DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Friday 28 April 2023

Mawar Di Arafah - Bab 5


Terperangkap dalam kepalsuan...

 

KEJUTAN itu memang membuatkan Hazel jadi kaku. Dadanya sesak saat membaca nama si perempuan di dalam surat yang baru dicetaknya itu. Sudah diagaknya!

Sahih... memang Rizal suami orang! Dan dia bercinta dengan suami orang selama ini. Membayangkannya sudah menjijikkan. Inikan pula kalau benar-benar berlaku.

Oh my God... apa aku dah buat ni?” bisik Hazel perlahan sambil membaca dokumen itu.

Gadis itu memandang ke hadapan seketika sambil memikirkan apa yang hendak dibuatnya. Dia ditipu hidup-hidup oleh Rizal selama ini.

Pantang tok nenek dia jantan kaki penipu! Pilih punya pilih... biar dia jadi perempuan super memilih pun, sudahnya dia tetap tertipu juga dengan tipu helah lelaki.

“Oh, kau tipu aku ya, Rizal? Tak guna punya jantan. Muka pecah pintu, ada hati kau nak tipu aku...” gerutu hati Hazel. Dah tahu itu suami orang, terus lelaki itu dicap jantan muka pecah pintu. Walaupun... tak adalah hodoh benar lelaki itu.

Tetapi Hazel... lelaki tidak kaya, tidak mengapa. Nak jadi kekasihnya, kena kacak di matanya dulu. Kena sedap mata memandang. Atau... kalau dapat yang setampan ‘lelaki Arab’ itu lebih bagus. Jadi, Rizal itu kira kacaklah kalau dia boleh biarkan Rizal mendekatinya.

Tengah layan angin satu badan... si Rizal itu elok pula memberi mesej jiwa-jiwa. Tidak sedar si perempuan sudah tahu dia lelaki yang nak pasang dua!

 

Hai, sayang... malam ni dinner? I miss

you.

 

Hazel memandang mesej itu dengan rasa benci dan meluat yang meluap-luap. Perasaannya rasa asing sekali kepada Rizal. Hati kecilnya selama ini merasakan dia dan Rizal tidak sesuai bersama, tidak boleh pergi lebih jauh lagi rupanya kerana ini.

Hazel mendengus sambil mengertap bibir. Dia tidak terus membalas mesej itu. Sakit hatinya meluap-luap kerana Rizal merahsiakan hal sebesar ini darinya. 10 bulan itu bukan sekejap. Patutlah apabila bercakap pasal kahwin, Rizal mula tergagap-gagap!

“Kau tipu aku ya, jantan. Kau jaga ya? I miss you konon!” ucap Hazel perlahan.

Hazel membalas mesej itu akhirnya. Tidak mahu Rizal terus ternanti-nanti.

 

Okey. See you at 9.

 

Hazel meletakkan telefonnya di atas meja. Fikir apa hendak dibuat dengan jantan penipu seorang ini. Berdepan saja dan bertanya lalu dia menangis tersedu-sedu meminta Rizal memilih antara dua? Klise!

“Kau tipu aku, kan? Apa salahnya aku kenakan kau balik,” ucap Hazel sambil matanya memandang pemandangan di luar sana melalui dinding cermin di pejabatnya itu.

Seterusnya Hazel cuba untuk menyemak siapa isteri Rizal sebenarnya. Dia membaca nama si isteri dan dia membuat pencarian di medium IG. Hasilnya dia menemukan satu akaun yang nama penuh siap gambar tuan punya badan.

Malah setelah dia menyemaknya, ada gambar Rizal dan wanita itu berbulan madu di Paris 4 tahun lalu. Kebetulan... bulan Disember, tarikh itu dia berada di Mekah bersama keluarganya.

Wow... what a happy and loving husband and wife,” ucap Hazel sambil menatap satu persatu gambar berbulan madu itu.

