DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday 22 July 2018

Mencintaimu Selamanya - Bab 4

SALLY memandang wajah Tasya yang berada
di hadapannya dengan perasaan serba salah. Dia sudah
mengetahui apa yang berlaku antara majikannya dengan
perempuan di hadapannya ini. Amar sendiri sudah mengaku
yang pertunangannya dengan Tasya sudah putus. Cuma
tidak dikhabarkan sebabnya dan dia pun tidak berani mahu
bertanya berlebihan. Risau kalau bosnya mengamuk. Malah,
Amar siap berpesan yang dia tidak mahu berjumpa Tasya
sekiranya bekas tunangnya datang ke pejabat.
“Saya minta maaf, Cik Tasya. Encik Amar dah pesan
yang dia tak nak jumpa Cik Tasya.” Sally merenung wajah
Tasya yang nampak kusut.
“Sally, please... I perlu jumpa dia. I betul-betul
datang sini untuk minta maaf dengan bos you.” Tasya merayu
sambil memegang tangan Sally membuatkan Sally makin
serba salah.
“Tapi Cik Tasya, macam mana kalau Encik Amar
tetap tak nak jumpa jugak?” Sally mengetap bibir.
“You cubalah dulu. Mana tahu dia nak jumpa dengan
I.” Tasya memujuk lagi.
Sally mendengus perlahan. Kasihan pula tengok
muka belas bekas tunang majikannya itu. Setahunya mereka
berdua tu saling mencintai, tapi kenapa boleh terputus
tiba-tiba? Dahlah majlis perkahwinan bakal berlangsung
minggu depan. Kalau lambat lagi, boleh juga diterima.
Agaknya serius betul masalah mereka sampaikan boleh putus
mendadak begitu.
“Sally!”
Sally terkejut apabila namanya diseru lagi. Tangannya
sekali lagi dipegang Tasya. Nampaknya wanita ini betul-betul
terdesak. Apa yang patut dia buat sekarang?
“Tolonglah Sally. Tolong beritahu bos you, I nak
jumpa dia sekarang. Sekejap pun jadilah. Janji I dapat jumpa
dia.”
“Baiklah, I cuba.” Akhirnya Sally mengalah. Dia
bangkit dari tempat duduknya dan terus melangkah ke bilik
Amar setelah mengetuk pintu.
“Bos.”
“Ada apa, Sally?” soal Amar sedikit pun tidak
mengangkat muka. Asyik betul dia menghadap komputer.
Nampaknya dia begitu sibuk sekali dengan kerja-kerjanya.
Tak sempat nak pandang pun muka PAnya.
“Bos, Cik Tasya ada datang sini. Maksud I, dia ada kat
luar sekarang. Dia nak jumpa dengan bos.” Sally memandang
wajah majikannya yang masih lagi tidak pedulikan
kewujudannya.
Melihat reaksi Amar, Sally mengeluh perlahan. Dia
tahu hari ini mood bosnya kurang baik. Jadi dia kena bersikap
lebih hati-hati. Bukan dia tak tahu perangai majikannya.
Kalau datang angin puting beliung, jangan sesiapa pun berani
nak mencelah. Naya nanti!
Tiba-tiba Amar mendengus kasar. Tajam matanya
merenung wajah Sally membuatkan PAnya segera
menundukkan kepala. Takut kena sembur dengan peluru
berpandu.
“Kan I dah pesan kat you, I tak nak jumpa perempuan
tu. You tak faham ke arahan I?” marah Amar tiba-tiba berapi.
Terhinggut bahu Sally akibat terkejut dengan sergahan Amar.
“I faham dan I dah beritahu Cik Tasya yang bos tak
nak jumpa dia tapi dia yang merayu-rayu kat I suruh beritahu
bos. I nak buat macam mana, I tersepit bos!” Sally mula
semput kena sergah.
“Huh! You nak rasa tersepit apanya? Siapa bos you?
I atau perempuan tu?” Amar menengking membuatkan Sally
terkedip-kedip tak selesa.
‘Hai, tak pasal-pasal aku pulak yang kena sembur.
Apalah punya nasib aku hari ini. Terlebih makan tebuan
agaknya orang tua ni!’ Sally merungut dalam diam.
