DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday, 23 October 2018

Jodohku Paling Superb - Bab 3

HARI dimulakan dengan semangat dan harapan
baharu. Maxi skirt berwarna hot pink bersama instant shawl
dengan warna senada aku padankan dengan kemeja kuning
mustard. Setelah selesai membelek wajah di hadapan cermin
dan berasa puas hati dengan penampilan sendiri, heels tiga
inci berwarna hitam dicapai lalu aku melangkah dengan
penuh yakin.
Baru saja melabuhkan punggung atau lebih tepat
lagi belum sempat pun panas kerusi yang aku duduki,
Ernie datang dengan lenggok bersama pakej jelingan mata
yang tajam. Wait! Ernie merupakan salah seorang eksekutif
di department HR. Selalu juga dia berkunjung ke sini jika
ada urusan yang perlu diselesaikan tetapi aku tidak pasti
apa sebenarnya masalah kami berdua. Dia seolah-olah
menganggap aku seperti musuhnya. Suka hati kaulah. Aku
bukan kisah pun. Jangan kau menyusahkan hidup aku sudah.
Yang itu aku kisah!
“I baru keluar dari bilik bos you. Dia panggil you
masuk dalam sekarang. Mesti you ada buat salah, kan?
Kalau tak, mustahil pagi-pagi bos you dah cari. Jangan
menangis pula kalau kena marah kejap lagi.” Ernie cuba
menakut-nakutkan aku.
Kenapalah dia ni menyibuk je kerjanya? Pergi balik
department sendirilah! Menyemak betul.
“I tak rasa bos cari sebab nak marah. I dah siapkan
apa yang dia minta dan letak atas meja bos I petang semalam.
Ada je kat situ, dia tak perasan kut.” Malas ingin menatap
wajahnya, aku menjawab sambil mata membelek fail.
“Kenapa you pandai-pandai bawa masuk fail tu ke
dalam? Lain kali tunggu bos minta dulu, baru bagi. Kalau
baru kerja tu, buat cara baru kerja. Tak tahu tanya. Jangan
nak berat mulut sangat.”
Perghh... minah ni memang nak makan kasut
agaknya. Eh, dia ingat aku ni tak pernah kerja ke sebelum
ini? Cara dia bercakap macamlah aku ni fresh graduate yang
belum ada pengalaman bekerja.
“Habis tu, I kena tunjuk dekat you dulu? Macam tu?
Macam takde kena-mengena pula. You tahu ke nak komen
apa kalau I minta advice dari you?”
Sorrylah, aku bukan perempuan yang akan diam
sahaja apabila dibuli. So not me! Nasib baik kami bukan
bekerja di dalam satu department yang sama. Jika ya,
memang haru jadinya!
“You ni macam bagus je. Ingat, jangan cuba nak
bersaing dengan I dekat sini eh?” Ernie memberikan amaran
kepadaku.
Ewah... kau fikir aku tak ada kerja lain ke nak
buat? Lainlah macam kau yang banyak masa terluang sibuk
menginding dekat tempat orang lain.
Geram betul aku dengan mulut perempuan sorang
ni. Dia terasa nak makan cili agaknya. Memang tempah maut
betullah. Baru saja aku ingin membuka mulut membuat
serangan balas, telefon di atas meja berbunyi. Selepas
menjawab panggilan daripada Puan Salina, aku terus bangun
dari kerusi.
“Excuse me, bos I nak jumpa.” Aku berlalu dengan
pantas. Sengaja aku melanggar sedikit bahu Ernie.
“How dare you, Arissya!” Ernie menjerit kecil.
Padan muka kau! Aku melambaikan tangan sambil
tersenyum senget kepadanya.
“Ya, Puan Salina. Ada yang tak kena ke dengan bajet
yang saya sediakan tu?”
Berdebar juga dadaku saat ini. Mana tidaknya, ini
tugasan pertama yang diberikan kepadaku tanpa bimbingan
sesiapa. Seratus peratus disiapkan oleh Arissya Amyra. Lagi
pula Puan Salina memang terkenal dengan sikapnya yang
sangat tegas.
“No, no. I just went through your budget and I just
want to say congratulations to you. I’m very sure that Dato’
Sufian will approve this budget. Tak salah I pilih you untuk
join company ni. You have great potential in this company,
Ariyssa. I know I can rely on you. No wonder Rafiq cakap I
tak akan menyesal ambil you jadi our finance team member.”
Sejurus berkata demikian Puan Salina menghulurkan tangan
bersama senyuman yang manis.
Fuh! Lega hatiku mendengarnya. Aku juga
tersenyum sambil menyambut huluran tangan Puan Salina.
“I minta maaf sebab bagi masa yang singkat untuk
you siapkan task ni. Tapi I memang sengaja buat macam tu
untuk tengok komitmen you terhadap tugas yang diberikan,”
tambah Puan Salina.
“It’s okay, puan. Kalau takde apa-apa lagi saya keluar
dulu?”
Poyolah aku punya jawapan. Padahal semalam dah
mengutuk bos sendiri bagai nak rak. Minta maaflah ya, bos.
Puan Salina hanya tersenyum sambil mengangguk.
Sampai sahaja di muka pintu dia bersuara lagi.
“Oh ya, kalau Ernie ada lagi kat luar tu tolong suruh
dia masuk.”
Aku mengangguk sambil melangkah keluar. Aik, ada
lagi minah ni dekat sini? Tak jumpa jalan balik agaknya.
“Ernie, bos I panggil you masuk.” Aku terus berlalu
selepas berkata demikian. Tak kuasa nak menghadap muka
perempuan bermekap tebal tu. Perasan cantik betul. Huh!
Beberapa minit kemudian, aku terdengar Puan
Salina mengamuk.
“Make sure bagi I dokumen yang dah complete.
Berapa kali I dah pesan dengan you. I nak guna benda ni
urgent. You dah lama kerja kat sini, kan? I rasa tak perlu
ulang benda yang sama banyak kali. Cuba tengok Arissya.
Walaupun dia tu baru lagi di sini, tapi I salute dengan kerja
dia. You get it?”
Alamak, kenapa pula nama aku terpalit sama ni?
Ernie keluar dengan marah-marah. Tidak berapa
jelas butir bicaranya tapi dia memandang geram ke arahku.
Makin bertambah bencilah dia pada aku selepas ni. Dalam
tidak sedar aku menguntum senyuman di bibir. Nasib kaulah
labu.

