DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 16 December 2015

MAAF, SAYA TAK SENGAJA - BAB 3

SKUTER berwarna biru muda itu ditenungnya banyak kali. Tak cukup dari bahagian hadapan, dia mengalihkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan untuk melihat dari sudut lain pula. Aina Cempaka tersenyum puas hati. Seluar pendek paras lutut yang dipakai dibetulkan kedudukannya agar lebih selesa. Bangga punya skuter baru. Bau kedai pun tak hilang lagi!
            “Jangan ditenung lama-lama, nanti hilang. Manalah tau kut-kut ada perompakbersiri ke apa kat taman perumahan kita ni. Mmmm...gigit jarilah orang tu nanti,” usik Suzy. Menghirup segelas minuman sejuk dimuka pintu rumah sewa mereka.
            “Cabul betullah mulut kau ni. Agak-agaklah sikit bercakap tu!” Aina Cempaka menjegilkan biji matanya yang sedia bulat.
            “Marah pulak. Aku main-main ajelah. Itu pun nak ambik hati ke? Ni dah berapa kali kau gilap, hah? Kilat semacam je aku tengok.”Suzy cuba menyentuh permukaan skuter.
            “Eh jangan pegang-pegang! Habis nanti bercap.” Aina Cempaka menepis tangan teman serumahnya.
             “Pegang pun tak boleh ke? Kedekut betullah minah ni,” rajuk Suzy. Memucungkan bibir.
            “Merajuk pulak dah. Nak buat macam mana ni je yang aku mampu...bila ada rezeki lagi, bolehlah beli sebijik Kancil macam kau,” ucap Aina Cempaka. Menjuihkan bibir kearah sebuah kereta Kancil berwarna hitam milik Suzy.
            “Okey, bila kau dah start kerja nanti dan dapat gaji...bolehlah bawak aku jalan-jalan naik scooter kau yang kiut miut ni ek?” pancing Suzy.
            “Ya… Cik Suzilah. Akan aku penuhi permintaan mu itu.” Aina Cempaka mencuit pipi sahabat karibnya. Mereka tergelak serentak.
            “Malam ni boyfriendsimpanan kau tak ajak keluar ke? Maklumlah, setiap malam sabtu mesti korang dating,” kata Suzy dengan ketawa yang masih bersisa.
            “Boyfriend?”
            “Abang arkitek kau tu lah, siapa lagi?!”
            “Eh, tolonglah! Berapa kali aku nak cakap yang dia tu kawan aku. Kawan! Faham tak? Tak lebih daripada itu. Titik!” tegas Aina Cempaka. Membayangkan wajah Mohsin. Mulutnya tiba-tiba mengukirkan senyuman. Bercinta dengan Mohsin? Eh, mustahilah!
            “Tapi aku tak nampak pun dia layan kau macam tu. Mmmm jangan-jangan...”
            “Jangan-jangan apa?” Aina Cempaka mencubit pingang Suzy.
            “Adoi, sakitlah! Kau ni ganas betullah.” Suzy mengusap kesan cubitan berapi. Aina Cempaka memang terkenal dengan seni cubitan halusnya. Sekali terkena, pasti tercabut lapisan isi kulit!
            Deruman kereta BMW 7 Series menghentikan senda ketawa mereka. Seorang lelaki berbaju kemeja ungu keluar daripada perut kereta. Melambai-lambaikan tangan dari jauh.
            “Hah! Tu dia kawan kau dah sampai. Panjang umur dia. Kalau macam tu aku masuk dululah ye. Malas nak kacau pasangan yang tengah hangat bercinta ni. Bye!” Suzy segera berlari masuk ke dalam rumah. Membiarkan merpati dua sejoli melepaskan rindu masing-masing. Tak mahu jadi ulat penganggu.
            “Kenapa dengan Suzy tu...macam nampak hantu je. Muka handsome macam aku ni ada rupa hantu ke?”Mohsin membelek wajahnya yang putih bersih dicermin sisi skuter milik Aina Cempaka.
            “Habislah retak cermin motor aku nanti!” Aina cempaka pantas menarik cuping telinga lelaki itu.
            “Adoi, sakitlah!”
            “Rasakan. Kau ingat motor ni apa? Cermin ajaib! Nak suluh muka kau yang jambu tu 24 jam?! Aku beli cash tau.” Aina Cempaka bercekak pingang. Panas hati betul dibuatnya.
            “Garangnya mak nenek. Tak apa… walaupun kau garang macam mak nenekaku tetap suka. Tambah-tambah lagi dengan parut yang berseni kat dahi kau tu. Comel sangat!” ucap Mohsin dengan ketawa.
            “Banyaklah kau. Ada apa datang pagi-pagi buta ni?” soal Aina Cempaka. Mohsin tersenyum penuh makna. Matanya dikedip-kedipkan. Minta sesuatu. Tahulah Aina Cempaka. Taktik biasa!
            “Dia dah mula dah...” rungut Aina Cempaka.
            “Jomkita keluar malam ni nak tak? Aku belanja.”
            “Aku dah agak dah. Mmmm… tak bolehlah. Kalau esok boleh. Sebab aku nak beli barang sikit.” Mohsin berfikir sejenak dengan jawapan yang diberikan Aina Cempaka.
            “Tapi...” kata-kata Mohsin tergantung.
            “Apa?”
            “Kita naik motor baru nak tak? Baru best... berangin je.” sambung Mohsin.
            “Iyalah. Pukul berapa?”
            “Dalam pukul 11 pagi esok aku datang. Boleh?”
            “Okey. Tapi, jangan lambat pulak.”
            “Okey, nanti jumpa ek? Pakai cantik-cantik sikit.” Mohsin melangkah perlahan menuju kearah keretanya diluar garaj. Memberikan senyuman manis kepada Aina Cempaka.
            “Bye, mak nenek,” ucap Mohsin sebelum menghidupkan enjin keretanya dan memecut laju sehingga hilang daripada pandangan Aina Cempaka. Aina Cempaka hanya tersenyum dan mengeleng-gelengkan kepalanya. Mohsin tetap Mohsin! Sememangnya lelaki itu tidak pernah berubah. Dari kecil sampai dewasa perangainya tetap sama. Suka mengusik.

