DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday 13 April 2020

Maalik Hughes - Bab 2

BADAN bersandar tenang pada kerusi dengan kaki kanan naik menindih kaki kiri. Siku ditongkat pada arm rest sementara jemarinya bermain di bibir. Tekun dia mendengar laporan suku pertama tahunan yang dibentangkan oleh pengurus kewangan syarikatnya itu.

Dalam keadaan ekonomi yang turun naik, syarikat yang diterajuinya itu masih mampu berdiri teguh. Walaupun asasnya daripada nenek moyang dan dia hanya meneruskan legasi mereka di tanah kelahiran ibunya ini.

Setelah hampir satu jam lebih berkampung di bilik mesyuarat, akhirnya pembentangan laporan kewangan syarikat tamat juga. Para pekerja mula beransur keluar meninggalkan Maalik yang masih bersandar pada tempat duduk dan memandang ke luar. Jelas kelihatan puncak menara berkembar Petronas. Salah satu lambang kemegahan Kuala Lumpur.

Menetap di sini langsung tiada dalam perancangannya. Sejak kecil Maalik tidak pernah menjejakkan kaki di tanah kelahiran ibunya ini. Dilahirkan dan dibesarkan di bumi England menjadikan dia seorang Maalik Hughes, sepenuhnya lelaki berbangsa Inggeris.

Namun, semakin dia meningkat dewasa, semakin hatinya memberat untuk pulang ke sini. Dalam diam Maalik mula mempelajari bahasa ibunda ibunya dan ketika dia hampir menamatkan pengajiannya di universiti, nanna membuat keputusan untuk melebarkan sayap perniagaan mereka ke Asia dan Malaysia dipilih untuk membuat pelaburan kerana keadaan ekonomi dan peluang pelaburan yang amat baik ketika itu.

Kesempatan yang ada terus diambil Maalik. Permintaannya untuk menguruskan perniagaan keluarga di Kuala Lumpur disambut baik oleh neneknya, Lady Maisha walaupun ditentang hebat oleh ibu. Semakin ibu menentang, semakin nenek berkeras untuk menghantar dia ke sini.

Hari ini, genap 10 tahun dia menetap di Kuala Lumpur. Diri dia sudah sebati dengan negara Asia Tenggara ini. Jiwanya sudah mula mencintai Tanah Melayu yang pernah menjadi jajahan takluk bangsa Inggeris suatu ketika dahulu. Mata semakin mengecil apabila matahari di luar sana semakin menegak. Panas tidak seperti di negara kelahirannya. Tetapi ini yang dia suka. Sesekali pulang ke England kulit putih ini sudah tidak biasa lagi dengan iklim di sana.

“Bos.”

Sapaan Meen menghentikan lamunan Maalik. Lalu dia berpaling memandang pembantu peribadinya itu.

Yes, Meen.”

“Cik Tasha tunggu bos dalam bilik.”

She’s here?”

Meen angguk.

“Ya, bos.”

Maalik bangun dan mengemaskan pakaiannya. Tanpa kata dia terus keluar dari bilik mesyuarat untuk ke biliknya.

 

HEY TASH, what’s up?” Maalik terus menyoal setelah melangkah ke dalam biliknya. Kelihatan Tasha sedang duduk santai di sofa panjang berwarna hitam yang terletak di tengah biliknya itu.

“I ganggu you ke?”

“Taklah. Mesyuarat dah lama tamat, I je yang baru keluar.” Seperti biasa kaki mula bersilang dengan kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket.

“I jumpa client area sini, jadi singgah jumpa you sekejap.”

Maalik angguk faham.

“Macam dah lama kita tak jumpa, kan?”

“Sibuk Tash, tak sempat nak bersosial.”

Tasha ketawa.

Yup, CEO of Hughes Corporation in KL. What do you expect, kan?”

Maalik mencemik sebelum ikut ketawa bersama Tasha.

“You dapat jemputan daripada Tan Sri Zakuan?”

“Untuk majlis malam nanti?”

Maalik angguk.

“Dapat tapi mungkin I tak pergi.”

“Kenapa?”

I don’t really know him.” Tasha angkat bahu. “So yeah, I’m not going.”

Irrelevant excuse, Tash. Jom teman I malam nanti.”

Tasha sorok senyum. “You jemput I dekat rumah?” Tanpa teragak-agak dia menyoal. Spontan kedua belah tangan naik memeluk badan sendiri.

Is this a trick?” Maalik memandang gadis di hadapannya itu dengan mata yang mengecil.

Terlepas juga tawa Tasha. Nampaknya helah dia menjadi. Memang sengaja dia datang ke pejabat Maalik hari ini dan bertemu klien itu cuma alasan semata.

“Okeylah kan, sekurang-kurangnya you tak berkeseorangan malam nanti.”

Yes, right.”

Semakin melebar sengihan Tasha apabila mendengar jawapan reda Maalik. “Kalau macam  tu, jumpa malam nanti ya.” Terus dia bangun dari duduk dan bersedia untuk pulang.

“Dah nak balik? Tak nak lunch dulu?”

“Tak kut sebab dah janji nak keluar lunch dengan mummy.” Dalam kepala Tasha sudah ada rancangan lain sebenarnya. Tak kisah kalau tidak makan tengah hari dengan Maalik sebab sepanjang malam nanti dia akan bersama lelaki kacukan ini.

I’ll fetch you at 8. Sharp!”