“Sorry bos...” Bahu Sally mula jatuh.
Amar diam dan dia pura-pura menyibukkan diri
menatap semula komputer ribanya.
“Bos!” panggil Sally yang masih lagi berdiri tegak di
depan meja.
“Apa lagi?” Acuh tak acuh Amar bersuara.
“Macam mana dengan Cik Tasya?” Sally kebingungan.
Amar kembali memandang tajam wajah Sally yang
mula cemberut. Timbul rasa bersalah kerana menengking
dan memarahi gadis itu tadi. Bukan salah pembantunya pun.
“You suruh aje perempuan tu balik. Buat menyemak
aje datang sini!” Amar mendengus perlahan.
“Tapi bos...” Sally mula menggaru-garu kepala yang
tak gatal.
“Okey, you suruh perempuan tu masuk sekarang.”
Akhirnya Amar mengalah.
“Baik, bos. I beritahu Cik Tasya sekarang. I keluar
dulu!”
“Sally!” panggil Amar sebelum sempat pembantunya
melangkah keluar.
“Ya, bos?” Sally memandang wajah Amar. Menanti
arahan yang seterusnya.
“I’m sorry. Bukan niat I pun nak tengking dan
marahkan you. Actually, kepala I tengah serabut sekarang.
Sorry again!” Amar memandang wajah Sally membuatkan
bibir gadis itu mengorak senyum.
“Tak apa, I faham.”
“Thanks.” Amar kembali menyambung kerjanya.
Sally mengeluh lega. Satu perkara yang dia memang
tidak nafikan adalah walaupun majikannya seorang yang
panas baran, tapi Amar seorang yang segera memohon maaf
sekiranya dia sedar dia yang bersalah. Selama 6 bulan dia
menjadi PA kepada Amar, dia sudah boleh memahami sedikit
sebanyak karakter lelaki itu.

TASYA MENGETUK perlahan pintu bilik sebelum membuka
pintu dan mengorak langkah masuk. Dia pun tak boleh nak
jangka apa yang bakal berlaku sebentar nanti. Berdebar-debar
dadanya saat kaki melangkah masuk ke bilik mewah itu.
Kejap tangannya memegang beg tangan yang tersangkut di
bahu kanannya seolah-olah mengambil kekuatan.
Matanya terus tertancap pada wajah lelaki kacak
yang sedang tunduk di hadapannya. Nampak begitu khusyuk
menghadap komputer ribanya seolah-olah tidak menyedari
kedatangannya atau sengaja tidak mahu menyambut
kedatangannya. Kalau dulu, lelaki itu sanggup menunggu
kedatangannya, malah kemunculannya juga disambut
dengan senyuman mesra, tapi kini terasa hambar sekali.
“Ehem!” Tasya cuba berdeham untuk mencuri
perhatian lelaki itu agar menyambut kedatangannya.
“Ehem!”
Kali ini dehamannya semakin kuat membuatkan
Amar mendongak. Sepasang mata itu tepat memandang
wajahnya membuatkan dia menelan liur.
“Have a seat.” pelawa Amar acuh tak acuh dan
kembali menatap komputer ribanya.
Tasya akur. Perlahan-lahan punggungnya dilabuhkan
ke kerusi yang menghadap ke arah lelaki itu. Melihat sikap
lewa Amar membuatkan jiwanya meruntun sedih. Hampir
bergenang air matanya, tapi cepat-cepat diseka dengan
tangan.
“Amar...” Suara Tasya kedengaran lembut dan sayu.
Suasana sunyi. Amar tetap tidak mengendahkan
panggilan Tasya.
“Amar, please... jangan layan I macam ni. I’m sorry.
I’m really sorry.” Tasya menahan sebak yang sarat di dada.
“Okay, done!” Akhirnya Amar bersuara dan dia terus
menutup komputer ribanya. Matanya tunak memandang
wajah Tasya tanpa sedikit senyuman.
“So, what brings you here, Miss Tasya?” Amar
menyandarkan badannya di kerusi. Tangannya disilang ke
dada.
