DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday 17 December 2015

MAAF, SAYA TAK SENGAJA - BAB 5

BAB 5

AINA CEMPAKA mengekori langkah Encik Latif ke jabatan eksekutif. Degupan jantungnya turun naik kerana hari ini dia terpaksa membiasakan diri dengan persekitaran tempat kerja yang baru dan agak asing. Entah apalah yang akan berlaku nanti? Hatinya benar-benar rungsing!
            “Biar saya kenalkan...yang ni Bakar, Tasnim dan Salmah. Mereka bertiga ni senior kat jabatan ni. Apa-apa masalah nanti awak boleh rujuk dorang,” ucap Encik Latif. Memperkenalkan Aina Cempaka dengan beberapa orang pekerja. Aina Cempaka menyambut tangan mereka dengan senyuman.
            Mata Aina Cempaka tertumpu kepada sebuah meja kerja kosong berhadapan dengan sebuah bilik pejabat yang kelihatan agak besar dan eksklusif. Mungkin itu meja kerjanya. Walaupun hanya cermin kaca yang memisahkan bilik pejabat dengan meja kerjanya, itu sudah cukup meyakinkan dirinya untuk gigih berusaha.
            Iyalah, kalau cermin ‘jarang’ macam tu mesti tak boleh nak curi tulang sangat. Tapi, mana bosnya? Tak ada siapa-siapa pun kat dalam tu! Bisik hatinya. Meninjau pandangan ke arah dalam bilik pejabat.
            “Secretary baru yang ni saya dah kenal. Aina... Aina apa?” soal Kak Salmah. Cuba berbahasa. Atau mungkin dia lupa kerana perkenalan mereka yang agak singkat tempoh hari. Aina Cempaka pantas berpaling dan tersenyum.
            “Aina Cempaka Binti Rizalman.”
            “Sedap nama penuhnya...klasik sangat. Macam orangnya jugak,” sambung Kak Tasnim sambil memandang Aina Cempaka dari atas ke bawah. Kak Salmah dan Kak Tasnim ketawa bersama.
            Aina Cempaka hanya mengukirkan senyuman kelat. Cuba membetulkan baju kurung bercorak bunga besar hasil pemberian ibunya. Mungkin agak ketinggalan zaman pada pandangan mata mereka. Tapi, tidak buat Aina Cempaka. Baginya pemberian ibunya adalah satu hadiah yang sangat berharga.
            “Jangan dilayan mereka berdua ni. Kalau dah bergabung, meletuplah office ni jawapnya nanti,” kata Bakar. Lelaki bertubuh gemuk dengan gayanya yang agak lembut itu cuba berceloteh.
            “Tak apalah Encik Bakar. Saya okey je,” kata Aina Cempaka.
            “Tak payah nak berencik Bakar sangatlah. Terbakar hatiIni dengar tau. Panggil IBurn je. Rock gitu. Walaupun ada orang tu selalu mengumpat yang Ini lembut, jantan patah la… adaI kisah!” kata Burn sambil menjeling tajam ke arah Kak Tasnim dan Kak Salmah.
            “Eh! Bila masa pulak kita orang mengumpat you Burn? Tak baik tau buat fitnah. Buat tambah dosa kering je you ni,” jawap Kak Tasnim.
            “Iyalah, lagipunyou bukannya bahan yang hot sangatkitaorang nak mengumpat kan?”tambah Kak Salmah sambil mencuit bahu Kak Tasnim. Mereka ketawa geli hati.
            “Sudahlah tu. Cubalah kamu semua tunjukan contoh yang baik pada pekerja baru. Ni tak, perangai macam budak-budak,” tegas Encik Latif. Mereka hanya tersipu-sipu malu.
            “Mmmm… Cik Aina,awak ada apa-apa benda yang tak jelas lagi ke?” soal Encik Latif.
            “Tak ada apa-apa. Semuanya dah jelas. Kalau ada apa-apa lagi yang saya tak faham, saya kan tanya. Terima kasih Encik Latif,” balas Aina Cempaka lembut.
