DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday 13 January 2022

Intrigue Cinta Zarif - Bab 2


SEPAGIAN Iffat berkurung di dalam bilik kerjanya, menyemak fail projek yang baru diterima. Baru seminggu dia terasa sedikit lapang, nampaknya bermula hari ini dia akan kembali sibuk dengan tugasan di pejabat pula.

Banyak kerja bermakna banyak duit yang akan masuk. Syarikat juga akan bertambah maju dan mungkin bonus juga akan berlipat ganda. Siapa tahu. Kan?

Sedang dia ralit menyudahkan kerjanya, telefon di hujung meja berbunyi.

“Yes?

“Iffat, Tuan Syed dah datang.”

“Baik Jen, terima kasih.”

Badan disandarkan ke belakang dengan hujung jari mengetuk meja. Mata menjeling jam di pergelangan tangan. Telah menghampiri jam 12 tengah hari. Sekarang baru masuk? Nafas dihela perlahan lalu fail yang terbuka ditutup dan disusun kemas di atas meja. Sempat dia mencapai telefon bimbitnya sebelum keluar dari bilik kerjanya itu.

“Bell, aku naik atas sekejap kalau ada yang cari.” Pesannya kepada rakan sekerja yang kebetulan baru keluar dari pantri.

“Jumpa Tuan Syed?”

“Yup!

Uiii tak menyempat.”

Iffat hanya menjeling mendengar usikan Bell. Siap tersengih-sengih, geram pula dia tengok. Terus dia melangkah menuju ke arah lif. Beberapa minit kemudian, dia sudah tercegat di hadapan pintu bilik pengarah urusan Mosaic Construction.

“Ada orang tak dekat dalam Jen?” Iffat berpaling memandang gadis yang tersenyum di meja kerjanya.

“Tak ada Iffat. Semua janji temu hari ini telah dibatalkan.”

“Kenapa? Sebab dia masuk lambat?”

Jen senyum dengan hidung yang mencemik. Takut nak mengiakan kerana telah banyak kali perkara seperti ini terjadi.

Nafas dihela perlahan dan serentak itu pintu bilik Syed Afiq diketuk beberapa kali.

“Come in.”

Daun pintu ditolak luas sebelum dia tercegat di ambang pintu sambil memeluk badan sendiri. Dia memandang Afiq yang sedang membongkok di meja kerjanya.

Yes Jen?” soal Afiq tanpa mengangkat wajah.

“Busy huh?

Daun pintu ditutup dan Iffat mula mengatur langkah menuju ke arah meja kerja Afiq.

“Oh, hai sayang. I ingatkan Jen tadi.”

Sempat dia menghadiahkan senyuman kepada Iffat sebelum kembali tunduk fokus kepada kerjanya. Ada dua fail yang perlu dia semak sebelum projek yang sedang syarikat mereka uruskan ini diteruskan. Final check kerana projek tersebut sudah memasuki fasa akhir dan ada beberapa perkara perlu mendapatkan keputusan dari dia sebelum diteruskan sehingga selesai.

“You tahu tak yang Tan Sri Megat nak buat selective tender untuk projek dekat Nusajaya.”

Kerusi ditarik dan duduk dilabuhkan berhadapan dengan Afiq. Kedua-dua tangannya bersilang di atas meja kerja lelaki itu dengan anak mata menilik fail yang terbuka.

Selective tender? Bukan open tender ke?”

“False alarm I guess.”

“Siapa informer you ni sayang? Asyik bagi maklumat salah je.” Badan disandarkan ke belakang.

I think he’s drunk masa bagi I maklumat tu.”

Terlepas tawa daripada bibir Afiq apabila mendengar lawak bersahaja Iffat. “Okeylah selective tender pun tak ada hal. I know you can handle it well. Kan sayang?”

Iffat diam. Angguk tidak, geleng juga tidak kerana banyak perkara yang sedang bermain di fikirannya sekarang.

Our track record is good. Mungkin tak ada masalah untuk itu. Cuma kena pastikan kita dapat invitation daripada Tan Sri Megat. Itu saja.”

“Juga tak ada masalah.” Afiq kembali merapat ke meja untuk menyambung kerja yang tergendala seketika tadi.

“Sebab you tahu apa yang perlu you buat. Kan?” Fail kembali dibelek tanpa mempedulikan reaksi gadis itu terhadap kata-katanya tadi.

Mata Iffat tidak lepas daripada memandang gerak laku bos merangkap kekasihnya itu. Tidak tahu sama ada dia patut bangga atau rasa terbeban bila Afiq menaruh sepenuh kepercayaan kepada dia.

“Balik pukul berapa malam tadi?”

“Tak ingat. Pukul 4 kut.”

Seriously, Afiq?” Riak tidak puas hati mula terlakar pada wajah Iffat.

Not now sayang. I sibuk,” jawab Afiq dengan nada tenang kerana dia tahu ke mana arah tuju perbualan dia dengan gadis itu selepas ini.

Sememangnya dia seorang yang lebih tenang berbanding kekasihnya, Iffat. Mungkin kerana ini juga mereka serasi bersama. Api bukankah lawannya air? Jika kedua-duanya api, sudah tentu hubungan mereka tidak akan bertahan selama ini.

“Sampai bila nak macam ni? Berparti sampai lewat malam, masuk kerja lambat. You tahu tentang tanggungjawab you, kan Afiq?”

“Ya, I tahu.”

“Habis tu?”

Not now sayang, please. I ada banyak kerja nak kena siapkan. Sekejap lagi nak keluar makan tengah hari dengan you pula.”

