DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday 18 August 2019

Veenea - Bab 10

“POHON beringin, tegaknya tinggi... Kalau
rendah, menyapu bumi... Penghibur aku, menolong aku...
Bertiuplah oh angin bayu... Laju... Laju... Buaiku laju...
Akulah anak yatim piatu. Laju... Laju... Buaiku laju...”
“So, awak ni bawang apa? Merah ke putih?”
“Erkkk!” Langsung meloncat Vee dari buaian rotan
yang tersangkut elok di pokok rendang sebelah rumah mak.
“Intruder! Mak, tolong mak! Ala, mak tak ada pulak.
Siapa nama pak cik jaga tu? Lupalah pulak. Okey, 999!”
“Hello there! Siapa penceroboh sebenarnya ni? Awak
atau saya?”
Tak jadi Vee hendak tekan call. Mencerun matanya
memandang ke hadapan. Amboi, bukan main lagi. Dengan
specs mata hitamnya, muka bukan main serius, tapi tetap
raut wajah nampak muda lagi daripadanya. Pangkat adik aje
dengan dia gayanya. Eh, boleh pula berawak-dia di sini?
“Apa awak-awak? Umur kau berapa ya budak?”
“22. Kenapa?”
Vee gelak beria-ia tak sorok-sorok.
“Ni kakak. Faham? Ka... kak. Panggil Kak Vee ya. Adik
nak cari siapa ni? Tuan rumah ni ya? Dia tak ada. Outstation.
Kalau tak silap, anak-anak dia pun ikut sama. Esok ajelah adik
datang balik ya?” balas Vee bersahaja sambil duduk semula di
buaian.
“Kenal ke anak-anak tuan rumah ni?”
Vee menjeling tajam dari hujung mata.
“Mestilah kenal. Yang abang namanya Tengku Rafael
Al Bukaki. Ha, yang nombor dua tu Tengku Raif. Yang kecik tu
perempuan. Tengku apa eh? Akak panggil dia Aqish aje sebab
muka dia ada iras Aqish pelakon Upin Ipin Jeng Jeng Jeng tu.
Ha, yang mana satu member kau, dik?” soal Vee bersahaja
sambil terus mengayunkan buaian.
“Awak pasti awak tak silap rumah? Saya tak kenal
pun nama-nama tu.”
Vee berdecit perlahan. ‘Ah, dia ni. Tak sudah-sudah
lagi ke?’
“Silap rumah tu memang taklah. Dah dekat 5 hari
kut akak duduk sini. Dan insya-Allah selagi belum dapat kerja
tetap, berkemampuan nak sewa rumah, di sinilah rumah
sementara akak. Ha, bab nama tu mungkinlah salah. Entah
nama siapa entah akak petik. Hahaha...”
“Oooo petik aje?”
“Haah. Petik. You know what is petik? Petik tau.
Bukan betik. Macam kita petik bunga. Petik. Faham? Adik
suka bunga apa? Bunga kekwa ke bunga taik ayam? Atau
Bunga Cinta Lestari? Opppss yang tu isteri orang. Jangan
dipetik. Bunga larangan tu...”
“Erik?”
“Ya saya, Mak Jemmy,” balasnya sambil berpaling
dengan senyuman tipis, separa ikhlas.
“Bila sampai? Mak Jemmy tak nampak pun kereta
dekat luar?” soal mak bersahaja.
Langsung buat Vee berdiri tegak macam patung
cendana. ‘Erik? Bila sampai? Kereta? Makna kata...’
“Baru aje sampai. Erik dengan Eril aje yang ada.
Mama dengan papa keluar, ada urusan dengan beliau...” balas
Erik dengan nada kurang senang.
“Hesy Erik ni, janganlah cakap macam tu. Abang
Erik tu, kan? Eh, lupa nak kenalkan. Ini anak Mak Jemmy.
The one and only, Veenea.”
Erik hanya mengangguk dan tersenyum tipis.
Vee? Dia dah rasa macam hendak panjat saja pokok
yang tak berapa tinggi tu buat modal menyorok. Apasallah
dia tak terfikir tadi yang budak ini anak tuan rumah?
“Vee,” balas Vee sambil senyum senget.
“Erik. Haryk Mateen.”
‘Haryk Mateen? Mak aih nama! Mix blood Arab ke
apa ni? Arab? Cup! Bukan hari tu mak usu kata mak macam
ada affair ke dengan lelaki Arab? Dan sebab affair itulah
bonda beria-ia lagi meracun dia supaya jangan jumpa dengan
mak lagi. Kan?’
Laju aje mata Vee memandang ke arah mak dan
kemudian kepada Erik mencari persamaan kalau ada. Kalau
sama? Mamat ni adik dia ke macam mana? Tapi mak kata
mak masih sayangkan arwah ayah. Dan kalau betullah mak
kahwin lain, jadinya rumah besar ni?
“Vee?”
“Errr, ya mak!”
“Fikirkan apa tu?”
“Aaa pasal... eh, hilang dah?” soal Vee sambil
memandang sekeliling. ‘Aih loratnya budak tu. Tak ada salam
ke apa, terus blah macam tu aje?’
“Apa yang hilang? Erik ke?” soal mak pula dengan
kening terjongket muka penuh 1001 persoalan kononnya.
“Aaaa...”
“Berkenan ke?”
Berkenan kata mak? Vee tergelak besar.
“Eh, memang taklah. Orang dah ada cinta hati dah.
Budak muda macam tu bukan taste kitalah mak. Adik-adik
sangat,” balas Vee sambil mencapai beg kertas dari tangan
mak.
“Aik? Baru hari tu Vee mengaku dekat mak yang
Vee tak ada pakwe. Orang Jepun tak nak dekat Vee. Hari ni
tiba-tiba declare dah ada cinta hati?” soal mak lagi.
“Kan? Tetap orang Malaysia yang menjadi
pooojaaaan hatiku. Budak tadi tu? Setakat stok geli-geli anak
ikan bolehlah.”
“Anak ikan? Itu anak oranglah Vee! Dah, jom kita
masuk. Mak ada beli durian crepe untuk Vee. Mak tahu, Vee
memang suka makan durian, kan?”
“Tepat sekali! Yeay! Dap! Dap!” jerit Vee ceria sambil
berlalu masuk ke dalam sambil bahu emak dipeluk erat
tanpa menyedari yang gelagatnya diperhatikan dari jauh oleh
seseorang dari balik dinding kaca.

*** BOLEH DAPATKAN DIPASARAN,KELUARAN JULAI 2019 ***

No comments:

Post a Comment