DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday, 21 December 2015

JODOH UNTUKKU - BAB 41

BAB 41



“Adi, Ain. Kenapa ni?” Suara ummi yang lembut menegur terus menyejukkan ‘aura panas’ dalam hati Ain.
“Tak ada apa lah ummi.” Nasib baik ummi ada. Terbantut niat Ain nak memanjangkan pergaduhan dia dengan Fuadi.
“Kalau tak ada apa-apa, jomlah duduk makan. Ayah tengah hari ni tak balik. Ramai patient dekat klinik dia.” Owh. Patutlah Ain tak nampak ayah tadi. Kesian ummi asyik kena duduk sorang je.
‘Klinik bini nombor satu, ummi ni second wife dia je.’ Macam tu lah seloroh ummi kalau Ain tanya mana ayah. Dalam 5 orang anak ummi, Fuadi sorang je yang berminat nak ikut jejak langkah ayah. Anak lelaki seorang pulak tu. Memang anak kesayangan ayah la ni. Minat ayah, suka tolong orang. Sebab tu ayah buat keputusan nak buka klinik sendiri.
“Ain, duduk lah sekali. Lauk untuk Ain pun dah siap masak ni.” Baru Ain perasan dia sorang je yang masih berdiri.
Ummi makan dulu. Ain nak tengok Aqil kejap.” Risau hati Ain bila fikirkan Aqil sorang-sorang kat atas.
Fuadi tak tahu betapa pentingnya Aqil pada dia. Tu lah satu-satunya kekuatan dia sekarang. Kehilangan Auni pun masih terasa. Tak sanggup dia nak lalui saat-saat macam tu sekali lagi.
Baru je kaki Ain nak mencapai anak tangga yang pertama, Fuadi secara tiba-tiba sudah memotong langkah dia. Laju langkah Fuadi mendaki anak tangga sebelum menghilangkan diri ke dalam bilik.
‘Kenapa pulak dengan Fuadi ni.’ Tak jadi Ain nak meneruskan langkah dia. Dari bawah, jelas Ain dapat lihat pintu bilik Fuadi yang betul-betul berhadapan dengan tangga. Pandangan Ain lemparkan pada pintu bilik yang sengaja tidak ditutup rapat. Rasanya Ain dapat agak apa yang Fuadi tengah buat kat dalam tu.
Pintu bilik yang dibuka perlahan dari dalam menguatkan keyakinan Ain. Kelibat Fuadi yang sedang mengendong Aqil membuahkan sedikit senyuman di bibir Ain. Kalau tadi laju je langkah Fuadi mendaki tangga, sekarang ni pula langkah dia bukan main berhati-hati melangkah turun anak tangga satu persatu.
“Tak payah mengada nak naik tangga.” Laju je ‘pesanan’ tu keluar dari mulut Fuadi ketika dia berselisih dengan Ain di anak tangga paling bawah.
Ain terus mengikut langkah Fuadi masuk ke bilik tetamu. Badan Ain sandarkan pada pintu bilik. Leka dia menjadi pemerhati tingkah Fuadi sekarang ni. Aqil yang sedang lena tidur diletakkan perlahan di tengah-tengah katil. Dua biji bantal golek kecil diletakkan di belah kanan dan kiri Aqil. Sengaja mahu menambah keselesaan untuk Aqil. Akhir sekali, ciuman lembut Fuadi singgah di pipi comel anak dia.
“There’s our beloved son. Still sleeping. So, can we have our lunch now?” Separuh menyindir ayat Fuadi bila dia memusingkan badan ke arah Ain.
“Sure!” Senyuman puas hati sengaja Ain hadiahkan buat Fuadi. Tangan digayakan ke depan. Mempersilakan Fuadi berlalu keluar dari bilik.
Nak tergelak Ain tengok mata Fuadi yang menghadiahkan jelingan maut pada dia. Entah lah. Tak tahu macam mana nak cakap. Apa yang Ain tahu, dia  senang hati dengan tingkah Fuadi tadi. Dia dapat rasa yang Fuadi masih ambil berat pada dia. Tapi apa yang dia tak pasti, tingkah Fuadi tadi kerana sayang ataupun sekadar rasa tanggungjawab.
“Bibik tak hidang lagi ke lauk kita ummi?” Belum pun sempat duduk di kerusi, soalan pasal makanan sudah terpacul keluar dari mulut Fuadi.
 ‘Lapar sangat ke suami aku ni?’ Sebab tu la kot laju je tadi langkah dia naik ke bilik untuk mengambil Aqil. Kalau nak tunggu Ain naik ke bilik tu, memang berzaman la.
Fuadi pandang sekilas makanan yang cantik terhidang di atas meja. Ayam masak halia, sup sayur, ikan kering bakar dan akhir sekali sambal belacan. Hmmm..semua ni lauk Ain rasanya. Kecuali sambal belacan tu je lah.
“Apa pulak tak hidang. Ni atas meja bukan makanan ke?”
“Ni kan lauk Ain.” Muka Fuadi sudah sedikit berubah.
“Habis kalau lauk Ain, kita tak boleh makan sekali ke?” Selamba jawapan ummi.
“Orang lelaki ni, patutnya masa isteri dalam pantang, kena la pantang sekali. Baru la adil. Ni tak, buat anak pandai. Tapi masa yang tak seronok macam ni, isteri kena tanggung sorang. Mana adil.” Ain sudah senyum meleret. Bravo la ummi! Mesti tengah berasap telinga Fuadi sekarang ni.
“Apa ummi ni nak perli-perli Adi. Tanya je pun.” Muka Fuadi sudah masam mencuka. Sekali lagi jelingan tajam dia hadiahkan pada Ain.
‘What? Ain tak terlibat la.’ Kening Ain jongketkan beberapa kali bila pandangan dia dan Fuadi bertembung. Sempat lagi dia mengukir senyuman paling manis buat Fuadi.
Walaupun muka tengah kelat, tangan Fuadi laju je mencedok nasi ke dalam pinggan. Pinggan nasi yang pertama diberikan kepada ummi, seterusnya kepada Ain, dan pinggan yang terakhir barulah untuk dia sendiri. ‘Hmmm..bagus.’ Tak pernah-pernah Fuadi tunjuk baik macam ni. Mungkin sebab baru kena perli dengan ummi.
