DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday 23 October 2018

Jodohku Paling Superb - Bab 5

TASIK ini pernah menjadi saksi kekecewaanku
pada suatu masa dahulu. Namun, hati ini tidak setenang
air di tasik. Air mineral di tangan aku teguk dengan rakus
sekali. Peluh yang membasahi wajah, dilap menggunakan
tuala. Penat berjoging sendirian gara-gara Haneez terpaksa
berjumpa dengan klien pada hari Sabtu begini. Terpaksalah
aku datang ke sini seorang diri.
Jam di tangan menunjukkan hampir pukul 6.30
petang. Cepatnya masa berlalu, hari sudah semakin gelap.
Entah mengapa terasa seperti diperhatikan tetapi aku cuba
untuk berfikiran positif. Mungkin hanya imaginasiku sahaja.
Semakin lama perasaanku menjadi semakin tidak enak.
Langkah yang tadinya perlahan, kini bertambah laju.
Sesekali aku menoleh ke belakang. Mata seperti menangkap
kelibat seorang lelaki sedang mengekoriku. Aku mula
membuka langkah seribu.
“Arissya, tunggu!” Teriakan itu membuatkan aku jadi
semakin kalut. Tidak mungkin itu suara Johan, suara yang
masih gagal aku padamkan dari kotak memori. Adakah Johan
sudah berjaya menjejaki aku sehingga ke sini? Aku tidak
peduli lagi. Segera kelajuan larian ditingkatkan. Jarak tempat
letak kereta yang agak jauh membuatkan aku terasa lelah.
Tiba-tiba lenganku direntap kuat sehingga menyebabkan aku
jatuh dan hampir tersembam di atas jalan raya.
Tidak peduli dengan tapak tangan dan siku yang
mula terasa pedih, aku cuba bangun dan berlari selaju
yang mungkin. Sampai sahaja di tepi kereta, aku melutut
melepaskan penat dek larian yang seperti lipas kudung.
Betulkah Johan yang aku jumpa tadi? Sah memang
itu dia. Mustahil aku silap! Keluhan berat aku lepaskan.
Segera aku melihat ke arah tapak tangan apabila terasa
seperti ada cecair yang sedang mengalir di situ.
Darah! Aduhai... ni yang aku lemah. Aku mabuk
darah! Muka mula terasa panas dan kepala sudah berpinar.
Jangan pengsan, tolonglah jangan. Harapnya larianku tidak
berjaya dikejar oleh Johan. Aku bersandar pada kereta, mata
perlahan-lahan tertutup dan...
Tiba-tiba aku rasa ada air yang direnjis-renjis di
mukaku. Seharusnya tubuhku sudah terkulai tetapi kenapa
telinga mendengar sayup-sayup suara memanggil namaku?
Sekarang pipiku pula ditepuk secara perlahan. Wah, main
kasar nampak!
Apabila kesakitan di kepala semakin berkurangan,
mata kubuka dengan perlahan. Pandangan mata disajikan
dengan wajah yang tidak aku duga untuk kelihatan di
hadapanku pada waktu ini.
Hah! Kan aku dah kata. Instinct aku tak pernah
menipu. Ternyata perjumpaan di Secret Recipe dulu bukannya
pertemuan terakhir bagi aku dan Azriel.
“Ehem, I dah sedar ni. Boleh you lepaskan bahu I?”
Aduhai, panas wajahku melihat panahan matanya. Masuk kali
ni sudah kali kedua Azriel menjadi penyelamatku.
Seperti dipukau, dia hanya mengikuti permintaanku.
Bahuku dilepaskan dan dia juga seperti sedang cuba untuk