            “Kalau macam tu, saya pergi dululah. Jangan lupa pulak tugas yang saya suruh tadi. Meja kerja awak kat sebelah sana. Awak boleh kemas apa-apa yang patut.” Arah Encik Latif sambil menunjukkan jari telunjuknya kearah sebuah meja kerja berhadapan dengan bilik pejabat. Berlalu pergi meninggalkan Aina Cempaka bersama tiga orang pekerjanya.
            “Tugas apanya? Bukannya Encik Iqbal ada kat office pun,” tanya Kak Tasnim kepada Kak Salmah.
            “Iyalah...betul jugak apa yang kau cakap tu. Memangnya, Encik Latif suruh Aina buat apa?” soal Kak Salmah. Menyentuh bahu Aina Cempaka.
            “Tadi dia suruh saya kemas bilik pejabat Encik Iqbal. Saya pun pelik dengan arahan dia tu. Kat sini memang tak guna khimatcleaner ya, kak?” tanya Aina Cempaka.
            Aneh. Sememangnya, sebelum ini Encik Latif ada menyuruh Aina Cempaka untuk mengemaskan bilik pejabat bos mereka. Aina Cempaka juga tertanya-tanya akan sebabnya. Takkanlah ini ujian untuk setiausaha yang baru masuk. Kalau ya, kenapa pulak? Eh, tak mungkinlah!
            “Mak cik cleaner ada. Tapi, sayangnya mak cik cleaner pun diharamkan kaki jejak kat dalam bilik dia tu. Apatah lagi kitaorang semua ni. Memang taklah jawabnya. Encik Iqbal kita tu memang aneh-aneh sikit. Kak Sal pun kadang-kadang tak faham. Nasib baik dia tak ada hari ni. Bolehlah kami bernafas sikit,” balas Kak Salmah dengan ketawa.
            “Bos tak datang hari ni ke? Kenapa ya?” soal Aina Cempaka. Ingin tahu.
            “Bos?! You ni lawaklah Aina. For your information, tak ada sorang manusia pun kat sini yang berani nak panggil dia bos tau. Kalau tak... habislah,” usik Burn.
            “Kenapa pulak?” Aina Cempaka bertambah bingung. Semangat ingin tahunya semakin menbuak-buak.
            “Kena marahlah. Itu pun youtak dapat ke?! Dia lebih prefer orang gelarkan dia Encik Iqbal. Kenapa?! You janganlah tanya I lagi. I tak tau. Lagi satu...kalau you nak lama kerja kat sini, lebih baik ikut je apa yang dia cakap. Jangan membantah tau,” tambah Burn. Ketawa manja. Aina Cempaka hanya senyum. Menganggukkan kepala.
            “Betul la apa yang Burn cakap tu. Kak Tasnim ingat lagi masa mula-mula Kak Tasnim masuk kerja kat sini. Bila terlepas cakap je, habis satu office kena marah. Aishhh… seram kot!” keluh Kak Tasnim.
            “Itu bukan sebab kau panggil dia bos lah. Itu sebab kau mengumpat dia dari belakang. Tak ingat ke?” Sampuk Burn.
            “Iyalah! Kau pun satu. Masa mengumpat tak pandang kiri kanan. Main sedap-sedap mulut je,” cemuh Kak Salmah pula.
            “Eleh, kau pun sama!” jawap Kak Tasnim.
            “Aku lain. Aku pandai cari line... tu sebab lepas,” balas Kak Salmah.
            “Dah... sudah! Tak payah nak memekak lagi. Korang berdua semuanya sama. Sekarang ni korang pergi buat kerja. Nanti I adu kat bos. Eh! Encik Iqbal baru you all tau…” bantah Burn. Agak tegas dengan gaya lengang-lenggoknya.
            “Iyalah.” jawap Kak Salmah. Mereka berdua mengambil tempat duduk dimeja kerja masing-masing. Menyambung tugasan kerja yang tergendala.
            “Aina you pun boleh teruskan kerja you. Nanti kalau you perlukan apa-apa… just call my name. Okey?” ucap Burn sambil melembutkan jari-jemarinya.
            “Insyaallah, nanti kalau ada apa-apa , saya panggil. Terima kasih.”
            “You're welcome my dear,” balas Burn. Mengenyitkan matanya. Menyambung tugas yang tergendala.