Laju je Fuadi menyuap makanan ke mulut. Lapar sangat agaknya. Kena buli dengan ummi sendiri pulak tu. Ummi sudah tersenyum-senyum memandang Ain. Faham sangat Ain dengan senyuman ummi tu.
 Memang pembela kaum wanita la ummi ni. Mungkin ni balasan ummi untuk anak lelaki dia yang sorang ni sebab berani tak berterus terang dia. Seingat Ain, masa dia masuk ke dapur tadi, ada je lauk lain yang ummi masak. Tak tahulah apa yang dah jadi dengan lauk tu semua. Mungkin dah jadi rezeki jiran sebelah rumah.
Ain memandang sayu Fuadi yang tengah berselera menjamah makanan. Sudah hilang muka ketat dia. Okay je dia makan lauk ni semua. Mungkin tadi muka dia ketat sebab kena perli dengan ummi. Bukannya sebab kena makan lauk ni semua.
Entah kenapa Ain senang sangat dengan saat sekarang ni. Mungkin ini kali terakhir dia punya saat sebegini dengan Fuadi. Ya Allah. Dada Ain tiba-tiba terasa sebak. Hati dia ni penuh dengan rasa sayang untuk Fuadi. Tapi, dia dah tak kuat nak bertahan. Nak pertahankan hak dia pada suami sendiri pun Ain rasa tak mampu sebab dia tahu ‘saingan’ dia bukannya calang-calang.
“Ain, kenapa tak makan?”Suara lembut ummi menyedarkan Ain. Cepat-cepat pandangan di alihkan kembali pada hidangan di depan mata. Tak mahu Fuadi mengesan perasaan dia sekarang ni. Sup sayur disudukan sedikit ke dalam pinggan dia sebelum Ain mula menyuapkan nasi ke mulut. Senyap seketika ruang dapur bila masing-masing leka menjamah hidangan.
 “Pukul berapa Sofea sampai ni?” Pertanyaan ummi yang secara tiba-tiba menghentikan suapan mereka.
“Ummi tahu?” Jelas riak terkejut di muka Fuadi. Tapi, sekejap je. Lepas tu muka dia kembali beriak biasa.
“Habis, sampai bila kamu ingat nak sorok dari ummi. Kejap lagi bila sampai je Sofea tu, ummi tahu jugak.”
“Hmm..mesti menantu kesayangan ummi ni yang bagitahu kan. Tak ada apa yang nak soroknya ummi. Betul la Adi cakap. Ummi kan kenal Sofea tu as kawan Adi.”
“Kawan je? Bukan bini kamu jugak ke?”Pedas sindiran ummi.
“Hmmm..kalau ikut dia cakap, malam ni sampai la dekat sini.” Sindiran ummi langsung tak dilayan. Macam tak ada kesan langsung dekat hati dia.
“Ni ummi nak ingatkan kamu. Jangan pernah nak sakitkan hati Ain. Pandai sangat nak berbini dua. Kamu ingat senang nak jaga hati perempuan ni. Ummi tak nak tengok sapa-sapa pun terluka. Ain dengan Sofea. Dua-dua sekali. Lebih-lebih lagi Ain. Tambah-tambah dengan dia dalam pantang lagi ni. Kalau tak, siap kamu.” Tegas pesanan ummi.
“Ummi ni. Siapa anak ummi sekarang ni. Adi ke Ain?”
“Ada ummi kisah. Anak ummi pun, kalau salah tetap salah.” Terharu sangat Ain dengan sikap ummi. Langsung tak ada kompromi dengan anak sendiri. Hanya seorang perempuan faham apa yang perempuan lain rasa kalau dalam bab-bab bermadu ni.
“Habis, perasaan diaorang je ummi kisah. Perasaan Adi macam mana. Mentang-mentang Adi sorang je lelaki kat sini, seronok la ummi nak buli Adi.”
“Anak ummi ni manja jugak rupanya.” Tegur Ain bila melihatkan muka Fuadi yang kembali kelat bila kena torture dengan ummi.
“Haih. Lelaki bukan selalunya seronok ke bila dapat berbini dua ni.” Muka Fuadi yang sudah kelat langsung ummi tak hiraukan.
Ain kembali menyuap makan ke mulut. Selera dia sudah mula hilang bila teringatkan Sofea yang bila-bila masa sahaja akan muncul di rumah ummi ni.
“Ain ingat ye. Kalau ada apa-apa tak puas hati dengan anak ummi ni, terus bagitahu ummi tau. Faham sangat ummi dengan perangai suami kamu ni. Sofea belum muncul ni, bukan main baik lagi perangai. Sampai je Sofea nanti, tengoklah. Habis semua pesanan ummi dia lupa.”
“Ain ingat ummi. Lagipun, ummi sorang je yang Ain boleh harapkan kat rumah ni nanti.” Dalam maksud Ain. Betul la tu. Sampai je Sofea nanti, dia tak rasa dia boleh harapkan Fuadi lagi.
Genggaman kemas yang tiba-tiba terasa di tangan kiri dia menyentapkan Ain. Muka terus Ain palingkan ke tepi. Pandangan di lemparkan pada pemilik tangan yang sedang erat memegang tangan dia di bawah meja.
Fuadi hanya bereaksi biasa. Selamba menyuap makanan ke mulut macam tak ada apa-apa yang berlaku. Ain cuba melepaskan tangan dia dari genggaman Fuadi. Tapi, makin kuat Ain cuba, makin erat genggaman Fuadi.
‘Abang! What are you trying to do now?’ Ain keliru. Dari satu sisi, Fuadi seperti seorang suami yang langsung tak hiraukan perasaan isteri sendiri. Dari sisi yang lain pula, Ain nampak Fuadi sangat sayangkan dia. Cuma, ada sesuatu yang masih menghalang Fuadi dari mempamerkan kasih sayang dia sepenuhnya.
“Ummi, bagitahu menantu kesayangan ummi ni. Kenyang ke kalau setakat duk telek muka hensem anak ummi ni.” Tanpa memandang Ain, selamba Fuadi memalukan Ain depan ummi. Muka Ain terasa kebas bila terpandangkan senyuman meleret di bibir ummi.
Entah apa yang ummi fikir agaknya. Mana ummi tahu yang anak dia ni tengah mendera emosi Ain. Tangan Ain di bawah meja pun dia masih tak lepas.


