DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday 21 November 2017

Impian Kasih - Bab 5

Selepa s peristiwa kelmarin, kerap kali juga dia
dipaksa keluar bersama Izdham. Apabila dia menolak, lelaki
itu mula mengungkit budi yang pernah dihulurkan dahulu.
Hendak dibalas budi itu, bersungguh lelaki itu menolaknya.
Kononnya hutang budi dibawa mati. Sungguh dia bingung.
Apakah yang lelaki itu inginkan daripadanya? Kalaulah
cintanya yang dikejar, terus terang hatinya masih belum
terbuka untuk perasaan yang telah hampir menghancurkan
hidupnya itu.
Pagi itu Melissa mengenakan lace palazzo berwarna
hitam dipadankan dengan blaus berwarna hijau terang yang
dimasukkan ke dalam seluar. Kasut tinggi berwarna hitam
pekat disarung kemas di kaki. Gaya yang menampakkan
ala-ala wanita sofistikated. Kemudian rambutnya yang ikal
mayang dihias dengan flower crown yang simple namun
menarik. Wajahnya yang putih dirias dengan make-up yang
sederhana tapi menyerlahkan keayuannya.
dia terus memandu menuju ke Mahkota Parade. Pusat
membeli-belah yang terkenal di Melaka. Memang nadi kota
itu menjadi kegemarannya setiap kali keluar berbelanja
mahupun untuk mencari hiburan buat mengisi masa lapang.
Setibanya di pusat membeli-belah itu, baru sahaja
kakinya hendak melangkah melepasi pintu utama, tiba-tiba
ada seorang lelaki berdiri rapat di sisinya. Dia menoleh.
Serentak itu, wajah tampan milik Izdham menjamu mata.
Melissa merengus geram. Jelingan dilemparkan ke arah lelaki
yang setia berdiri di sebelahnya itu.
“Hesy! Tak habis-habis mengekor saya. Awak ni dah
tak ada kerja lain ke?” bebel Melissa. Langkah diatur laju.
Izdham tidak mahu mengalah, dia juga turut
mengatur langkah mengikut rentak Melissa. Dia yang
terdengar bebelan gadis itu hanya tersenyum kegirangan.
Tindak-tanduk gadis itu amat memikat hatinya, menambahkan
rasa cinta yang sedang membuak-buak.
Sanggup diekori gadis itu ke mana sahaja apabila
dia mempunyai kelapangan selepas bekerja mahupun pada
hari cutinya. Bimbang Melissa terpikat dengan lelaki lain
sedangkan dia telah mula mencintai dan mengasihi. Memang
berkali-kali Melissa mengatakan pintu hatinya telah tertutup
rapat, tetapi hati itu sendiri bersifat bolak-balik perasaannya.
Tidak mustahil hati yang terkunci rapat itu boleh tergelincir
dari landasan saat Allah berkata kun fayakun. Benar, kan?
Tapi sayang, wajahnya yang setampan model Arab
itu belum mampu mencairkan hati Melissa. Namun begitu,
dia tetap tidak akan berputus asa. Akan dipastikan suatu hari
nanti, Melissa akan mengasihi dan mencintai dirinya lebih
daripada bekas tunang gadis itu. Itu janjinya! Perkenalan
yang singkat tidak menjadi halangan untuk dia terpikat. Soal
hati, tiada siapa yang dapat memahaminya.
“Darling, awak datang sini nak cari apa?” Izdham
berbisik di telinga Melissa saat gadis itu dilihat leka membelek
pakaian di sebuah butik.
Melissa menggeliat kegelian.
“Siapa darling awak? Jangan perasan!” Melissa
mencebik tanpa memandang wajah Izdham. Tangannya masih
ligat membelek pakaian, mencari rekaan yang berkenan di
mata.
“Awaklah darling saya. Cepatlah, awak datang sini
nak cari apa? Beritahu saya.” Izdham sedikit menggesa.
Tangan Melissa dicapai, hendak dipegang namun pantas saja
tangannya ditepis.
“Don’t touch me! Apa yang saya nak buat kat sini
bukan urusan awak. Saya tak ajak pun awak datang sini, so...
you can go,” petah Melissa menuturkan kata sambil bercekak
pinggang. Dia tidak peduli pada beberapa pasang mata yang
memandang drama mereka ketika ini.
“Eleh, don’t touch me konon. Bukan setakat
touch, saya siap dukung lagi tau.” Izdham mengusik sambil
mengenyitkan mata kepada gadis itu.
Melissa mengetap bibir, menahan geram yang mula
menerjah ke segenap hatinya. Kurang asam! Menonong
langkah diatur ke dalam Restoran Kenny Rogers yang
berhampiran.
Melihat Izdham mengambil tempat duduk di
sebelahnya, dia melepaskan keluhan berat dan panjang.
“Awak nak apa sebenarnya ni Izdham? Saya rimaslah
macam ni.” Melissa berterus terang. Tidak peduli jika
perasaan Izdham tercalar. Dia berasa tidak bebas. Seperti
burung camar yang diikat kakinya, seakan patah sayapnya
untuk terbang bebas ke langit nan biru.