MOHSIN tersenyum lagi. Kali ini senyumannya penuh tekad. Dia membetulkan kedudukanya diatas kerusi empuk. Laci meja diselak cermat. Bekas kecil berwarna merah hati itu digengamnya kuat. Membukanya perlahan. Sebentuk cincin bertatahkan berlian putih bermain-main dijari-jemarinya. Bersinar takkala terkena cahaya lampu.
            Mohsin cuba membayangkan wajah Aina Cempaka. Pasti tidurnya pada malam ini tidak lena. Entah apalah yang akan berlaku esok? Hatinya berbolak-balik. Kertas kerja yang memenuhi ruang di atas meja diabaikan sekejap. Tiada mood untuk menyambung lukisan pelan projek pembangunan yang baru dirancang dan diterima beberapa hari yang lalu.
            “Betul ke apa yang kau buat ni Sin?” Mohsin merungut sendiri. Memutarkan sebatang pensel diatas meja.
            “Terima, tolak. Terima, tolak. Eh, terimalah!” ucapnya penuh teruja. Mata pensel yang sering menunjukkan arah yang bertentangan, kini beralih arah. Tepat menghala kepadanya. Lelaki bertubuh sederhana dan tinggi lampai itu melompat gembira.

            “Yes! Kahwin jugak kau Sin. Tahniah!” Mengengam tangannya penuh semangat. Cita-citanya untuk memiliki seorang wanita yang bernama Aina Cempaka akan tercapai. Wanita itu akan dipegangnya ketat-ketat seperti mana dia mengenggam cincin berlian di dalam tangannya. Yakin, Aina Cempaka akan menerima lamaranya esok. Mohsin tak pernah ragu tentang keputusan ini.

No comments:

Post a Comment