DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday 23 October 2018

Jodohku Paling Superb - Bab 10

SATU pagi pada hari Jumaat, aku menerima
pesanan WhatsApp daripada Azriel. Beberapa minggu
kebelakangan ini kami jarang berhubung kerana kesibukan
masing-masing dengan tugas seharian. Mungkin hari-hari
yang memenatkan itu telah berakhir di pihak Azriel.
Morning Arissya, jom breakfast!
Laju jariku membalas pesanan tersebut. Bukan
pengirim pesanan itu adalah seorang yang istimewa tetapi ini
adalah disebabkan oleh sikapku yang tidak suka ditunggu dan
menunggu.
Tak dapatlah, Mr. Azriel. I banyak
sangat kerja ni. Lagipun I ada bawa
bekal. Pagi tadi I masak nasi goreng.
Ada lebih, tu yang I bawa.
Oh ya ke? It’s ok. Bukannya nak
tapaukan untuk I sekali. Hehe.
I thought nak claim hutang you
dengan I. Maybe next timelah kut.
Boleh minta you belanja lunch.
Oh nak claim hutang eh? Malam ni
you free tak? Jom keluar dinner. I
belanja. Nak settlekan hutang.
Serius? Ok lepas isyak dalam pukul
sembilan I ambil you. Sorry I sibuk
sikit berapa hari ni. Tu tak dapat nak
call and chat selalu dengan you. I
outstation ke Johor.
Tak sabar nak jumpa you. Miss you.
Hehe. Thanks. See you soon.
Azriel rindu aku? Aduhai dia buat lagi. Aku pegang
dada. Kenapa berdebar semacam pula ni?
Ok, see you.
Aku tidak tahu nak balas apa lagi. Mustahil nak
balas ‘I miss you too’. Itu menempah maut namanya. Panas
mukaku. Jantung seperti mahu melompat keluar. Tetapi tidak
dapat dinafikan bahawa aku terasa sedikit sunyi beberapa hari
ini. Adakah ini petanda bahawa aku sudah mula jatuh cinta
pada Azriel atau cuma selesa dan senang dengan caranya
selama kami berkawan?
Walaupun perkenalan kami masih lagi baru,
aku dapat merasakan bahawa Azriel ialah seorang yang
jujur. Bersamanya, aku yakin untuk meletakkan sedikit
kepercayaan tetapi masih terlalu awal untuk membuat
sebarang kesimpulan. Banyak lagi masa untuk menilai baik
buruk tentang perhubungan kami ini.

