aza di hadapannya kini juga agak berlainan daripada yang dikenalinya. Daripada cara percakapan dan tingkah, semuanya ketara berbeza.

“Ya Iza, kembar Aza...” jawab Izaelina merungkai kekeliruan Aidi. Sedar bahawa tidak ramai yang tahu kewujudan dirinya.

 Azaelina lebih menyerlah di sekolah kerana dirinya yang bijak. Kelas mereka juga berbeza. Azaelina berada di kelas teratas dan  sering menjadi tumpuan guru-guru, tidak seperti dia yang hanya ditempatkan di kelas pelajar-pelajar biasa. Dan tidak hairan juga jika Aidi Ezharr mengenali Azaelina tetapi tidak dia. Pelajar cemerlang pasti mengenali pelajar cemerlang yang lainnya, kan?

“Aza ada kembar?” Jelas Aidi terkejut. Selama ini dia tidak pernah tahu si cantik Azaelina mempunyai saudara kembar. Mana tidaknya, Azaelina sangat pemalu orangnya. Sangat sukar untuk duduk berborak dengan si gadis melainkan berkaitan pelajaran semata-mata.

Izaelina tidak menjawab. Matanya hanya memandang Aidi dengan pelik. Dah berapa kali lelaki itu duk ulang Aza-Iza sedari tadi. Syaza juga sejak awal hanya menjadi pemerhati sahaja. Sekali pun tidak mencelah.

Agak lama Aidi memandang Izaelina sebelum dapat memproses bahawa gadis yang berdiri di depannya kini ialah Iza, kembar kepada Aza. Otaknya betul-betul sedang cuba menerima semua kenyataan itu buat seketika. Sungguh di luar jangkaannya!

“Oh, maaf. Saya tak sangka pulak Aza ada kembar. Saya betul-betul tak tahu Aza ada kembar. Selama ni saya tak pernah tahu pun. Dah hampir 3 tahun, saya langsung tak pernah dengar Aza ada kembar.” Kali ini agak panjang Aidi berkata. Dirinya juga sudah kelihatan tidak termangu-mangu seperti sebelumnya.

“Haah sebab tak ramai pun yang tahu kami kembar walaupun satu sekolah. Kami lain kelas. Kau takde luka apa-apa, kan? Kalau takde, kami dua gerak dulu eh. Dah lewat ni.” Izaelina sudah berura-ura untuk pergi. Dari luaran sepertinya Aidi baik-baik sahaja. Cuma dirinya yang terluka. Lelaki itu tidak pula dilihatnya tercedera.

“Ha, saya okey aje. Awak okey? Tangan awak luka tu. Boleh ke bawa basikal lagi?” Aidi perasan Izaelina seperti menahan sakit. Terkejut punya pasal, dia langsung tidak peka dengan kecederaan yang dialami oleh gadis itu.

“Aku okey. Sikit aje ni. Kalau takde apa-apa, kami gerak dulu tau.” Kali kedua Izaelina meminta diri. Risau terlambat sampai ke rumah sebelum maghrib. Jenuh juga dia mahu menahan telinga mendengar bebelan umi dan babanya nanti.

“Ha, okey. Hati-hati lepas ni,” ujar Aidi prihatin. Ikutkan hati, mahu sahaja dia menemani Izaelina dan Syaza pulang. Namun dia sudah berjanji dengan mamanya untuk segera pulang.

Alright. Bye!”

“Okey, bye!” Aidi menghantar kedua-dua teman itu dengan pandangan matanya. Sekejap sahaja mereka berdua sudah jauh meninggalkan dirinya yang masih di situ.

Beep!

 

Aidi dekat mana ni? Tadi cakap

dah nak sampai.

 

Aidi tersedar apabila menerima pesanan daripada mamanya. Pasti mamanya risau menunggu kepulangannya.  

 

Sorry ma. 5 minit Aidi sampai.

 

**BERMINAT? Boleh hubungi/WhatsApp no ini : 011-40049752 (Admin Nina) /

: 019-3729676 (Admin Shida)

 

No comments:

Post a Comment