“I nak sambung semula hubungan kita dan I jugak
nak kita teruskan majlis perkahwinan kita minggu depan.”
Penuh hati-hati Tasya menyebut ayat itu dengan senafas kata.
Amar dilihat tidak berkelip matanya memandang
tepat ke wajah Tasya. Tiada sebarang reaksi yang terukir pada
wajah kacak itu.
“Amar, you dengar tak apa yang I cakap?” Tasya
menunggu reaksi Amar dengan penuh debar.
“What did you say?” Tajam mata Amar merenung
wajah Tasya yang mula gelisah.
“I nak sambung semula hubungan kita dan I nak kita
teruskan majlis perkahwinan kita. You dengar tak?” Tasya
mengetap bibir.
Tiba-tiba ruangan di bilik mewah itu bergema
dengan tawa Amar. Makin lama makin kuat membuatkan
Tasya mula resah dan takut.
“Amar, kenapa you gelak? This is not funny, okay!
I’m serious!” Tasya mula sentap. Sakit hatinya mendengar
tawa Amar yang begitu beria-ia.
“I pun tak anggap benda yang you cakap tadi tu
lucu.” Amar membalas bersama sisa tawa.
“Habis tu, kenapa you gelak beria-ia macam I cerita
benda lawak!” Tasya melenting marah. Terasa seperti Amar
sedang mempersendakannya.
Amar memandang sekilas wajah Tasya sebelum dia
bangkit dari kerusi. Kemudian langkah diatur menghala ke
tingkap. Lama matanya merenung ke arah pemandangan di
luar bangunan itu.
Buat seketika, suasana bilik mewah itu sunyi tanpa
sebarang bunyi.
“Apa yang you faham tentang sesuatu hubungan,
Tasya? Apatah lagi berkaitan dengan ikatan sebuah
perkahwinan?” Amar bersuara tanpa sedikit pun menoleh ke
arah Tasya. Matanya masih ralit memandang ke luar.
“Apa yang you cuba nak sampaikan ni?” Tasya
bangun dan menghampiri Amar.
Amar melepaskan keluhan. Dia menoleh ke belakang.
Kini dia sedang menghadap wajah Tasya. Senyuman sinis
diberikan kepada perempuan itu yang nampak sedikit keliru.
“You ingat I ni apa? Barang mainan yang boleh
you ambil dan you buang sesuka hati?” bentak Amar berang
membuatkan Tasya mengetap bibir.
“I... I tak ada niat nak buat you macam tu. Apa
yang berlaku bukan disengajakan. I was pranked. Sumpah!
I sebenarnya diperangkap.” Tasya cuba membela diri. Dia tak
mahu dirinya dipersalahkan atas apa yang berlaku.
“Oh... diperangkap. Habis, I macam mana? Kena
perangkap?” marah Amar makin berapi. Merah wajahnya
menahan marah.
Tasya tunduk.
“Lelaki tu namanya Rizuan. Dia pernah jadi boyfriend
I sebelum kita kenal dan kita bercinta. 3 bulan lepas, dia
datang merayu pada I agar terima dia kembali. Hari demi
hari dia desak I hinggakan I rasa serba salah. Pada mulanya,
I hanya terima dia sebagai kawan, tapi dalam diam tak diam,
cinta I pada dia bercambah kembali. Dan satu malam, dia
perangkap I hinggakan I...” Tasya tunduk. Tak sanggup nak
meneruskan kata.
“Tasya, you tahu tak you perempuan pertama yang
I cinta dan you jugak tegar mengkhianati cinta I dengan
menerima bekas kekasih you. Malah, you dan dia dah terlanjur.
Dan lebih teruk lagi bila sekarang ni you mengandungkan
anak lelaki tu!” Amar menarik nafas seketika
“Memang pada awalnya I marah, tapi bila I fikirkan
balik tak ada gunanya I nak marah-marah. Semua ni adalah
takdir. Allah dah tetapkan yang you bukan jodoh I. Jadi, I kena
terima dengan reda.” Wajah Amar mula kembali tenang.
“Amar, I nak you lupakan apa yang telah terjadi.
