DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday 21 November 2017

Impian Kasih - Bab 10

Usai makan malam, Toyota Camry Izdham
memasuki laman apartmen Crown Imperial Court, mencari
tempat berteduh buat mereka bermalam.
“Awak tunggu dalam kereta kejap. Saya nak buat
tempahan bilik,” kata Izdham sebelum keluar dari kereta.
Sedang leka Melissa melayari Facebook di telefon
bimbitnya, dia dikejutkan dengan bunyi pintu kereta dibuka.
“Melissa, jom. Saya dah tempah bilik,” ajak Izdham.
Melissa hanya menurut. Tika kakinya menapak
masuk bilik yang dimaksudkan lelaki itu, mulutnya separa
melopong. Cepat-cepat dia mendapatkan Izdham yang masih
terkial-kial membuka kasut di hadapan pintu.
“Izdham, ni bukan bilik. This is an apartment!”
Melissa tidak puas hati.
Hanya untuk satu malam, mengapa perlu menempah
apartmen sebesar ini? Lengkap dengan ruang tamu dan
dapur. Namun yang tidak memuaskan hatinya adalah kerana
Impian Kasih
100
dilihatnya hanya ada satu bilik tidur yang menempatkan
sebuah katil bersaiz queen dan juga satu bilik air. Untuk ruang
sebesar ini, mengapakah jumlah bilik dan bilik airnya terhad?
Melissa kembali menaruh prasangka, adakah Izdham sengaja
memilih apartmen ini untuk berdua-duaan dengannya?
“Of courselah Cik Melissa, dah nama pun Crown
Imperial Court Apartment. Kat sini tak sewakan bilik aje.
Kalau nak sewa, kena ambil satu apartmen macam ni.”
Izdham menerangkan situasi mereka.
“Tapi kenapa hanya ada satu bilik dan satu bilik air?”
Melissa memandang tanpa berkelip Izdham yang sedang
menutup pintu utama apartmen. Setia menunggu jawapan
dari mulut lelaki itu.
“Saya tak sempat pulak nak tanya soalan tu dekat
arkitek mahupun kontraktor apartmen ni tadi.” Izdham cuba
berlawak.
“Izdham, saya serius ni!” Melissa bercekak pinggang,
wajahnya sudah masam mencuka.
“Dear, ini saja kekosongan yang ada. Saya terpaksa
ambil. Yang lain dah full. Please believe me...” jawab Izdham
seraya melabuhkan punggungnya ke sofa. Punat televisyen
ditekan, cuba mencari siaran untuk ditonton.
Melissa terdiam, kehilangan kata-kata.
“Why do you keep calling me dear? Panggil saja
macam biasa.” Melissa berasa canggung berdua-duaan
begitu dengan Izdham. Tambahan pula lelaki itu kerap
memanggilnya dengan panggilan yang membuai rasa sedari
petang tadi.
“Saya suka panggil awak begitu Melissa. Let me,
okay?” Izdham memandang Melissa dengan pandangan mata
yang menggoda.
Melihat akan renungan itu, Melissa mengetap bibir
Anis Ashikali
101
dan mendengus, lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik
tidur. Dia hendak mandi. Tidak betah berlama-lama di ruang
yang sama dengan Izdham. Penyudahnya setiap kali episod
pertengkaran bermula, makna kalah itu sudah agak sinonim
dengan dirinya. Lelaki itu penuh dengan akal yang tidak
terjangka.
Melissa leka membersihkan badan. Air panas yang
bercurahan terasa benar-benar menyegarkan tubuhnya yang
kedinginan sepanjang hari. Cuaca di Cameron Highlands
betul-betul dingin dan sejuk.
Usai mandi, tubuh dibaluti tuala. Sambil
mengeringkan rambut yang basah, dia terus melangkah
keluar dari bilik air. Namun kakinya kaku. Terpasak ke
lantai saat mata tertangkap sesusuk tubuh yang sedang
membelakanginya. Izdham! Lelaki itu dilihat sedang
membuka baju.
Baru selangkah berundur hendak berpatah semula,
Izdham sudah berpaling ke arahnya. Lelaki itu juga seperti
terkejut. Cepat-cepat Melissa menarik tuala di kepala
menutupi dada dan bahunya yang terdedah.
“Izdham! Kenapa awak masuk bilik ni? Awak tak
tahu ke yang saya tengah mandi?” Melissa bersuara lantang,
jelas dia berasa geram dan marah. Wajah sudah memerah. Di
manakah hendak diletakkan wajahnya ini?
“Mana saya tahu awak tengah mandi. Pintu bilik ni
tak berkunci. Saya ingat awak kat dapur.” Izdham membela
diri. Mana boleh hanya dia sahaja yang sering dipersalahkan
atas kesilapan gadis itu? Jika dia menyuruh gadis itu
melaporkan setiap tindak-tanduknya, bimbang perang dunia
ke-8 pula bakal meletus.