Riak wajah Hazel berubah sedikit saat terlihat satu lagi gambar lain ketika isteri Rizal di wad bersama bayi. Hatinya sayu melihat anak yang tidak berdosa itu. Dia tidak ingin merebut suami orang! Dia tidak kuasa untuk membuatkan budak itu kehilangan ayah.  Tetapi lelaki seperti Rizal memang perlu diajar!

 

 

MALAM YANG Indah. Janji tidak tinggal janji.

Ketukan tumit kasut gadis itu menarik perhatian kebanyakan lelaki di situ. Mereka menoleh sehingga lupa ada bini di depan. Namun pandangan mata Hazel hanya teruntuk buat lelaki seorang itu. Lelaki yang begitu berani sekali memerangkapnya dengan kenyataan yang memedihkan.

Rizal sedang menunggu di sebuah meja seorang diri. Lelaki itu mula menoleh tatkala terbau haruman perfume milik Hazel. Sudah cukup dikenalinya! Bibir berkumis nipis itu mengorak senyuman sambil memandang dari atas ke bawah.

Bangga! Lelaki mana tidak bangga dapat mendekati gadis secantik ini?

Sorry, I buat you tunggu lama,” ucap Hazel sedikit mendatar. Dia tidak mampu mengawal rasa hatinya yang kosong kepada Rizal.

Its okay, sayang...” ucap Rizal dalam nada lunak.

Hazel duduk di depan lelaki itu tanpa mempedulikan seberapa ramai lelaki mencuri pandang kepadanya. Dia memandang lelaki itu tanpa putus. Ringan saja dia mahu bertanya tentang surat nikah yang dibacanya tadi.

Namun... tak seronoklah kalau tak mempermainkan lelaki yang sedang cuba mempermainkan hatinya ini. Cepat sangat pecah rahsia, sabar dulu! Itu kata hati Hazel saat ini saat memandang tepat ke muka Rizal yang merasakan rahsianya masih belum bocor. 

“You busy ke?” tanya Rizal sambil melambai pelayan.

“Boleh tahan,” balas Hazel perlahan sambil memandang menu. Menu di situ dia sudah hafal. Tapi dia memandang menu untuk melihat gambar supaya minatnya tertarik untuk memesan makanan dalam keadaan hatinya sedang nak meletup.

Pelayan tercegat di tepi meja. Saat Rizal tidak memandang dia turut mencuci mata memandang gadis jelita itu. Mampu berangan sajalah. Dari cara gadis ini berpakaian... Dia agak gadis itu high maintenance. Tidak mungkin dia layak.

Pelayan itu pergi setelah Hazel membuat pesanan minuman. Gadis itu menayang riak wajah tidak berperasaan saat Rizal mula menumpukan perhatian kepadanya.

“I pun busy semenjak kebelakangan ni. I akan naik pangkat tak lama lagi. So, I kena beri komitmen penuh pada kerja. I harap you faham bila kita tak selalu jumpa,” ucap Rizal.

Busy jaga anaklah tu, gerutu Hazel sekadar dalam hati. Dia memandang ke arah lain tanpa membalas kata-kata Rizal yang tidak ada isi penting. Lebih banyak menipu saja.

“Sayang... tapi apa kata kalau minggu ni kita pergi Penang?” ajak Rizal. Dia teringin pula hendak bawa Hazel pergi lebih jauh dari kebiasaan mereka. Asyik berjumpa di sini saja kerana dia tahu gadis ini tidak semudah itu boleh diangkut ke bilik hotel.

“You baru kata you busy tadi,” ucap Hazel selamba sebelum dia kembali memandang kekasihnya itu.

“I boleh luangkan masa sekejap untuk you. I tak mahu you rasa loss bila I terlalu busy dengan kerja,” ucap Rizal dengan senyum lembut.

Hazel senyum kelat saat membalas tatapan Rizal.

No... I tak rasa nak ke mana-mana minggu ni,” ucap Hazel perlahan.

