DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday 29 December 2022

My Guardian Angel - Bab 7


“UNTUNGLAH Jihan dah ada assistant sekarang ni,” usik Tun Fatimah sebaik sahaja perbincangan berkenaan sambutan majlis hari jadi suaminya tamat.

Jihan menoleh ke arah Faliq yang sedang menyimpan laptop ke dalam backpack dengan cermat. Satu perkara yang dia perasan tentang Faliq, semua benda dilakukan dengan cermat dan berhati-hati. Ini sangat berbeza dengan Jihan yang kadang-kadangnya kelam-kabut. Pandai betul Tuan Zaid pilihkan pembantu untuknya. We complement each other gitu!

“Saya dah tak mampu nak uruskan semua benda sorang-sorang, Tun. Sebelum ni ada geng budak-budak intern tapi internship diaorang dah habis. Ni alhamdulillah Faliq ada, jadi ringan sikitlah kerja saya lepas ni,” balas Jihan mesra.

“Faliq memang familiar dengan furnituredesigning ke?” soal Tun Fatimah apabila sebentartadi dia bercerita tentang kitchen divider yang sesuaidi rumah supaya tidak membahayakan cucu-cucunyayang sedikit buas dan Faliq dengan senang hati melukiskan lakaran kitchen divider di atas kertas. Siap dengan cadangan jenis kayu lagi. Tersenyum lebar Tun Fatimah dibuatnya.

“Tak adalah familiar sangat, Tun tapi saya pernah kerja dengan IKEA sebelum ni. Saya in charged of designing kitchen cabinet juga,” jawab Faliq sopan.

“Oh, patutlah nampak dah biasa sangat. Tapi kenapa minta kerja dalam bidang event management?” soal Tun Fatimah lagi membuatkan Jihan yang duduk di sebelah turut berminat dengan soalan kliennya.

“Nak tukar angin pulak, Tun. Sebelum ni dah kenyang makan angin dengan habuk kayu,” gurau Faliq sambil ketawa kecil, membuatkan Tun Fatimah ikut ketawa.

“Saya minta diri dululah ya. Insya-Allah kita jumpa lagi minggu depan.” Tun Fatimah yang sudah berusia lebih separuh abad itu berdiri.

“Insya-Allah, Tun. Apa-apa, saya akan update semula ya,” balas Jihan, bersalaman dengan Tun Fatimah.

Jihan memerhatikan gerak langkah Tun Fatimah sehingga wanita tersebut melangkah keluar dari kawasan kafe.

“Okey tak ni?” soal Jihan apabila Faliq kelihatan sedang membaca buku notanya sendiri.

“Okey.” Faliq senyum dan buku nota tadi disimpan ke dalam beg galas.

“Jom, gerak balik ofis. Biar saya yang drive balik ofis.” Jihan menghulurkan tangan kanannya, mahu meminta semula kunci kereta ofis.

“Eh, tak apalah. Biar saya yang drive.”

Terus Jihan menggelengkan kepalanya pantas.

“Tak boleh, tak boleh. Nanti Tuan Zaid cakap saya buli awak jadi driver pulak. Tadi awak dah drive datang sini, jadi kali ni biar saya yang drive balik,” jawab Jihan pantas.

“Eh, tak apa. Saya tak rasa macam dibuli pun,” balas Faliq dan ketawa lepas memandang riak wajah Jihan yang nampak serius.

Terkebil-kebil Jihan memandang Faliq yang masih ketawa itu. Isy, ketawa pun helok ya!

 

“TUAN MALIQUE, hujung minggu ni macam biasa ke?” Cepat-cepat Jihan memanggil Tuan Malique Haikal yang baru sahaja berjalan melepasi meja kerjanya. Tuan Malique merupakan sepupu kepada Tuan Zaid, merangkap Marketing Director untuk Lucrative Holdings. Kedua-duanya masih muda, dalam lingkungan umur pertengahan 30-an tetapi sudah memegang jawatan penting di dalam syarikat besar ini.

“Eh, Jihan rupa-rupanya! Patutlah telinga I ni dah terdengar-dengar suara merdu orang memanggil. Rupa-rupanya you.” Tuan Malique tersenyum manis sambil sepasang tangannya menyeluk poket seluar slack hitam yang dipakai. Dia menyandarkan tubuhnya di sisi cubicle meja kerja Jihan. Tuan Malique merupakan seorang yang sentiasa bermulut manis, sesuai dengan jawatannya sebagai Marketing Director. Kalau nak dibandingkan perangai dia dan Tuan Zaid, memang macam langit dengan bumi.

“Hujung minggu ni macam biasalah, Jihan. I dah call penyelia rumah anak-anak yatim tu tapi nanti I inform further dalam WhatsApp group.” Tuan Malique berjeda dan anak matanya jatuh pada Faliq yang khusyuk menghadap skrin monitor Dell di sebelah meja Jihan.