            Aina Cempaka juga mesti melaksankan tugasnya. Melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Faiz Iqbal dengan sebatang bulu ayam dicelah lengannya. Memandang sekeliling dari setiap segenap ruang dalaman pejabat. Menarik! Bisik hatinya. Melihat susun atur perabot dan keadaan meja yang sangat kemas. Kakinya melangkah ke arah rak buku setinggi lima kaki. Masih kemas. Apa yang nak dibuat lagi?
            “Eeee… banyaknya habuk,” bisik Aina Cempaka. Matanya meninjau pada setiap permukaan rak buku sehinggalah ke kawasan celah-celah dinding. Membersihkan setiap permukaan yang dirasakan agak kotor dan berdebu.
            Satu keluhan dilepaskanya. Rasa sangat lega kerana keringat pada hari ini sudah habis digunakan untuk mencuci habuk yang bertempek tebal pada sesetengah kawasan.
            Agaknya, Encik Iqbal ni jarang gunakan peralatan yang ada dalam pejabat kut.Buktinya, hanya meja kerjanya sahaja yang kelihatan bersih dan tersusun. Mungkin dia seorang yang pengemas tapi bukanlah seorang yang begitu teliti dalam sesetengah perkara. Itu dalam fikiran Aina Cempaka.
            Aina Cempaka merebahkan pinggulnya di atas kerusi empuk lelaki itu.Mengoyangkan tubuhnya ke kiri dan kanan. Beraksi bak gaya seorang perintis hebat. Matanya melilau ke bawah meja.
            “Tengok! tong sampah pun dah penuh. Dah macam sebulan tak pernah buang sampah.” Aina Cempaka merungut panjang sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. Memindahkan isi tong sampah ke dalam beg plastik hitam.
            Selesai mengemas bahagian bawah meja, matanya terpaku pada beberapa buah bingkai gambar. Kebanyakannya seperti gambar keluarga. Tapi, ada satu lagi bingkai gambar yang lebih menarik perhatiannya.
            “Ini... takkanlah?” mata Aina Cempaka tidak mampu berkedip. Gambar seorang lelaki yang berlatar belakangkan permandangan Menara Osaka itu seakan-akan dikenalinya. Cuba mengingati kembali bayangan wajah itu.
            “Mat bangla!” jeritnya agak kuat. Sedar diri agak keterlaluan, Aina Cempaka menerkup mulutnya. Ingatannya mula terimbas pada kejadian di dalam lif minggu lepas. Ya! Dialah lelaki yang sama masa kat dalam bas hari tu.
            “Matilah aku macam ni!” Aina Cempaka jadi kelam-kabut. Meletakkan semula bingkai gambar ditempat asalnya. Dia bergegas memulastombol pintu dan berlari keluar dari bilik pejabat.
            “Eh, kenapa ni Aina?! Macam orang nampak hantu je. Dah habis mengemas ke belum?” tegur Kak Tasnim. Pelik melihat aksinya yang tidak keruan itu. Aina Cempaka menelan air liur.
            “Eerrr...errr toilet kat mana ye, Kak Tasnim?” soal Aina Cempaka tersekat-sekat.
            “Keluar kat belakang tu... jumpalah.” Kak Tasnim menjuihkan bibirnya kearah pintu keluar. Mungkin Aina Cempaka tak tahan mahu melepaskan hajat. Itu yang ada dalam otak Kak Tasnim.
            Aina Cempaka melangkah pantas. Masuk ke dalam tandas dan segera membuat panggilan telefon. Sekarang, debaran hatinya lebih kencang berbanding ketika dia mula-mula melangkah masuk ke dalam pejabat tadi. Terasa mahu terkeluar isi perutnya. Peluh seram sejuk membasahi dahi.
            “Hello! Suzy...tolong aku. Matilah aku kali ni,” sergah Aina Cempaka setelah suara berbisik Suzy kedengaran.
            “Aku adameeting lah sekarang...” bisik Suzy.
            “Apa kau cakap ni, aku tak dengarlah!” jerit Aina Cempaka.
            “Maaf, saya ada emergency call...kejap lagi saya datang balik,” kedengaran suara Suzy bercakap dengan seseorang.