I memang mengaku yang I silap. Sebab tu I datang jumpa
you. Amar, tolonglah terima I semula!” Tasya merayu sambil
mencapai tangan Amar tetapi dengan pantas Amar menarik
tangannya dengan kasar membuatkan Tasya tersentak.
“Atas alasan apa I kena terima you semula sedangkan
terang-terangan malam tu you katakan yang you dah
cintakan orang lain. Jadi, you kenalah hidup bersama lelaki
tu, bukannya I!” Amar tidak mengendahkan rayuan dan
kata-kata Tasya tadi.
“I ingatkan pada mulanya Rizuan akan
bertanggungjawab atas perbuatan dia, tapi rupa-rupanya dia
hanya mainkan perasaan I. Dia cuma nak balas dendam sebab
I pernah tinggalkan dia dulu. Sekarang ni I tak tahu ke mana
dia menghilang. Amar, I tak sanggup nak biarkan anak ni
lahir tanpa bapa.” Tasya sudah mempamerkan wajah kesal.
“Jadi, you datang sini merayu dekat I supaya I jadi
pak sanggup???” Amar tiba-tiba kembali melenting. Wajah
Tasya dipandang seakan mahu telan. Memang dia betul-betul
marah.
“I merayu pada you, kita teruskan majlis kahwin
kita. I tak kisah kalau you tak pedulikan I sekalipun lepas kita
kahwin nanti. Bila bayi ni lahir, kalau you nak ceraikan I, I
sanggup.”
Amar menggeleng kepala perlahan. Kesal dengan
permintaan Tasya.
“Nonsense! You ingat kahwin ni perkara main-main?
Macam main pondok-pondok, atau main masak-masak?
Atau you anggap perkahwinan ni satu lakonan sandiwara?
Semalam you minta putus, hari ni you nak sambung balik.
Dan hari ni kita kahwin, esok pulak you minta cerai. Lepas
tu nak sambung balik. Macam tu???” Amar menengking
membuat Tasya menelan liur.
Amar tergelak sinis. Begitu mudahnya perempuan
itu membuat perancangan. Yang perempuan itu tahu hanya
mahu selindungkan maruahnya sahaja. Habis, maruah dia
macam mana?
Dalam masa yang sama wajah Aira muncul dalam
fikirannya. Dia juga lakukan benda yang sama kepada gadis
itu. Didesak Aira untuk menerimanya semata-mata mahu
menyelamatkan maruahnya.
‘Adakah aku dan Tasya dalam situasi yang sama? Tak,
tak sama!’ desis Amar sambil memejam mata.
Tasya mengeluh perlahan. Dia tiada pilihan lain.
Akhirnya dia bernekad melakukan sesuatu.
“Tasya, apa you buat ni?” Amar betul-betul terkejut
apabila Tasya melutut di kakinya. Perkara yang pernah
difikirkan olehnya kini benar-benar berlaku.
“Amar, please... I merayu pada you. Tolonglah terima
I semula.” Air mata sudah membasahi pipi Tasya.
“I’m sorry, Tasya. I tak boleh nak teruskan hubungan
kita. Sekali you khianati I, tak mustahil you akan khianati I
sekali lagi. Memang pada awalnya I sangkakan yang you cinta
pertama I, tapi ternyata I silap. Cinta pertama belum hadir
dalam hati I sebenarnya. I akan tunggu cinta itu hadir dan I
akan jaganya dengan sebaik mungkin.”
Suara Amar begitu mendatar kedengaran di telinga
Tasya membuatkan air mata makin laju mengalir di pipinya.
“Amar...” Tasya cuba meraih perhatian. Kaki Amar
dipegangnya.
“Tasya, I nak you bangun sekarang. Tak ada gunanya
you merayu atau melutut sekalipun. I tetap tak akan terima
you semula!” Amar bersuara tegas.
“Habis, macam mana dengan majlis kita minggu
depan?”
“Majlis tu akan tetap berjalan sebagaimana yang
dirancangkan.” Tenang saja Amar menjawab.
“Maksud you?” Mata Tasya tepat memandang wajah
Amar sebaik saja dia bangun semula.
“Tak payahlah you nak risaukan pasal I. I akan
teruskan perkahwinan I. Tapi apa yang pasti you bukan
pengantin perempuan itu.” Amar menunjukkan wajah ego.
