DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Friday 28 April 2023

Mawar Di arafah - Bab 9


TIBA di rumah dari pejabat ketika hari sudah gelap. Hazel memang terasa amat letih. Setelah selesai solat maghrib, gadis itu terbaring di atas sejadah menunggu waktu isyak. Malam ini dia tidak berhajat hendak keluar.

Hazel duduk di atas sejadah, mengenang tentang keadaan kesihatan Nisa yang kian menurun saban hari. Hatinya sedih. Doanya belum dimakbulkan Allah. Atau ada sesuatu yang perlu mereka tahu dan terima dengan lapang dada.

Gadis itu takut hendak membayangkan masa depan. Rasa serabut mengenangkan kesedihan di dalam dirinya. Rasa sempit sedangkan dia ada segala-galanya namun Nisa tidak dapat disembuhkan. Seketika kemudian dia tersedar, dunia ini hanya sekejap saja. Biar berputar hidup ini dengan  seberat-berat ujian Allah, sampai satu waktu semua itu akan terhenti.

Rasa tenang sedikit jiwanya setelah mengadukan kesedihan itu kepada Allah di dalam munajatnya. Dia menangis semahu-mahunya agar dada yang rasa ketat segera longgar. Hanya dia berharap Allah berikan kesabaran kepada Salina dan Nisa. Juga buat dirinya.

Mengejutkan apabila pembantu rumah mengetuk pintu dan beritahu ada lelaki di depan pintu pagar pada jam 11 malam. Dia sudah pun berada di atas katil. Hazel segera menjengah melalui cermin pintu ke balkoni di biliknya. Dia terpandangkan Najmi sedang berdiri sambil memandang ke arah rumah depan.

Oh no...” ucap Hazel lantas pergi menukar pakaian. Setelah itu dia mendapatkan telefonnya. Baru dia sedar, ada banyak mesej dan panggilan tidak dijawab daripada Najmi.

Hazel berlari turun ke bawah. Lelaki itu yang sedang berdiri di tepi keretanya segera menoleh setelah terdengar bunyi seseorang berjalan ke arahnya.

There you are,” ucap Najmi dengan riak wajah kelegaan.

Sorry, I tak tengok phone.”

“You okey?” tanya Najmi lantas memandang Hazel dari atas ke bawah.

Yeay, I’m okay.”

“I selalunya nampak you di kafe tapi malam ni you tak ada. I call banyak kali tapi you tak jawab. So, I datang sini.”

How did you know my house?” tanya Hazel dengan pandangan penuh tanda tanya.  

Najmi terkesima seketika. Tidak menyangka soalan itu.

“Oh, ya... I lupa nak beritahu. I tahu rumah you kerana I pernah ikut you. Syarikat kami adalah developer perumahan ni... so, I boleh masuk ke sini bila-bila masa I mahu.”

Kening Hazel terangkat.

I see... so, you’re a stalker too?” duga Hazel.

Riak wajah Najmi mula masam manis kerana terperangkap dengan jawapannya sendiri.

You could say that,” ucap Najmi kelat.

Hazel memandang tidak senang gelagat lelaki itu.

I’m sorry. I just wanted to know if you’re okay. That’s all...”

Whatever. I letihlah. I banyak kerja di pejabat siang tadi. Boleh I masuk dulu?” pinta Hazel. Dia pun tiada mood hendak berbual panjang saat ini.

Sure. I tak berniat nak berlama-lama di sini. But wait...” ucap Najmi lantas mendekati tempat duduk sebelah pemandu. Dia mengambil sesuatu dari dalam kereta lalu dibawa kepada Hazel.

“I belikan sebelum I datang sini. Mana tahu you nak minum minuman panas,” ucap Najmi lantas menyerahkan satu cawan besar cafe latte yang masih hangat dan sebungkus makanan.

Oh, thank you so much...”

“I cuma risau bila you tak jawab call,” ucap Najmi perlahan.

I’m sorry. Susahkan you aje datang hantar ni semua pada I.”

“Tak apa. I cuma risaukan keselamatan you. I tak bermaksud nak buat you rimas dengan kehadiran I. Mungkin kita boleh keluar makan malam bila you tak penat. I nampak you macam tak bermaya malam ni,” ucap Najmi.

“Okey, I call nanti. Thank you again,” ucap Hazel sebelum berpaling.

