DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday 13 January 2022

Intrigue Cinta Zarif - Bab 4


“COME in.”

Daun pintu ditolak dari luar dan Zarif melangkah masuk ke dalam bilik Kamal.

“Duduk Zarif, ada perkara yang saya nak bincangkan dengan awak.”

“Tentang apa Tuan Kamal?”

“Tentang projek di Nusajaya.”

“Tentang invitation Tan Sri Megat?” Duduk  dilabuhkan di hadapan meja Kamal.

“Ya dan ada perkara yang saya perlu beritahu awak. Saya dah teliti kertas kerja tentang projek tersebut dan berdasarkan apa yang tercatat dalam kertas kerja tersebut, requirement pelabur untuk projek tersebut agak tinggi. They are placing a high expectation on it and to achieve that, we can’t stand alone Zarif.”

Zarif angguk faham.

“Awak telah sedia maklum siapa pesaing kita, kan?”

Zarif angguk. Senarai syarikat yang mendapat jemputan dari pihak Tan Sri Megat untuk mendapatkan tender projek di Nusajaya telah tersebar secara meluas dalam kalangan mereka. Walaupun tidak banyak syarikat yang menerima jemputan tersebut, tetapi mereka yang mendapat jemputan itu bukan syarikat biasa-biasa. Semuanya mempunyai rekod yang sangat bagus dalam bidang pembinaan.

“Jadi, kita perlu bergabung dengan syarikat lain untuk mengukuhkan portfolio kita.” Kamal merapatkan badannya ke meja.

“Untuk itu, esok akan diadakan satu mesyuarat bersama bagi membincangkan tentang perkara ini.”

“Syarikat mana yang tuan pilih untuk penggabungan itu nanti?”

“Mosaic Construction.”

Kening Zarif mula berkerut.

“Syed Afiq?”

“Ya Zarif.”

I met him at our company’s dinner last week and we had a serious talk about this project. Background syarikat serta track record mereka sangat bagus. Mosaic Construction adalah calon yang sesuai Zarif dan saya akan usulkan syarikat mereka dalam mesyuarat petang nanti.”

If you say so, saya ikut apa saja yang tuan rasa bagus untuk syarikat kita.”

Kamal senyum. “Good. You may go.”

Zarif angguk sebelum bangun daripada duduk. Belum sempat dia membuka pintu untuk keluar, sekali lagi Kamal bersuara.

“Pengurus projek mereka cantik Zarif. Dia ada tanya tentang awak hari tu.” Kamal senyum lagi dan kali ini jelas senyumannya itu mempunyai makna yang tersirat.

“Boleh saya tahu siapa pengurus projek mereka?”

“Iffat Emily.”

 

ZARIF TEGAK memandang dinding kaca dengan kedua-dua belah tangan berada di dalam poket. Selesai bertemu dengan Kamal, dia terus tegak di situ. Memandang langit membiru dari tingkat bilik pejabatnya.

Iffat Emily.

Nama itu kembali menghangat di hati. Tidak perlu dia mengejar, nampaknya takdir telah membuka jalan dengan sendirinya. Peluang untuk dia mendapatkan gadis itu mula kelihatan cerah.

Sejak kali pertama terpandangkan Iffat di satu majlis setahun yang lalu, hatinya mula terpaut. Bukan sahaja kerana kecantikan, malah kerana karakter Iffat yang tidak seperti kebanyakan gadis di luar sana. Sejak hari itu, dia mula mencari maklumat tentang gadis yang telah mula menjentik satu rasa di hatinya. Rasa cinta.

Namun keterujaan dia untuk lebih mengenali Iffat tiba-tiba malap setelah mengetahui tentang status gadis itu yang merupakan teman wanita kepada Syed Afiq. Seorang pengarah urusan muda yang senantiasa menjadi sebutan bukan sahaja dalam kalangan pemain industri, malah turut menjadi rebutan anak gadis di luar sana yang teruja dengan jawatan yang dipegang olehnya.

Setiap kali terpandangkan Iffat bersama Afiq, hatinya terasa bagai ditusuk sembilu. Majlis makan malam anjuran syarikatnya minggu lepas menambahkan luka yang sedia ada. Iffat kelihatan anggun dengan busana berwarna biru dengan rambut yang disanggul gaya simple bun. Menyerlahkan kulitnya yang putih serta lehernya yang jenjang. Kerana keanggunan Iffat itu juga, Afiq langsung tidak melepaskan Iffat jauh daripadanya. Dan dia, hanya mampu memerhati dalam diam bila gadis itu juga langsung tidak bersuara bila berada dalam kelompok yang sama dengannya.

Kecewa. Tetapi untuk berputus asa bukanlah sikap seorang Zarif. Apa yang dia mahukan, pasti akan dia dapatkan walau bagaimana payahnya jalan yang harus dia lalui. Hujung bibir mula tercuit dengan senyuman. Senyuman penuh makna dan hanya dia yang mengetahui maksud tersirat di sebalik senyumannya itu.