“I tak tahu pun yang kita ada staf baharu?” soal Tuan Malique sambil matanya masih tidak lepas memandang Faliq yang kini sudah mengangkat wajah. Sempat dia tersenyum memandang Faliq.

“Baru je masuk hari ni, bos. Lagipun bos tak ada kat pejabat ni satu hari, jadi tak sempatlah nak berkenalan. Jadi saya kenalkan. Faliq, this is Tuan Malique Haikal, our Marketing Director. Tuan Malique, ni Faliq Zulkarnain, our new assistant team leader untuk event management,” ujar Jihan, memperkenalkan kedua-dua lelaki itu.

Faliq cepat-cepat bangun. Menghulurkan tangan kanannya untuk bersalaman dengan Tuan Malique dengan senyuman yang sudah tersungging di hujung bibir.

“I rasa you patut join Marketing Team dan bukannya stuck kat sini. Orang good looking macam ni rugi kalau duduk dekat event management je. Event management ni biar Jihan seorang je yang handle,” usik Tuan Malique sambil menepuk-nepuk mesra bahu Faliq.

“Amboi, bos! Sempat lagi ya! Anak buah saya pun bos nak culik bawak lari,” usik Jihan. Tuan Malique ketawa membuatkan Faliq hanya tersengih. Segan agaknya!

“I saja je mengusik you, Jihan. You ajak sekali Faliq this weekend kalau dia berminat. I kena gerak dulu, ada meeting dengan tentera Jepun you tu. Nanti dia pancung kepala I pula sebab lambat. I rasa dia ni je yang suka buat meeting pukul 6.30 petang macam ni. Sejenis yang tak ada life lain kecuali kerja je,” bisik Tuan Malique bersahaja sambil membuat aksi lehernya dipancung.

“Tuan Malique! Kan saya dah kata jangan sebut kuat-kuat pasal tentera Jepun tu!” Mata Jihan terus melingas ke kiri dan ke kanan. Mati dia kalau ada orang lain yang dengar. Sah, kena hukuman pancung kalau Tuan Zaid yang dengar!

Tuan Malique ketawa senang sebelum mengatur langkah pergi dari situ. Siap melambaikan tangan lagi!

“Tuan Malique dengan Tuan Zaid tu sepupu. Kalau tak salah, diaorang tu sebaya tapi perangai macam seorang datang dari planet Bumi dan seorang lagi datang dari planet Pluto, kan?” balas Jihan sebaik sahaja Tuan Malique beredar.

Faliq hanya ketawa.

“Hujung minggu ni ada apa sebenarnya, Jihan?" soal Faliq sebaik sahaja dia berhenti ketawa.

“Tuan Malique tu rajin organize CSR activities untuk staf-staf kat ofis ni. Nampak je macam tu, tapi he has a warm heart. Selalunya bila hari Sabtu kita orang akan buat aktiviti kat mana-mana rumah anak-anak yatim, rumah orang tua, macam-macamlah. Nak wujudkan work-life balance environment. Cuma tahun ni kita fokus dekat Rumah Pelangi, rumah anak-anak yatim dekat Cheras.”

I see.” Faliq masih memandang bayang Tuan Malique yang sudah berlalu pergi. “Interesting,” tambahnya lagi.

“Haah, interesting, kan? Bukan senang nak jumpa orang kaya, muda pulak tu tapi ada hati yang   sangat besar,” tambah Jihan pula.

“Memang akan pergi Rumah Pelangi tu setiap minggu ke?” soal Faliq sambil menyandarkan tubuh di kerusi.

“Tak adalah setiap minggu. Selalunya sebulan sekali, ataupun paling kerap pun selang seminggu. Awak nak join sekali tak?” soal Jihan pula. Elok juga kalau Faliq turut serta memandangkan tenaga lelaki dalam kumpulan mereka memang sudah ‘pupus’.

“Boleh jugak sebab selalunya weekend saya tak ada buat apa sangat.”

Terus Jihan menarik senyum mengusik memandang Faliq.

“Kenapa senyum macam tu?” soal Faliq kelam-kabut dan terus Jihan tergelak-gelak.

“Ya ke weekend tak buat apa-apa? Selalunya weekend kan the only time untuk pergi dating,” usik Jihan.

“Kenapa? Awak nak ajak saya dating ke apa?” Faliq menongkat dagu dengan sebelah tangan, memandang Jihan.

“Eh, eh! Dia u-turn dekat kita pulak!”

Terus Faliq ketawa memandang Jihan yang sudah bercekak pinggang memandangnya.

 

            **BERMINAT? Boleh hubungi/ WhatsApp no ini : 011-40049752 (Admin Nina) /

: 019-3729676 (Admin Shida)

 

No comments:

Post a Comment