DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 18 August 2019

Veenea - Bab 4

“NAH... ambillah!” jerit Vee sambil mata
dipejam rapat. Telefon di tangannya dirampas kasar sebelum
kemudian tangannya terasa seperti ditarik kuat dari belakang.
“Oi, apa ni? Aku dah pulangkan pun. Kira settlelah!”
marahnya sambil cuba meronta.
“Apa settle-settle? Settle dekat balailah,” marah Udin
sambil menilik iPhone di tangannya. Mujur tidak calar. Kalau
tidak, mampus! Mahunya gaji bulanannya dipotong.
“Apa main balai-balai pulak ni? Tak gentleman
langsunglah korang ni. Kan aku dah cakap tadi, nak pinjam
aje. Ada faham? Pinjam. Bukan curi. Ni kan aku pulangkan
balik dah,” balas Vee tidak mahu kalah. Sempat juga disiku
rusuk tepi Apai sampaikan mamat itu terkebelakang
dibuatnya.
“Main sikulah minah ni. Membara aje hati aku. Call
999 sekarang Apai,” marah Udin sambil menarik beg galas
Vee.
“Eh, ni apa hal pulak nak ambil beg aku ni? Nah,
aku ada ni aje.” Vee menyerahkan not yen terakhirnya. “Kira
settlelah ya. Aku call kejap aje tadi pun. Tak sampai 5 minit.”
Udin dan Apai saling berpandangan sebelum
masing-masing tertawa mengekek.
“Kau silap naik kapal terbang ke apa minah oi? Ini
Malaysia.”
“Ek eleh... memanglah aku nak balik Malaysia. Dah
orang Malaysia kan,” balas Vee tidak puas hati.
“Dah tu, duit tu kau nak bagi kami buat apa? Bukan
boleh pakai pun,” balas Udin sambil membelek duit di tangan
Vee berkali-kali dengan kening yang berkerut.
“Haah. Otak kau dua orang ni yang tak boleh pakai
sebenarnya. Pernah dengar apa itu money changer? Satu
dunia ada benda alah tu. Tak tahu jugak?” tempelak Vee.
Langsung menikus Apai dengan Udin dibuatnya.
Vee rasa nak tergelak pun ada tapi apabila teringatkan beg
galasnya dipeluk elok dek Udin, tak jadi dia hendak gelak.
“Dia bagi kita setepek ni Apai. Boleh tahan minah ni.
Bab mengajar A. Bakal cikgu agaknya,” balas Udin, bengang.
“Kan? Aku pulak rasa tak boleh tahan dah ni
menahan amarah yang meluap-luap. Jom! Settle balai!”
“Alaaa... korang ni. Nah... ambil. Ambil aje semua. Tak
apa, aku balik jalan kaki pun tak apa nanti. Please... please...
Aku memang tak ada duit Malaysia langsung ni. Tolonglah...”
pujuk Vee perlahan. Nada suara cuba dilembutkan walaupun
terasa tersekat aje di tekak hendak dilenggokkan. Geli!
“Sumimasen...”
“Errkkk!” Pandangan Vee langsung terhenti pada
wajah yang entah bila ada di sebelah mamat yang sedang
memegang telefon yang dipinjamnya tadi.
“Hai (ya),” balas Vee perlahan-lahan.
“Daizyoubudeska (awak okey ke)?”
“Hai (ya).”
“Dia orang Malaysia jugak bos,” celah Udin tiba-tiba.
Laju saja mata Vee menjeling tajam ke arah sisinya.
Baru nak feeling-feeling jumpa hero Jepun di Malaysia.
“Oh, orang Malaysia.”
“Ya saya,” balas Vee sambil senyum semanis mungkin.
Mamat ni kalau buka specs mata hitam dia mata tak sepet
mana, dijamin wajib masuk senarai jejaka idamannya yang
tak pernah ada calon. Muka dahlah flawless macam kulit
telur. Bibir merah pinkish. Sopan. Gaya sempoi bak hang!
“Tak payah nak sengih beria-ia. Bos, inilah dia
pencopet telefon bos tadi,” adu Udin.
Vee ketap bibir.
‘Suka hati dia saja kata aku pencopet. Eh, kejap! Bos?
Ini bos? Yang aku langgar tadi bos juga. Berapa banyak bos
makhluk berdua ni ada sebenarnya? Ke orang yang sama? Ah,
tak perasan pula! Dressing macam sama aje dengan mamat
tadi. Tapi tadi, elok aje cakap Melayu. Yang ini...’
“Nah. Buat tambang balik.”
“Hah?” Vee pandang saja not 100 ringgit yang
dihulurkan kepadanya.
“Eh, tak apa. Kejap lagi saya tukar duit ni.”
Lelaki itu melorek senyum. Senyum yang kalau
dalam cerita drama bergenre komedi romantik tu, kononnya
Cupid bawa busur dan lepaskan dekat hati heroin. Ha...
gitulah gayanya. Sooooo... sawit.
“1000 yen tak cukup. Awak buka aje pintu limosin
dekat luar tu nanti, dijamin 30 ringgit wajib dah dibayar. Itu
pun kalau awak duduk area sini. Ambillah. Saya ikhlas.”
Vee mencuri-curi pandang wajah di depannya. Boleh
tak kalau dia nak buat request gila di kala waktu getir begini?
Boleh ajelah, kan? Belum tentu esok lusa jumpa balik pun.
“Kalau awak buka specs mata hitam tu, boleh tak?”
soal Vee spontan.
“He eleh... banyak pulak songeh minah ni. Dah curi
telefon, dapat duit pulak... nak request bukan-bukan lagi,”
perli Apai dengan gelak versi menyakitkan telinga.
Vee mengacu penumbuk ke arah Apai dengan bibir
diketap geram.
“Aku nak kenal orang yang tolong akulah. Senang
nanti kalau nak bayar balik duit ni. Ada faham? Kalau muka
seposen macam korang berdua ni, pakai tudung pun dari
jauh aku boleh kenal dah,” balas Vee bersahaja.
“Mak aihhhh,” balas Udin bengang.
“Tak apa, saya ikhlas. Tak payah bayar ya. Apai, Udin,
jom!” ajak si mamat bos.
“Eh, kejap!” panggil Vee tiba-tiba.
“Ya?”
“Itu... bunyi mesej masuk, kan?” soal Vee
teragak-agak.
Mamat bos tersenyum seraya mengangguk. Telefon
dari poket seluarnya dikeluarkan lalu dihulurkan kepada Vee.
“Mesti ada hal penting, kan? Bacalah dulu.”
Muka Vee terasa panas tiba-tiba. Hendak saja dia
sengih sampai ke telinga mengenangkan keprihatinan tahap
tertinggi yang tunjukkan oleh mamat bos itu. Laju saja
telefon dicapai sebelum alamat yang tertera dicatat ke dalam
buku kecilnya.
“Terima kasih, awak! Terima kasih sangat-sangat!”
“Anas. Saya Anas.”
“Vee.”
Dan Anas pun berlalu begitu saja dengan diiringi
oleh dua makhluk yang mungkin juga bodyguardnya. Sampai
hilanglah kelibat Anas diperhatikan Vee.
‘Anas? Siapa? Anak datuk menteri mana? Indahnyalah
haih budi bahasa. Ingat Vee, perkara pertama lepas sampai
rumah mak nanti, Google... siapa Anas!’

No comments:

Post a Comment