Najmi berdiri memegang pintu pagar sambil memandang gadis itu berjalan ke arah pintu rumah. Sempat mengangkat tangan saat Hazel menoleh semula kepadanya. Setelah gadis itu masuk barulah dia mendapatkan keretanya semula.

Dia datang kerana dia nyaris terfikirkan Hazel keluar dengan lelaki itu di tempat lain. Saat ini dia mula rasa dirinya tidak berguna kerana bersangka-sangka kepada Hazel. Dia nampak Hazel memang letih benar berdasarkan wajahnya.

Hazel sekadar meletakkan bungkusan makanan itu di atas meja. Dia tidak berselera untuk makan. Namun air itu dibawa naik ke biliknya. Saat itu barulah dia membaca mesej daripada Najmi. Lelaki itu memberi mesej dan panggilan semenjak jam 9.30 tadi.

Hazel menghela nafas panjang sebelum air itu dinikmatinya. Dia sudah hampir tertidur tadi. Sekarang matanya dah segar semula. Gadis itu duduk bersandar di birai katil sambil memikirkan sikap dan tindak tanduk Najmi. Lelaki itu tahu rumahnya. Dia tidak tahu sudah berapa lama lelaki itu mengekorinya.

 

 

MALAM ESOKNYA mereka berjanji untuk bertemu untuk makan malam bersama. Seperti yang diagak oleh Hazel, lelaki itu sudah ada di meja tempat dia biasa duduk. Najmi suka duduk di bahagian hujung kafe itu kerana agak tersorok dari orang. Lelaki itu sedang memandang ke arah pokok bunga hiasan di tepi mejanya sambil jemarinya mengusik bunganya.

Buat seketika kaki Hazel terpasak di lantai sambil memandang gelagat Najmi. Lelaki itu mengenakan baju kolar V berwarna putih dan seluar jean biru. Ringkas namun aura kelelakiannya benar-benar memikat mata Hazel. 

Najmi memandang tanpa jemu saat Hazel tiba di meja.

“You okey?” tanya Najmi.

“Okey. Kenapa?” tanya Hazel hairan.

“Tak adalah. I risau you masih penat dan terpaksa keluar malam ni,” ujar Najmi.

“Taklah. I memang nak keluar dengan you,” jawab Hazel sambil memandang lelaki itu. Dia meletakkan dompetnya di atas meja sambil memandang Najmi dengan pandangan semacam. Fikirannya masih berkisar tentang hal semalam. 

“I ada banyak soalan untuk you jawab,” ujar Hazel lagi.

Najmi mengangguk tanda dia bersedia untuk mendengar. Namun dia membiarkan pelayan datang ke meja mereka terlebih dahulu. Seketika kemudian mereka saling berpandangan.

“Kenapa you follow I sampai ke rumah? You tak rasa I mungkin tak suka orang yang I tak kenal tahu rumah I. Rizal tak tahu rumah I. Rumah adalah privasi I.”

Najmi tersenyum sebagai reaksi pertama kerana soalan itu sudah diagaknya.

First I sedari kehadiran you di sini, I tak pernah tahu you adalah perempuan yang sama dalam gerabak tu. I hanya sedar you mungkin... mungkin perempuan yang I cari semenjak 4 tahun dulu bila I tanya nama you pada cashier,” jelas Najmi sebagai mukadimah.

“Dia sebut nama ayah you Hairi. I tak ada banyak maklumat tentang you. I hanya tahu ayah you nama Hairi, you ada 4 abang dan I masih ingat ayah you sebut nama abang you yang kembar iaitu Hafsham dan Hazran dan I pernah dengar mama you panggil you Hazel. Itu saja maklumat yang I tahu tentang you selepas I balik dari Arab Saudi...” jelas Najmi.

Hazel berdiam sambil menanti cerita selanjutnya. Namun dia tertanya apa sebabnya Najmi mencari wanita berpurdah itu.

“I tak tahu kenapa I nak jumpa you lagi selepas kita berpisah di Masjid Nabawi. Sekurang-kurangnya I nak tahu bagaimana rupa paras perempuan berniqab tu yang sebenarnya. Suatu hari, I tanya nama you pada cashier... Dia sebut nama ayah you. I terkejut pada awalnya. Lepas tu I nampak kereta you di traffic light. So, I followed you. Lepas tu I balik rumah, I buat semakan sendiri di rumah kerana cashier tu juga sebut keluarga you pemilik UMCB. Teka apa yang I jumpa? Abang you Hafsham salah seorang pengarah dalam UMCB. Lepas jumpa maklumat tu, I yakin you adalah perempuan yang I cari selama ni.”

