DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 18 August 2019

Veenea - Bab 9

“VEE dah dapat panggilan interviu ke?” soal
mak sewaktu Vee sibuk mengeluarkan pakaian dari dalam
bagasi yang belum diusik lagi sejak dia pulang.
“Ada, tapi Vee tolak.”
“La... kenapa Vee tolak?”
“Sebab kerja kedai mamak depan Petronas sana tu,”
balas Vee sambil tersengih-sengih sendiri.
Mak menayang reaksi blur. Sejak bila jawatan kosong
kedai mamak pun ada dalam Jobstreet?
“Vee acah ajelah. Mana ada hari ni apply, tulat dah
dapat panggilan mak. Zaman sekarang ni tak macam dulu.
Lagi pula kalau tak ada pengalaman... fresh graduate macam
Vee ni.”
Mak mengangguk mengiakan.
“Sebenarnya, siapa yang cadangkan Vee ambil course
tu? Bukan ke course tu ramai lelaki yang ambil? Kenapa tak
ambil media ke, perguruan ke?”
“Ayah suruh,” balas Vee bersahaja.
“Dan Vee ikut?”
Vee mengangguk.
“Mestilah ikut. Selain mak usu, ayah antara orang
yang Vee boleh percaya. Bonda? Hmmm... tu boleh diragui
kata-kata dia.”
Mak melorek senyum tipis seakan terpaksa. Melihat
reaksi mak tadi, Vee rasa nak gigit mulut sendiri yang suka
bergerak tanpa dirancang dan ditapis isinya dulu.
“Jadi selama ni apa yang ayah cerita, Vee percaya?”
Vee mengangguk dan kemudiannya geleng. Daripada
bersila di depan bagasi, dia bangun dan duduk sama di meja
persediaan memasak a.k.a. ofis mak.
“Maksudnya apa tu?”
“Pasal mak.”
“Pasal mak? Ermmm... mula-mula Vee hampir
percaya apa bonda cakap dan ayah cakap tentang mak. Tapi
bila mak usu selalu ajak Vee keluar jalan-jalan dan ceritakan
pasal mak, Vee cuma dengar aje. Percaya? Ikut keadaan dan
logik akal Vee masa tu.”
“Alhamdulillah. Anak mak memang bijak orangnya.
Pandai menilai orang,” balas mak dengan senyuman sambil
terus menulis sesuatu di dalam buku nota kecilnya.
“Selama ni ayah masih sayangkan mak. Mak tahu,
kan?”
Larian tangan mak pada bukunya terhenti seketika.
Ada dua tiga kali juga mak membuang keluhan sebelum mak
memberi respons.
“Bonda?”
Vee geleng lagi.
“Ayah sayangkan mak sampailah dia pergi. Mak usu
kata, ayah tak pernah tanggal cincin kahwin dekat jari dia.”
Mak tersenyum hambar. Curi-curi menarik nafas
dalam sebelum melorek senyum lebih panjang dan ikhlas.
“Mak pun masih sayangkan ayah Vee walaupun dia
dah tak ada.”
“Jadi gosip mak kahwin baharu tu propa bonda
semata? Kan mak?” balas Vee pantas.
Kali ini mak tak menjawab. Masalahnya status mak,
hanya mak saja yang tahu. Mak usu pun macam confuse nak
mengesahkan kebenaran, sebab katanya pernah nampak mak
keluar banyak kali dengan lelaki Arab. Jadi, menurut firasat
mak usu, 60 persen mak masih single lagi dan 40 persen
dah kahwin tapi diam-diam. Sikit sangat bezanya. Lagi pula,
apabila mak kerja di rumah sebesar ini, duduk pula asing.
Lain macam saja gayanya. Barangkali mak isteri kedua yang
berpura-pura menjadi chef.
Tiba-tiba rasa nak jadi Detektif Conan pula. Tak
apa. Esok bila mak keluar beli barang, dia hendak buat
pembersihan dalam rumah comel ini. Mana tahu kalau ada
barang tersembunyi milik pak cik a.k.a. bapa baharunya?
“Apa tu?” soal Vee lagi apabila mak nampaknya tidak
berminat memanjangkan isu tadi.
“Menu mulai esok.”
“Aik? Nak balik dah ke orangnya?”
“Haah. Katanya nak balik esok. Tapi entahlah.
Orang ada-ada ni Vee, terasa nak balik... baliklah. Terasa nak
jalan-jalan lagi, beli aje tiket.”
“Kan? Untunglah. Tapi kan mak, orang rumah
sebelah ni kerja apa ya?”
“Suami dia... ”
Baru mak hendak adakan sesi suai kenal, boleh
pula telefon berbunyi di dalam bilik. Berdebar juga hati Vee
dibuatnya. Yalah kan, mana tahu kalau Anas ke yang call.
Tapi, eh? Bukan ke Anas dah ada nombor Vee?
Dahi ditepuk. Lupa! Sekilas telefon bimbit di dalam
poket seluarnya dikeluarkan. Kosong. Miscalled tak ada.
WhatsApp masuk pun tak ada.
‘Haih. What do you expect Veenea? Korang couple
ke?’