            “Aku tak boleh cakap kuat-kuatlah...tengah meeting tadi. Kau ni dah kenapa? Telefon masa-masa macam ni. Aku nak kerja pun tak senang,” keluh Suzy. Terganggu dengan bunyi nada dering telefonnya yang agak kuat didalam bilik mesyuarat tadi.
            “Aku tak kira. Kau mesti tolong aku jugak!”
            “Tolong apanya?”
            “Kau ingat tak mat bangla yang aku cerita semalam?”
            “Mmmm... ingat. Kenapa pulak?”
            “Dialah bos aku! Aku dah tak tau nak buat macam mana ni. Tolonglah…”
            “Betul ke?!” Suzy tergelak besar. Geli hati.
            “Hoi, kau gelakkan aku?!”
            “Eh, tak… tak! Mana ada. Mmm okey... kau tenang dulu. Sekarang ni kau bagi tau aku. Kau dah jumpa dia ke belum? Dia ada marah kat kau ke?” Suzy cuba menenangkan.
            “Belum...aku tak jumpa lagi. Hari ni dia ambik cuti.” nada suara Aina Cempaka mula mengendur.
            “Dah tu? kau nak berhenti kerja lepas ni?!”.
            “Tak adalah sampai macam tu sekali. Aku cuma takut. Kalau esok aku jumpa dia macam mana? Mana aku nak letak muka ni, hah?!” balas Aina Cempaka. Memandang wajahnya di cermin.
            “Kau tergopoh-gapah ni kenapa? Cuba bertenang...tarik nafas panjang-panjang. Hembus.”Aina Cempaka hanya menurut. Melakukan apa yang disuruh.
            “Macam mana?”
            “Much better,” jawap Aina Cempaka.
            “Okey. Sekarang ni kau jangan kelam-kabut sangat...just relax. Kalau kau jumpa dia esok, buat je macam biasa. Got that?!”nasihat Suzy.
            “Okey, aku faham,” angguk Aina Cempaka.
            “Bagus. Sekarang pergi sambung kerja kau dan aku pun boleh sambung balik meeting aku balik. Ingat! Jangan nervous sangat. Nanti kalau ada apa-apa isu kita cerita kat rumah je. Okey, bye... aku dah lama sangat ni,” bicara Suzy sebelum mematikan talian telefonnya.
            “Hello, hello! Aku tak habis cakap lagilah.” Aina Cempaka merengus kecewa. Cuba menghela nafas dalam sebelum melangkah keluar dari tandas. Mencari semangat baru. Mahu atau tidak, dia terpaksa berhadapan dengan lelaki itu juga. Kalau bukan hari ini, mungkin esok lusa. Jadi, Aina Cempaka perlu sentiasa bersedia. Lakukan yang terbaik! Jangan mudah mengalah.
            “Aina... lamanya you pergi toilet. Buat apa, hah?” sapa Burn sebaik sahaja Aina Cempaka lalu di hadapan meja kerjanya.
            “Saya sakit perut. Tu sebab lama sikit. Ada apa?” Aina Cempaka memberi alasan.
            “Encik Iqbal dah tunggu you kat dalam office. Cuti half day katanya. Pagi tadi dia pergi klinik…” Burn melirikkan matanya kearah bilik pejabat.
            “Aik, bukan ke dia tak ada hari ni? Jangan main-mainlah Burn.” balas Aina Cempaka dengan ketawa.
            “Orang cakap serius...dia boleh cakap kita main-main pulak. Betullah. Tak percaya? Tengoklah sendiri.” Burn sambil menunjukkan jarinya ke arah seorang lelaki yang sedang duduk didalam bilik pejabat. Lelaki berkot hitam itu kelihatan fokus menyemak fail-fail yang bertimbun diatas mejanya.
            “Untuk pengetahuan you lagi, Encik Iqbal memang selalu ambik cuti half day. I lupa nak cakap tadi. Jadi, sebagai secretary dia… you kena faham perangai pelik dia ni…” sambung Burn. Senyum penuh makna. Tergedik-gedik merenung wajah Aina Cempaka. Macam ikan kena pancing.