“You kata you hanya ikut keadaan. You tak bersungguh. You menyesal kerana kenyataan tak seindah yang you bayangkan...”

“You tak tahu apa maksud kenyataan versi lelaki macam I, Hazel.” Najmi terus memintas bicara Hazel sedikit kuat.

“I tak menyesal,” tambah Najmi.

“You harapkan I sama seperti wanita yang you jumpa dalam gerabak tu. Tapi I yang ada depan mata you hanya indah khabar dari rupa,” ucap Hazel.

No! You tak kenal I. I tak membayangkan you seperti apa pun,” ucap Najmi bersungguh-sungguh.

“Ketika I di Mekah, I menangis di depan Hijr Ismail, meminta Allah redakan kesedihan dan kekecewaan I kerana bekas tunang I kahwin seminggu sebelum itu dengan lelaki lain. Hari itu sepatutnya I yang kahwin. I minta kepada Allah agar perasaan cinta dalam hati I lenyap, lupus semuanya,” ucap Najmi.

Hazel terdiam membalas tatapan Najmi. Lelaki itu hela nafas panjang.

“I mimpi seorang perempuan ketika di Mekah. Mimpi tu aneh. I tak pernah terfikir-fikir dan teringat-ingat sekadar sebuah mimpi. Mimpi mainan tidur. Tapi tubuh I menggigil selepas I terjaga dari tidur kerana dalam mimpi I, datang seorang lelaki Arab. Dia menyebut sesuatu dalam bahasa Arab tapi anehnya I boleh faham apa yang dia sebut dalam mimpi tu...”

“Apa dia sebut?” celah Hazel tidak sabar.

“Allah menjemputmu ke sini, bersama khabar gembira. Redalah kamu dengan takdir Allah.”

Hazel terdiam kerana dia tidak tahu apa maksudnya semua itu. Namun kejadian aneh di tanah Mekah dan Madinah bukan sesuatu yang aneh. 

“Esoknya I jumpa you. Bayang tentang you dalam jubah dan niqab tu melekat dalam fikiran I. I tak tahu kenapa I tak bersuara kepada you ketika itu. Bila balik ke sini, I sentiasa berdoa kepada Allah supaya temukan kita sekali lagi. I perlukan jawapan supaya fikiran I tenang. Dan permintaan I dimakbulkan oleh Allah akhirnya,” ucap Najmi.

“You masih mimpikan perempuan itu?”

Najmi menggeleng.

“I hanya mimpikan dia ketika di Arab Saudi. Mimpi mainan tidur? Mungkin. Tapi I tertidur hanya 5 minit di dalam Masjid Nabawi dan I mimpikan wanita tu sekali lagi. Sehingga I rasa dia ada dekat dengan I. Bila I terjaga dari tidur... I dapati I tak lagi cintakan Cam. Perasaan I jadi ringan. Begitu cepat doa I telah Allah makbulkan,” ucap Najmi perlahan.

Hazel terdiam mendengar itu. Terkejut dengan cerita seumpama ini. 

“I tak tahu kenapa I rasa youlah perempuan yang ada dalam mimpi I. Jangan tanya apa buktinya. I tak ada bukti melainkan kata hati dalam diri I mengatakan you adalah wanita itu,” ucap Najmi. Harap-harap selepas ini Hazel tidak melarikan diri sambil cop dia gila! 

“Dalam tempoh 4 tahun ni, I dah pergi umrah 2 kali. Kali kedua bersama parents I. I pandang sekeliling, cuba mencari memori yang sama. I berdoa di depan Raudhah semoga soalan dalam fikiran I terjawab. 2 bulan lepas I balik dari umrah, I jumpa you di sini... dengan Rizal. Fikiran I terus fokus kepada you tanpa I tahu apa sebabnya. Dan lepas tu I jumpa you dengan dia lagi. I rasa betapa tak sepadannya you dengan lelaki tu,” ucap Najmi membuatkan Hazel tersenyum tiba-tiba.