Impian Kasih
102
“Sebelum masuk bilik, cubalah tengok sekeliling
dulu. Pastikan saya ada kat mana, bukan main terjah macam
ni!” bidas Melissa lagi.
“Awaklah yang salah sebab tak kunci pintu. Awak
tahu saya ada sekali kat sini, kan? Awak sengaja nak goda saya
ke Melissa?” Izdham bertanya dengan berani. Merenung anak
mata gadis itu dengan pandangan yang tajam. Indah sungguh
pemandangan sebentar tadi. Liur ditelan. Ya, dia tergoda,
namun akalnya masih waras.
“Apa yang awak merepek ni? Bila masa saya nak goda
awak pulak? Tak kuasa!” Melissa menafikan. Apa yang dia
dapat jika dia menjadi penggoda? Maruah dirinya saja yang
tergadai.
“Kalau awak tak berniat nak goda saya, kenapa awak
tak kunci pintu bilik ni?” Semakin galak Izdham berdebat.
“Helo Encik Izdham, awak yang menceroboh masuk
bilik tidur ni masa saya tengah mandi kat dalam!” Melissa
mempertahankan dirinya. Tidak betah dituduh semudah itu.
“Well... kalau dah awak sendiri tak kunci pintu,
bukan menceroboh namanya kalau saya masuk.”
“Apa yang awak pandang lagi tu? Kalau nak mandi,
pergilah masuk bilik air tu cepat! Pandang-pandang saya
lagi buat apa?” Melissa berasa malu diperhatikan seperti itu.
Nasiblah tuala yang membaluti tubuhnya menutupi sehingga
ke paras betis. Jika separas paha, mungkin lagi galak mata
lelaki itu memandangnya.
Pakaian di atas katil cepat-cepat diambil, lalu kaki
diayun menuju ke arah ruang tamu. Saat berselisih dengan
Izdham, tangannya disambar lelaki itu. Melissa kaget.
“Awak nak ke mana?” Izdham bertanya pendek.
“Nak pakai bajulah.” Pendek juga jawapan Melissa.
“Pakai baju kat ruang tamu dengan balkoni yang
Anis Ashikali
103
terdedah luas tak bertutup tu?” Izdham kelihatan marah. Dia
tidak suka tubuh gadis idamannya dilihat oleh orang lain.
“Habis, nak pakai baju kat mana lagi? Depan awak?”
“Pakai baju kat sini. Dalam bilik ni,” tegas Izdham
memberi arahan.
“Never! Awak ingat saya ni isteri awak ke,
sewenang-wenangnya tayang tubuh depan awak dan pakai
pakaian depan awak?” Melissa melawan. Menolak untuk
mendengar kata berupa arahan daripada lelaki itu.
Izdham menggelengkan kepala. Mengapa gadis ini
selalu berburuk sangka dengannya?
“Saya cakap, awak pakai baju kat sini. Saya nak
masuk mandi. Jangan berani-berani nak pakai baju kat luar
mahupun di ruang tamu sana, sebab saya biarkan pintu
balkoni tu terdedah luas. Faham? Now put on your clothes!”
Izdham melepaskan lengan Melissa lalu mengambil tuala
mandi kepunyaannya dan segera beredar ke bilik air.
“Eh, kenapa awak masuk sekali? Kan saya dah kata saya
nak tidur...” soal Melissa menagih jawapan bernas dari bibir
Izdham.
“Saya pun nak tidur jugak.” Izdham menjawab
seraya duduk di birai katil, memandang Melissa yang masih
berdiri merenungnya kehairanan.
“But aren’t you supposed to sleep outside?” Melissa
menyoal lagi. Biar benar Izdham ini? Terkebil-kebil matanya
memandang lelaki itu.
“Melissa... sofa tu sempit. Saya tak selesa nak tidur
kat situ. Awak tak kesian ke tengok saya, penat berjalan, penat
Impian Kasih
104
drive. Bagilah saya tidur kat atas katil ni. Boleh?” Izdham
cuba meminta simpati. Tubuhnya agak letih kerana seharian
memandu.
Melissa geram, tapi dia tidak terlalu kejam untuk
membidas. Memang idea ke Camerons Highlands ini idea
Izdham, namun dia turut gembira di sini. Fikirannya terasa
lapang.
“Okey. Tidurlah.” Melissa bersimpati. Dia keluar
dari bilik itu dan memberikan peluang kepada Izdham untuk
merehatkan diri. Tapi langkahnya mati apabila namanya
dipanggil berulang-ulang kali. Dia berpatah semula, namun
sekadar berdiri di jenang pintu bilik itu.
“Kenapa? Apa lagi yang tak kena ni?” Melissa bertanya.