 

PINTU KAFE ditolak oleh Iffat dengan malas. Tidak bersemangat untuk makan bila bersendirian macam ni. Tetapi harus juga dia mengisi perutnya dengan makanan yang berat kerana pagi tadi hanya sekeping roti yang sempat dijamah. Kakaknya telah beberapa kali menghantar pesanan ringkas, mengingatkan dia untuk makan supaya tidak diserang gastrik. Tabiat dia yang suka melambatkan sarapan telah menyebabkan dia diserang gastrik beberapa kali. Bukan gastrik yang biasa-biasa tetapi sehingga pitam jadinya.

Baru selangkah dia memijak lantai kafe, matanya terus terpandangkan susuk tubuh yang duduk di meja agak tersorok yang pernah dia lihat sebelum ini. Kalau tidak salah, pernah beberapa kali dia melihat susuk tubuh yang sama duduk di meja itu selang beberapa minggu yang lalu. Tetapi

setiap kali itu jugalah dia tidak sempat melihat wajah susuk tubuh misteri itu kerana Afiq sentiasa ada bersama.

Iffat memandang sekeliling. Masih banyak meja yang kosong termasuklah meja di hadapan lelaki itu. Tanpa teragak-agak dia menuju ke arah meja tersebut dan memilih kerusi yang menghadap ke arah meja susuk tubuh misteri itu.

Dengan bersahaja dia melabuhkan duduk dan saat wajahnya diangkat untuk memandang ke hadapan, mata Iffat membulat.

Zarif bersandar tenang dengan kaki kanan naik menindih kaki kiri. Tangkai cawan berisi Americano diangkat dan dicecap perlahan. Reaksi Iffat saat terpandangkan wajahnya langsung tidak mencuit hati.

Nafas ditarik dalam dan Iffat cuba berlagak tenang. Sungguh dia menyesal duduk di meja ni. Like people always say, curiosity kills the cat. Hari ini dia betul-betul kena bunuh dengan perangai dia sendiri yang suka menyibuk.

Selesai membuat pesanan, dia menyibukkan diri dengan telefon di tangan. Setelah makanan sampai, cepat-cepat dia mengisi perut kerana ingin berlalu pergi dari situ secepat mungkin. Bukan dia tidak perasan mata Zarif yang galak memerhatikannya sejak tadi. Pasti lelaki itu dapat mengagak apa tujuan dia memilih untuk duduk di meja itu.

“Why did you act like you don’t know me? Kerusi ditarik dan dengan bersahaja Zarif beralih tempat di hadapan gadis itu.

“Saya datang sini untuk makan, bukan untuk berkenalan.”

Hujung bibir tercuit dengan senyuman sinis. “Bukan hari ni Iffat. Sejak malam hari tu. Tiba-tiba tak kenal saya, hurm?”

Iffat akui, pada majlis makan malam Apex Corporation hari tu memang dia banyak mendiamkan diri atau lebih tepat, langsung tidak bercakap mahupun menegur Zarif walaupun mereka berada dalam kelompok yang sama.

Pinggan yang telah kosong ditolak ke tepi sebelum dia memeluk badan sendiri. Nasib baiklah makanan dah tinggal sikit sewaktu Zarif beralih tempat. Kalau tidak membazir saja tak habis makan.

I’m sorry. Saya cuma terkejut bila dapat tahu awak COO Apex. I thought...

“Saya bukan siapa-siapa?”

Iffat angkat bahu tanda tidak tahu. Tidak mahu menjawab soalan sensitif daripada Zarif bimbang kalau disalah tafsir pula.

“Jadi, awaklah orang tu. Yang selalu duduk di meja tu.” Bibir Iffat menjuih ke arah meja yang diduduki oleh Zarif seketika tadi.

Zarif turut memandang ke arah meja tersebut sebelum angguk mengiakan.

“Suka ya makan dekat sini. Jauh juga dari ofis awak.” Hujung bibir Zarif terjongket dengan senyuman.

“Makanan dekat sini sedap.”

Oh really? Saya rasa macam biasa je.”

“Tapi awak selalu juga makan dekat sini, kan? Dengan Afiq.” Perlahan sahaja suara Zarif bila menyebut nama Afiq.

Iffat angguk. “Ya selalu, sebab dekat dengan ofis kami,” jawab Iffat tanpa sebarang syak wasangka.

“Mana Afiq?”

“Melaka, ada kerja dekat sana. Anyway, tahniah Tuan Zarif.”

“Untuk apa?”

“Apex dapat invitation daripada Tan Sri Megat.” Iffat tersenyum hambar. Tipulah kalau kata dia tak kecewa. Dia dan Afiq sangat berharap untuk mendapat jemputan bagi merebut tender projek di Nusajaya itu tetapi nampaknya nasib tidak menyebelahi mereka. Atau lebih tepat, tiada rezeki mereka untuk bekerja dengan orang hebat seperti Tan Sri Megat.

“Awak tahu?”

“Tentulah saya tahu...” Belum sempat Iffat meneruskan kata, telefonnya berbunyi. Panggilan daripada Afiq. “Maaf Tuan Zarif, saya nak jawab panggilan ni sekejap.”

