“SAYA Eliya Inara, kolumnis dari Ideafly Group yang in charge untuk majalah Oppa... kalau pernah dengarlah majalah ni.” Cepat-cepat aku memperkenalkan diri dan menyerahkan kadku kepada Aydin dan Aariz supaya isu LRT tidak dibangkitkan kembali.
“I tahu majalah you ni sebab staf perempuan I suka baca.” Aariz koyak senyum sambil membawa aku dan Neo duduk di ruang sofa.
“Oh, ya... ni Nufail, photographer yang in charge untuk hari ni. Boleh panggil Neo aje. Dia akan ambil gambar sambil-sambil sesi interviu sekejap lagi.” Neo bersalaman dengan Aydin dan Aariz.
“Kalau tak keberatan, sebenarnya pihak kami nak jadikan both of you as our magazine front cover untuk edisi bulan depan.” Aku pandang Aydin dan Aariz.
“Sure, why not? Bukan selalu boleh jadi muka hadapan majalah, kan?” Aariz tersenyum memandangku tetapi riak wajah Aydin sedikit berubah.
“Riz, kau cakap dengan aku lain,” bisik Aydin perlahan kepada Aariz.
“Ala, kau imagine macam tangkap gambar grad kau. Kau kan dah biasa grad banyak kali sebab rajin sangat studi,” bisik Aariz bersahaja menyebabkan aku dan Neo saling berpandangan untuk menahan tawa masing-masing.
“Kira bolehlah ni ya? Nanti lepas habis interviu, kita discuss untuk photoshoot front cover. Nak buat kat sini boleh, atau nak datang studio Ideafly pun boleh.”
Aku perasan yang Aydin sudah berpandangan dengan Aariz dengan dua ulas bibirnya bergerak-gerak.
“Shall we start then?” Aku senyum dan mula meneliti senarai soalan interviu yang sudah dibincangkan bersama-sama dengan Kak Dee petang semalam. IPhone kuletakkan di atas meja dan aplikasi voice recorder kupasang.
“Silakan, Cik Eliya,” balas Aariz.
“Kita mulakan dengan sedikit pengenalan latar belakang, boleh kut? Boleh kongsi dengan pembaca majalah Oppa sedikit biodata anda berdua? Contohnya, umur, latar belakang keluarga, latar belakang pendidikan dan seumpamanya?”
“I mula dululah ya sebab Dr. Aydin kita ni pemalu sikit orangnya.” Aariz membetulkan duduk dan tersengih memandang Aydin yang duduk di sisi. Aku yang duduk berhadapan mereka berdua memang tak boleh nak larikan pandangan mata sebab memang seiras. Double handsome gitu. Memang sejuk perut mak mengandunglah.
“First of all, terima kasih kepada majalah Oppa sebab sudi interviu kami. I dapat tahu yang mesej utama majalah ni ialah to inspire young generation to be more successful, kan? Harapnya apa yang kami kongsikan hari ni dapat bagi inspirasi kepada golongan belia,” tutur Aariz penuh sopan.
“Kami berdua datang daripada latar belakang famili yang sangat pentingkan pendidikan. Kami tiga beradik, abang yang sulung kerja di Dubai sebagai arkitek, Aydin yang nombor dua, tua beberapa minit aje daripada I and I am the youngest one. Kita orang berdua turning 31 this year. Well, waktu kecik dulu I macam rebel sikit sebab tak minat sangat studi macam Aydin.” Aariz sengih dan menepuk-nepuk perlahan bahu Aydin.
“Lepas habis SPM dulu, I terus mula dengan diploma fashion design dekat UiTM. Walid I jenis yang tegas, jadi memang waktu tu I studi betul-betul sebab nak sangat jadi fashion designer. Habis diploma, dapat biasiswa pergi UK untuk sambung degree pulak. Kalau you kenal Benyamin Ziqri, owner brand A To Z tu, he was my batch mate. So, life during degree memang susah sikit sebab duit biasiswa taklah cukup mana. Jadi I buat part-time dengan small fashion company, cari duit dan cari pengalaman at the same time.”
Jeda dan Aariz senyum.
“Bila Encik Aariz mula dengan brand fashion sendiri?” soalku.
“Lepas 4 tahun kerja makan gaji dengan orang. Mula dengan butik kecik dulu dan alhamdulillah sampailah ke tahap ni.”
“Dr. Aydin pula? Saya diberitahu yang Dr. Aydin ni one of the youngest PhD holders dekat Taylor’s University Lakeside Campus, tempat Dr. Aydin mengajar sekarang ni.” Pandangan mataku beralih kepada Aydin yang tekun mendengar.
“Tak adalah muda sangat pun sebab ada PhD holders lain yang lagi muda.” Aydin merendah diri.
“Saya pursued degree in Mathematics at Warwick University under JPA scholarship for 3 years. Habis aje degree, saya balik Malaysia untuk join Teach For Malaysia for 2 years.”
“Teach For Malaysia?” soalku.
“Awak pernah dengar isu tentang ketidaksamaan pendidikan dekat Malaysia ni, terutama dekat sekolah kawasan pedalaman? Teach For Malaysia atau TFM ni ialah sebuah organisasi bukan berkeuntungan yang bebas, dengan membawa misi untuk memberi anak-anak Malaysia peluang yang sama rata dalam pendidikan.”
“Interesting, kan? Aydin ni macam arwah umi kita orang. Dia ada strong attachment dengan isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan,” sampuk Aariz.
Aku terus senyap. Anak yatim rupanya mereka berdua ni.