“Saya nak awak. Kita kahwin jom?” Izdham melamar
dengan berani. Berterus terang mengekspresikan niat
yang menghuni hatinya. Kini dia mula merasakan tempoh
perkenalan mereka bukan alasan untuk dia menyembunyikan
perasaan yang hadir memenuhi segenap ruangan hatinya
sendiri. Dia tidak mahu sesal kerana terlepas dalam merebut
cinta.
“Awak tak faham ke yang saya tak ada hati dengan
awak? Macam mana saya nak kahwin dengan orang yang saya
tak cinta? Saya tak boleh! Cinta tak boleh dipaksa-paksa.”
Melissa menolak. Gila! Baru kenal dah ajak bercinta.
“Tapi cinta boleh dipupuk. Saya dah jatuh hati
pada awak, Melissa. Berilah saya peluang. Saya yakin saya
mampu memikat hati awak. Saya yakin saya mampu merawat
kelukaan hati awak.” Izdham memujuk dan berharap Melissa
sudi menerimanya.
“Kelukaan hati saya bukan sedikit, Izdham. Terlalu
dalam, sampai saya sendiri pun takut nak ubatinya. Untuk
ubati hati saya ni, saya kena susuri denai kelukaan tu. Saya
belum kuat untuk itu,” ujar Melissa. Benar, dia masih belum
boleh melupakan bekas tunangnya. Bagaimana dia hendak
melupakan kalau Izz Aizril masih berterusan mengganggu
dengan panggilan telefon dan WhatsApp saban hari?
“Saya tetap takkan berputus asa untuk
memiliki awak walau apa pun yang terjadi,” ujar Izdham
bersungguh-sungguh.
Melissa panggung kepala. Degilnya doktor ini.
Sepatutnya seorang doktor mengubati penyakit, bukan
menyakitkan orang yang sihat. Pening!
“Can we just not to talk about this?” pinta Melissa.
Bagaimana dia hendak membicarakan tentang cinta
sedangkan hatinya seakan-akan mati dengan perasaan itu?
Bagaimana dia bisa merasakan perasaan itu sedangkan bukan
Izdham yang menjadi lelaki dambaan kalbunya?
“Yeah, we could. But... later on, bila tiba masa
yang sesuai, kita tetap perlu berbicara tentang kita.”
Izdham mengukir senyuman manis buat Melissa yang
memandangnya. Mereka saling bertatapan sesaat dua.
“Okay then. Biar masa yang menentukan segalanya.
Sekarang saya nak makan.” Melissa mencapai buku menu
yang dihulurkan Izdham. Tanpa berlengah, dia terus
membuka menu tersebut dan memesan makanannya tanpa
membuang masa.
“Wah, cepatnya! Awak lapar sangat ke?” Izdham
terkejut. Gadis itu terus saja memesan makanannya sejurus
menu berada di tangan. Walhal dia masih terkial-kial tidak
tahu mahu memilih menu apa.
“Lapar sangat. Melayan kerenah awak, habis
semua tenaga saya,” balas Melissa sambil tersenyum sinis
menempelak lelaki itu. Puas hatinya dapat menyindir.
“Good. Then you should eat more. Lagi banyak awak
makan, lagi banyak tenaga awak, dan... lagi lama awak boleh
bertahan dengan kerenah saya.” Tidak kisah dengan sindiran
itu, Izdham bersuara riang sambil bermain mata. Dia mula
memesan banyak makanan.
“Kejap, kejap! Awak order banyak-banyak makanan
ni untuk siapa?” Melissa pelik. Hanya mereka berdua sahaja
di situ, tapi Izdham memesan makanan seolah-olah mereka
datang berenam.
“For youlah my dear... kata perlukan tenaga yang
banyak untuk layan kerenah saya,” jawab Izdham lagi.
“Awak tahu tak, sepinggan hidangan yang saya order
tu pun belum tentu saya mampu habiskan, inikan pulak awak
order banyak-banyak macam tu. Siapa yang nak makan?
Awak?” tanya Melissa lagi.
Izdham hanya tersenyum manis dan kembali
memesan makanan kepada pelayan yang setia menunggu
tanpa menghiraukan pertanyaan Melissa.
“Awak habiskan semua makanan yang awak pesan
tadi. I don’t care!” ujar Melissa sebaik sahaja pelayan itu
beredar dari meja mereka.
“Awak ni risau sangat kenapa? Relakslah, Melissa.
Let's talk about something else other than food, okay?”
cadang Izdham.
Melissa hanya menurut tanpa banyak soal. Tak kuasa
dia hendak berbalah. Biarlah membazir ataupun tidak, itu hal
lelaki itu. Lagipun wang lelaki itu yang dibazirkan. Bukan
wangnya!
Walaupun Izz Aizril disatukan dengan isteri yang tidak
pernah menjadi pilihan hatinya, dia tetap menunaikan
tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Cuma, Melissa
masih tetap dalam hatinya. Saban kali juga dia berkelahi
dengan isterinya kerana kantoi menghantar pesanan dan
membuat panggilan kepada bekas tunangnya itu. Namun nasib
tidak menyebelahinya apabila Melissa tidak mengendahkan
segala WhatsApp dan panggilan telefon daripadanya. Dia
merindui saat lalu. Dia merindui Melissanya!
