Sunyi suasana dalam kereta. Yang kedengaran hanyalah alunan
zikir munajat dari kaset yang dimainkan. Itupun sayup je sebab tak mahu
mengganggu lena Aqil. Anak dia ni pantang sikit kalau dengan bunyi bising.
Cepat je dia terjaga.
Pagi tadi, selesai je bersarapan, barulah Ain mengemas barang
keperluan Aqil dan dia untuk dibawa ke rumah ummi. Tak banyak sangat yang perlu
dibawa. Seminggu je pun. Itupun Ain tak pasti cukup ke tak seminggu dia duduk
rumah ummi ni.
Ain mengeluh kecil. Dia tahu Fuadi tengah terasa dengan dia.
Suami mana yang tak rasa tercabar bila isteri sendiri sengaja jatuhkan maruah
dia. Tambah-tambah depan ibubapa sendiri. Tapi, Ain terpaksa. Inilah peluang
dia nak lepaskan diri dari semua ni. ‘Ain, kau kena bertahan sikit je lagi.’
Petang ni Sofea sampai. Fuadi bagitahu dia? Of course la tak.
Ain tahu pun sebab dia curi-curi dengar perbualan Fuadi dan Sofea semalam.
Haish la. Dua tiga hari ni, Ain memang dah tak jadi diri dia yang sebenar.
Biadab dengan suami, curi-curi dengar perbualan suami, bersangka buruk dengan
suami, semuanya Ain dah buat. Ya Allah. Cepat la semua ni berakhir. Dah banyak
dosa Ain yang terkumpul ni.
“Hmmm..abang. Nanti Ain duduk dekat bilik bawah je boleh? Ain
tak larat la nak turun naik tangga. Biar Sofea tidur atas.” Rasanya Fuadi boleh
terima alasan dia. Lagipun, memang dia dalam tempoh berpantang lagi. Sengaja
Ain beralasan. Biarlah kemesraan Fuadi dengan Sofea nanti hanya di tingkat
atas. Dia tak cukup kuat untuk menahan rasa cemburu di hati.
Soalan Ain hanya berlalu sepi. Ain menggigit bibir sedikit. Entah
kenapa sekarang dia harapkan Fuadi sudi berbual dengan dia. Sekurangnya, dia
dapat mencipta sedikit memori yang baik-baik antara dia dengan Fuadi buat kali
terakhir. Semuanya sebab Ain tahu, sampai je dekat rumah nanti, sudah tak akan
ada memori yang manis buat dia.
“Kiranya nanti abang balik UK sekali dengan Sofea terus la
kan? Dah tempah tiket ke?”
“Kenapa? Dah tak sabar sangat nak suruh abang balik UK ke?”
Dengar sahaja suara keras Fuadi, Ain tahu dia sudah tersalah soalan.
Ya Allah Ain. Kenapa la nak bangkitkan hal Sofea sekarang ni.
Come on Ain. Think something.
“Aqil tolong tanyakan dekat papa. Sampai bila papa nak mogok
tak nak cakap dengan mama.” Ain pandang sekilas pada Fuadi. Hmmm..tak berubah
riak muka Fuadi. Masih ada lagi
riak-riak tegang di muka dia.
“Aqil cakap la dekat papa. Jangan sombong sangat. Ni last
mama bagi peluang dekat papa. Kalau papa tak nak cakap jugak, mama takut nanti
papa menyesal.”
1 minit, 2 minit, 3 minit…
“Hmmm..tak pe lah Aqil. Papa dah tak sayang mama. Shhhh…Aqil
sambung tidur ye. Sorry mama ganggu Aqil tidur..” Ain menepuk-nepuk lembut Aqil
yang tiba-tiba menggeliat kecil. Suara rengekan kecil Aqil mula kedengaran.
“Tu la. Anak tengah tidur duk buat bising kenapa.” Walaupun
perlahan suara Fuadi, masih jelas di pendengaran Ain.
Ain rasa tersindir. Nampak sangat yang usaha dia untuk
menjernihkan hubungan mereka tadi hanya dipandang sepi oleh Fuadi.