Yes, boss!”

Maalik hanya memandang Tasha yang berlalu keluar dari biliknya itu.

Natasha Alia Yong binti Abdullah Yong, anak salah seorang ahli perniagaan yang berjaya dan terkenal di Malaysia. Merupakan CEO pusat membeli-belah terkemuka di tengah bandar raya Kuala Lumpur; milik ayahnya. Juga golongan sosialit yang terkenal dan berpengaruh di media sosial.

Mengenali Tasha sewaktu bercuti di Hong Kong, perkenalan itu dibawa sehingga ke Kuala Lumpur. Maalik senang berkawan dengan Tasha kerana karakter gadis itu yang berfikiran terbuka. Walaupun dilahirkan dalam dulang emas, namun masih bekerja keras demi mengekalkan apa yang telah menjadi milik keluarganya.

Tangan kanan naik mengusap bawah bibir. Persahabatan mereka yang menjangkau usia 4 tahun itu membuatkan Maalik sangat mengenali peribadi Tasha dan dia tahu apa yang gadis itu inginkan daripadanya. Sesuatu yang agak mustahil untuk dia berikan. Tidak pasti kerana Maalik belum bersedia atau sememangnya Tasha bukanlah orangnya.

Nafas ditarik dalam. Maalik bangun dari duduk dan keluar mencari pembantu peribadinya.

 

LEBAR SENYUMAN di wajah Tasha. Bagi ahli perniagaan seperti mereka, majlis sebegini memberi banyak peluang kepada mereka untuk menambah kenalan dan juga rangkaian dalam perniagaan. Dan apa yang sangat menarik pada majlis ini adalah perkongsian Tan Sri Zakuan tentang peluang perniagaan dalam bidang kecantikan dan kosmetik.

“Dah siap?” soal Maalik yang entah muncul dari mana.

“Dah nak balik?”

Yup, Tash. It’s getting late.”

Tasha memandang jam di pergelangan tangan. Baru melewati jam 11 malam.

“I nak ke ladies sekejap.”

“I tunggu dekat lobi.”

Tasha angguk dan terus berlalu. Malam yang dirasakan paling singkat. Maalik lebih banyak bersembang dengan tetamu jemputan yang lain dan membiarkan dia keseorangan. Mujurlah dia pandai membawa diri. Sudah biasa menghadiri majlis sebegini jadi bukan satu masalah jika ditinggalkan bersendirian.

Keadaan agak bingit dengan gelak ketawa ketika dia mendekati ruang tandas yang tidak jauh dari lobi hotel. Kelihatan 5 orang gadis sedang bergelak ketawa sambil mengambil gambar di dalam tandas yang bersih dan tampak mewah itu.

Satu pemandangan yang menyakitkan mata Tasha. Sudahlah bercakap mengalahkan pembesar suara, lepas tu posing beria-ia pula di hadapan cermin tandas itu. Sungguh dia tidak dapat menerima gelagat gadis-gadis yang dilihatnya itu.

Tanpa mempedulikan mereka, Tasha terus mengemaskan solekannya. Beberapa minit kemudian keadaan tandas mulai sunyi apabila gadis-gadis itu keluar dari situ.

Finally. Ingatkan nak berkampung dalam tandas ni,” bisiknya dengan nada tertahan. Geram.

Setelah selesai mengemaskan mekap pada wajahnya, Tasha menghampiri kawasan lobi. Pendengarannya kembali disapa dengan suara-suara yang didengari ketika di tandas seketika tadi. Berkerut keningnya melihat gadis-gadis yang sama sedang teruja mengambil gambar di situ.

“Memalukan!” cemuh Tasha sambil berjalan mendapatkan Maalik yang duduk di salah sebuah kerusi yang terdapat di situ.

Maalik yang sedang leka dengan telefon di tangan mengangkat wajah memandang Tasha yang berdiri di hadapannya. Kemudian dia mengikut pandang ke arah yang sama. Baru dia perasan akan kewujudan sekumpulan gadis yang sedang seronok bergambar itu.

“Cuba you tengok antics budak-budak tu.”

“Kenapa?”

“You tahu tentang istilah social climber?” Tangan naik membelit badan sendiri.

Nope.”

That’s the example of a social climber. Snap snap snap then post it on social media. I bet diaorang bukan orang berada pun. Mungkin pertama kali jejak hotel 5 bintang macam ni sebab tulah beria-ia ambil gambar macam tu.”

Maalik kembali memandang ke arah kumpulan gadis tersebut. Hanya 4 orang sahaja yang bergaya berswafoto. Kemudian dia memandang ke arah seorang gadis yang hanya tegak memandang. Sesekali diarahkan untuk mengambil gambar rakan-rakannya itu. Sangat berbeza karakternya berbanding yang lain. Mata Maalik terus melekat memandang gadis tersebut.

“Remaja zaman sekarang tahu nak berlagak saja.”

Renungan Maalik terhadap gadis tersebut terus mati apabila Tasha kembali bersuara.

“Jom balik.” Dia terus bangun dan berlalu. Seketika kemudian dia berpaling ke arah Tasha yang berjalan di belakang.

By the way, cantik tudung you.”

Oh really?” Spontan tangan Tasha naik memegang selendang yang melilit kepala. “Dah nak balik baru you puji...”

Hujung bibir Maalik terjongket dengan senyuman penuh makna.

No comments:

Post a Comment