meredakan perasaan sendiri. Wajahnya dialihkan ke arah lain.
“Macam mana you boleh ada kat sini? You buat apa?”
tanyaku untuk mengurangkan kejanggalan yang terasa bila
berdua dengannya.
“Tadi kebetulan I lepak dengan Rafiq. Haneez called
Rafiq. Dia stuck dalam jam. So, dia minta tolong Rafiq
tengokkan you kat sini sebab dia call you banyak kali tapi
tak berjawab. Kebetulan Rafiq pula kena ambil adik dia balik
tuisyen, so dia drop I kat sini. Dan kebetulan I free, why not
I yang datang tengok you, kan?” Azriel diam sebentar dan
melepaskan sebuah keluhan berat.
Berapa banyak ‘kebetulan’ dalam ayat dia ni? Hatiku
tercuit.
Kemudian dia menyambung semula bicaranya yang
terhenti tadi.
“Patutlah hati I rasa tak sabar nak sampai sini.
Nasib baik I yang jumpa you pitam tadi. Kalau orang lain tak
tahulah apa jadi. Sorry, I banyak cakap. Tapi serius, I memang
risau tengok keadaan you tadi,” jelas Azriel.
Aku diam tidak terkata. Azriel risaukan aku? Kenapa
aku rasa macam ada satu perasaan halus mula menjalar di
dalam hati? Isy, mustahil! Kepala aku tergeleng-geleng
seketika.
“You janganlah diam macam ni. You okey tak ni?
Kepala tu tergeleng-geleng kenapa? You pening ke?” Azriel
mendekatkan sedikit dirinya kepadaku. Memang jelas
terpancar riak kerisauan di wajahnya.
“Dah you cakap tak berhenti, macam mana I nak
cakap? Kalau you cakap, I pun cakap, habis siapa nak dengar?
Kereta I ke yang nak dengar?” Sengaja aku jegilkan mata
kepadanya. Tergelak dia mendengar balasan daripada aku.
Ambil kau! Kena sedas.
“Hahaha. Lawaklah you ni. Loyar buruk eh. Tu
tangan you tu, tak berhenti berdarah. Macam mana you boleh
jatuh? Jom I bawa you ke klinik.” Dalam satu masa nadanya
daripada bergurau terus bertukar menjadi serius. Nampaknya
aku memang tidak dapat mengelak.
Perlu ke sampai pergi ke klinik? Letak minyak gamat
balik nanti, eloklah. Aku teragak-agak untuk menerima
pelawaan lelaki itu. Tiba-tiba aku perasan seperti diperhatikan
dari celahan pohon di seberang jalan. Johan! Aku kembali
panik.
“Tadi masa I tengah joging, I terlanggar batu. Lepas
tu I jatuh. I mabuk darah sebenarnya. Tu yang macam nak
pitam tadi. Jom, cakap nak pergi klinik. You drive, eh? Tangan
I sakit ni.” Aku berkata dengan nada yang agak manja dan
terus menarik tangan Azriel. Dia yang nyata agak terkejut
dengan tindakanku terus menoleh ke sisi dengan kening yang
dijongketkan sebelah tanda memohon sedikit penjelasan.
Aku mendekatkan diri kepadanya sambil berkata
perlahan. “Please, tolong I. Jadi pelakon sekejap je.” Sengaja
aku kerlipkan mata beberapa kali.
Akhirnya Azriel tersenyum dan menadah sebelah
tangannya meminta kunci kereta.
Peganganku pada lengan Azriel dikuatkan apabila
kepala terasa berpinar kembali. Memahami yang tubuhku
belum lagi stabil sepenuhnya, dia memapahku masuk ke
dalam kereta dan memecut laju ke arah klinik berdekatan.