‘Ain, Ain..apa dia nak heran. Petang ni buah hati dia dah nak
balik.’
Suara tangisan Aqil yang semakin rancak meresahkan Ain. Aqil
ni kalau dah meragam, terus high pitch. Nasib baik kereta sudah mula menjalar
masuk ke perkarangan rumah ummi.
“Bak sini Aqil tu.” Selesai je memarkirkan kereta, Fuadi
terus mengambil Aqil dari dukungan Ain.
Sebelah tangan Fuadi gunakan untuk mengendong Aqil sementara
tangan yang sebelah lagi digunakan untuk mengangkat beg Ain masuk ke rumah.
Menonong je dia masuk ke rumah. Langsung tak dipelawa Ain masuk sekali.
Ain hanya mampu menjerut rasa. Memang la Ain dah biasa dengan
rumah ni. Tapi tak boleh ke dia berbasa-basi dengan Ain sikit.
“Hah, Ain. Sampai pun. Maaflah ummi kat dapur tadi. Tak
perasan Ain dah sampai. Ni pun keluar sebab dengar bunyi orang bukak pintu.”
“Tak pe ummi. Tengah masak ke?” Seperti selalu, kasih sayang
ummi tak pernah berkurang untuk Ain. Pantang berjumpa, tubuh Ain terus dipeluk
erat.
“Haah. Tak de lah masak sangat pun. Tengah ajar bibik macam
mana nak buat lauk untuk Ain. Ye lah, bibik bukan biasa masak untuk orang dalam
pantang.”
“Susahkan ummi je.”
“Tak de yang susah Ain. Ummi seronok sangat bila Fuadi cakap
yang Ain nak balik sini. Tu pun baru ummi tahu. Dia cakap ada kawan dia nak
datang. Tu yang dia bawak Ain balik sini. Takut nanti susah dia nak ulang alik
tengok Ain.”
Ain terkedu! ‘kawan?’
“Abang tak bagitahu ummi ke siapa kawan dia tu? Ain ingatkan
dia dah bagitahu.” Ya Allah. Apa lagi
helah yang Fuadi tengah mainkan sekarang ni.
“Tak de la pulak. Ain tahu ke siapa kawan dia tu?”
“Sofea!” Sepatah je jawapan Ain. Kenapa la dia tak pernah
terfikir nak call ummi sebelum ni.
Macam mana dia boleh terfikir yang ummi turut bersetuju
dengan rancangan ‘licik’ Fuadi ni. Sedangkan dulu masa heboh pasal Fuadi nak
kahwin ni pun ummi dah bising. Apa lagi sekarang ni bila Fuadi nak suruh Ain
duduk sebumbung dengan Sofea. Pasti lah ummi tak setuju.
“Ya Allah. Apa lagi Fuadi ni. Ain, ummi minta maaf ye. Ummi
tak tahu langsung pasal ni.” Jelas riak serba salah di muka ummi.
“Tak pe lah ummi. Bukan salah ummi pun. Ain sendiri yang
setuju nak datang sini. Lagipun untuk seminggu je. Boleh la Aqil luangkan masa
dengan papa dia. Takut nanti kalau Ain duduk rumah mama, Fuadi lupa pula nak
jenguk Aqil. Ye lah Sofea kan dah ada dekat depan mata dia.”
Dalam maksud ayat Ain. Bukan berniat nak sindir ummi, tapi
sengaja nak mengenang nasib sendiri.
“Ain sabar ye. Kalau ada apa-apa Ain bagitahu je ummi. Kalau
Adi sakitkan hati Ain, bagitahu je ummi. Tahu lah ummi uruskan dia.”
“Okay. Ummi geng Ain tau. Jangan sokong abang dengan Sofea.”
Walaupun Ain cuba berlawak, dia faham sangat apa yang Ain
rasa sebab dia pun perempuan. Ummi terus memeluk Ain. Cuba menyalur sedikit
kekuatan buat Ain.