Lelaki itu merenung gadis di depannya itu agak lama. Ada lagi yang hendak diucapkan kepada Hazel.

“Selepas I kecewa dengan cinta pertama, perasaan I seperti loose kepada setiap wanita di sekeliling I. Setiap kali I pandang perempuan, I tak rasa tertarik kepada mereka. I cuba lupakan tentang mimpi tu. Tapi jiwa I tak berhenti mencari jawapan. I tak berniat nak jadi stalker. Tapi I takkan berhenti sehingga I jumpa semula perempuan di dalam gerabak itu,” ucap Najmi. Syukurlah Tuhan memendekkan pencariannya atau pun perjalanan ini sudah diaturkan oleh Allah. Rizal itu hanya asbab saja.

“Patutlah you menyendiri dan you kata you bermusafir pada papa I waktu tu,” balas Hazel.

“Ya. I pada awalnya cuba lari dari keadaan di sini... tapi entah kenapa hati I terbuka untuk pergi umrah. I hanya pergi seorang diri,” jawab Najmi perlahan.

“I sebenarnya, terfikir yang mungkin I nampak you dalam Masjid Nabawi. Waktu tu papa I tengah sibuk cari you. Tapi I tak menoleh sekali lagi untuk pastikan itu you,” akui Hazel perlahan.

Papanya mencari Najmi sedangkan lelaki itu ada dekat dengannya. Dan dia rasa ketika itu Najmi memandang kepadanya juga. Cuma lelaki itu tidak perasan dia adalah wanita yang sama di dalam gerabak itu kerana dia memakai purdah. Perlukah diberitahu kadangkala dia terfikirkan juga tentang lelaki di dalam gerabak itu?

“Anehnya... you ada di depan mata I waktu tu,” ucap Hazel sambil termenung mengenang kenangan itu.

“Kita tak ada kuasa menahan takdir. I ada banyak benda yang I kesalkan kerana tidak berkesempatan untuk melakukannya. Kita manusia biasa, akal fikiran kita terbatas. Kita hanya menyedarinya selepas kejadian itu berlaku,” jawab Najmi.

Hazel kembali memandang lelaki itu.

“Ya,” ucapnya perlahan.

“I maksudkan kita ikut keadaan... kita tak ada kuasa tentang hati. Kita tak ada kuasa untuk mengadakan kasih sayang dalam hati. Atau menghilangkan perasaan cinta dalam hati. Kita hanya ikut keadaan... keadaan yang Allah tunjukkan,” ujar Najmi.

Sorry, I salah faham pada you.”

Its okay. I faham. You tak tahu banyak tentang I,” balas Najmi penuh hemah. Perempuan seharusnya banyak tanya tentang wanita yang didampinginya apatah lagi yang hendak dijadikan tunjang kehidupannya.

Setelah persoalan itu terjawab barulah Hazel merasa selesa. Semenjak tahu Najmi mengekorinya sampai ke rumah dan lelaki itu boleh masuk ke kawasan perumahannya begitu saja, dia berprasangka.

Najmi tersenyum lembut sebelum dia bersandar membiarkan pelayan menghidang pesanan mereka.

“You tak ada jumpa Rizal semenjak kebelakangan ni?”

Hazel lekas menggeleng sambil menggerakkan camca di dalam kopinya.

“Dia ada mesej dan call tapi I tak jawab. I sebenarnya tak tahu nak bereaksi macam mana depan dia lepas I tahu dia suami orang. Penat berpura-pura. I lebih suka mengelak saja,” ujar Hazel jujur. 

 I feel you,” balas Najmi lantas tersenyum sedikit.

Sepasang manusia itu duduk bersembang berlarutan sehingga ke tengah malam. Mengimbau kenangan ketika di Mekah dan Madinah dulu yang paling indah.

“Abang Syam, waktu kat Jabal Rahmah, dia sindir I dengan Abang Hazran...”

“Sindir kenapa?”

“I elok bergambar berdua dengan Abang Hazran sebab kami sama-sama single. Ada ke dia cakap macam tu?”

Najmi spontan ketawa. Faham maksud kenapa Hazel kena bahan dengan abangnya di puncak bukit itu. Jabal Rahmah membawa kisah tentang pertemuan Nabi Adam AS dan Siti Hawa.