Sure? Kita dah lama tak keluar dating. Nanti you kompelin I tak luangkan masa untuk you,” ucap Rizal lembut. Gadis seperti Hazel tidak mungkin mungkin boleh disamakan dengan gadis lain yang hanya sebagai peneman atau teman berseronok.

Gadis seperti Hazel ingin dimilikinya. Namun dia harus menyelesaikan masalah dengan isterinya terlebih dahulu. Sebelum itu dia ingin membuat Hazel benar-benar cinta kepadanya sepertimana Camille dulu. Dia tahu Camille anak orang kaya, dipikatnya biarpun dia tahu Camille tunang orang. Tetapi setelah menikahi Camille, baru dia tahu perangai Camille sebenar.

I’m not interested anymore, Rizal...’ Bisikan itu hanya bergema dalam jiwa Hazel.

Nafas dihela perlahan. Hatinya pedih. Jiwanya jadi layu. Kekasihnya suami orang. Kalaulah dia tahu semenjak awal lagi, dia tidak akan pandang muka lelaki ini. Syukur juga ibu bapanya belum tahu tentang hubungannya dengan Rizal.

Saat lelaki itu meluahkan ayat berbunga-bunga, Hazel mendengar namun dia memandang ke arah lain dengan riak wajah tidak berperasaan. Matanya memandang satu demi satu lelaki yang duduk sendirian atau duduk bersama geng-geng dari kaum lelaki saja.

Kalau lelaki ini boleh tipu dia begitu saja, takkanlah dia tak boleh?

Rizal meraih jemari Hazel. Gadis itu memandang Rizal sekilas sebelum dia terpandangkan seorang lelaki duduk sendirian sambil makan dengan tekun. Hazel membiarkan Rizal mengelus jemarinya manakala matanya sibuk pandang lelaki itu!

Handsome teruk mamat tu,’ bisik hati Hazel. Tidak sedar apa yang dibuat oleh Rizal tatkala dia mengamati tindak-tanduk lelaki asing itu. Ingat moto mencari calon suaminya itu... Tak kaya tak apa, kacak kena ada! Body kena cantik. Yang gendut-gendut, boroi-boroi boleh bagi pada perempuan lain saja. Biar perempuan lain mati kena tindih di malam pertama!

Rizal melepaskan jemari kekasihnya setelah pelayan datang bawa minuman. Hazel menyandarkan tubuhnya ke kerusi agar lelaki itu berhenti pegang tangannya.

“You macam tak happy malam ni, sayang. Any problem?”

Hmm?” Hazel tersedar dari alam pemikirannya sendiri lalu kembali ke alam nyata.

“Taklah. I cuma penat sikit. Banyak kerja di pejabat,” ujar Hazel lantas tersenyum sedikit untuk menutupi rasa tawar dalam jiwanya ini kepada Rizal.

Ketika pandang muka teman lelaki penipunya itu, dia mula terbayang macam-macam. Malam hari Rizal membelek wanita lain. Kemudian esoknya Rizal datang semula kepadanya seperti tiada apa-apa berlaku. Rasa macam nak direnyuk saja muka lelaki ini!

“Betul? Sebab kita dah lama tak luangkan masa bersama, I tak nak you simpan rasa kecil hati pada I. Sepatutnya kita dah semakin mengenali hati budi,” ucap Rizal.

“Kita tak akan kenal hati budi kalau kita tak jujur, Riz.” Hazel menjawab.

True. I seorang lelaki yang jujur selama ni,” ucap Rizal dengan riak wajah yang membuatkan Hazel rasa nak lempar dengan pinggan di depannya. Selamba habis macam dialah lelaki terjujur abad ini! 

Hazel diam memandang gelagat lelaki itu. Ringan saja mulutnya hendak bertanya tentang surat nikah itu. Tetapi... nantilah dulu. Dia mahu lihat sandiwara lelaki ini. Otak si Hazel mula fikir alasan untuk cepat-cepat makan malam ini berakhir. Bimbang lelaki di sana balik pula.

