DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Friday 5 October 2018

Benci:Benar-Benar Cinta - Bab 3

“HAI, Zara. Awal ba...” Kata-kata Aiman
terhenti apabila Zara langsung tak berhenti memandangnya.
Sebaliknya gadis itu terus berlari naik ke atas. Kedengaran
bunyi pintu bilik terhempas kuat. Dahi Aiman berkerut. Mata
dialih pada Taufik yang mukanya keruh macam air banjir.
“Kenapa dengan Zara tu, Taufik? Korang berdua
gaduh ke?”
“Dia dah kembali, abang,” kata Taufik tanpa menjawab
soalan Aiman. Rambutnya diraup kasar ke belakang.
“Siapa?” Dada Aiman mulai berdebar-debar. Melihat
Taufik yang gelisah macam kucing yang kehilangan anak.
Mungkinkah...
“Zairiel?” sebut Aiman sepatah.
Taufik angguk lemah.
Aiman terduduk di atas sofa. Kaca mata ditanggalkan.
Diam seketika sebelum bertanya lagi.
“Macam mana kau tahu?”
“Tadi, masa kawan Fik tengah lepak dekat Noah’s
Bakery, dia ternampak Zara dengan sorang lelaki dekat sana.
Kawan Fik tu presiden persatuan pelajar Malaysia dekat
Manchester. Jadi dia tahu yang Zairiel tu bukan student sini.
Dia tangkap gambar, hantar dekat Fik. Tengok-tengok, lelaki
tu dia. Fik suruh kawan Fik tu ikut Zara sementara Fik nak
sampai sana. Tu yang Fik cepat-cepat pergi jumpa dengan
Zara tadi.”
Aiman mengeluh. Spontan, dia menumbuk sofa
tempat dia duduk.
“Melampau betullah budak ni! Apa yang dia nak,
hah?” kata Aiman dengan muka merah.
“Aiman, kenapa ni?” soal Mak Cik Saniah yang
baru datang dari dapur. Dia pergi ke ruang tamu apabila
mendengar suara Taufik.
Taufik pandang muka maknya dengan wajah keruh.
“Fik jumpa Zara dengan Zairiel tadi, mak.”
“Zairiel?” Mak Cik Saniah menutup mulutnya yang
terbuka dengan tangan.
“Ya Allah! Macam mana mereka boleh berjumpa?
Patutlah sejak dua menjak ni Zara selalu mimpi buruk.
Rupa-rupanya...” Mak Cik Saniah tak menghabiskan
kata-katanya. Riak wajahnya turut resah.
Aiman bangun dari duduk. Berjalan mundar-mandir
di sekeliling ruang tamu. Sesekali dia menjeling ke arah
tangga. Risau jika Zara tiba-tiba muncul dan mendengar
perbualan mereka.
“Dia sempat cakap apa-apa tak dengan Zara?” soal
Aiman beberapa ketika kemudian.
Taufik menggeleng.
“Fik rasa tak. Zara macam tak tahu je apa yang
berlaku. Kalau dia tahu, Fik tak rasa yang dia nak jumpa
dengan Zairiel,” balas Taufik.
Aiman menarik nafas lega.
“Tak apalah, abang nak pergi tengok Zara dekat atas
sekejap. Lepas ni, abang nak kita bertiga pura-pura tak kenal
Zairiel di depan Zara. Dan jangan sesekali bangkitkan hal ni
depan Zara lagi. Nanti abang akan fikir apa nak buat dengan
si Zairiel tu. Faham?”
Taufik dan Mak Cik Saniah mengangguk.
Aiman menghela nafas. Naik tangga, menuju ke bilik
Zara. Tangan mengetuk pintu bilik itu beberapa kali.
“Zara, ni abang ni. Boleh abang masuk kejap?”
Tiada respons daripada Zara, Aiman ketuk lagi. Masih
tiada balasan. Dia mulai rasa tak sedap hati. Dipulas tombol
pintu bilik Zara. Berkunci.
“Mak Cik Saniah! Mak cik!” panggil Aiman dengan
nada kuat.
Terkocoh-kocoh Mak Cik Saniah dan Taufik naik ke
atas.
“Ya, Aiman?”
“Tolong bawakan kunci pintu bilik Zara.”
“Kejap mak cik ambil.” Mak Cik Saniah berjalan
pergi ke arah pasu bunga yang diletak atas meja kecil tak
jauh dari situ. Pasu bunga diangkat, lalu kunci di bawahnya
dicapai. Mak Cik Saniah serahkan kunci itu kepada Aiman.
Pintu dibuka, tapi tiada orang pun di dalam. Tingkap
ternganga luas. Terdapat kain selimut yang diikat pada besi
tingkap. Sah, Zara sudah melarikan diri ikut tingkap!
“Ya Allah, manalah kau pergi ni Zara!” Aiman
menggenggam kain selimut itu sampai renyuk.
“Fik rasa dia pergi cari Zairiel, bang,” kata Taufik.
Aiman berpaling memandang Taufik. Mukanya resah
tak keruan.

