DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday 27 December 2020

My Bibik My Darling - Bab 5


“NAJAH! Milo aku mana?” jerit Haris dari ruang makan.

Puan Sri Rokiah angkat muka memandang cucunya. Di meja makan ini sudah ada seteko air Milo. Milo apa lagi yang cucunya mahu?

Najah yang berada di dapur berlari ke meja makan. Dia sudah siapkan semuanya. Apa lagi yang cucu Nyonya Mansur ini mahukan? Kenapa tidak panggil sahaja Mak Ton yang berdiri di situ?

“Ya, Tuan Haris.” Najah atur nafasnya. Dia sebenarnya berada di luar dapur tadi.

“Milo panas aku mana?”

“Tu, kat depan tuan.” Najah memuncungkan bibirnya ke arah teko di atas meja makan.

“Tak nak. Dah sejuk. Buat yang baharu.” Tanpa memandang Najah, Haris memberi arahan. Tangan mencapai sekeping sandwic sardin. Dia tidak suka air Milo yang sudah suam.

“Saya baru buat...” Terhenti bicara Najah apabila Haris menoleh dan memandangnya dengan tajam. Jelas isyarat ‘jangan lawan cakap aku’ pada muka lelaki itu. Seharusnya dia akur dengan apa sahaja arahan Haris.

“Saya buat yang baharu, tuan.” Najah membawa teko tersebut ke dapur.

Haris sambung makan. Tahu pun takut. Ada hati hendak membantah cakap tuan rumah. Seronok dia dapat mengenakan Najah setiap hari.

“Haris dah fikirkan...”

Morning semua.”

Haris dan Puan Sri Rokiah menoleh. Luzman rupanya. Entah apa mahu lelaki itu, pagi-pagi lagi sudah muncul di sini. Tanpa bersalaman dengan nenda, terus sahaja ditarik kerusi dan duduk.

“Luzman dah sarapan?” tanya Puan Sri Rokiah.

“Belum, nenda. Nampak menarik pula bihun putih ni.”

“Ton, ambilkan pinggan untuk Luzman.” Puan Sri Rokiah memberi arahan. Usai Mak Ton beredar, dia menoleh kembali ke arah Luzman.

“Ada apa muncul rumah nenda pagi-pagi ni?”

“Papa minta Luz hantar fail ni kepada nenda. Papa cuti. Papa lupa nak bagi nenda semalam.” Luzman berikan fail yang dibawanya kepada Puan Sri Rokiah.

Puan Sri Rokiah menyambut fail itu dan mengangguk. Kemudian, fail tersebut diletakkan di atas meja lalu dia sambung makan. Sambil itu mata menjeling Mak Ton yang meletakkan pinggan di atas meja. Najah pula baru muncul dari dapur.

“Tuan Haris.” Najah tuangkan minuman ke dalam cawan dan cawan itu diletakkan di hadapan Haris.

“Satu cawan aje? Untuk saya tak ada ke?” Luzman kenyitkan mata saat Najah menoleh ke arahnya. Liar matanya menjelajah wajah gadis itu. Kemudian matanya turun ke bahagian dada pula.

“Sekejap ya, saya pergi ambil cawan.” Najah menjawab takut-takut. Dia perasan pandangan nakal mata tetamu lelaki itu.

“Najah, pergi naik atas. Gosok baju aku nak pakai esok. Baju warna hijau tau.” Haris perasan mata nakal Luzman menjelajah tubuh Najah. Tahu apa yang tersirat di kepala sepupunya itu. Walaupun berbaju kurung, tidak dapat sembunyikan susuk tubuh Najah daripada pandangan lelaki seperti mereka.

“Air aku?” tanya Luzman.

“Mak Ton, tolong bawakan cawan. Tuang air untuk Tuan Luzman. Najah kena buat kerja lain. Najah, pergi naik sekarang.”

“Baik, Tuan Haris.” Najah akur. Nafas lega dia lepaskan sambil mengayun langkah naik ke tingkat atas. Walaupun arahan Haris sangat mengarut, dia tetap bersyukur. Lelaki itu mana ada baju warna hijau.

Puan Sri Rokiah pandang Haris. Bukan dia tidak tahu cucunya beri arahan mengarut. Haris melindungi Najah daripada Luzman. Sedangkan cucunya tidak perlu pun buat begitu.

“Nenda dah siap makan. Nenda pergi pejabat dulu.”

Mata Luzman mengekori langkah nenda sehingga hilang. Usai itu cepat-cepat dia menoleh ke arah Haris.

“Jahat kau kan! Kau nak makan dia sorang-sorang ke? Sharelah dengan aku.”

“Kau ingat dia makanan ke apa? Dia manusia. Manusia. Tolong hormat sikit.” Haris berkata sambil menghirup Milo panasnya.

“Dia lawa, seksi. Takkan kau tak tergoda? Tak payah pakai seksi-seksi pun dah nampak seksi. Kalau aku dapat...”

“Dah habis makan, kan? Pergi balik.” Haris perasan yang pinggan Luzman sudah kosong. Sudah lama Luzman tidak berkunjung ke mari. Sebab itulah sepupunya baru perasan tentang kewujudan Najah.

“Okey. Kau makan dia dulu. Lepas tu pass kat aku.”

Haris tidak menjawab. Dia bangun daripada duduknya dan terus beredar dari ruang makan. Langkah kaki terus meniti anak tangga untuk ke tingkat atas.

“Dah jumpa baju hijau aku?” Haris menegur Najah yang berdiri di hadapan pintu biliknya.

Najah menggeleng.

“Tuan Haris mana ada baju warna hijau. Bukan ke tuan tak suka warna hijau?”

“Pelik, kan? Kau tahu aku tak ada baju warna hijau, tapi kenapa tak bantah?”

Najah tidak menjawab.

“Lain kali kalau dia muncul, jangan tunjuk muka. Walaupun aku tak ada.”

Najah mengangguk.

“Pergi bersihkan bilik aku. Bawa turun gelas semalam.”

“Baik, tuan.” Najah mengangguk lalu tombol pintu bilik Haris dipulas. Kaki melangkah masuk. Mata tertancap pada meja kerja cucu majikannya. Susu semalam langsung tidak berusik. Mungkin lelaki itu tidur hingga ke pagi.

“Aku nak pakai cadar warna pink.”

Terlompat Najah mendengar suara Haris yang begitu dekat di telinganya.

“Tuan Haris, bagilah salam dulu. Saya ingat tuan dah pergi pejabat.”

Haris ketawa.

“Aku teringat yang aku belum buli kau lagi.”

“Semata-mata itu aje?” Geram. Mahu sahaja dia luku kepala cucu Nyonya Mansur itu. Baru tadi dia puji lelaki itu baik. Tapi sekarang sudah tunjuk sisi jahat pula.

“Ya. Itu aje.”

Mulut Najah terkumat-kamit membebel tanpa suara di belakang Haris.

“Kemas bilik pakai tangan, bukan pakai mulut.” Haris masukkan komputer riba ke dalam beg kerjanya. Bukan dia tidak perasan perlakuan Najah. Sengaja dia buat tidak tahu.

Dia menjeling Najah yang sedang terbongkok-bongkok menukar cadar. Kalau Luzman yang ada di tempatnya tika ini, sudah lama Najah menjadi mangsa lelaki itu.

Usai mengambil beg kerja, dia terus keluar dari bilik. Tidak boleh berlama-lama kerana dirinya tidak kuat.

No comments:

Post a Comment