“Pedih tau... mentang-mentanglah waktu tu dia baru kahwin. Sekarang tinggal I aje belum ada pasangan hidup. Abang Hazran dah satu setengah tahun kahwin dengan perempuan Korea,” ucap Hazel perlahan. Geram dengan abang-abangnya yang kuat membuli termasuklah abangnya yang sulung. 

“You mesti manja dalam famili,” teka Najmi.

Not really. Lepas habis study, I kena halau dengan mama dan papa keluar dari rumah keluarga. I kena duduk sendiri. Semenjak dari zaman study kat UiTM I dah belajar duduk di rumah sewa, kongsi dengan member. Lepas I dah masuk kerja di HQ baru papa berikan I rumah yang I duduk sekarang. Tak ada adik-beradik I tinggal di rumah keluarga sebab papa nak kami belajar urus hidup sendiri. So, I bukan anak yang dimanjakan setiap masa,” ucap Hazel lantas tersenyum mengenang ibu bapanya.

“Papa you baik orangnya,” balas Najmi.

Hazel tersenyum sedikit saat membalas pandangan Najmi kepadanya. Mereka berdiam. Tiba-tiba keadaan jadi hening. Hazel... paling dia sukai tentang lelaki ini adalah tatapan matanya yang dalam.

This feels so strange...” ucap Hazel perlahan.

Why?”

“You ada tatapan mata membuatkan perempuan rasa nak terbang bila bermain mata dengan you,” ucap Hazel perlahan.

Najmi mengerut kening seperti baru pertama kali terdengar sesuatu seperti itu.

“I tak nak you terbang... nanti I kena call ambulans kalau you jatuh terhempas,” ujar Najmi membuatkan gelak Hazel terlepas tiba-tiba.

Hazel menggeleng sedikit usai tawanya. Ketika di Raudhah dan Hijr Ismail dulu, dia berdoa kepada Allah agar menemukan dia dengan lelaki yang baik, yang penyayang. Dan hari ini telah sampai kepadanya... lelaki yang pernah bertembung dengannya di tanah suci sedang duduk di depannya.

“Waktu I kat tandas dalam gerabak, mama I masuk lepas I. So, I tunggu dia sekejap. Waktu tu I tengok you. I nampak muka you dari cermin gerabak tu. You cuba untuk tidur. I rasa you macam tak mahu diganggu sesiapa. Sambil pandang you, I fikir macam mana nak menyapa orang dalam bahasa Arab. Fikir punya fikir, mama I ajak duduk. Akhirnya masa berlalu... kita dengan jalan kita masing-masing. Hakikatnya waktu tu I tak pernah serius nak menyapa mana-mana lelaki pun,” ujar Hazel dengan helaan nafas perlahan.

Najmi diam memandang gadis itu. Ikutkan hatinya, dia mahu mendengar suara gadis itu lebih lama lagi namun suasana kafe itu sudah mulai lengang tanda sudah lewat malam.

“I rasa dah lewat malam. Hmm... dah pukul 1 pagi rupanya,” ucap Najmi setelah memandang jam di pergelangan tangannya.

“Ya. I pun dah penat,” ucap Hazel baru sedar mereka berada di situ sudah lebih 4 jam.

Rasa berat untuk berpamitan namun mereka saling tersenyum sebelum berpisah arah. Hazel menghela nafas panjang sebelum dia menoleh semula. Dia ternampak Najmi bukannya berjalan ke arah keretanya. Sebaliknya lelaki itu berdiri memandangnya dari jauh. Dia agak lelaki itu menunggu dia pergi ke keretanya sebelum ke keretanya pula.

Hazel mengangkat tangan kepada lelaki itu sebelum dia berlalu. Sikap dan perilaku lelaki itu begitu cepat membuatkan dia terpesona. Ketika memandu, dia memikirkan Najmi. Sampai di bilik, Najmi masih merajai fikirannya.

 

Good night.

 

Mesej itu sampai di telefon Hazel ketika mata gadis itu masih terbidik-bidik memikirkan Najmi. Bibir Hazel tersenyum. Perlahan dia menaip balasan.

 

Sweet dreams.

 

Telefon diletakkan di tepi kerana dia benar-benar berharap dia akan segera tidur. Sudah lewat. Bimbang esok dia paling akhir sampai di pejabat kerana bangun lambat! 

 

No comments:

Post a Comment