DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 18 August 2019

Veenea - Bab 8

SELEPAS berjaya memujuk mak untuk
meminjamkan duit sementara dia mendapat kerja part-time,
akhirnya telefon baharu berjaya juga Vee miliki. Dan seperti
yang dirancang, nombor itu pertama sekali disave dalam
telefon baharu miliknya dengan pengenalan, ‘BELIAU’. Wah,
spesial gitu!
Malam itu, disebabkan boring tidak tahu hendak
buat apa selepas seharian kepala menjadi tepu kerana asyik
memohon kerja di Jobstreet, laju saja jari runcingnya menaip
pesanan WhatsApp.
Dan-dan itu juga telefonnya berbunyi. Terkejut
dibuatnya sampaikan telefon bimbitnya hampir terlepas
daripada tangan. Serius? Dia hantar WhatsApp aje, tapi orang
di sana terus saja call!
“Vee ya?”
“Eh tak, double you di sini.”
Pecah tawa di hujung telefon sana, lantas senyum
Vee sampai ke telinga dengan muka duk menahan malu-malu
alah. Mujur mak tak ada.
“Kalau macam tu saya nak zzzz dulu.”
“Eh... nanti! Janganlah... saya gurau aje. Apa ni, baru
call dah nak tidur. Macam tak ikhlas aje,” balas Vee dengan
senyum yang tak surut-surut. Alahai, macam mana ni?
Hatinya dah tertinggal dekat KLIA. Kalau tahulah gerangan
di sebelah sana macam ni, gigih dia bawa lari telefon lelaki itu
satu KLIA tiap-tiap tingkat.
“Saya pun gurau aje. Lepas V, W. X dengan Y dulu...
barulah Z, kan?”
“Kita ni tengah belajar A-B-C ke apa?” soal Vee, polos
tapi berbaur sarkastik.
“Hahahaha... tak apa, ulang kaji. Oh ya, WhatsApp
tadi nak tanya apa?” soal Anas sopan.
Vee tepuk dahi. Kan? Dia baru taip salam. Tup-tup
Anas terus call.
“Err ha... macam ni, saya nak bayar balik duit yang
awak bagi saya pinjam hari tu. Tapi saya tahu awak mesti tak
nak terima duit, kan?” Seraya itu kepalanya dijentik laju. Apa
jenis soalan ni? Motif sangat, kan?
“Ermmm yeah. Kan saya dah cakap kelmarin, itu
hadiah daripada saya.”
“Kalau macam tu saya tak bagi duit, saya bagi hat...
eh?”
“Ha?”
Vee ketap bibir sendiri. Nasib baik tidak terlepas
cakap. ‘Ingat Vee, gedik solo dibenarkan. Jangan gedik depan
lelaki. Buat malu kaum oiii! Ini Vee. Minah cool. Jangan kejar
lelaki. Suruh lelaki cari kita.’
“Awak nak belanja saya minum?”
Eh? Vee terpempan sendiri. Positif respons nampak!
Belanja minum tu dah best. Lagi pula kalau gerangan di sana
yang bagi cadangan dulu. Tak adalah dia rasa macam mencuba
sangat, kan? Tapi, apabila fikirkan dua mangkuk ayun tu...
“Ermmmm... tapi...”
“Apai dengan Udin?”
Vee ternganga. Dia tahu? Oh ya Allah, kenapalah
pemikiran mereka sealiran? Ada jodoh ke macam mana ni?
“Nanti kita bincang balik ya. Got to go. Nite Vee!”
“Eh...”
Panggilan dimatikan. On the spot. Kali ini rasanya
hati Vee bukan tertinggal di KLIA dah. Dah mengembara
entah ke mana asalkan di situ gerangan itu ada. Inikah
namanya cinta?

SENYUM ANAS masih berbekas di bibir merahnya. Seketika
kepalanya digeleng perlahan sambil akal memacu ligat
mencari idea.
‘Hmmm agak-agak nak save nombor dia sebagai apa
ya? V? Hmmm... too simple. Dear? Eh, kenapa pula ke situ
perginya? My Vee? Hmmmm... itu lain daripada yang lain.
Save! Tapi... sejak bila pula dia jadi kau punya? Ah, Anas...
jangan macam-macam!’
“Kau dah kenapa?” soal Erik yang baru saja sudah
solat isyak lalu melabuhkan punggung di atas katil single di
sebelahnya.
“Tak ada apa-apa.”
“Mana boleh tak ada apa-apa. Punya banyak emoticon
kau buat tadi, boleh kata tak ada apa-apa? Awek?”
Anas cuma senyum, tak menjawab. Hanya pandangan
matanya yang melata ke arah sekeliling bilik itu.
“Eril mana? Tidur bilik mama lagi?”
“Hmmmm...” balas Erik perlahan sambil merebahkan
tubuhnya, meluruskan pinggang yang sakit-sakit dek kerana
seharian berjalan mengikut rentak mama. Habis satu pulau
dipusingnya macam esok sudah tidak ada.
“Dia masih marah dekat aku ke?” soal Anas lagi.
Erik tidak terus menjawab. Hanya mengerling
sekilas ke arah wajah Anas yang mendung. Hilang terus
senyum lebar di wajah itu sebentar tadi.
“Benda dah lepas, kan? Kalau sampai 10 tahun akan
datang pun dia masih marah dekat kau lagi, walid tetap tak
akan hidup semula,” jelas Erik perlahan.
“Aku minta maaf.”
Laju saja Erik geleng kepala.
“Tak perlu nak minta maaf. Macam aku cakap tadi,
benda dah lepas. Kita yang hidup ni, perlu teruskan hidup.
Tu aje.”
“Tapi sampai bila Rik? We’re family, yet we're like
strangers. Jelas sangat yang aku balik ni orang tak suka.
Jujurnya, aku memang tak nak duduk dekat rumah tu. Aku
lagi selesa duduk sendiri,” luah Anas sedikit emosi. Biarpun
dia cuba berlagak tenang di hadapan semua orang, tapi
respons dan gerak tubuh Eril sangat mustahil untuk tidak
buat dia terkesan di hati. Benci benar anak bongsu mamanya
itu kepadanya.
“Bagi dia masa. Mungkin pada kau, dia budak lagi
masa tu. Tapi biasanya, budak lagi terkesan kalau ada apa-apa
berlaku pada keluarga dia.”
“Dan kau? Kau macam mana?” soalnya kembali.
Erik tersenyum. Comforter di hujung kaki ditarik
menyelubungi batang tubuhnya yang sudah rasa kesejukan.
“Aku? Aku simple aje. Selagi kau tak kacau life aku,
aku tak ada masalah. Tu aje,” balas Erik perlahan sambil
melelapkan mata. Dan Anas di sebelahnya hanya mampu
membuang keluhan panjang.

No comments:

Post a Comment