BUNYI TELEFON bimbit menyebabkan pergerakan tanganku
yang sedang menyemak pembayaran daripada kerani terhenti
serta-merta. Prosedur di sini, selepas kerani menyediakan
pembayaran, eksekutif kewangan harus menyemak terlebih
dahulu sebelum dokumen dihantar kepada bos untuk proses
approval.
Pen diletakkan di tepi, lantas aku mencapai telefon
bimbit. Aplikasi WhatsApp kubuka dan terpapar nama
Haneez. Baru tersedar jam telah menunjukkan pukul 12.30
tengah hari. Ini tak lain dan tak bukan pasti ingin mengajak
aku keluar makan tengah hari bersama.
Arissya, jom lunch sama.
Dah agak dah. Aku pun dah lapar ni.
Nak makan kat mana?
Kat SR hujung jalan sana, nak? Aku
dah ckp ngn Rafiq, dia ok.
Alaa, korang dating nak buat apa
aku menyibuk kat situ? Hmmm...
Jomlah, aku belanja kau.
Mengadalah kau kan. Macam tak
biasa dengan Rafiq tu. Bukan kau tu
madu aku ke? Hihihi...
Kau cakaplah, jadi betul-betul baru
tahu. Padan muka kau! Tapi mesti
Rafiq lagi sayang aku kan? Sebab
kau dah lama dengan dia. Dah
bosan. Wakakaka!!!
Wah, wah... over! Tak naklah. Aku
main-main je. Hehe... Kira jadilah
eh? Kau tunggu dekat ground floor
ofis kau. Nanti aku datang. Yalah
ofis aku kan jauh sangat. Huhu...
Lupa nak beritahu kita pergi berdua
je. Nanti jumpa Rafiq terus kat sana.
Dia datang terus dari site.
Ok. Jumpa nanti.
Mengada-ada si Haneez ni. Padahal ofis dia seberang
jalan je. Teringat waktu mula-mula Rafiq mengurat Haneez
dahulu. Hari-hari ditunggu sahabatnya datang dan balik
kerja. So sweet. Itu yang diceritakan oleh Haneez. Yalah,
mula-mula tak suka, meluat. Sekarang dah tak boleh
berjauhan. Rindu sakan.
Sedar tak sedar lapan bulan lagi Haneez akan
menjadi permaisuri dalam hidup Rafiq. Aku akui Rafiq
memang lain daripada lelaki lain yang pernah aku kenali
dulu. Untung Haneez berpeluang memiliki lelaki sebaik itu.
Aku berdoa semoga suatu hari nanti akan dikurniakan lelaki
yang mampu membimbing, menyayangi dan menerima aku
seadanya.

No comments:

Post a Comment