MALAM ITU seperti dijanjikan, tepat pukul sembilan kereta
Audi TT Coupe warna matt grey milik Azriel berhenti di
hadapan rumah. Tanpa berlengah, aku melangkah keluar
menuju ke arahnya.
Penampilanku agak ringkas dengan memadankan
palazzo hitam bersama blaus krim bercorak bunga merah
kecil. Shawl merah kulilit dengan gaya sohor kini. Azriel
bersandar di kereta sambil merenung ke arahku. Renungan
yang berjaya menghantar seribu rasa jauh ke dalam lubuk
hatiku. Pantas aku melarikan pandangan mata ke arah lain
bagi menghilangkan rasa gugup yang mula menggila. Dia
pula santai dengan jean dan t-shirt Polo yang juga berwarna
merah.
Nampak tak? Tak lari pun warna tu, kan? Adakah ini
yang dinamakan jodoh? Hehe.
“Assalamualaikum,” tegurnya.
“Waalaikumussalam. You tak payahlah pandang
I macam tu. Terkeluar biji mata you tu karang.” Azriel aku
lihat seperti baru tersedar daripada mimpi yang panjang.
Muka aku sudah memerah direnung sebegitu.
“Sorry, sorry... Bukan apa, I ingat ada bidadari
manalah yang turun daripada kayangan tadi. Silalah, jemput
masuk.” Azriel menundukkan sedikit badannya sambil
membukakan pintu kereta. Layanan yang kuterima persis
seorang puteri raja.
“You ni overlah. Nak ambil hati I, eh? Takut I tak
jadi belanja ke? Takpe, tak payah susah-susah. I memang nak
belanja you pun.” Usai berkata begitu aku terus meloloskan
diri ke dalam kereta.
Sepanjang perjalanan kami hanya berbual kosong.
Kadangkala aku ketawa kuat. Hilang keayuan apabila
sudah gelak mengekek. Ternyata Azriel memang pandai
menceriakan suasana. Just be myself, tidak perlu hipokrit dan
control ayu. Don’t pretend to be perfect. Jika seseorang itu
ikhlas, dia akan terima segala-galanya tentang kita sama ada
yang baik mahupun yang buruk.
“You baru 2 bulan kerja dekat ofis tu, kan? Sebelum
ni you kerja kat mana? Boleh I tahu kenapa you berhenti di
ofis lama?” Serius sahaja bunyi soalannya.
“Hmmm...”
“Apa maksud you dengan hmmm tu?” soalnya lagi.
“Yup, I baru 2 bulan kat sini. Sebelum ni I kerja di
construction company juga. Macam mana I nak cakap, eh?
Susah I nak explain. Lagipun I tak rasa nak ingat balik perkara
yang dah lepas tu. Senang cerita you anggap jelah I dah tak
boleh nak kerja dalam suasana yang I tak selesa.” Aku cuma
menunduk, seriau mengenangkan kembali kejadian itu.
“You cantik sangat kut. Mesti ramai orang kejar you,
kan? That’s why you jadi tak selesa. Am I right?”
Seolah-olah mengena pula tembakannya. Cuma
perlu tukar sedikit, bukan ramai orang yang kejar aku tetapi
hanya seorang. Aku rimas. Ya, sangat rimas!
Manakan tidak, aku diserang oleh tunang salah
seorang staf lelaki yang sibuk cuba memikat aku. Sekalipun
aku tidak melayan, tiba-tiba dituduh cuba merampas
tunangan orang. Berkali-kali dimalukan, aku terus
mengambil keputusan berhenti kerja.
Aku membuang pandang ke luar tingkap. Tidak
selesa berbicara tentang hal ini.
“I cantik sangat? Mana adalah, I ni biasa je. Ramai
yang lagi cantik kat luar tu. Pasal berhenti kerja tu, kind
oflah. You boleh anggap macam tu. Azriel, kita tukar topik
boleh?” pintaku mengharapkan pengertian daripadanya.
“I tahu you banyak sangat memendam rasa. You
boleh share dengan I kalau you nak. Walaupun kita baru je
kenal, tapi I rasa macam dah bertahun-tahun mengenali you.
You can rely on me, you know? Anytime je bila you perlukan
I, I sentiasa ada untuk you. Itu gunanya kawan, kan?”
“Aik, jangan cakap you tengah bagi pick-up line
sekarang ni? Nak I cakap cia cia cia tak?” usikku nakal.
Azriel tersenyum senget.
“Dah, no need pick-up line sangat. Kita dah sampai
ni. Jom.” Dengan segera dia memarkirkan kereta.