Ain melangkah masuk ke bilik tetamu di tingkat bawah. Beg
baju dia sudah cantik terletak di tepi katil. Tapi, mana Fuadi dengan Aqil?
Suara rengekan Aqil sayup-sayup kedengaran dari tingkat atas.
Anak-anak tangga di depan mata dia dipandang berulang kali. Patut ke dia naik
atas? Rasa seriau pulak dia nak mendaki tangga ni. Teringat lagi kenangan bila
dia ditolak Fuadi di tangga ni dulu.
Akhirnya, Ain buat keputusan untuk hanya menunggu di sofa
bersebelahan tangga. Sambil-sambil tu boleh la dia cuba merangka apa aktiviti
dia sepanjang di rumah ummi ni. Ain tak pasti pulak samada Sofea akan duduk di
rumah ummi sepanjang masa atau dia akan keluar berjalan dengan Fuadi.
Kalau tanya pada Ain, dia lebih suka Sofea menghabiskan masa
di luar dengan Fuadi. Tak adalah nanti dia perlu mengadap muka mereka sepanjang
masa. Bunyi langkah kaki yang sedang menuruni anak tangga menghentikan lamunan
Ain.
“Mana Aqil? Kenapa tak bawa turun?” Pelik Ain bila melihatkan
Fuadi hanya turun berseorangan.
“Tidur kat atas. Nanti-nantilah abang bawak turun. Kalau Ain
nak tengok, pergi lah naik atas.” Selamba jawapan Fuadi. Ain yang masih tak
berpuas hati terus mengikut langkah Fuadi yang sedang menuju ke dapur.
“Abang ni kenapa? Takkan nak suruh Ain panjat tangga tu.”
“Oppss..sorry. Lupa pulak Ain tak boleh naik tangga. Tu yang
nak duduk bawah kan. Nanti-nanti lah abang bawak turun. Lapar ni.” Ya Allah.
Sakitnya hati Ain. Jawapan Fuadi macam orang tak berperasaan.
“Nanti kalau dia menangis macam mana?”
“I know my son very well. Tak de orang nak buat bising dah
kat atas tu. Lena la dia tidur.”
Okay! Ain, sabar. Ni tak sampai sejam lagi kat rumah ummi.
Sofea pun belum sampai lagi. Kau kena kuat. Ni baru sikit!
Gerammmmmmmm!!!!!!!!!!
ReplyDeleteEeiii...geramnya, kesian ain. Huhuhu..
ReplyDeleteAduiiii geramnya.....sian ngan ain.....
ReplyDeleteAduiiii geramnya.....sian ngan ain.....
ReplyDeleteBole tak ckp, jantan ni mcm lahanat..ain kan dlm pantang..tu kira dah mendera emosi ain..bkn calang2 org bole ngadap..bole meroyan tau tak fuandi..ko nak berseronok dgn betina bini no.2 ko tu, go on..tp jgn dera ain..dok sibuk salahkan ain sbb kematian anak si sofea tu,.korang yg sibuk merendek sampai x dulik anak dah di jln raya ko x pikir kan..kalau ikut undang2 bini no.2 ko tu patut di dakwa sbb cuai..ain x salah sbb jalan raya mmg untuk kereta bergerak..dgn budak kecik meluncur laju di jalan, sape2 pun bole langgar..sibuk je salahkan ain, yg ko x rasa bersalah dgn kematian anak pompuan kembar ko tu sbb sikap ko xde tanggung jawab..
ReplyDeleteKalau beginilah caranya....rasanya hidup sendiri dgn anak lebih bahagia
ReplyDeleteApapun alasan fuadi dalam segala hal dia akan dahulukan sofea,ain deserve someone yang betul2 sayang dan ambil berat perasaan ain...baik ain undur diri sebelum sakit yang lebih parah dan move on daripada makan hati terus Ada laki mcm tak Ada laki..abg wan lebih baik untuk ain
ReplyDeleteMendera perasaan la....geramnye !!!
ReplyDeletePPEERRGGHHH.. MMG MENCABAR KESABARAN BETULLAH SI FUAD NIE....
ReplyDelete