            “Errrr...” Aina Cempaka teragak-agak membuka mulut.
            “Kenapa? Handsome kan?! Terpegunlah tu. Kalau I jadi you,mesti Ipun pengsan. Eh, you ni dah kenapa?!Dah macam tiang lampu je. Kena sampuk hantu ek? Maklumlah, kat office kita ni kan banyak puaka. Ke… you tak sihat hari ni?” soal Burn lantas memegang dahi Aina Cempaka.
            “Tak… tak, saya okey.” Aina Cempaka menepis tangan Burn daripada menyentuh dahinya. Bimbang jika helaian rambutyang menutupi parutnya terselak.
            “Sebelum I terlupa...tadi Encik Iqbal suruh you buatkan dia coffee. Kurang gula dan tak mau susu. Coffee O kurang manis gitu katanya.”
            “Errr… kalau Burn tolong hantarkan boleh?” Aina Cempaka semakin tidak keruan. Kedua-dua belah kakinya terasa berat. Macam dirantai dengan besi.
            “Mana boleh macam tu sayang,” manja nada suara Burn.
            “Kali ni je…”
            “Tak boleh…” agak keras sedikit jawapannya.
            “Tapi, boleh tak kalau…”
            “Tapi apanya lagi?! Dah, you pergi sekarang...nanti mengamuk pulak bapak singa tu.” Hampir terkeluar suara jantan Burn.Tak mahu mendengar alasan Aina Cempaka lagi.
            Aina Cempaka terpaksa juga melangkah ke dalam pantri. Menyediakan minuman yang dipesan. Sedang mengacau kopi didalan cawan, otaknya melayang-layang. Andaiannya semuanya negetif.
            Entah apalah reaksi lelaki itu nanti. Mungkinkah dia akan dipecat? Tak pun akan dihumban dari tingkat 14 dan dibiarkan mereput dalam hutan. Tak mungkin! Negara ini masih ada undang-undang. Paling kejam pun, mungkin dia akan dipecat. Ya, dipecat!
            “Aisss! Aku tak nak pikir lagi semua ni,” rengus Aina Cempaka.
            Hatinya kini berserah. Berserah atas apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku. Jika mahu pecat, pecatlah! Aina Cempaka sudah tak kisah. Dia terima apa juga keputusan lelaki itu.
            Aina Cempaka meletakkan secawan kopi yang sudah siap dibancuh diatas dulang kecil. Ditangan kirinya terselit sekeping majalah. Membawa dulang sambil menutup wajahnya ke dalam bilik pejabat. Langkah diaturnya berhati-hati agar kopi yang dibawa tidak tertumpah. Mengetuk pintubilik pejabat beberapa kali.
            “Masuk.” Suara garau lelaki itu memberikan kebenaran. Aina Cempaka melangkah kaki dengan sedulang kopi sambil menutup wajahnya menggunakan majalah.
            “Saya tak tau pulak ada secretary yang rajin macam awak ni. Baca majalah tak kena tempat. Ingat ini rumah ke, apa?” ucap Faiz Iqbal. Memandang Aina Cempaka sekilas dan kemudiannya kembali menyambung tugasnya.
            “Errrr...Encik Iqbal. Ni kopi yang Encik Iqbal pesan tadi,” jawap Aina Cempaka tergagap-gagap. Cuba menghilangkan rasa gugupnya. Tapi, tak berapa menjadi.
            “Letak kat atas meja,” balas Faiz Iqbal tanpa mendongak.
            “Kalau tak ada apa-apa lagi, saya mintak diri dululah.”
            “Nanti,” tahan Faiz Iqbal. Mengalih pandangannya ke arah Aina Cempaka. Kaki Aina Cempaka bagaikan beku. Tidak mampu bergerak walaupun seinci pun.Senaskah majalah masih menutupi wajahnya.
            “Nama?!” soal Faiz Iqbal agak tegas.
            “Aaa... Aina Cempaka...” balas Aina Cempaka agak gementar. Menelan airliur. Jantungnya berdegup laju. Seperti mahu pecah.
            “Sebelum ni lu kerja kat mana?” soalnya lagi.