Nafas dihela perlahan, cuba menenangkan amarah yang mula bertunas di dada. “Siapkan kerja you, tak payah keluar makan tengah hari. Masuk kerja pun dah lambat.”

Serentak itu Iffat bangun daripada duduk dan terus berpaling untuk keluar dari bilik Afiq. Sempat telinganya menangkap tawa halus lelaki itu.

Come on Iffat. Sekejap lagi I turun ke tempat you.”

Iffat hanya menjeling sambil menutup rapat daun pintu bilik Afiq. Kata-kata lelaki itu langsung tidak dibalas.

“Dah selesai?” soal Jen dengan senyuman manisnya.

“I’m so done with him,” balas Iffat dengan mata yang dijulingkan ke atas dan balasannya itu membuatkan tawa Jen meletus.

Bos dengan PA sama saja perangai, dua-dua suka gelakkan dia.

 

KESIBUKAN MENGURUSKAN soal kerja membuatkan perut Iffat sentiasa lapar. Di dalam bilik kerjanya telah disediakan beberapa jenis biskut sebagai alas perut tetapi itu belum cukup. Walaupun secara fizikal saiz badannya agak kecil dan kurus, tetapi nafsu makan dia memang lain macam.

Sambil Iffat mengunyah makanan, sesekali diangkat wajah melihat orang sekeliling sambil menikmati hidangan tanpa mempedulikan Afiq di sebelah. Ada beberapa orang lelaki memakai kemeja sedang makan sambil berbincang, mungkin soal kerja. Ada sekumpulan anak muda menikmati kopi dengan tangan yang sibuk menekan telefon. Tak tahulah apa motif mereka keluar bersama kalau semuanya antisosial.

Kemudian dia berpaling ke arah kanan meja. Kelihatan sepasang suami isteri berbisik mesra sambil makan bersuap. Entah betul atau tidak pasangan suami isteri. Atau hanya pasangan kekasih? Dia melirik ke kiri dan spontan dia menyuakan makanannya ke arah Afiq. Tanpa banyak soal Afiq menyambut suapan dengan mata yang masih tekun memandang telefon.

Iffat kembali menikmati makanannya dan membiarkan Afiq terus tenggelam dalam dunia antisosialnya itu. Saat dia berpaling ke kiri, matanya terpandang satu susuk tubuh yang duduk membelakangi mereka. Entah kenapa matanya terus melekat pada belakang badan itu yang kelihatan tegap bersandar.

Tiba-tiba hati disapa rasa ingin tahu apa yang sedang dinikmati oleh lelaki itu sehinggakan langsung tidak bergerak. Tetap tegak seperti sedang memandang lurus ke hadapan. Atau, lelaki itu sebenarnya sedang khayal dalam dunianya sendiri. Kunyahan semakin perlahan. Ah, tabiat yang satu ini sukar benar untuk dia tinggalkan. Tabiat suka membuat rumusan dan andaian tentang apa yang dilihat.

“Sayang, semalam Rina tanya you.”

“Tanya I kenapa pula?” Iffat mendengus dan kembali tunduk memandang makanan yang masih berbaki. Nama yang paling tidak dia suka, nama itu jugalah yang disebut oleh Afiq.

“Hey, what was that? Tangan yang memegang telefon jatuh ke riba. Afiq yang masih bersandar santai pada kerusi mula ketawa. Bukan dia tidak tahu kenapa Iffat mendengus begitu, tetapi sengaja nak mengusik.

“Apa?” soal Iffat dengan nada yang sedikit keras. Lelaki itu  memang sengaja nak menyakitkan hati dia. Bosan betul!

Come on sayang, masih marah dengan dia ke?”

“Ya dan I tak suka dia. She’s so fake.” Cepat saja pinggannya licin bila dia cuba melampiaskan rasa tidak puas hati bila nama Rina disebut.

“Dia buat apa dekat sana? Ke you memang dah janji nak jumpa dia?”

“Taklah sayang.” Badan ditegakkan dan Afiq mula merapat ke arah Iffat.

“Dia pun dapat jemputan juga. Semalam kan Vic buat surprise birthday party untuk Lucy. Diaorang tanya kenapa you tak datang.”

Iffat bersandar ke belakang dengan bahu yang mengiring ke arah Afiq. Saling berpandangan dengan jarak yang dekat.

“You cakap apa?”

“I cakap you period pain, tak boleh jalan.”

Buk! Bahu Afiq ditumbuk perlahan dan tindakannya itu hanya semakin melebarkan senyuman di wajah Afiq.

“Lain kali ikut I ya?”

Iffat jongket bahu. “Tengoklah macam mana. Kalau tak ada mood macam semalam memang I tak pergi.”

Afiq angkat kening. “Up to you sayang. Tapi majlis makan malam anjuran Apex Corporation minggu depan you kena ikut.”

“Kalau I tak ikut?”

“Banyak peluang yang kita akan terlepas nanti.”

Mata Iffat tidak lepas daripada memandang Afiq yang kembali menikmati hidangan yang masih berbaki. Di fikirannya mula bermain pelbagai andaian tentang peluang yang disebut oleh Afiq seketika tadi. Sedang dia leka berfikir matanya bergerak memandang pintu restoran yang ditolak oleh lelaki yang duduk membelakangi mereka di meja hujung sana. Tidak menunggu lama lelaki itu terus hilang dari pandangan mata.

Seperti tadi, hanya belakang lelaki itu yang sempat dilihat oleh Iffat.

No comments:

Post a Comment