19 comments:

  1. Kuatkan hati Ain...... face it with pride........ Jangan mengalah pd org macam Sofea...... or si Fuadi yg tak menghargai a.k.a. HAMPEH itu....

    ReplyDelete
  2. Choi la sgt 'our beloved son'..
    Haish ko x malu ke fuandi gedik2 nak tunjuk ko la bapak mithali..mana ko masa ain mabuk2 baru mengandung..mana ko masa ain mengidam nak carik makanan yg dia teringin..mana ko masa ain tgh sarat..mana ko masa ain sakit nak bersalin nak ke hospital sampai terpaksa drive sendiri n accident hingga baby girl ko meninggal..ko x rasa bersalah ke..dan lagi satu yg buat saya heran mak mentua ain org alim2, ustazah katanya..sepatutnya awal2 lagi sebelum fuandi berskandal dgn sofea, dia taskirahkan anaknya..setakat sbbkan kesian anak pompuan tu meniggal hingga menyakitkan hati menantu pilihan, sampai nikahkan depa mmg hazab sgt la perangai memasing..kenapa ain yg jadi mangsa..sibuk je nak ingatkan dosa ain kalau x ikut ckp suami tp dosa mamat tu culas tanggung jawab camana..

    ReplyDelete
  3. Benci sebenci bencinya kat fUadi!!!!!tidak Kira apapun alasan dia ain move on pleaseeeeee.....be strong for both you and your son sake...biarlah fuadi layan habis permaisuri sofea dia tu....dump him!!!

    ReplyDelete
  4. Huhuhuhu....sakit hati kena lagi dengar lagu Christina perri jar of hearts.....😭😭😭😭

    ReplyDelete
  5. Grrrrrrr Fuandi just make me so angry

    ReplyDelete
  6. Setuju sangat dgn Linda Wahab..

    ReplyDelete
  7. Setuju sangat dgn Linda Wahab..

    ReplyDelete
  8. Pergi senyap2....biar fuadi pulak rasa.....

    ReplyDelete
  9. Pergi senyap2....biar fuadi pulak rasa.....

    ReplyDelete
  10. geramnya dengan Fuadi.. mengong.. bila nak keluar bab 42 ni x sabarnya..

    ReplyDelete
  11. 42 Please..tiap hr check ni...p xde

    ReplyDelete
  12. 42 Please..tiap hr check ni...p xde

    ReplyDelete
  13. mcm biasa sakit hati ni tak hilang... eeeeee...

    ReplyDelete
  14. Buku ni nanti akan ada kt pasaran x?

    ReplyDelete