            “Lu?!” Aina Cempaka berbisik perlahan.Biadap betul!
            “Errr...sebelum ni saya berkerja sebagai seorang secretary jugak. Kenapa Encik tanya?” soal Aina Cempaka ingin tahu.
            “Gua tahu la lusecretary. Tapi kat mana? Kat Kenyalang Properties kan?” soal Faiz Iqbal lagi.
            “Ye... macam mana Encik tau?” Aina Cempaka semakin hairan.
            “Sebab...resume kau dah ada kat dalam fail ni! Dahlah tu, tak payahlah nak cover muka kau tu lagi. I know who you are...” bidas Faiz Iqbal.
            Secara perlahan-lahan Aina Cempaka menurunkan majalah yang menutupi wajahnya. Mengukirkan senyuman kelat membendung rasa malu yang teramat sangat. Wajahnya bertukar pucat. Lantas memandang muka Faiz Iqbal. Di dahi Faiz Iqbal kelihatan kesan bengkak. Mungkin terlebih kuat penangannya semalam. Aina Cempaka semakin serba salah.
            “Encik Iqbal nak pecat saya ke?” soal Aina Cempaka.
            “Pecat? Kenapa pulak aku mesti pecat kau?!”
            “Iyalah...semalam kan saya ada tengking dan tuduh Encik Iqbal yang bukan-bukan. Sa...saya sebenarnya tak sengaja. Saya betul-betul mintak maaf. Masa tu mungkin saya terlebih emo.  Jadi, tak sedar apa yang saya cakap. Maafkan saya,” rayu Aina Cempaka. Bimbang jika kesilapannya semalam menyebabkan dia terpaksa diberhentikan kerja.
            Faiz Iqbal mengeleng-gelengkan kepalanya. Sebatang pen bermain-main dijari-jemarinya. Memandang Aina Cempaka dari atas sampai kebawah.
            “Pasal benjol kat dahi Encik Iqbal tu pun saya nak mohon maaf.  Saya…”
            “Semalam aku ingat, aku jumpa tomboi. Sekarang...dah macam mak budak pulak,” potong Faiz Iqbal dengan ketawa besar. Geli hati takkala teringatkan wajah kelakar gadis dihadapannya itu semalam.
            ‘Sabar...Aina. Sabar. Anggap je manusia ni tak ada otak. Okey?’ pujuk hati Aina Cempaka. Melepaskan satu senyuman kepada lelaki yang duduk dihadapannya. Api yang panas membara terpaksa diabaikan buat sementara waktu. Dia perlu nampak tenang dan bersahaja. Singkirkan muka cuak!
            “Kenapa berhenti dari Kenyalang Properties? Mesti ada sebab tertentu. Tak mungkin la ada orang yang sanggup lari dari situ semata-mata nak kejar gaji yang ciput kat sini, kan?” ucap Faiz Iqbal agak sinis.
            “Saya letak jawatan atas sebab peribadi.”
            “Sebab apa?”
            Aina Cempaka sudah tidak keruan.
            ‘Takkanlah aku nak bagitau yang aku kena raba dengan bos aku sendiri kut. Nanti apa pulak yang dia pikir?’ Soal hatinya.
            “Saya letak jawatan sebab nak cuba kerja kat tempat baru. Kan bosan kalau kita kerja dalam persekitaran yang sama. Saya nak juga timba pengalaman kat tempat lain. Lebih banyak kita timba pengalaman, lebih mahir la kita nanti. Betul tak?” lega hati Aina Cempaka dengan jawapan selamatnya itu.
            “Okey. Kalau macam tu kau nampak tak fail-fail kat dalam rak sana tu?” kata Faiz Iqbal. Mengarahkan anak matanya kearah sebuah rak yang menempatkan susunan fail yang pelbagai saiz dengan warna yang berbeza.
            “Nak pengalaman kerja sangat kan?! Sekarang, kau susun fail-fail tu ikut seriel number. Aku tak nak ada maklumat yang bercampur-campur kat dalam tu nanti. Faham tak?” tegas Faiz Iqbal.
            “Iya, saya faham.” jawap Aina Cempaka lancar.