“RINDU SANGAT-SANGAT dekat Mak Jemmy. Eril laparlah
mak,” adu Eril dengan suara mengada-ada. Erik di sebelahnya
yang sedang melayan YouTube video Smule hanya mendengar
tanpa ambil kisah.
“Eril tak makan ke dinner tadi?”
“Makan. Tapi biasalah, makanan hotel mana kena
dengan tekak Eril.”
“Pergilah ajak Erik keluar kejap. Cari burger ke?
Hmmmm? Kalau lapar macam mana nak tidur nanti?”
Eril menjeling sekilas ke arah Erik sebelum bibirnya
dijuihkan.
“Erik sibuk layan Smule. Ala... mak tahulah dia
macam mana, kan? Erik dengan muzik, berpisah tiada. Cuba
suruh dia mengaji, zikir ke... tak adanya,” bebel Eril sebelum
wajahnya menjadi mangsa hempukan bantal dari katil
sebelah.
“Tengok! Erik pukul Eril ni mak. Nanti Eril balik,
mak marah dia tau!”
“Ya sayang. Nanti mak marah dia ya. Dah... pergi ajak
Erik cari supper.”
“Mama tak bagi keluar. Mama kata bahaya, tapi
boleh pula mama dengan papa jalan-jalan tepi pantai malam
semalam,” rengek Eril lagi.
“Lapar ke? Jom, kita cari makan nak?” sahut satu
suara dari depan pintu bilik air.
Eril ternganga. ‘Aih mamat ni dah kenapa? Asal
muncul aje dari bilik air. Asal muncul aje dari bilik air. Pintu
tu ala-ala pintu Doraemon ke macam mana?’
Ekor mata Eril memandang ke arah Erik, tapi
nampaknya Erik sudah tenggelam dalam dunia muziknya
dengan headphone terletak elok di kepala. Perlahan-lahan
perutnya yang berkeriuk diusap. Hati masih berbelah bahagi,
tapi nampaknya perutnya malam ini memang tidak mahu
berkompromi.
“Okeylah Mak Jemmy, Eril nak pergi makan. Kita
jumpa nanti ya. Love you Mak Jemmy. Good night!”
Senyum Anas melebar panjang. Bahu Erik perlahan
dicuit sebelum membuat isyarat sama ada mahu turut serta
makan ataupun tidak. Tapi, laju sahaja Erik menggeleng.
“So I guess, kita berdua aje yang keluar cari makan.
Okey ke?” soal Anas kepada Eril yang sedang menyarung
sweater berhud.
“Darurat. Pejam mata ajelah,” balas Eril acuh tak
acuh sebelum mengatur langkah ke arah pintu keluar.
Makin melebar senyum Anas dibuatnya. Mana tahu,
bermula daripada darurat, mereka boleh mesra dan rapat
macam adik-beradik yang lain?

No comments:

Post a Comment