DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 17 June 2020

Encik Ulat Buku - Bab 4

“SAYA turun, saya turun,” balasku kuat sebelum melangkah turun ke bahagian bawah dewan kuliah, mendapatkan Encik Ulat Buku yang sedang memandangku tajam. Dia sudah turun ke bahagian bawah dewan kuliah apabila akhirnya kakiku melangkah ke bawah.

Dear Diary,

Rupa-rupanya nama Encik Ulat Buku ini ialah Dr. Aydin si genius yang disebut-sebut oleh Abang Mat tempoh hari.

“Saya tak pernah pun nampak awak dalam class saya sebelum ni?” soal Dr. Aydin sambil berpeluk tubuh. Sama seperti tadi, wajahku dipandang lama seolah-olah ada formula Matematik baharu yang wujud di permukaan kulit wajahku.

“Saya bukan...”

Jeda. Nak jawab apa? Takkan nak jawab... ‘Hai, saya Yaya, journalist dari majalah Oppa.’ Sah-sah kena halau di depan ratusan pelajar yang sedang memandangku ini. Anak mataku sempat mencari jika bayang Nancy masih ada. Malangnya, memang tak ada! Nampak gaya lelaki ini, seperti dia tidak tahu tentang kedatangan aku dan Neo.

“Pantang saya sewaktu mengajar ialah ada orang yang berbual sewaktu saya sedang mengajar di depan ni. Ataupun orang yang mengganggu kelas macam yang awak dah buat tadi. You need to show some respect.” Nada suara itu kedengaran tegas dengan riak wajah yang kosong oleh senyuman.

Tiba-tiba aku terasa yang lelaki ini dan Encik Ulat Buku yang aku selalu terjumpa di dalam LRT setiap pagi itu adalah dua orang yang berbeza.

“Tapi saya tak sengaja. Kerusi tu jatuh sendiri,” jawabku pantas.

“Kenapa tak jawab yang tarikan graviti yang menyebabkan kerusi tu jatuh ke bawah?” balas Dr. Aydin secara sarkastik.

Terus bergema dewan kuliah ini dengan suara ketawa.

Since you have disturbed my class, I want you to answer a question from me.”

Terus aku menelan liur sambil anak mata jatuh pada papan putih yang penuh dengan simbol X dan Y yang sentiasa sinonim dengan algebra. Rasa-rasanya kali terakhir aku melihat simbol tersebut sewaktu zaman menduduki SPM dahulu. Perasaan takut melihat nombor-nombor dan simbol yang ada di depanku ini sama seramnya jika aku menonton filem seram.

Do you know why ‘+’ and ‘-’ symbols are important in algebra?”

“Hah?” Terkebil-kebil aku memandang lelaki yang sedang berpeluk tubuh memandang aku.

“Simbol tambah dengan tolak.”

Ah, sudah! Mampus aku! Aku bukannya student kelas ini!

“Saya sebenarnya bukan...”

Jeda lagi. Kali ini Dr. Aydin memandangku dengan senyuman sinis. Sepasang mata itu kelihatan semakin mengecil. Bukan setakat subjek Matematik menakutkan aku, tapi orang yang mengajarnya jugak!

You are not from this class, right?” soal Dr. Aydin. Terus kedengaran suara riuh-rendah di dalam kelas.

Perlahan-lahan aku mengangguk.

“Saya minta maaf. Doktor boleh teruskan kelas dan saya akan keluar dari lecture hall ni sekarang jugak.” Aku sudah cepat-cepat mahu mengangkat kaki. Neo yang masih berdiri tegak di bahagian belakang dewan turut melangkah menghampiri pintu belakang dewan.

“Kejap!”

Alamak, apa lagi ni?

“Soalan saya tadi... selagi awak tak jawab, awak tak boleh keluar dari sini.”

Aku sudah berpeluh-peluh sambil mencuri pandang ke arah Neo. Dia hanya mampu mengangkat kedua-dua bahunya.