            “Jangan lupa buat report pasal projek perumahan kos rendah ni. Kalau tak ada apa-apa, aku nak keluar dulu.” Faiz Iqbal meletakkan sebuah fail di atas mejanya. Mengangkat pinggul. Kot hitamnya dibutangkan semula.
            “Boleh saya tahu. Encik Iqbal nak pergi mana? Waktu rehat belum mula lagi ni,” tanya Aina Cempaka sambil melihat jam tangannya yang baru mencecah jam 12 tengah hari.
            Malas melayan, Faiz Iqbal segera berlalu keluar dari pejabat dan meninggalkan Aina Cempaka terkulat-kulat seorang diri.
            “Ya Allah, sakitnya hati aku. Ingat aku ni tunggul kayu ke apa?!” cemuh Aina Cempaka. Hanya mampu melihat tubuh sasa lelaki itu berlalu pergi menerusi dinding kaca dari dalam bilik pejabat.

“MACAM mana dengan tender projek pembinaan pusat beli-belah kat Ampang tu, Encik Iqbal? Settle?” soal Encik Latif sambil menghirup minuman sejuk didalam gelas kaca. Selesa dengan suasana di restoran yang selalu mereka kunjungi apabila tiba waktu rehat.
            “Tak jadi,” balas Faiz Iqbal perlahan.
            “Tak jadi?!”
            “Entahlah. Apa yang orang tua tu nak pun saya tak paham.”
            “Dah tu, apa yang Encik Iqbal buat?”
            “Macam biasalah. Saya pergi jumpa Datuk Mazlan sendiri, terkejut beruk orang tua tu bila kena sergah. Macam cicak berak kapur… baru dia tau!” Faiz Iqbal tegelak suka.
            Teringat semasa dia pergi ke pejabat Datuk Mazlan beberapa hari yang lalu. Tak senang duduk orang tua itu bila dihamun dan diugut oleh Faiz Iqbal. Biar dia tahu langit itu tinggi atau rendah!
            “Padan muka. Itulah, main lagi dengan api. Dia ingat kita ni apa?” tambah Encik Latif pula.
            “Jangan risau… tak lama lagi mesti dia ubah fikiran. Kita tunggu je,” yakin Faiz Iqbal. Encik Latif turut tersengih.
            “Mmmm… secretary baru tu okey tak? Jangan bagitau saya yang Encik Iqbal nak pecat dia pulak kali ni,”
            “Pecat? bukan kali ni kut.” Faiz Iqbal menyudu nasi goreng kampung ke dalam mulutnya.
            “Kenapa pulak?” soal Encik Latif. Agak terkejut. Tidak pernah pula dia mendengar kata-kata itu keluar dari mulut Faiz Iqbal.
            “Dia ni berguna sikit. Tak macam yang lain-lain tu.” Faiz Iqbal tersenyum penuh makna.
            “Saya tahu kenapa. Ni mesti sebab...” Encik Latif turut menyambung senyum.
            “Bingo! Pandai pun. Bila kita dah ada dia, semua rahsia dan apa saja mengenai Kenyalang Properties ada kat dalam tangan kita. Saya yakin...dia tahu banyak benda. Itu yang paling berguna,” kata Faiz Iqbal penuh yakin.
            Betul tu. Lepas ni saya bolehlah bersara dengan aman. Tak payahlah nak fikir lagi tentang syarikat. Datin mesti bangga dengan Encik Iqbal nanti,” ampu Encik Latif.
            “Betul tu. Apa yang penting sekarang ni...kita kena rampas balik projek yang mereka rampas daripada kita. Saya akan pastikan kita balas balik apa yang dorang buat kat Ibunda Cooperation,” dendam Faiz Iqbal.

            Masakan dia boleh lupa apa yang dah dibuat oleh Kenyalang Properties. Sebelum ini, beberapa projek perumahan sederhana dan mewah telah dirampas oleh mereka. Projek bersama Datuk Mazlan juga disapu habis. Sekarang ini bukan masanya untuk berdiam diri lagi. Kuku harimau yang disorok selama ini perlu dihunuskan. Biar mereka tahu langit itu rendah atau tidak. Itu janji Faiz Iqbal.

No comments:

Post a Comment