Zarif angguk dan Iffat terus bangkit menjauh. Tidak selesa untuk bercakap dengan Afiq di hadapan lelaki itu.

“Okey sayang, jaga diri. Pandu perlahan, jangan nak drift sangat.”

Tergelak Afiq mendengar pesanan kekasih hati.

“Baik sayang. Love you.

“Love you too.”

Iffat menggeleng sambil tersenyum setelah panggilan ditamatkan. Telefon semata nak ucapkan kata rindu. Afiq memang mengada-ada. Ketika dia berpaling untuk ke mejanya semula, Zarif tiada lagi di situ. Pantas dia memandang sekeliling mencari, tetapi hanya belakang Zarif yang sempat dia lihat seperti selalu. Nafas dihela perlahan.

Zarif telah pergi tanpa berpamitan dengannya. Tetapi ada sekeping nota yang ditinggalkan di atas meja. Ditulis pada tisu yang diselitkan di bawah pinggan Iffat.

‘Just call me Zarif. See you later, Iffat.’

 

2 tahun kemudian...

FAIL YANG terbuka diteliti. Laporan yang dihantar dibaca baris demi baris. Sesekali tangan kanan naik mengusap dagu. Projek yang bermasalah, dari bahan binaan yang digunakan sehinggalah kepada tenaga kerja yang sentiasa bertukar ganti.

Tok! Tok!

“Masuk.”

Daun pintu ditolak dan Fendi melangkah masuk.

“Bos.”

“Duduk.”

Saat Fendi melabuhkan duduk, serentak itu Zarif menolak fail ke hadapan Fendi. Jari telunjuk menekan beberapa kali nama projek yang tertera dalam laporan.

“Aku nak kau dapatkan projek ni.”

“Projek bermasalah ni?”

Zarif angguk. “Enigma kena sabotaj dan Rustam nampaknya kurang cerdik untuk selesaikan masalah ni. Kalau dalam masa sebulan masalah ini tidak dapat diselesaikan, projek ini akan diberikan kepada Zulkarnain memandangkan syarikat dia yang menjadi saingan Enigma untuk dapatkan tender tu dulu.”

“Siapa yang sabotaj?”

“Kau rasa?”

“Tuan Zulkarnain?’

“Aku nak kau dapatkan projek tu.” Sekali lagi Zarif mengeluarkan arahan tanpa menjawab soalan Fendi.

“Tapi projek ni sangat bermasalah bos.”

“Projek itu akan mendatangkan keuntungan yang sangat besar kalau bukan kerana kes sabotaj tu. Yang itu kau tak perlu risau, tahulah macam mana aku nak uruskan nanti. Yang penting sekarang, aku nak kau dapatkan projek tu. Ini peluang untuk kau tunjukkan kebolehan kau kepada aku dan Tuan Kamal.”

Lama Fendi tunduk memandang kertas laporan di atas meja Zarif dengan kepala yang ligat berfikir. Seketika kemudian wajah diangkat memandang Zarif yang kelihatan tenang bersandar pada kerusi kulit yang diduduki.

“Trick or treat?

“Both.”

Perlahan-lahan bibir Fendi mengukir senyuman sebelum dia angguk setuju.

“Bos.”

Serentak Zarif dan Fendi berpaling ke arah pintu yang terkuak.

“Maaf mengganggu. Tapi dah pukul 3, tadi bos suruh saya ingatkan.”

Zarif menjeling jam di pergelangan tangan. Dia harus berangkat sekarang supaya tidak lewat tiba nanti.

“Kemaskan meja ni Yulia,” kata Zarif dan serentak itu dia bangun mendapatkan barang peribadi miliknya.

“Baik bos.” Yulia terus masuk membantu Zarif manakala Fendi pula masih kaku di tempat duduknya.

“Aku nak tahu progress projek tu minggu depan.”

“Baik bos.” Fendi angguk setelah bangun berdiri di sisi Yulia.

Selesai meninggalkan pesanan, Zarif terus berlalu keluar dari biliknya dengan diekori oleh Yulia dan Fendi dari belakang. Beberapa minit sahaja Zarif terus menghilang ke dalam perut lif.

“Bos nak pergi mana tu? Kalut semacam je aku tengok.”

“Mana lagi, selatanlah,” jawab Yulia sambil memeluk badan sendiri. Kedua-dua mereka masih tegak memandang ke arah lif yang telah lama tertutup.

“Tiap-tiap minggu ke bos turun sana?”

Yulia angguk. Setiap hari Jumaat jam 3 petang Zarif akan bertolak ke Johor untuk memantau projek mereka di Nusajaya. Kecuali jika ada urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Bosnya itu memang seorang yang sangat komited dengan kerjanya tetapi dia tahu kekerapan Zarif ke sana bukanlah kerana kerja semata, tetapi ada sesuatu yang lebih menarik yang menanti bosnya itu. Apa atau siapa, dia sendiri juga masih belum mampu meneka.

No comments:

Post a Comment