DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday, 27 November 2018

Cinta Adik Manja - Prolog




7 tahun lalu...

“HISYAM sayangkan Nur?”
Soalan yang tak dijangka keluar dari mulut pak
teh mengejutkannya. Membuatkan hati dia tersentak. Dia
berpaling memandang pak teh yang berjalan di sebelahnya.
Wajah tua itu nampak tenang. Hisyam terkelu seketika.
Sekalipun dia tak terfikir yang pak teh akan bertanya secara
terus terang. Hatinya cuak. Bagaimana nanti jika pak teh
tahu akan isi hatinya? Adakah dia akan dilarang untuk terus
rapat dengan Nur nanti?
“Sayang, pak teh. Macam adik sendiri,” jawab Hisyam
jujur. Rasanya itulah jawapan yang terbaik dapat difikirkan.
Selebihnya, hati berat mahu mengakui. Rasa dalam hatinya
lebih daripada itu. Takkanlah mahu mengaku pula? Nur pun
baru 12 tahun. Mahunya kena sembelih dengan pak teh nanti.
Haji Yusuf angguk tanpa kata. Wajahnya tenang, tak
nampak terkejut dengan jawapan Hisyam itu.
“Berapa lama kat Mesir nanti?”
“Dalam 7 ke 8 tahun, lebih kurang. Lepas habis belajar
nanti, ingat nak kerja dekat sana sekejap cari pengalaman,
kumpul duit kemudian baru balik,” cerita Hisyam mengenai
perancangannya.
Haji Yusuf mengangguk. Dalam diam dia berfikir.
Namun kaki tetap melangkah meneruskan perjalanan.
“7 tahun lagi adik dah 19 tahun. Sudah boleh kalau
nak berkahwin pun.”
Hisyam berkerut kening. 19 tahun? Baru nak masuk
universiti? Pak teh ni biar betul? Muda lagi kut. Takkanlah
pak teh nak kahwinkan Nur dah? Hati berdebar sakan, tidak
sanggup memikirkan akan ada lelaki lain menyayangi Nur.
“Hmmm... pak teh fikirkan tentang masa depan
Syam dan Nur. Pak teh tahu Syam sayang Nur lebih dari
seorang abang. Jadi pak teh nak tanya, Syam sudi jadikan Nur
isteri Syam nanti?”
Haji Yusuf pandang wajah anak muda di sebelahnya.
Raut wajah itu terkejut mendengar kata-katanya. Dia seorang
ayah yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak
perempuannya. Dia tahu Hisyam adalah lelaki terbaik untuk
anak bongsunya itu. Walaupun anak bongsunya itu masih
lagi budak, namun perancangannya bukan waktu sekarang,
bahkan untuk 7 atau 8 tahun akan datang.
Hisyam terdiam. Bukan dia tidak pernah fikirkan
tentang masa depannya bersama Nur. Bahkan untuk
meninggalkan kampung ini hatinya sedikit ragu; adakah
kepulangannya nanti membuatkan hubungan mereka kekal
rapat seperti sekarang?
“Fikirlah dulu. Solat istikharah. Pak teh tak paksa.”
Bahunya ditepuk sebelum lelaki tua itu meninggalkannya.

No comments:

Post a Comment