“Menarik! Jadi, berapa lama Dr. Aydin dengan TFM?” balasku dan wajah tenang Aydin kupandang. Tiba-tiba rasa kagum dengan lelaki di hadapanku ini. Tiba-tiba markah untuk Aydin terus naik mendadak menjadi 110 peratus. Eh, eh!
“2 tahun saya mengajar Matematik di sekolah di Miri sebab program Fellowship under TFM ni memang 2 tahun. Lepas tu, saya dapat tawaran daripada Warwick University untuk sambung Master in Mathematics and I did that.”
“You faham tak perasaan yang Matematik biasa zaman sekolah pun dah rasa susah, kan Cik Eliya? Bayangkanlah Master in Maths pulak,” usik Aariz.
“Saya setuju sangat!” balasku pantas dan terus diam apabila Aydin sudah pandang lain macam.
Aariz selamba sahaja menepuk-nepuk bahu Aydin.
“Jadi lepas Master terus sambung PhD pulak?” soalku pantas.
“Yup, tapi PhD tu dengan Oxford University for 3 years. Alhamdulillah settle PhD dekat sana saya terus balik Malaysia dan waktu tu pihak Taylor’s dah call untuk job placement dengan diaorang. Tahun ni tahun kedua saya dengan mereka.”
“Sebenarnya kan, ni first time saya jumpa dengan orang yang genius macam Dr. Aydin. Dahlah muda, handsome pulak tu. Sebab selalunya geng-geng doktor falsafah ni dah banyak sikit umurnya.” Aku sengih.
Berubah sedikit rona wajah Aydin. Eh, dia malu ke? Aku menoleh memandang Neo, tetapi Neo sudah menggeleng-gelengkan kepalanya. Awat, aku salah cakap ke?
“Kenapa PhD in Mathematics?” soalku sambil berdeham. Cepat-cepat tanya soalan yang seterusnya.
“Simply just to impress the ladies,” jawab Aydin selamba. Aariz yang duduk di sebelah sudah ketawa kuat.
“Seriously? Saya akan tulis ikut apa yang awak jawab ni.” Aku sudah menjulingkan mata.
“Kidding.”
Kidding? Hee... memek muka dia yang stone tu tak nampak gaya macam tengah bergurau pun.
“I just love numbers, formulas and whatnot. Macam awak yang suka tulis diari walaupun ada orang fikir benda tu macam dah outdated.”
Aku membulatkan mata memandang Aydin yang nampak selamba. Neo yang berdiri di sebelah turut ternganga.
“Cik Eliya suka tulis diari? How cute!” sampuk Aariz dengan senyuman yang melebar.
Aku buat-buat tidak dengar dan cuba mengekalkan imej profesional seorang Eliya Inara. Kenapa aura sesi interviu dengan mereka berdua ini buat aku rasa seram sejuk pulak ek?
“Saya nak tanyakan soalan yang sama kepada Encik Aariz jugak, kenapa pilih bidang fashion?” Pandangan mataku beralih kepada si kembar seiras.
“Because women and fashion are best friends.” Aariz senyum sambil mengenyitkan mata.
Aku cuba menahan untuk mengeluh. Berdepan dengan pasangan kembar seiras ini sejak tadi memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Memang double trouble! This is gonna be a longgggg day!
“I tak bergurau macam Aydin bila I cakap macam tu. My main goal is to lift up Muslimah fashion to the world,” balas Aariz serius.
Anak mataku meneliti soalan yang seterusnya dan tanpa sedar aku menggelengkan kepala melihat soalan yang baru ditambah oleh Kak Dee awal pagi tadi. Aku dah mula rasa tak sedap hati dan tak sedap perut jugak.
“Well, soalan tentang cinta ni memang soalan yang wajib ditanya setiap kali sesi interviu macam ni.” Aku senyum segarit. “So, Dr. Aydin pernah jatuh cinta?” soalku satu per satu. Kalaulah jawapannya ya, memang hancur punah harapanlah Yaya oiii!
“Nope.”
Jawapan sepatah Aydin membuatkan aku hampir menarik nafas lega.
Bukan main kau, Yaya!
“Kenapa?” Automatik soalan itu meluncur laju tanpa sempat aku tahan.
“Kenapa pulak? Pelik?” soal Aydin sambil berpeluk tubuh memandangku.
Aku terus menggeleng.
“Perempuan ni makhluk yang paling complicated atas muka bumi. If people have this idea that calculus is hard to understand, then they should try to understand women.”
Eh, eh! Aku pandang wajah selamba Aydin.
“Tapi saya percaya setiap lelaki ada wanita idaman masing-masing, kan? Takkanlah Dr. Aydin tak ada? Kalau setakat Dr. Aydin ni, saya rasa sekali petik jari aje, satu padang bola tu boleh penuh dengan calon-calon untuk dipilih.”
“Ada.” Aydin bertukar pandangan dengan Aariz yang sudah menggelengkan kepalanya. Lagilah aku rasa tak sedap hati sekali lagi.
“Siapa? Artis ke? Atau Instafamous?” Aku mendekatkan iPhone yang sedari tadi terpasang aplikasi Voice Recorder ke arah Aydin.
“You.” Sepasang anak mata hitam pekat milik Aydin memandang tajam wajahku.
“You? Ikan Yu? Yuyu?” soalku dengan dahi yang berkerut.
Aariz sudah tergelak-gelak kuat.
“You equals to Eliya Inara.”
Hah???
No comments:
Post a Comment