DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday 13 January 2022

Intrigue Cinta Zarif - Bab 6


RAMBUT diikat tinggi sebelum dililit kemas membentuk sanggul. Kemudian diperkemas juntai rambut di kiri dan kanan wajah. Sedang dia mengemaskan solekan pada wajah, satu pesanan ringkas diterima.

Saya tunggu dekat lobi. 

Bergegas Iffat mengambil beg dan barang-barang miliknya, tidak mahu membiarkan Zarif menunggu lebih lama di bawah. 15 minit kemudian dia tiba di lobi hotel bersama sebuah bagasi bersaiz besar serta sebuah beg pakaian yang sedikit kecil saiznya.

“Zarif.”

“Ready?

“Ya.”

“Jom sarapan dulu.” Barangan milik dia dan Iffat ditinggalkan di bawah jagaan staf hotel sementara mereka bersarapan.

Selesai mengambil makanan, Zarif duduk di meja yang terletak tidak jauh dari meja bufet. Menunggu gadis itu selesai mengambil makanannya sambil membelek telefon. Terdapat satu mesej yang diterima dari Fendi. Memaklumkan tentang projek yang mereka bincangkan semalam. Berkerut keningnya bila membaca maklumat yang dihantar oleh Fendi. Sabotaj yang sememangnya telah dirancang bersama orang dalam. Jadi, ini semua adalah rancangan untuk menjatuhkan Enigma? Pantas betul Fendi buat kerja.

“Kenapa asyik menu nasi lemak je. Kenapa tak buat nasi kerabu?” Pinggan berisi nasi lemak diletakkan ke meja dengan bibir yang terkumat-kamit membebel.

Zarif mengangkat wajahnya dari telefon dan menalakan pandangan ke wajah Iffat.

“We’re in Johor, not Kelantan.”

So what? Orang Johor tak boleh buat nasi kerabu ke? Lagipun, nasi lemak bukan makanan orang Johor pun. Bismillah...”

Zarif buat tidak tahu sahaja dengan omelan gadis itu dan kembali membaca mesej yang dihantar oleh Fendi.

Kerja orang dalam bos, tapi orang

atas tak tahu.

Siapa?

Belum tahu bos. So, are we in?

In. Pastikan Zulkarnain tak berani sentuh projek tu lagi.

Considered done, boss!

Iffat diam memerhati gelagat Zarif sambil menghabiskan nasi lemak di dalam pinggan. Ringan sahaja mulut dia nak menegur Zarif yang sibuk dengan telefon dan membiarkan makanan sejuk. Tapi dia masih sedar di mana hadnya. Kalau Afiq yang berada di hadapan dia sekarang dah lama dia tarik telefon tu simpan dalam poket.

“Dah siap makan?” soal Zarif sambil meletakkan telefon ke tepi. Baru sekarang dia menjamah makanannya. Kopi di dalam cawan juga telah mulai sejuk.

Iffat angguk setelah meneguk air kosong di dalam gelas. Gaya lelaki korporat yang ada pada Zarif menyerlahkan lagi kekacakan lelaki itu. Zarif tiada bezanya dengan Syed Afiq mahupun lelaki-lelaki lain di luar sana. Cukup segala. Kacak, kaya dan memegang jawatan tinggi dalam syarikat. Yang berbeza tentang lelaki di hadapannya ini, tidak banyak yang didedahkan lebih-lebih lagi tentang hal peribadi. Gaya hidup Zarif juga tidak terlalu menonjol jika hendak dibandingkan dengan lelaki korporat yang lain.

“Yes Iffat. Do you have anything to ask? soal Zarif bila perasan akan mata gadis itu yang tidak lepas daripada memandangnya.

“Boleh saya tanya awak sesuatu?”

“Tentang?” Pinggan yang telah kosong ditolak ke tepi. Menarik cawan kopi ke hadapannya pula.

“Tentang awak. It is quite personal but yeah, saya nak tanya juga.”

Tersungging senyuman sinis di wajah Zarif. This girl is really something.

“Apa yang awak nak tahu?”

“Tentang latar belakang awak?”

“Tak buat research ke?” Cawan diangkat menyentuh bibir. Hampir sejuk kopi di dalam cawannya itu kerana dibiarkan terlalu lama.

“I did.”

“Tapi tak banyak yang awak dapat?” Kening terjongket seolah-olah mencabar. Pengakuan gadis itu juga langsung tidak mengejutkan dia.

Kening Iffat turut terangkat sebagai isyarat dia langsung tidak terusik dengan cabaran lelaki itu tadi.

“Mind to share? soal Iffat terus tanpa berselindung.

“Tak ada yang menarik untuk dikongsi.”

“Ada yang menarik,” balas Iffat.

Lama Zarif diam memandang ke dalam mata Iffat yang turut memandang ke arahnya. Cuba membaca apa yang ada dalam fikiran gadis itu dan sepertinya dia dapat meneka apa yang sedang Iffat fikirkan. Dia... Ya, dialah yang berada dalam fikiran gadis itu. Pandangan dan renungan mata Iffat yang membiaskan wajahnya telah menceritakan segalanya.

“Apa yang menarik?”

“Awak,” jawab Iffat tanpa riak. Matanya masih dipakukan ke wajah jejaka itu. Wajah yang sukar untuk dibaca riaknya. Wajah yang menyimpan misteri tersendiri.

“Care to explain?

“Personaliti awak yang misteri inilah yang menarik.” Iffat angguk beberapa kali seraya merapatkan badannya ke meja. “Yeah, menarik untuk diterokai.”

Hujung bibir tersungging senyuman ketika dia melarikan pandangan ke bawah. “Saya tak rasa perkataan teroka itu sesuai digunakan pada waktu sekarang.”

“I’ll give you time to explore more about me but not now.” Zarif bangun daripada duduk. “Jom gerak sekarang.”

Iffat ikut bangun dengan dahi yang berkerut cuba mencerna maksud di sebalik kata-kata Zarif itu tadi. Tiba di luar pintu hotel, spontan tangan Iffat bergerak memegang lengan Zarif. Menuntut perhatian daripada lelaki itu.

“Ya?”

“Balik dengan kereta awak sajalah. Kereta saya tinggal dekat sini.”

Zarif berpaling menghadap Iffat. “Habis tu nanti dekat sana awak nak naik apa? Public transport?”

“Afiq ada.”

Zarif diam. “Kalau macam tu biar saya ambil dan hantar awak.”

Terlepas tawa halus daripada bibir Iffat. “Awak nak jadi driver saya ke? Tak payahlah Zarif, saya tak nak susahkan awak. Hari ni pun saya rasa dah menyusahkan awak dah.”

“I insist.”

Iffat menggeleng, tidak bersetuju.

“Kalau macam tu kita balik dengan kereta awak. Fullstop.”

Zarif terus berlalu ke kereta Iffat sambil membawa beg pakaian miliknya dan juga bagasi Iffat. Hanya beg pakaian kecil yang dibiarkan Iffat bawa sendiri.

“Kunci.” Tangan dihulur ke arah Iffat, meminta kunci kereta gadis itu.

Tanpa kata Iffat menghulurkan kunci keretanya kepada Zarif dan hanya diam melihat lelaki itu memasukkan beg dan bagasi miliknya ke dalam kereta.

No comments:

Post a Comment