Berdiri memandang lelaki itu yang sudah mengambil tempat
di perbaringan.
“Awak nak ke mana?” Izdham bertanya.
“Saya nak tidur kat sofa luarlah.” Melissa hairan. Apa
lagi yang lelaki ini mahukan? Ada sahaja yang tidak kena. Ada
sahaja yang tidak cukup. Perhatian bagaimanakah lagi yang
Izdham mahukan daripadanya?
“Jom tidur sekali.” Izdham menepuk ruang yang
kosong di sebelahnya tanda dia mahu Melissa tidur di situ.
“Are you out of your mind?” Melissa sudah bercekak
pinggang, matanya terbeliak memandang Izdham. Jarinya
tidak henti-henti mengurut dada yang sering kali diasak
kejutan demi kejutan.
“Look. Saya tak ada niat nak menggatal atau nak
berbuat serong pada awak. Saya cuma nak awak tidur kat sini.
Saya sebelah sini, dan awak sebelah sana. Saya janji tak usik
awak. Kalau saya tidur atas katil ni dan awak tidur atas sofa,
it makes me feel like a jerk. I hate it! Saya tak boleh tidur
atas sofa tu, memang sempit untuk saya. Saya tak selesa. Esok
saya nak memandu pula ke Melaka. Please, Melissa?” Izdham
Anis Ashikali
105
memandang anak mata Melissa. Mengharapkan pengertian
gadis itu.
Lama Melissa diam.
“No! Saya tak peduli awak ada niat serong ataupun
tidak, tapi saya tak akan sekali-kali tidur sekatil dengan
awak. Matlamat tak menghalalkan cara, tahu?” tegas Melissa
berkata.
“Hai... yalah, yalah. Saya tidur kat sofa luar, awak
tidur dalam bilik ni,” kata Izdham seraya bangkit dari
perbaringan, memberi laluan kepada gadis itu untuk tidur.
Dia beralah.
“Saya boleh tidur kat sofa aje, awak yang nak
memandu esok pagi. Awak tidurlah atas katil ni,” ujar Melissa,
menolak lembut kata-kata lelaki itu. Dia masih berhati perut.
“Tak, biar saya yang tidur kat luar. Awak tidur dalam
bilik ni. Jangan lupa kunci pintu. Kalau ada apa-apa, kejutkan
saya. Muktamad! Selamat malam dear,” ucap Izdham seraya
berlalu keluar bersama sebiji bantal dan sehelai selimut.
“Selamat malam...” balas Melissa sebelum tubuh
Izdham hilang di sebalik pintu.
Izdham yang mendengar ucapan selamat malam itu,
mengukir senyuman manis.
Sebaik sahaja dia merebahkan tubuh di atas sofa,
lagu Dream A Little Dream Of Me nyanyian Michael Buble
dipasang menerusi telefon bimbitnya. Cuba melelapkan mata
dengan alunan melodi yang mengasyikkan itu.
Melissa yang turut terdengar alunan muzik itu juga
tekun memasang telinga. Menghayati bait demi bait lirik lagu
tersebut.
Stars shining bright above you
Night breezes seem to whisper I love you
Impian Kasih
106
Birds singing in the sycamore tree
Dream a little dream of me
Say nighty-night and kiss me
Just hold me tight and tell me you’ll miss me
While I’m alone and blue as can be
Dream a little dream of me
Stars fading, but I linger on dear
Still craving your kiss
I’m longing to linger till dawn, dear
Just saying this
Sweet dreams till sunbeams find you
Sweet dreams that leave all worries behind you
But in your dreams whatever they be Dream a
little dream of me...
“Izdham... thank you for everything.” Melissa menoleh
ke sisi, melihat Izdham yang sedang fokus memandu. Dia
semakin selesa berdampingan dengan lelaki itu. Ya, hanya
selesa. Jatuh cinta? Tidak. Dia masih belum mampu mencintai
sesiapa.
“You’re welcome dear. No worries. Seronok tak
bercuti ke sini?” Izdham bertanya sambil menghadiahkan
senyuman yang paling manis buat gadis itu.
“Seronok.” Pendek jawapan yang diberikan.
Kemudian Melissa membuang pandang ke luar, memerhatikan
setiap kejadian alam yang berada di luar tingkap.
‘Selamat tinggal Cameron. Semoga bertemu lagi...’
Melissa berbisik dalam hati. Hatinya terasa sayu ingin
meninggalkan bumi yang telah melakarkan kenangan manis
buat dirinya. Kenangan manis dengan lelaki yang baru sahaja
dikenali tapi perangai dan tingkahnya mampu membuai
rasa hati. Bumi yang telah banyak memberikan ketenangan
kepada dirinya di saat hati dan fikirannya serabut dengan hal
yang tidak sepatutnya berada dalam ingatan.

No comments:

Post a Comment