DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday 18 August 2019

My Zaujah Humairah - Bab 6

TIBA di rumah, Humairah terus masuk ke
bilik. Adik-adiknya saling berpandangan. Masing-masing
meluahkan simpati melalui bahasa tubuh.
“Kesian akak kita. Disebabkan Cah, Kak Humairah
terpaksa bertindak macam tu. Mungkin akak rasa bersalah
sebab dah pukul orang.” Aisyah merenung wajah Sofiah.
Menanti balasan kalau pendapat kakaknya bercanggah
dengan apa yang dia fikirkan.
“Kalau akak rasa bersalah, memang tak patut.”
“Kenapa pulak?” Aisyah tunjuk wajah hairan.
“Kak Humairah kan cuma nak selamatkan Cah. Dia
ada sebab kukuh dengan tindakan yang dia buat. Tak perlu
rasa bersalah,” balas Sofiah. Lagipun, untuk apa Humairah
rasa begitu atas kejadian yang bukan mereka mulakan. Lelaki
itu yang cari pasal dahulu.
Walaupun pernah lelaki Cina itu membantu mereka
mencari tempat letak kereta, tetapi ia tidak berbaloi selepas
mereka dituduh sembarangan. Tambahan pula, lelaki itu
turut menyentuh dan memegang Aisyah.
Aisyah mengangguk perlahan. Logik juga alasan
diberikan Sofiah. Humairah cuma mempertahankannya.
Kalau tidak dibuat begitu, entah apa lagi akan berlaku. Pasti
dia dibawa ke balai polis seperti apa yang diugut lelaki itu.
Aisyah melangkah setapak untuk beredar.
“Eh, kejap. Bukan ke tadi akak kita dah bayar harga
telefon kat lelaki yang sorang lagi tu?” Sofiah tiba-tiba
teringatkan sesuatu.
Langkahnya terhenti dan laju kepala tertoleh ke arah
Sofiah.
“Haahlah... Cah pun perasan. Tapi, dia tak sempat
bagi telefon pada akak sebab bos dia panggil, kan?”
“Yalah. Eh, macam mana ni Cah? Kesiannya akak
kita. Duit habis tapi telefon tak dapat.”
Aisyah jongket bahu.
“Entahlah, Kak Sofi. Cah pun tak tahu nak cakap
apa. Kesian Kak Humairah...”
“Jom kita jumpa dia,” ajak Sofiah.
“Cah tak nak ganggu dia. Biarlah dia tenang-tenang
dulu. Lagipun, akak tak sihat.” Aisyah menggeleng tidak
mahu menurut.
Sofiah berdecit dengan alasan diberikan adiknya.
Perkara ini tidak boleh dibiarkan. Barang tak dapat tapi duit
melayang. Mana boleh? Tak adil!
“Alah, jomlah!”
Aisyah terpaksa mengikut sejurus diheret Sofiah.
“Ya Allah, hari ni Kau uji aku dengan banyak
perkara. Aku reda, ya Allah. Aku ini lemah imannya. Kau
kukuhkanlah, beri kekuatan untuk aku tempuh hari-hari
seterusnya. Amin...”
“Kak...”
Humairah berpaling. Adik-adiknya tercegat di muka
pintu bilik. Tali telekung dibuka ikatannya lalu ia ditanggalkan
dan dilipat bersama sejadah.
Sofiah dan Aisyah mendekat lalu mengambil tempat
di hujung katil.
“Kita kena pergi semula kat kedai tu, kak.” Sofiah
tidak berlengah.
Humairah tersenyum nipis. Tahu apa maksud
Sofiah. Bukan dia lupa. Ingatannya masih kuat. RM500 sudah
dikeluarkan dari purse dan diberikan kepada jurujual di kedai
telefon bimbit berkenaan.
“Tak apalah, Sofi. Anggap aje tak ada rezeki. Lagipun,
akak dah malu nak pergi sana.”
Sofiah menggeleng. Tidak bersetuju dengan sikap
pasrah ditunjukkan Humairah.
“Tak bolehlah macam tu. Bukan senang akak nak
dapat duit. Kami tahu, akak buka madrasah dan mengajar kat
situ, pendapatan akak bukannya tetap. Akak tak sayang duit
ke? Mana boleh kita biarkan lelaki jahat tu dapat untung atas
angin aje.”
“Duit boleh kita cari. Tapi maruah dah tak boleh.”
Humairah tunduk, senyum dan mengeluh sedikit. Nafas
ditarik panjang dan diam seketika sebelum menyambung
semula.
“Akak lebih utamakan maruah kita adik-beradik.
Maruah walid dan umi. Cukuplah apa yang kita lalui hari ni.
Mungkin Allah nak uji akak sebab terleka sedikit mengejar
kebendaan dan keseronokan dunia yang cuma sementara ni.”
Masing-masing terkunci mulut. Tidak tahu
bagaimana cara lain mahu meyakinkan Humairah.