SUASANA MAKAN malam hari ini terasa berbeza. Mana
tidaknya, sudah lama aku tidak keluar makan berdua dengan
lelaki. Kami menjamu selera di salah sebuah restoran
makanan Thai yang terkenal di sini.
Aku memang menggilai makanan Thai. Ternyata
Azriel telah membuat research mengenai diriku sebelum
keluar malam ini. Siapa lagi yang berpotensi menjadi
informer yang tidak bertauliah melainkan Haneez?
Sementara menunggu pulut mangga yang dipesan
sebagai pencuci mulut, Azriel memulakan langkah untuk
lebih mengenaliku. Itu yang dapat disimpulkan.
“Arissya...” Sebaris namaku meniti di bibir Azriel.
“Hmmm?” Aku pandang wajahnya.
“I nak tanya you sikit boleh?” soal Azriel.
“Tanyalah. Apa dia? Kalau I boleh jawab, I jawab.
Kalau I tak nak jawab, I diam je.” Sempat aku mengenakannya.
Azriel buat muka geram.
“I cuma nak kepastian.”
“Pasal apa tu?” Keningku berkerut dengan
sendirinya.
“Pasal special boyfriend yang kita bincang tempoh
hari.”
“Oh, ada eh? I tak ingat pula.” Sengaja aku mendera
perasaan Azriel. Main tarik tali pun seronok juga.
“Janganlah main-main. I serius ni. I tahu you tak
lupa.” Riak muka Azriel berubah menjadi serius.
Aku tenung matanya dalam-dalam tapi kenapa
tiba-tiba jantungku yang berdetak laju? Cepat aku
mengalihkan pandangan mata ke arah lain. Azriel tersenyum
melihat wajahku yang nampak kalut.
“Ya, betullah apa yang I beritahu tu.” Ringkas
jawapan yang meniti di bibirku.
“You ada kawan lelaki yang rapat selain I dan Rafiq?”
Azriel masih lagi tidak berpuas hati.
“Mr. Azriel, look. Sekarang ada tiga orang je kawan
yang rapat dengan I. Haneez, Rafiq dan sorang lagi...” Aku
diam sebentar. Bukan apa, saja nak tengok reaksi yang
ditunjukkan oleh Azriel.
Wajahnya tampak bersahaja tanpa sebarang riak.
Tolong jangan serius sangat. Gementar pula rasa untuk
menyambung ayat sehingga ke penyudah.
Kemudian aku lengkapkan kembali ayat yang
tergantung sebentar tadi.
“Of course you.”
Jawapanku membuatkan Azriel tersenyum lama.
Jelas kelihatan lekuk di pipi kanannya. Comel!
“I nak you tahu yang I tak senang percaya pada
orang luar. Especially lelaki. Sebab tu masa mula-mula kita
jumpa dulu, I ni asyik naik angin satu badan. Sorrylah, eh.
Kelakar betul. Tak sangka yang sekarang ni kita boleh duduk
makan semeja dan bergelak ketawa bersama.” Malu apabila
mengenangkan kejadian di awal pertemuan kami.
“You can put your trust on me. I tak akan sia-siakan
kepercayaan you. Believe me.” Azriel cuba meyakinkan aku.
Ya, dulu pun I pernah dengar bait-bait ayat ni keluar
dari mulut seseorang, tapi akhirnya... I yang terluka. Isy, apa
fikiran aku melalut ni?
Kami berhenti berbual seketika apabila pelayan
datang menghantarkan pesanan. Nampak menyelerakan
pencuci mulut yang dihidangkan ini. Perut yang sudah
kenyang kembali terasa lapar. Rezeki jangan dipandang
sahaja. Hehe.
“Arissya, look here!” Azriel tiba-tiba memintaku
melihat pada satu bahagian di sebelah kanan. Skrin iPhone
miliknya memaparkan wajah kami berdua.
Azriel menyuakan telefon bimbit miliknya kepadaku.
Cis, ambil gambar rupanya. Bukan gambar aku seorang
tapi gambar kami berdua. Walaupun gambar candid tetapi
hasilnya cantik.
Bunyi mesej yang kedengaran menyebabkan aku
memberhentikan suapan dan mencapai telefon di atas meja.
Mesej yang baru diterima itu, aku baca.
Bila you ada problem, tengoklah
gambar kita ni. Orang cakap muka
I yang handsome ni boleh buat hati
jadi tenang.
“Eeee, you... tolonglah. Perasan gila!” Aku buat
mimik menyampah.
“Why?” tanya Azriel berpura-pura tidak tahu.
“Nothing. Ada mamat perasan hantar gambar dekat
I. Poyo je. Bajet handsome!” tuturku.
Kami tertawa bersama.