“Amar, you sebenarnya dah ada perempuan lain, kan?
Sebab tu you dah tak pedulikan I lagi.” Tasya kembali resah.
Amar hanya mengangkat bahu dan terus mengatur
langkah ke kerusinya semula.
“Amar.” Tasya mendekati Amar. Baginya, Amar
sandaran utamanya. Lelaki ini bukan saja kacak, punya
personaliti dan kedudukan, malah seorang yang kaya. Itulah
faktor utama dia mendekati Amar dulu sehingga sanggup
meninggalkan bekas kekasihnya. Bukan mudah mahu
mendapatkan Amar. Pelbagai cara yang dia lakukan untuk
mendapat perhatian lelaki itu dari dulu dan kini dia pula
menggagalkannya. Sungguh dia kesal dengan kebodohannya
yang satu itu.
“Tasya, I think you better leave now. Banyak benda
yang I nak buat sekarang.”
“Amar, pelase... bagi I peluang untuk tebus kesilapan
I. I betul-betul cintakan you. I percaya bahawa you masih
sayangkan I!” Tasya masih berusaha menagih perhatian
daripada Amar.
“Sorry Tasya. Rayuan you dah tak berguna untuk I.
Begitu jugak dengan cinta palsu you itu!” Amar mendengus.
“Amar...” Tasya tetap mahu menagih simpati.
“Tolong keluar dari bilik I ni sekarang! I bagi pilihan
sama ada you nak keluar sendiri atau you nak security
hantarkan?” Amar sudah bosan mahu melayan kerenah bekas
tunangnya. Banyak benda yang perlu dia lakukan sekarang.
“Amar, I tak akan biarkan you hidup dengan
perempuan lain. You hanya layak untuk I seorang sahaja!”
Tasya mula bengang apabila dirinya benar-benar ditolak.
Amar tergelak.
“Sally, tolong panggilkan security untuk iringi Cik
Tasya ni keluar dari bilik I.” Amar menekan interkom.
“Okay, fine! I boleh keluar. Tapi sebelum tu I nak
ingatkan you, takkan ada mana-mana perempuan yang
sanggup hidup bersama you nanti. Lelaki ego, panas baran,
kuat cemburu, perengus macam you ni tak akan hidup
bahagia!” Tiba-tiba Tasya berubah karakter.
“Wow! Sekarang dah terbukti siapa Natasya binti
Hafsham yang sebenarnya. You dampingi I kerana apa yang
I ada. Betul, kan?”
Tasya tengadah. Matanya tepat memandang wajah
Amar yang sedang mengukir senyum sinis.
“So, selama ini you berpura-pura cintakan I serta
mengaku kononnya you tak kisah dengan semua keburukan
I. Dan sekarang, bila I dah reject you, pandai pulak you nak
bagi warning kat I! Boleh blahlah! Perempuan macam you
ni pun tak akan hidup bahagia kalau hanya tahu nak ambil
kesempatan atas orang lain!” tempelak Amar membuatkan
Tasya mengetap bibir.
“Maaf, bos.” Sally muncul bersama dua orang
security.
“Tolong iringi perempuan ni keluar dari bilik I. Dan
ingat, jangan sesekali benarkan perempuan ini pijak kakinya
ke dalam bangunan ini lagi. Kalau dia terlepas, nahas korang!”
Amar memberi arahan tegas membuatkan dua orang security
itu mengangguk kepala.
“Cik, sila ikut kami!” Salah seorang security itu
mula bersuara.
“Ah, aku tahu jalan sendiri. Korang berdua tak payah
nak menyibuk!” Tasya mendengus sambil berlalu pergi.
Sally memandang wajah Amar.
“Kenapa pandang I macam tu? I ada buat salah ke?”
Amar memandang wajah Sally.
“Tak.” Sally sudah menggelabah. Takut kena sergah
dengan Amar.
“Okay. Get back to your work then.” Amar masih
lagi memandang tajam wajah Sally yang mula pucat.
“Baik bos. I keluar dulu.” Sally tergesa-gesa keluar
dari bilik itu.

No comments:

Post a Comment