“Saya tak tahu,” jawabku jujur. Sudah malas mahu membiarkan diri menjadi tontonan umum di hadapan ratusan pelajar Dr. Aydin.

The answer is...

Dr. Aydin berhenti betul-betul di hadapanku sambil anak mata hitamnya memandang wajahku lama.

 Before the 16th century, they actually used written words of ‘addition’ and ‘subtraction’ for maths equations. Membazir masa, kan?”

Aku sudah terkebil-kebil dan dewan kuliah itu bergema dengan bunyi ketawa.

Off you go, miss.”

Aku sudah mahu membuka langkah seribu apabila Dr. Aydin tiba-tiba merapatkan jarak tubuhnya dengan aku.

It’s rude to intrude my lecture. See you in the LRT tomorrow,” bisiknya perlahan.

Whattttt???

Terus mataku membulat memandang lelaki itu. Dia cakap apa?

 

“YAYA? AWALNYA dah balik? Interviu habis awal ke?” tegur Sarah apabila aku lalu di tepi meja kerjanya. Jam di dinding baru sahaja menunjukkan pukul 4 petang.

“Sarahhhh...”

“Eh, kau ni kenapa?” Kali ini Sarah bangun dan membelek-belek tubuhku.

“Kau buat apa ni?” soalku pelik dengan tingkah laku Sarah.

“Aku nak tengok kalau kau kena dera ke, kena cubit ke apa sampai muka kau tu macam nasi lemak basi.”

“Sarah!”

Terus Sarah tergelak-gelak dan sewaktu ini Neo lalu di depan kami dengan beg kamera yang tersandang di bahu. Dia hanya memandangku sambil menggelengkan kepalanya.

 “Kenapa dengan korang berdua ni?” soal Sarah.

“Sarahhhh...”

“Ya Allah, kau dah kenapa?”

“Encik Ulat Buku tu...” Aku terasa mahu menangis jika diingatkan semula apa yang terjadi sejam yang lepas. Memang aku kena tukar bahan untuk kolum bulan depan. Ataupun aku kena cari orang lain selain daripada Dr. Aydin untuk jadi guest cover bulan depan.

“Hah? Kenapa? Kau jumpa dia kat universiti tadi? Isy, kan aku dah cakap kat kau yang ulat buku macam tu memang confirm student uni,” balas Sarah.

“Bukanlah, ni lagi teruk.”

“Hah? Apa pulak?”

“Dialah orang yang aku nak interviu tadi.”

“Hah?”

“Sarahhhh... aku dah tak nak naik LRT lepas ni!” Berkerut-kerut dahi Sarah memandang aku.

Tidak sampai 10 minit aku bercerita tentang apa yang berlaku di dalam dewan kuliah tadi, Sarah sudah tergelak-gelak. Tak kasihankan aku langsung!

“Kiranya doa kau termakbullah jugak,” komen Sarah bersahaja.

“Doa apa?”

“Kan kau pernah sebut yang kau teringin nak tahu siapa Encik Ulat Buku kau tu. So, there you go. Doa kau telah dimakbulkan.” Sarah kembali duduk di kerusinya.

“Yalah, tapi bukannya dengan cara yang macam tadi. Malu kut!”

“Cik Eliya Inara...”

Aku mengangkat wajah memandang Sarah yang jelas nampak terhibur dengan ceritaku sebentar tadi.

“Aku pernah terbaca satu quote daripada Jelly Wong yang sebut, the best relationships usually begin unexpectedly.” Sarah koyak senyum lebar.

“Apa kaitannya sampai kau nak kena bermadah bagai ni?” balasku geram tetapi Sarah hanya tersenyum.

“Aku rasa kolum kau bulan depan mesti lagi interesting sebab kau mesti tulis dari hati. Tulisan yang ada ‘hati’ ni feel dia lain macam.”

Sarah ni, tak membantu menenangkan hati betullah!

“Kau nak pergi mana tu?”

“Solat asar, nak bagi sejuk sikit hati ni!”

Sekali lagi aku terdengar tawa seronok Sarah. Hesy!!!

No comments:

Post a Comment