PERJALANAN PULANG yang mengambil masa kira-kira
setengah jam bertukar menjadi terlalu panjang kepadaku
hanya disebabkan satu perkara. Perbualan yang pada mulanya
hanya berkisar tentang isu semasa menjadi hangat apabila isu
Johan dibangkitkan oleh Azriel.
“Arissya... I rasa ada benda I lupa beritahu you.”
Dengan hati-hati Azriel memulakan bicara.
“Apa dia?” Aku bertanya.
“Macam ni, ingat tak hari yang I bawa you pergi
klinik tu?”
“Okey, ingat. Tapi kenapa?” soalku lagi.
“I perasan, ada seseorang follow kita dari tasik tu
sampai ke klinik.”
Sumpah aku terkejut! Johan mengekori kami
sehingga ke klinik? Ini sesuatu yang di luar pengetahuanku.
Aku fikir, dia hanya berada di tasik sahaja.
“I cakap ni bukan nak buat you takut. Cuma I nak
you lebih berhati-hati. Make sure kalau you nak keluar ada
orang teman. Ajak Haneez atau mungkin you boleh ajak I
kalau you sudi.”
Melihatkan aku diam tanpa suara, Azriel meneruskan
bicara.
“I tak tahulah kalau orang tu ada kena-mengena
dengan kejadian you jatuh masa dekat tasik hari tu. I tak nak
paksa you bercerita. But please... take a good care of yourself,
will you?”
“Okay. Insya-Allah I will.” Ringkas jawapanku
menandakan aku mahu dia menghentikan bicaranya sampai
di situ sahaja.
“Azriel...” Tanpa sedar suaraku kedengaran agak
manja.
Dia berpusing memandangku dengan wajah yang
sedikit terkejut.
Tersedar kekhilafan diri sendiri, aku ketawa bagi
menutup rasa segan yang mula bertandang.
“Thanks,” ucapku sepatah.
“Untuk apa?” Azriel bertanya dengan wajah yang
nampak hairan.
“Because you made me happy today. Thanks for
everything you’ve done for me.” Ucapan terima kasih dituju
jauh dari lubuk hati yang paling dalam. Sejujurnya agak lama
aku tidak berasa gembira seperti ini.
“I’ll do anything for you,” balas Azriel.
Azriel mampu membuatkan aku tersenyum dan
ketawa. Hampir pasti yang dia telah pun mendapat tempat
yang istimewa di dalam hatiku.
Tiba di hadapan rumah seperti biasa Azriel
memerhatikan sehingga aku masuk ke dalam. Kemudian dia
melambaikan tangannya dan bergerak menjauhi pekarangan
rumah sewaku.
Aku tersenyum lagi mengingati kejadian semasa
mahu membayar bil makanan. Satu sen pun duit aku tidak
keluar tadi. Tuntut hutang hanya satu alasan untuk mengajak
aku keluar makan. Sesungguhnya aku bersyukur kepada-Mu
ya Allah kerana menghadirkan seseorang seperti Azriel di
dalam hidup ini.
“Konon nak suruh aku belanja, last-last dia yang
belanja aku balik.” Aku mengomel sendirian. Senyuman tidak
lekang di bibirku.
“Hoi, mak cik! Azriel dah jampi kau ke sampai
macam ni jadinya? Dah angau sangat nampaknya sampai
bercakap pun dengan pintu tu!” sergah Haneez.
“Sibuklah kau. Biarlah bukan kena bayar pun,”
balasku.
“Rissya, sinilah. Jom nyanyi lagu dengan aku,” ajak
Haneez.
“Kau ni dah tak betul ke dah malam nak ajak aku
berduet?”
“Cepatlah, ada lagu baru tau. Kau dengar eh, best
lagu ni.” Haneez tersenyum sambil menekan butang play di
skrin telefon pintar di tangannya itu.
Bukan senyuman biasa-biasa yang terukir di bibir
Haneez itu tetapi senyuman yang selalu kelihatan apabila
mahu menyakat aku.
“Dan bila... kau hadir bagai satu misteri... Ternyata
diriku bagai sudah dijampi... Dan bila kau hambakan hatiku
kembali... Ternyata hanya kau harus aku cintai... Ha ha ha aku
ketawa... Terasa aku tak tentu arah... Kau buat ku terpaku...
Sepertinya diriku yang mahu... Diri kamu... uwooooo...”
Dush! Sebiji bantal kecil selamat mendarat di bahu
Haneez. Sudah dapat kujangkakan dia memang sengaja mahu
mengenakan aku. Kali ini Haneez menyakat aku dengan
menggunakan lagu Jampi, nyanyian Hael Husaini.
“Malas nak layan kau! Aku nak tidur.” Aku terus
bangun nak melangkah menuju ke arah tangga.
“Nantilah dulu sayang. Marilah kita menjampi
sesama sendiri. Oh... bunga-bunga cinta...” Haneez masih
lagi menyanyi tetapi kali ini lagu Misha Omar pula.
“Gila!” Aku menaiki anak tangga tanpa mempedulikan
tawa Haneez yang makin kuat kedengaran.
Betul ke aku dah kena jampi ni? Betullah kut! Aku
ketawa sendiri. Siapa yang gila sebenarnya ni? Haneez ke aku?
Dan bila... kau hadir bagai satu misteri... ternyata
diriku bagai sudah dijampi...

*** AKAN BERADA DIPASARAN UNTUK KELUARAN OKT 2018**  

No comments:

Post a Comment