DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 17 June 2020

Encik Ulat Buku - Bab 1

 

Nami Island, Mac 2019...

“YAYA... cantiknyaaaaaaaaaa!!!” Sarah yang sememangnya teruja sejak kami di dalam feri lagi sudah memusing-musingkan tubuhnya sebaik sahaja kami menjejakkan kaki ke Nami Island yang popular sebagai set lokasi penggambaran drama Winter Sonata ini. Siap dengan aksi peluk batang pokok lagi.

“Aku tahulah aku cantik. Kau tak payah jerit kuat-kuat sangatlah,” usikku dan Sarah mencebik.

“Memang rezeki kitalah datang waktu yang kena dengan musim cherry blossoms ni. Aku baru tahu yang cherry blossoms ni tak sama musim dekat Korea ni. Maksudnya, kalau minggu ni tengah cherry blossoms dekat Seoul, tak semestinya daerah lain pun tengah cherry blossoms.”

“Lagi?” Aku membetulkan letak jaket di tubuh sambil anak mata menerawang memerhatikan kawasan sekitar Nami Island yang indah dengan bunga-bunga sakura yang mekar dan berwarna merah jambu. Cantik!

“Lagi apa?”

“Apa lagi yang kau nak cari kat sini?”

“Kau tahu kan salah satu sebab kenapa tempat ni famous? Sebab kat sinilah set shooting drama Winter Sonata!”

“Tahu. So?”

“Isy, kau ni! Aku naklah jugak ambil berkat, manalah tahu dapat jumpa Bae Yong-Joon aku jugak. Salah satu waktu mujarab untuk berdoa ialah sewaktu bermusafir. Mana tahu, Allah nak kabulkan doa aku sepanjang kita bermusafir ni, bolehlah aku balik Malaysia nanti bawak calon menantu untuk umi aku.”

“Weh, kau nak cari yang ala-ala uncle ke apa?”

“Apa pulak uncle?”

“Yalah, dah kau nak yang macam Bae Yong-Joon tu. Umur dia dah nak dekat 50 kut!” balasku sambil tergelak-gelak.

“Yaya! Kau ni kacaulah aku nak fefeeling macam Winter Sonata!” Sarah sudah memukul-mukul bahuku.

“Gurau ajelah, Sarah. Yalah, aku pun doakan supaya kau jumpa Bae Yong-Joon kau kat sini. Amin!”

“Yaya, kau tak doakan dengan Bae Yong-Joon versi uncle, kan?”

Terus aku tergelak-gelak.

“Jomlah, pergi sana. Kat situ nampak macam ada pangkin kecil yang kita boleh duduk dengan rak-rak buku. Nampak macam menarik aje.” Setelah penat bergambar, aku mengajak Sarah untuk duduk di pangkin kayu kecil yang turut menempatkan beberapa buah rak buku di bawah rimbunan pokok sakura yang sedang mekar. Inilah yang disebut-sebut sebagai cherry blossoms!

“Kau tulis apa tu?” tegur Sarah apabila aku melarikan pen hitam di helaian diariku yang berwarna merah jambu.

Dear Diary, Nami Island ni lebih sesuai untuk dikunjungi bersama-sama dia yang terchenta dan bukannya dengan Sarah yang terchenta.”

“Eliya Inara!”

Aku ketawa lagi.

“Idea untuk bahan column aku.”

Column apa pulak?”

“Tak dapat tajuk lagi, tapi Kak Dee aku yang terchenta tu nak minta aku in charge untuk love column magazine Oppa dia tu.”

Love column?”

Hmm... what do guys think of love? Lebih kurang macam opinion lelaki bila berkaitan dengan cinta.”

Kali ini giliran Sarah pula tergelak-gelak.

“Kau? Love column?” Tergeleng-geleng kepala Sarah memandang aku.

“Bercinta pun tak pernah, macam mana kau nak hasilkan tulisan untuk love column? Dari sudut pandangan lelaki pulak tu!” Sarah sambung ketawa.

“Sarah ahjumma, kau ingat reporter macam kau aje ke yang boleh interviu orang? Columnist macam aku pun cari bahan dengan interviu orang jugak. Tak ada alasan sebenarnya, melainkan kau memang malas nak usaha.”

So, lelaki mana yang kau dah interviu?”

“Ijat.”

“Eizat? Eizat adik kau tu ke?”

Aku angguk lagi dan Sarah sudah tergelak-gelak kembali.

“Yaya, adik kau tu spesies nerd yang tak pandang langsung bab-bab cinta ni. Kalau kau tanya dia pasal formula fizik, mungkin dia boleh jawab dengan mudah jika nak dibandingkan soalan yang berkaitan dengan cinta ni.”

“Kau tahu Ijat jawab apa bila aku tanya dia?”

Sarah hanya menjongketkan keningnya.

Love is more complicated than E=mc2. Complicated sebab dia tak boleh nak explain guna teori yang logik.”