Telefon bimbit dicapai, sambil menyandar di sofa
ruang tamu rumahnya. Pantas sahaja jemari menaip dan
menghantar pesanan WhatsApp lalu dihantar kepada Melissa.
Biarlah Melissa tidak membalasnya, kerana dia tahu Melissa
tidak pernah gagal membaca setiap pesanan yang dihantar.
Semuanya tertera di ‘last seen’ aplikasi WhatsApp gadis itu.
Mujur ada aplikasi WhatsApp ini, dia sentiasa berasa dekat
dengan bekas tunangnya itu.
“Apa yang abang menungkan? Abang teringatkan
bekas tunang abang lagi, kan?”
Lamunan Izz Aizril tercantas saat dia disapa oleh
isterinya. Suara isterinya kedengaran cemburu.
“Jangan mulakan, Lia. Abang malas nak bergaduh.
Tolonglah,” pesan Izz Aizril mengharapkan isterinya akan
berhenti mencari punca perbalahan. Sungguh perasaannya
amat terseksa.
“Isteri mana yang tak cemburu kalau suaminya asyik
teringatkan perempuan lain, nak-nak bila isteri sendiri yang
ada di depan mata ni langsung tak dihiraukan???” Darlia
memerli suaminya. Sakit yang bertakhta dalam hatinya
semenjak sah menjadi isteri kepada Izz Aizril semakin hari
semakin kuat. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Dia tahu
sukar untuk suaminya melupakan bekas tunangnya itu, tapi
suaminya dilihat tiada langsung usaha untuk melupakan.
Malahan saban hari ada saja pesanan dan panggilan yang
dihantar kepada bekas tunangnya itu. Cuba melupakankah
itu? Atau sengaja ingin mendekati kembali?
“Biarlah. Janji abang tunaikan tanggungjawab abang
sebagai suami! Apa lagi yang tak cukup? Dan maaf, Melissa
bukan bekas kekasih hati sahaja, tapi dia bekas tunang abang,
dan hampir menjadi isteri abang! Sudahlah Darlia, hentikan.
Abang kata hentikan, hentikan!” Izz Aizril mengherdik
isterinya.
Alangkah terkilannya hati Darlia diherdik
sedemikian. Semuanya gara-gara seorang gadis yang bernama
Melissa!
“Apa lagi yang tak cukup? Abang nak tahu apa lagi
yang tak cukup? Kasih sayang dan cinta abang terhadap diri
saya! Saya ni isteri abang! Tapi abang lebih mencintai bekas
tunang abang daripada isteri abang sendiri! Kita baru aje
kahwin!” Darlia sudah teresak-esak sambil menuturkan kata.
Nanar dengan perbuatan suaminya. Hari-harinya suram tiada
langsung cahaya kebahagiaan yang menyinari masjid yang
didirikan.
“Kalau dah tahu yang hati dan cinta abang hanya
untuk Melissa, kenapa Lia nak jugak jadi isteri abang?”
Izz Aizril sengaja menyimbah garam ke hati isterinya yang
terluka. Isteri yang sedang menangis kesedihan dipandang
sepi. Sedikit pun dia tidak berasa simpati. Malah dia berasa
bosan menatap wajah itu. Kejamkah dia? Bukan salahnya
kerana tidak bersimpati, namun seluruh hati dan perasaannya
hanya milik Melissa.
Semuanya terjadi kerana ibunya termakan
kata-kata ibu Darlia. Kononnya Darlia yang sealiran dengan
profesionnya itulah yang layak digandingkan dengan dirinya
dan bukan Melissa yang tidak tentu masa kerjayanya. Dia
dan Melissa menjadi mangsa keadaan. Sampai ke hari ini dia
masih bersedih atas kehilangan gadis yang dicintainya.
“Bukan Lia yang tergila-gila nak jadi isteri abang.
Ini semua aturan keluarga. Lia hanya menurut perintah ibu.
Ingatkan Lia akan bahagia, tapi tak sangka, derita yang Lia
terima...” Darlia teresak-esak lagi. Bercucuran air matanya.
Izz Aizril berlalu pergi meninggalkan Darlia yang
terduduk menangis di ruang tamu. Kunci kereta dicapai dan
dia keluar sendirian. Fikirannya perlu ditenangkan.
Darlia meraung meratapi nasib diri. Kejamnya
hati si suami. Sudahlah tiada langsung kata pujukan buat
menenangkan rajuknya, malah dia ditinggalkan menangis
sendirian. Dalam diam dia berasa iri hati dengan gadis yang
bernama Melissa. Apa cantik sangatkah gadis pujaan hati
suaminya itu? Apa kurangnya dia jika dibandingkan dengan
Melissa?
Sedikit demi sedikit, dendam mula bertamu
dalam hati Darlia. Dendam terhadap Melissa yang tidak
tahu-menahu langsung tentang apa yang sedang berlaku
dalam rumah tangganya bersama Izz Aizril.

No comments:

Post a Comment