“Riz, I rasa I nak balik cepatlah. I tak boleh berlama-lama di sini,” ucap Hazel setelah habis makan. Dia mula serba tak kena. Bimbang lelaki yang di sana minta bil. Meloponglah dia!

Why?”

“I rasa tak ada mood malam ni. Apa kata kita jumpa lain kali aje? Fikiran I dah sampai di rumah sekarang. I banyak kerja tertangguh di pejabat yang I kena siapkan,” bohong Hazel.

“Okey. I faham. You penat.” Rizal sedikit pun tidak kisah dengan permintaan itu. Kerana dengan itu, bolehlah dia balik cepat. Bimbang isterinya syak dia keluar lama benar.

Hazel tersenyum senang.

“Sayang you. Ini yang I buat I bertambah sayang ni. You ni memang memahami, Riz,” ucap Hazel benar-benar gembira dengan peluang terbentang luas itu.

“Dah tentu I yang paling memahami you, sayang...”

Nak muntah pula mendengar bicara Rizal. Tapi ditahan saja rasa meluatnya itu.

“Okey, bye...” ucap Hazel setelah lelaki itu menyelesaikan bayaran. Dia bangun bersama Rizal. Dia yang cakap nak balik. Yang paling laju balik adalah Rizal! Cepat betul lesapnya.

Sempat juga Hazel buat-buat masuk ke kereta seolah-olah sudah mahu balik. Namun panjang lehernya untuk memastikan Rizal benar-benar sudah pergi.

Setelah itu dia keluar semula dari kereta. Untung si Hazel memang berganda-ganda! Saat dia berdiri di tepi kereta, lelaki asing itu sedang berjalan mendapatkan keretanya. Lelaki itu langsung tidak sedar dia sedang memandang.

“Gay ke? Tak pandang sini pun?” ucap Hazel sendirian saat lelaki itu sudah menjauh.  Hazel pada awalnya mengekori lelaki itu. Namun kemudian dia berpatah balik.

“Apa aku buat ni? Seganlah pulak,” gerutunya seorang diri.

“Hazelina?” Satu suara menyebut nama penuhnya membuatkan gadis itu tersentak. Dia menoleh ke belakang semula. Dia nampak lelaki itu berdiri di belakang deretan kereta sambil memandang kepadanya. Berderau darahnya. Lelaki itu tahu namanya???

Sorry. How did you know my name?” tanya Hazel.

Lelaki itu tidak terus menjawab. Dia masih memandang Hazel tanpa senyum.

“You ikut I. Ada apa?” tanya lelaki itu.

Mulut Hazel terbuka sedikit. Mana lelaki itu tahu?

“Eh, taklah. Mana ada...” Hazel buat-buat ketawa untuk menutup rasa malunya.

Lelaki itu berpatah semula ke arah Hazel sambil menyimpan telefon ke dalam poket.

“Macam mana you tahu nama I? Do we know each other?” tanya Hazel.

Lelaki itu diam merenung tampang gadis itu. Ringan saja mulutnya hendak bertanya tentang kisah 4 tahun lalu. Namun kemudian dia menuding ke arah restoran tadi.

“I pernah nampak you di sini banyak kali. You dengan lelaki tadi. Kadangkala you dengan orang lain. Ada pelayan yang dah kenal you. So, I tahu nama you dari mereka.”

“Macam mana pelayan...” Pertanyaan itu terhenti. Pelayan tahu dari resit kad kreditnya. Ya, dia tahu itu. Ada seorang dua pelayan yang rajin bersembang dengannya sebelum ini juga tahu sedikit sebanyak tentang dirinya.

“You perhatikan I tadi. Ada apa?” tanya lelaki itu tanpa nada.

Terkumpal-kumpal gadis itu kerana tidak sangka lelaki ini sedar dia diperhatikan.

“Tak ada apa. I... err... siapa nama you?” Hazel mengelak untuk menyebut sebab dia memerhatikan lelaki ini tadi.

“Najmi. Ahmad Najmi.”

“Najmi...” Hazel menyebut nama itu seolah-olah mahu nama itu tersemat dalam otaknya.