DENGAN MENAIKI teksi, Zara pergi semula ke Noah’s Bakery.
Puas dia mencari Ashraf di sekeliling kawasan itu. Celah-celah
lorong, semua dia redah. Tapi, tetap tak berjumpa.
“Mana dia pergi?” Zara menggigit bibir. Dia berhenti
sekejap. Mencekak pinggang dan cuba untuk berfikir. Tiba-tiba
dia teringat sesuatu. Penerbangan Ashraf ke Malaysia pada
malam ni. Zara melihat jam pada telefon bimbitnya. Pukul 4
petang. Mungkinkah Ashraf sudah pergi ke lapangan terbang?
Tiba-tiba Zara ternampak Taufik dan Aiman dari jauh.
Kelihatan mereka berdua sedang melihat-lihat sekeliling
mencari dirinya. Zara pantas bersembunyi di sebalik sebuah
kereta yang diparkir berdekatan dengannya. Aduh, macam
mana abang dan Taufik boleh ada dekat sini ni? Dia sudah
gelisah. Dia risau, dia tak dapat berjumpa dengan Ashraf. Dia
risau, dia tak akan pernah tahu apa yang Ashraf maksudkan
dengan kata-katanya tadi.
Spontan, ada orang yang menekup mulutnya dari
belakang. Zara hampir menjerit. Tapi tak jadi bila nampak
Ashraf meletakkan jari telunjuknya pada bibir.
“You masih nak tahu semuanya ke?”
Zara mengangguk.
“Kalau macam tu, ikut I.”
Zara akur. Dia dan Ashraf masuk ke dalam Noah’s
Bakery.
Noah hairan bila melihat Zara dan Ashraf yang baru
saja beredar tadi.
“Noah, boleh tak I nak pinjam dapur you? I nak
cakap sekejap dengan Ashraf,” ujar Zara.
Noah terpinga-pinga.
“Errr... boleh.”
“Dan kalau abang I dan Taufik datang, tolong
beritahu diaorang yang you tak nampak kami berdua.”
“But why...”
“Please, Noah...” Zara berkata dengan nada merayu.
Noah akhirnya mengangguk juga.
Zara senyum nipis sebelum melangkah ke dapur di
sebelah kaunter pembayaran. Pintu ditutup dan dikunci dari
dalam. Kemudian matanya memandang Ashraf.
“Dah tak ada orang yang kacau kita. Now, I nak you
beritahu I everything.”
Perlahan-lahan Ashraf membuka zip beg galasnya
dan mengeluarkan sesuatu. Dihulurkan kepada Zara.
Sekeping poskad.
Zara membaca apa yang tertulis di atasnya.
Do we share a silent mutual love?
And if it is, will it remain as an unspoken
affection?
-Puteri Anastasia a.k.a Nurzara Anasuha-
“You ingat atau rasa apa-apa tak bila baca poskad ni?”
soal Ashraf sambil merenung Zara.
Zara hanya diam. Hatinya tiba-tiba sakit.
“Poskad tu you yang tulis. Untuk I,” sambung Ashraf
lagi apabila Zara tak bersuara.
Tangan Zara terketar-ketar. Poskad itu terlepas dari
genggamannya. Dia menapak beberapa langkah ke belakang
sebelum dia berpaling dan berlari keluar dari Noah’s Bakery.
Ashraf terus mengejar dari belakang. Hampir saja
dia terlanggar Noah yang sedang berdiri di kaunter melayan
pelanggan.
Noah terpinga-pinga, tak tahu hujung pangkal.
Zara terus berjalan tanpa arah tuju. Langkahnya
terhuyung-hayang. Otak dia menjadi kosong. Pandangannya
tiba-tiba jadi tak jelas. Seperti terkena serangan panik.