Aku dan Sarah sama-sama ketawa sebelum masing-masing berhenti dan menikmati pemandangan yang indah di depan mata. Aku mendongak ke atas, tidak jemu-jemu memerhatikan cherry blossoms yang sangat indah. Sesekali apabila ada angin yang bertiup, beberapa kuntum bunga sakura jatuh berguguran ke tanah. Aku menyuakan tapak tangan, cuba menangkap kuntuman bunga sakura yang jatuh.

“Yaya, kau pernah tengok drama Goblin tak?” soal Sarah tiba-tiba. Tersenyum-senyum dia memandang aku yang begitu asyik menyuakan tangan untuk menangkap kuntuman cherry blossoms yang gugur.

“Tadi drama Winter Sonata, ni Goblin pulak? Lepas ni apa? Train to Busan?”

Sarah menjulingkan biji matanya ke atas. Sekali lagi bahuku dipukul.

“Isy, tangan kau ni sama ringanlah dengan mulut kau.” Aku menepis tangan Sarah. Sakit kut!

“Dengarlah apa yang aku nak cakap ni.”

“Ya, ya. Aku tengah dengarlah ni.” Sekali lagi aku menghulurkan tanganku untuk menyambut guguran cherry blossoms.

“Watak heroin dalam drama Goblin tu kata, mitos berkaitan dengan cherry blossom ni is like how they say you will marry your first love if you catch a falling cherry blossom.”

Saat ini sekuntum bunga sakura jatuh di atas tapak tanganku. Serentak aku dan Sarah saling berpandangan, masing-masing dengan mata yang sudah membulat.

“Hai! Sorry, kalau awak tak nak baca buku-buku ni, boleh saya pinjam tak?” Saat ini juga kedengaran satu suara garau ala serak milik lelaki. Lelaki Malaysia dan bukannya Bae Yong-Joon idaman Sarah. Tiba-tiba sahaja dia muncul di depan kami. Entah dari mana pulak lelaki ini datang.

“Hah?” Aku terpinga-pinga seketika sambil anak mata memandang kelopak bunga sakura di tangan dan lelaki yang memakai leather jacket berwarna hitam ini. Sepasang mata itu terlindung oleh Aviator hitam.

“Buku-buku yang ada di rak ni, awak nak baca ke?” soalnya sekali lagi. Walaupun tanpa senyuman, raut wajah itu nampak manis. Semanis warna pohon sakura. Haaa... kan dah keluar bahasa berbunga aku ni!

“Eh, tak, tak. Boleh aje kalau nak ambil. Lagipun buku-buku ni dalam bahasa Korea, jadi kita orang tak reti nak baca pun.” Cepat-cepat Sarah menghulurkan buku yang dimaksudkan ke arah lelaki tersebut.

Thank you.” Buku bertukar tangan.

“Cantik,” komen lelaki ini tiba-tiba dengan pandangan matanya yang terlindung di sebalik Aviator itu dipahatkan tepat ke wajahku.

“Hah?”

“Bunga sakura dekat tangan awak tu.” Dia senyum segarit dan terus berlalu pergi mendapatkan seorang lagi lelaki yang aku yakin merupakan rakyat tempatan.

Aku memerhatikan langkah kedua-duanya yang melabuhkan duduk di pangkin kecil yang lain.

“Yaya, Yaya, Yaya!” Tangan Sarah naik lagi memukul-mukul bahuku.

“Apa? Apa? Apa?”

“Walaupun mitos tu sekadar mitos, tapi aku rasakan dalam kes kau ni, ini boleh dijadikan petanda jodoh. Seronoknya, jumpa sewaktu bunga sakura sedang gugur dan ditemani background music yang tenang macam ni.”

“Petanda jodoh apanya kau ni? Itulah, tengoklah drama Korea tu banyak-banyak. Kau ni memang geng Kak Diyana akulah. Dah, jom!”

“Eh, Yaya... jodoh sakura kau macam mana?”

“Jodoh sakura apa pulak ni? Aku laparlah, nak makan. Bukannya boleh makan pun bunga sakura ni.”

“Tapi jodoh macam ni bukan senang nak datang.”

Adoilah Sarah Aulia!

“Entah-entah, tu laki orang. Entah-entah, gay sebab lelaki normal mana ada baca buku berdua dengan lelaki macam tu. Peliklah, Sarah! Zaman sekarang ni susah nak jumpa lelaki yang suka membaca macam tu. Kalau yang suka main game tu ramailah.”

“Yalah, jom kita pergi makan.”

Apabila aku dan Sarah lalu di hadapan pangkin kecil yang sedang diduduki oleh lelaki Melayu tadi, dia sememangnya khusyuk dengan buku di tangan tanpa menghiraukan orang di sekeliling.

Note to yourself, Yaya. Jangan lupa tulis diari malam ni sebagai ingatan untuk diri sendiri supaya hapuskan memori yang ini. Annyeong!

No comments:

Post a Comment