DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday, 19 May 2020

Rindu Yang Terpendam - Prolog

 


TERASA berat tubuh Dhiya saat dia ingin menggerakkan anggota tubuhnya. Kepalanya berdenyut-denyut membuatkan dia sukar untuk membuka mata. Perasaan Dhiya semakin berdebar saat tubuhnya terasa seperti terdedah dan kesejukan.

Perlahan-lahan Dhiya membuka matanya. Kesakitan di kepala cuba ditahan. Menggigil tubuhnya saat terpandang wajah Ayie yang sangat dekat dengan wajahnya. Hembusan nafas lelaki itu menampar ke wajahnya.

Paling membuatkan Dhiya terkejut, mereka berdua berpelukan tanpa seurat benang. Mengalir deras air mata Dhiya saat tersedar dirinya dalam keadaan mengaibkan. Lekas dia menekup mulutnya dengan tapak tangan supaya esakannya tidak terlepas.

Terbayang masa depan dia yang sudah hancur di tangan lelaki ini. Lelaki yang telah diberi kepercayaan sepenuhnya selama ini. Saat terkenangkan ibu di rumah, membuatkan Dhiya semakin teresak. Pasti wanita itu akan kecewa dengan perbuatannya ini.

Dengan perasaan marah, Dhiya menolak tangan lelaki yang masih berada di pinggangnya dengan kasar. Lekas dia menarik selimut untuk menutup tubuhnya yang terdedah itu.

Ayie yang masih berada dalam keadaan mamai agak terkejut apabila tidurnya terganggu. Saat dia terdengar suara esakan halus di telinganya, terus matanya terbuka luas. Serta-merta Ayie teringatkan perkara yang berlaku semalam.

Sebaik sahaja melihat Dhiya bersandar di kepala katil sambil menangis, Ayie segera bangun. Sayu hati dia melihat wajah yang sudah lencun itu. Perasaannya semakin resah kerana takut Dhiya akan membenci dia.

“Dhiya... aku...”

Arghhh!” Sekuat hati Dhiya menjerit kerana terlalu marah. Dia melempar semua barang yang ada berdekatan dengannya ke arah Ayie.

Cemas Ayie melihat reaksi Dhiya yang tiba-tiba mengamuk.

“Bertenang Dhiya, bertenang!” Ayie terpaksa memegang pergelangan tangan kanan Dhiya dengan kuat supaya tidak terus bersikap agresif.

Dhiya cuba melepaskan tangannya dari dicengkam Ayie. Tangan kirinya masih erat memegang selimut untuk menutup tubuhnya yang terdedah.

“Sampai hati Ayie buat Dhiya macam ni. Apa dosa Dhiya? Tergamak Ayie...” Tergeleng kepala Dhiya kerana dia tidak mampu menghabiskan ayatnya. Hancur segala kepercayaannya terhadap Ayie. Tersedu-sedan dia menangis mengenangkan nasib diri yang dialaminya sekarang.

Terasa menyesal kerana tidak mendengar kata ibunya. Mungkin ini sebabnya ibu tidak mahu dia mengikut Ayie keluar pada malam ini. Menyesal pun sudah tidak berguna lagi.

“Aku minta maaf, Dhiya. Malam semalam, aku tak mampu nak kawal diri aku. Tolong jangan benci aku, Dhiya.” Kolam mata Ayie sudah bergenang. Takut jika Dhiya tidak mahu memberikan dia peluang untuk menebus kesalahannya. Dia sedar kesalahannya kali ini terlalu besar. Perkara yang berlaku semalam di luar kawalannya.

Dhiya menarik tangannya dengan kasar. Dia tidak mahu terus disentuh oleh lelaki itu. Wajah Ayie dipandang dengan tajam. Tiba-tiba dia teringat perkara yang menyebabkan kejadian ini berlaku. Air minuman semalam yang menyebabkan dia menjadi mangsa nafsu lelaki itu.

“Air apa yang Ayie bagi pada Dhiya semalam?”

Wajah Ayie berubah pucat. Jujur dia tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan kepada Dhiya sekarang. Wajahnya diraup kasar. Kesal kerana tidak mampu mengawal nafsunya semalam hanya kerana godaan Dhiya.

“Aku...” Tergagap Ayie untuk memberikan penjelasan.

“Jawab!”

Ayie masih membisu.

Tangisan Dhiya semakin menjadi-jadi saat melihat Ayie begitu sukar untuk menjawab soalannya. Kini sudah jelas perkara semalam sudah dirancang oleh Ayie.

Lekas Dhiya menutup tubuhnya dengan selimut. Dalam keadaan tubuhnya yang masih terasa ngilu dan sengal, dia menggagahkan diri untuk mengutip pakaiannya di atas lantai.

Tergesa-gesa Ayie menutup tubuhnya di bahagian bawah dengan bantal saat selimut ditarik kasar. Perasaan malunya semakin menebal apabila melihat keadaan dirinya langsung tidak berpakaian.

Dhiya masuk ke dalam bilik air untuk memakai pakaian. Tubuhnya melorot jatuh ke atas lantai. Hancur luluh perasaannya kerana maruah dia sudah tercemar.

Arghhh!”

Jeritan Dhiya membuatkan Ayie semakin cemas. Dia segera turun dari katil dan menutup tubuhnya dengan tuala.

Pintu bilik air diketuk bertalu-talu. Risau jika Dhiya bertindak melakukan sesuatu perkara yang bodoh. Dalam keadaan sekarang, gadis itu pasti tertekan dengan perkara yang berlaku semalam.

“Dhiya! Buka pintu ni. Kalau kau tak buka, aku pecahkan pintu ni!” Terpaksa Ayie bertindak keras supaya Dhiya dapat membuka pintu ini dengan segera.

Hampir 5 minit kemudian, barulah pintu bilik air dibuka dari dalam. Wajah Dhiya yang sudah pucat dan masih lencun itu, membuatkan hati Ayie semakin terluka.

“Dhiya...”

“Ke tepi.”

Ayie masih lagi berdiri di hadapan Dhiya sehingga menghalang gadis itu keluar dari bilik air. Selangkah dia cuba mendekati Dhiya.

“Jangan dekat dengan Dhiya!”

Termati langkah Ayie ketika ini.

Dhiya terus menolak tubuh Ayie dengan kasar sehingga tubuh itu terundur ke belakang. Tergesa-gesa Dhiya mencapai beg galasnya sebelum dia meninggalkan bilik neraka ini.

Melihat Dhiya yang ingin keluar dari bilik, lekas Ayie cuba menghalang sekali lagi. Dia tidak mahu Dhiya pergi tanpa memberi peluang kepadanya untuk berterus terang. Lengan Dhiya disambar dan dipegang kemas.

“Tolong dengar dulu penjelasan aku. Sebenarnya...”

Pang!

Kaku tubuh Ayie. Terasa perit kulit mukanya menerima tamparan itu. Terus terlepas cengkaman tangannya dari lengan Dhiya. Melihat wajah tegang itu, Ayie yakin Dhiya sudah membenci dirinya.

“Jangan muncul depan Dhiya lagi.”

Nada suara Dhiya walaupun perlahan tapi cukup keras di pendengaran telinga Ayie. Tanpa sedar, air mata kekesalan mengalir di pipi.

Dhiya hanya memandang wajah itu tanpa rasa simpati. Perasaannya sudah mati untuk lelaki ini.

No comments:

Post a Comment