“Zara, tunggu!”
Suara Ashraf kedengaran di belakang. Namun
Zara tidak berhenti. Dia tidak mempunyai kekuatan untuk
menoleh sekali pun. Langkahnya makin laju.
“Zara, you nak pergi mana?” Akhirnya Ashraf berjaya
menyaingi Zara.
Zara cuba memintas Ashraf, tetapi lelaki itu
bertindak lebih pantas dengan memegang tangannya.
Zara merentap tangannya kasar.
“Please, just leave me alone!”
“You yang cakap yang you nak tahu everything, kan!”
“I... I tak nak tahu. Tolonglah, biarlah I sendirian.
Please... jangan ikut I lagi.” Zara merayu dengan mata yang
berkaca-kaca. Hati dia bagai dihiris-hiris dengan pisau belati.
Ashraf mengeluh. Tangan gadis itu dilepaskan.
Zara pantas berjalan meninggalkan Ashraf.
Ashraf mengekori Zara dari belakang. Risau mahu
membiarkan gadis itu sendiri dalam keadaan seperti itu.
Ketika Zara mahu melintas jalan, tiba-tiba ada
sebuah kereta datang meluru ke arahnya. Zara terpaku,
tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu
terkejut. Dalam situasi mencemaskan itu, tiba-tiba ada
sepasang tangan yang menarik dia ke belakang. Zara jatuh
dalam pelukan Ashraf. Suasana menjadi hening buat seketika
sebelum Zara bertindak meleraikan pelukan itu dan menolak
Ashraf sehingga dia hampir terjatuh.
“Kan aku dah cakap, jangan ikut aku lagi! Bahagian
mana yang aku cakap yang kau tak faham ni, hah?” Sekali
lagi, Zara menengking Ashraf kasar. Kata panggilan yang
digunakan juga sudah berubah sama sekali.
“That’s enough. I takkan biar you balik sorang-sorang
dalam keadaan macam ni. I hantar you balik.”
“Aku boleh balik sendirilah!”
“Nak jalan pun tak betul. Kau nak aku percaya yang
kau boleh balik dengan selamat?” Kata panggilan Ashraf juga
sudah berubah. Riak wajahnya berubah tegang.
“Well, kau tak ada hak nak paksa aku. Aku nak jalan
tak betul ke, apa ke, suka hati akulah!”
“Siapa kata aku tak ada hak?”
“Hei, kau ingat kau siapa?”
“Sebab aku suami kau, Nurzara Anasuha!”
Mata Zara terbuka luas. Jantung berdegup pantas.
Kepalanya tiba-tiba berdenyut.
Perlahan-lahan Ashraf mencapai tangan Zara. Kepala
menunduk, dan air matanya setitis demi setitis tumpah di
atas tangan isterinya.
“Maafkan aku, Zara. Aku dah banyak sangat buat
dosa dengan kau.” Ashraf melutut di depan Zara. Dia
menggenggam tangan Zara lebih erat. Langsung tidak segan
dengan jelingan mata yang lalu-lalang.
“Maafkan aku...”
Suara dalam mimpi ngerinya terngiang-ngiang
dalam fikiran Zara. Suara yang sama. Nada yang sama.
Kekesalan yang sama.
Tangan Zara terketar-ketar. Kakinya terasa lemah.
Air mata berlinangan jatuh ke pipi. Pandangan Zara tiba-tiba
kabur. Tubuhnya mulai terhuyung-hayang.
“Zara. Zara, kau okey tak?” Ashraf bingkas bangkit.
Dia pegang bahu Zara. Mata mereka bertentangan. Kian
lama, wajah Ashraf kian kabur. Lalu, segalanya menjadi gelap.

No comments:

Post a Comment