Najmi menanti... adakah gadis itu ingat apa-apa tentang dirinya setelah dia menyebut nama itu? Namun tiada!

You’re a player,” ucap Najmi dengan pandangan ekor mata sebelum dia menjauhi Hazel untuk kembali ke keretanya.

No way! Eh, Najmi...” Hazel berjalan ke arah Najmi. Tidak mahu lelaki itu salah sangka kepadanya.

“Tadi siapa? Teman lelaki, kan?” ucap Najmi sebelum sempat Hazel berkata apa-apa.

“Tak. Dia kawan satu ofis,” tipu Hazel. Sambil itu dia pandang ke arah lain, supaya lelaki itu tidak membaca reaksi penipunya.

Najmi diam memandang gadis itu.

“You perhatikan I tadi. Ada apa?” tanya Najmi lagi.

Err... I pandang you sebab bosan pandang muka lelaki depan I tu,” ucap Hazel perlahan.

Najmi mengangguk sedikit.

So, nanti you bosan pandang I, you pandang orang lain pula?”

No! Tak adalah! Memandai-mandai ajelah you ni,” tegas Hazel bersungguh-sungguh.

“Lelaki tadi... kekasih you? I selalu nampak you dengan dia. Jangan tipu. I tak suka orang menipu,” ucap Najmi serius.

Mahu tidak mahu Hazel mengangguk juga.

“Okey. Memang dia kawan I. Maksud I... kawan yang lain sikit. Keadaan ni tak seperti yang you bayangkan,” ucap Hazel perlahan.

“Maksudnya?” balas Najmi dengan kerutan di kening.

“Dia... err... tak ada apa-apalah,” ucap Hazel perlahan.

Najmi diam memandang raut gadis itu yang sedikit malap kerana tempat parkir ini terlindung dari cahaya.

Err, Najmi... kalau tak keberatan, may I have your number?” ucap Hazel dalam rasa malu yang tidak tersukat. Tak pernah seumur hidup dia, dia minta nombor lelaki. Selalunya lelaki tertagih-tagih mahu nombor telefonnya.

“Kenapa?”

“Tak boleh ke? Ada orang marah?”

What about you?” Najmi segera memulangkan pertanyaan itu dalam nada mendatar.

“I dengan dia bukan ada apa-apa lagi pun.” Dia suami orang... hati Hazel menyambung kenyataan itu.

“You suka ramai lelaki beri perhatian pada you?”

You know nothing about me, Najmi. Don’t judge me.”

I’m not judging you. I’m asking you,” balas Najmi lantas memandang ke arah lain seketika. Lelaki sepertinya tidak ingin gadis liar seperti ini.

Not really. I... err... I sebenarnya sedang cuba lupakan dia,” ucap Hazel amat perlahan.

Wow... you cuba lupakan lelaki tu dengan cara cari lelaki lain,” balas Najmi kagum.

Fine! Nasi tak retak... pinggan tak dingin!” bentak Hazel lantas menjauh. Malunya! Dia mengurat tapi lelaki itu tidak teruja kepadanya pun!

“Salah tu, Cik Hazelina. Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Perasaan lelaki jangan cuba buat main-main,” ucap Najmi lantas mendekati Hazel.

Gadis itu kaku memandang Najmi berdiri di depannya.

“Lelaki tak ada akal, kalau dah mula berdendam boleh bahayakan nyawa you. Jangan main-main. Take care of yourself. And see you around,” pesan Najmi. 

Hazel terpaku begitu saja saat lelaki itu terus berlalu dari situ. Tidak pun memberi dia nombor telefon seperti yang dimintanya tadi. Namun Hazel ternampak kereta lelaki itu saat dia mengundur keluar dari parkir.

Hmm...” Dia mula menghafal nombor kereta Najmi.

“Jual mahal. Tahulah handsome,” desis Hazel lantas berpaling mendapatkan keretanya semula. 

 

No comments:

Post a Comment