AKU DIBERI cuti sakit selama sehari kerana keadaan luka
yang agak dalam.
Sepanjang perjalanan balik dari klinik, masing-masing
mendiamkan diri. Aku masih cuba menenangkan diri dengan
pertemuan yang langsung tidak terduga bersama Johan
tadi. Aku pasti dia akan terus menjejakiku. Entah apa pula
agendanya kali ini.
Azriel di sebelah juga diam sama sepertiku. Mungkin
fikirannya sedang mencerna tindak-tandukku sebentar tadi.
Jangan dia fikir yang aku ni tak kisah untuk bersentuhan
dengan lelaki, sudah! Aku terpaksa menunjukkan kepada
Johan yang kononnya ada seseorang yang boleh melindungi
diriku daripadanya.
Tetapi bagaimana harus aku jelaskan kepada
Azriel? Tidak mungkin aku akan membuka pekung di dada.
Perkenalan kami masih terlalu awal. Biarlah apa dia nak fikir.
Yang penting aku bukan orang yang sebegitu.
Azriel pernah mengikuti Rafiq ke rumahku dulu
untuk menghantar barang kepada Haneez. Bila? Tidak pula
aku tahu. Jadi tidak perlu aku menunjukkan arah untuk
sampai ke rumah.

DALAM TIDAK sedar, kereta yang dipandu oleh Azriel sudah
pun tiba di destinasi yang kami tuju. Aku menjadi agak
kalut dan segera membuang pandang ke arah sisi apabila
menyedari yang kereta telah berhenti di hadapan rumah. Dan
apa yang membuatkan aku terkejut, pintu kereta di bahagian
penumpang juga telah dibuka dari luar. Jauhnya lamunanku
sehingga tidak sedar sudah berapa lama Azriel memerhatikan
aku dengan pandangan mata yang redup.
Santai gayanya. Berdiri sambil sebelah tangan
dimasukkan ke dalam poket seluar jean dan siku sebelah
tangan lagi ditongkatkan pada pintu kereta. Ketinggiannya
yang lebih daripada seratus lapan puluh sentimeter itu
membuatkan dia terpaksa membongkok sedikit ke hadapan.
“Arissya, kita dah sampai ni. You perlukan lebih
masa lagi ke untuk tenung muka I yang handsome ni?”
Suara Azriel kedengaran bergetar apabila menuturkan kata.
Adakah dia juga turut berkongsi perasaan asing yang mula
bercambah di dalam hati ini denganku? Tidak! Aku tidak
boleh hanyut dengan perasaan sendiri. Mungkin ini hanyalah
rasa yang hadir untuk sementara sahaja. Arghh! Kenapa aku
selalu terpaku apabila melihat dirinya?
Aduhai kantoi pula. Aku segera membasahkan tekak.
“Ehem. Oh dah sampai eh? Sorry, I tak perasan pula.
You nak balik macam mana ni? I tak dapat nak hantarkan
you.” Aku cuba mengawal kegugupan sambil mengangkat
tangan dan menunjukkan balutan pada tapak tangan dan
siku.
“Haneez pun tak balik lagi,” sambungku lagi.
“Macam mana nak perasan kalau fikiran tu dah
terbang sampai ke London agaknya. You okey ke? Blushing je
pipi tu. Malu eh kantoi dengan I?” usik Azriel.
“Mana ada. Pandai je you ni, kan! Mulalah tu nak
perasan.” Huaaargh, rasa nak sorok muka bawah kereta!
“Kalau betul pun apa salahnya. Takde orang nak
marah pun. You tengok I, I tengok you. Eh, tapi kan... you
tengok I takde orang marah. Agak-agak kalau I tengok you,
ada orang marah tak?” Matanya yang sengaja dikenyitkan
menambahkan lagi debar di dalam hatiku. Mata tu! Tahu tak
yang aku dah mula cair dengan mata Azriel yang seksi tu?
Lantas aku tolak sedikit tubuhnya menjauhi pintu
kereta. Kaki mula mencecah di atas jalan raya dan melangkah
keluar dari perut kereta.
“You jangan nak over, eh. I belasah you karang!” Aku
acah-acah garang.
“Amboi, Miss Arissya tak padan dengan tangan
berbalut tu. Ada hati nak belasah orang. Garangnya... Patutlah
Rafiq cakap...”
“Cakap apa?” Aku terus memotong sebelum Azriel
sempat menyudahkan ayatnya.
Cis, tak guna punya Rafiq! Apa yang dia dah
momokkan pasal aku kat Azriel ni? Kedengaran tawa terlepas
dari bibir lelaki itu.
“Okey, okey. I tak nak sakat you dah. I balik dengan
teksi sekejap lagi. Depan tu banyak teksi, kan? Tak pun I boleh
naik Grabcar,” jawab Azriel sesudah tawanya terhenti.
Alamak! Nak biar dia balik naik teksi ke? Dia dah
banyak tolong aku hari ni. Macam mana, eh? Lembutkan hati
sikit Arissya oi!
“You bawalah balik kereta I. Lagipun I tak kerja
esok. Kan I dapat MC tadi. Tapi nanti hantarlah balik kereta
kesayangan I ni. Jangan buat harta pula ya!” Sempat aku
kenakan dia dalam berjenaka. Entah kenapa aku selesa
dengan Azriel. Padahal sebelum ni, bukan main susah lagi
untuk mesra dengan kaum lelaki. Musykil ni.
“Betul ke ni? Okey, I terima dengan senang hati but
you still owe me an answer. Hmmm, I don’t think you have
to answer that question since you dah bagi I kebenaran bawa
balik kereta you. So, maknanya takde orang marahlah kalau I
pandang you, kan?” Azriel tayang muka serius. Dia tengah try
aku ke sekarang ni?
Alamak, nak jawab apa ni? Lidah kelu untuk
membalas. Secara tidak langsung aku sudah pun mengiakan
tekaannya. Azriel tersenyum lalu bergerak masuk ke bahagian
pemandu.
“You tak nak bagi nombor telefon dekat I ke? Bukan
apa nanti I nak hantar kereta kena inform you dulu.” Azriel
masih mahu mencuba nasib.
Spontan aku membesarkan mata, tanda menolak
cadangannya itu. Dia ketawa senang, tahu yang tricknya tidak
mengena.
“Nice try but kalau you nak hantar kereta nanti
boleh inform Rafiq. Dia boleh beritahu I,” kataku tidak mahu
mengalah.
Mana boleh senang sangat untuk dapatkan nombor
telefon bimbit aku. You should try harder bro! Good luck!
“Okeylah kalau macam tu. Masuk dalam, kunci pintu
dan rehat ya? You masuk dulu, baru I gerak.” Azriel reda.
Matanya tidak lepas daripada memandang ke arahku demi
keselamatan.
“Yalah, drive safe.”
Aku masuk ke dalam dan mengunci pagar. Azriel
masih setia memandangku sehingga pintu gril rumah selesai
dikunci. Aku melambaikan tangan kepadanya dan kemudian
kereta mulai bergerak meninggalkan pekarangan rumahku.
Pertama kali berjauhan dengan kereta kesayanganku.
I will miss you my baby Jazz...

No comments:

Post a Comment