KEESOKAN harinya, aku ke tempat kerja
bersama Haneez. Terpaksa menumpang kereta Haneez kerana
berasa kurang yakin untuk memandu dalam keadaan tangan
yang masih belum pulih sepenuhnya.
Belum pun sempat aku duduk di kerusi, datang pula
satu makhluk bertenggek di mejaku. Pagi-pagi buta lagi dah
buat mood aku spoil!
Tidak semena-mena telefon bimbitku berbunyi
menandakan ada mesej baru masuk. Terus mood yang
dirosakkan oleh Ernie tadi bertukar ceria selepas membaca
WhatsApp yang dihantar Azriel. Pandai betul dia menukar
channel mood aku. Thanks to him.
Minah dekat depan ni membebel apa entah. Malas
aku nak layan. Biarlah dia bercakap dengan tembok di tepi ni.
“Dari tadi I bercakap, you buat tak reti je. Baru lagi
kerja dah ambil MC bagai. Nanti jangan lupa apply e-leave
tu. Bercakap dengan you macam bercakap dengan tunggul!”
Ernie terus melangkah pergi.
Eloklah tu bercakap dengan tunggul. Memang sesuai
pun dengan kau. Siapa suruh kau datang sini? Nasib kaulah
nak terasa ke apa. Takde kerja agaknya, datang department
orang pagi-pagi buat bising pula. Tahulah aku nak submit
MC. Konon nak sakitkan hati aku, at the end hati sendiri yang
sakit. Padan muka!
Agaknya, apa akan terjadi jika Ernie tahu yang aku
sudah mula rapat dengan Azriel? Pasti berlangsung drama
cinta tiga segi. Pelakon utama? Mestilah aku dan Azriel.
Ernie? Watak sampingan jelah yang layak. Haha. Jahat betul
aku ni.
Telefon pintarku berbunyi lagi.
Arissya, are you there?
Yes, Azriel. I ada je ni. Tak pergi
mana pun.
Habis tu senyap je tadi. I tanya tak
jawab pun. Takkan I tanya soalan
macam tu, you terus senyap?
Alamak, dia tanya apa? Laju tangan scroll mesej
daripada Azriel sebentar tadi.
Betul ke you belum ada someone
special dalam hati you?
Itukah soalannya? Susah betul nak bagi jawapan.
Nak jujur ke nak bohong? Apa kata kita acah-acah dulu?
Tengok macam mana reaksi Azriel bila aku bohong. Lagipun
awal lagi ni, waktu kerja pun belum mula.
Oh, soalan tu eh? Siapa cakap takde?
Mestilah ada.
Seriouslah. I tak nak kacau awek
orang.
Sakit perut aku menahan tawa. Rasa nak gelak sakan.
Boleh gunakan perkara ini untuk membahan Azriel.
Yalah, I seriuslah ni. Pandai-pandai
je buat conclusion sendiri. Ingat I ni
tak laku ke?
Tapi Rafiq cakap takde.
Padan muka you! Percaya sangatlah
cakap best friend you tu.
Cara you layan I macam takde
boyfriend je.
I memang friendly dengan semua
orang.
Okeylah, thanks sebab jujur dengan
I. I’ve got to go. Ada kerja nak buat.
Aik, macam tu je? Tengah frust menonggeng ke cik
abang oi! Senyuman aku melebar sampai ke telinga. Tidak
sanggup pula membiarkan Azriel melayan rasa kecewanya.
Azriel... buat apa tu? Betul ke tengah
buat kerja?
Dua minit berlalu namun tiada balasan daripada
lelaki itu. Dah double blue tick, he’s online tapi kenapa dia
tak balas mesej aku?
Janganlah merajuk. I gurau jelah.
Bukan you ke boyfriend I?
Tak kelakarlah lawak you ni...
I tak buat lawaklah. Boyfriend tu
maksudnya kawan lelaki, kan?
Betullah you kawan lelaki I. Rafiq
pun kawan lelaki I juga...
I meant special boyfriend, Arissya.
Tengoklah kalau you boleh tukar
status boyfriend yang you pegang
sekarang ke special boyfriend. Work
hard for it!
I’ll take the challenge. Thanks baby.
Oops, too soon for that but practice
makes perfect, right?
Ada-ada jelah you ni. Dah, jom start
buat kerja.
Rama-rama sudah mula berterbangan di udara
meraikan permulaan hubungan ini. Semoga Azriel akan
menggunakan green light yang aku berikan sebaik-baiknya.
Perhubungan aku dan dia sudah menjadi semakin
rapat. Kami sering berbalas WhatsApp. Kadangkala berbual
panjang di telefon. Sebelum ini aku sudah berjanji kepada diri
sendiri untuk memberi peluang kepada Azriel.
Jadi, pintu hati telah pun kubuka seluas-luasnya
untuk menerima kehadiran seorang lelaki. Cuma kami masih
lagi dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing.
Aku tidak pula meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada
perhubungan ini. Segalanya diserahkan kepada Yang Maha
Esa.
No comments:
Post a Comment