FAZLI TEPUK dahi berkali-kali. Duduknya serba tidak kena.
Entah kenapa dia boleh terlupa. Semua gara-gara Darren
yang mengalih perhatiannya berurusan dengan tiga orang
perempuan tadi.
Darren yang begitu leka dengan telefon di tangan,
terganggu fokusnya sebentar. Dia menjeling dan menoleh
sedikit. Melihat ada yang tidak kena dengan Fazli, laju
mulutnya bertanya.
“Kenapa awak gelisah semacam?”
“Bos...” Fazli berkira-kira mahu mengaku salah.
Wajah majikannya diperhatikan. Mencari-cari kalau mood
baik Darren kembali pulih.
“Ada apa?” Telefon diletak atas meja. Tumpuan terus
diberikan ke arah Fazli.
“Kalau saya beritahu, bos jangan marah.” Fazli garu
dahi. Masih tidak yakin mahu berterus terang. Juga tidak
berani jamin, kalau mood Darren sudah baik sepenuhnya.
Darren mengeluh dengan sikap buang masa Fazli
dan benar-benar tidak suka berhadapan situasi begitu. Tidak
suka tertunggu-tunggu.
Melihat air muka majikannya berubah kelat, dia
segera angkat kedua-dua tangan. Cepat-cepat mengaku kalah.
“Okey, okey. Saya cakap. Tapi janji, bos jangan
marah.”
“Bergantung pada apa yang awak nak beritahu saya.”
Darren angkat kening. Tidak membuat janji selagi dia tidak
tahu berita apa yang mahu disampaikan Fazli.
“Sebenarnya... tiga orang perempuan yang datang
tadi, ada beli telefon. Diaorang dah bayar kat saya. Tapi,
saya tak sempat nak sambung urusan dengan diaorang bila
bos panggil. Iman yang gantikan saya pun tak sempat buat
apa-apa bila bos bergaduh dengan diaorang.”
“So?” Darren betulkan duduk. Nampak berminat
mahu terus mendengar.
Fazli telan air liur. Berasa kesat pada anak tekak.
Halkumnya diusap perlahan. Hanya menanti tindak balas
majikannya apabila ketahui cerita sebenar.
“Diaorang tak sempat ambil telefon tapi duit dah
bayar...” Lambat-lambat dia menjawab.
Darren terkejut. “Betul ni?”
“Betul, bos.” Fazli tunduk memandang kaca
permukaan meja. Bersedia menghadapi apa saja tindakan dan
leteran.
Penjelasan pekerjanya itu benar-benar buat dia
berasa jengkel dengan diri sendiri. Sungguh laju mulutnya
membuat tuduhan tidak berasas.
Inhaler yang dikutip dari lantai tadi, diletak ke
atas meja. Objek itu direnung seketika. Mencari buah
fikiran bagaimana mahu mencari jalan keluar. Dia tidak
menjangkakan semua ini berlaku. Juga tidak bermaksud
mahu menyakiti atau membuat aniaya kepada pelanggan.
“Masa awak buat urusan dengan diaorang, sempat
tak ambil info? Nama, alamat, nombor telefon.”
Fazli menggeleng. “Satu apa pun tak sempat.”
“Awak tahu tak banyak mana saya rasa bersalah
dengan diaorang hari ni?” Darren mengetuk kepala Fazli
dengan hujung pen.
Fazli tersengih kelat. Kedua-dua tangan naik
atas kepala. Kononnya memberi perlindungan. Bimbang
kepalanya diketuk lagi.
“Siapa suruh bos cari pasal dengan diaorang?
Hehe...”
“Jadi, awak salahkan saya?”
Bahunya terangkat. Tidak mahu memberi apa-apa
komen. Tersilap menjawab, entah apa lagi objek akan naik
di kepala.
Darren cekak pinggang. Dia berjalan tanpa arah di
hadapan Fazli. Seketika, langkahnya terhenti apabila mata
menyinggah pada beberapa kotak iPhone 7 yang tersimpan
di dalam rak cermin.
“Buka pintu tu. Ambil satu iPhone,” arahnya pada
Fazli.
“Bos nak buat apa?”
“Jangan banyak tanya. Saya nak awak bungkus
cantik-cantik dan masukkan ubat sedut tu sekali.”
Fazli tercengang. Kepalanya digaru-garu sejurus
menerima arahan.
“Bos nak bagi hadiah iPhone kat girlfriend ke? Tapi,
kenapa nak letak ubat sedut tu pulak? Bos nak gurau-gurau
dengan girlfriend ya...” usik Fazli tanpa mengetahui inhaler
itu milik siapa dan tidak tahu di mana Darren menjumpainya.
“Banyaklah awak punya girlfriend. Ikut aje apa yang
saya suruh. Tunggu sampai tiga orang perempuan tu datang
balik dan bagi pada diaorang.”
Mulutnya ternganga. Langsung tidak menjangkakan
keputusan Darren.
“Tapi, diaorang cuma bayar RM500 untuk jenama
telefon lain. Takkan bos nak bagi iPhone?”
“Tak apa, sebagai ganti rugi.” Dia mengibas tangan.
Tidak mengambil serius kalau terpaksa ‘belanjakan’ satu
iPhone untuk menebus kesilapan sendiri.

No comments:

Post a Comment