DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday 16 December 2015

MAAF SAYA TAK SENGAJA - BAB 2

FAIZ IQBAL berlari pantas. Dadanya berombak kencang melepaskan nafas. Semakin pantas dia berlari semakin tebal kabus putih yang mengelilinginya. Peluh yang mengalir terasa seperti mencurah-curah ke tubuhnya. Badannya terasa panas. Panggilan dan lambaian wanita-wanita itu semakin kuat. Dia menerkup kedua-dua belah telinganya. Tidak mahu mendengar bicara wanita-wanita cantik itu. Semua wanita cantik yang berambut panjang mengurai itu mendambakan nyawanya. Menuntut sesuatu yang Faiz Iqbal tidak pasti apa mahunya.
            Salah seorang wanita yang sarat mengandung dengan darah merah pada pakaian putihnya itu semakin hampir. Tangannya semakin hampir dengan batang tengkuk Faiz Iqbal. Tunggu masa mahu dicekik.
            “Jangan kacau aku! Aku bukan pembunuh. Kau yang bunuh diri kau sendiri!” jerit Faiz Iqbal.
            Wanita berwajah cantik kini bertukar rupa. Menjadi begitu hodoh dan  terus mencekik batang tengkuk Faiz Iqbal. Nyawanya sebagai bahan ganti yang perlu dituntut. Hilang nyawa lelaki ini, ibarat terhapusnya satu dendam yang sekian lama terpendam.
            Rontaan Faiz Iqbal semakin kuat. Semakin kuat dia meronta, semakin ketat cekikkan yang terasa. Faiz Iqbal sudah tidak berdaya. Tubuhnya terlalu lemah. Mungkin sekarang ajalnya sudah menjemput.
            “Encik… Encik Iqbal! Bangun, kenapa ni?” laungan Mak Melor mengejutkan Faiz Iqbal daripada lena. Matanya memandang wajah Mak Melor penuh ketakutan. Nafasnya turun naik seperti baru melakukan larian pecut 500 meter. Bajunya basah lenjun dengan peluh.
            “Encik Iqbal mengigau ke? Itulah, banyak kali Mak Melor dah pesan... jangan tidur waktu senja,” tegur Mak Melor.
            Faiz Iqbal hanya diam. Terkebil-kebil matanya memandang Mak Melor. Kepalanya sekarang rasa macam berpusing-pusing.
            “Encik Iqbal okey tak ni? Kerja Mak Melor kat dapur tu dah beres. Mak Melur dah nak balik ni. Kalau Encik tak sihat, Mak Melor boleh tolong bawakan ubat,” tanya Mak Melor. Melihatkan Faiz Iqbal yang tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Macam orang tak betul pun ada.
            “Tak apalah Mak Melor. Mak Melor boleh balik dulu. Saya sihat, tak sakit pun,” ucap Faiz Iqbal lemah. Peluh didahi dilap dengan tapak tangan.
            “Betul ke ni, Encik.? Risau Mak Melor nak tinggalkan Encik Iqbal kat kondo ni sorang-sorang. Itulah... suruh cari isteri tak mau. Sanggup ke duduk membujang sampai ke tua macam ni?” bebel Mak Melor.
            “Betul ni...saya okey je. Mak Melor baliklah dulu. Kesian nanti anak-anak tunggu.”
            “Iyalah. Kalau macam tu Mak Melor balik dululah ye? Makan malam Mak Melor dah siap masak...jangan lupa makan pulak. Nanti basi, rugi je. Membazir.”
            “Iyalah...saya tahu,” balas Faiz Iqbal. Tak mahu lagi berlengah-lengah. Mak Melor perlu segara keluar. Faiz Iqbal mahu duduk sendirian.
            Mak Melor menurut. Meninggalkan Faiz Iqbal bersendirian di bilik tidurnya. Dia perlu segera pulang. Masih ada tanggungjawap yang perlu diberi perhatian di rumah.Kerja sambilan sebagai orang gaji di rumah bujang itu sedikit sebanyak membantu keluarga Mak Melor. Dia sudah menganggap Faiz Iqbal seperti anak sendiri. Tak kurang sedikit pun. Namun, sebagai pekerja juga dia perlu menghormati privasi lelaki itu.
            “Macam manalah aku boleh mimpi benda mengarut ni lagi?” Sudah bertahun-tahun Faiz Iqbal asyik termimpikan perkara yang sama. Namun, sejak akhir-akhir ini mimpi yang dialaminya semakin kerap berlaku.
            “Apa perempuan ni nak? Aku tak bunuh kaulah!” jerit Faiz Iqbal sekuat hati.
            Kepalanya mula terasa sakit. Seperti mahu pecah. Tangannya pantas menyelak laci meja disisi katil. Mencapai sebotol pil penenang. Dua biji pil penenang habis ditelannya sekaligus dengan segelas air. Kepalanya diurut semula beberapa kali.Perkara yang sama akan berulang setiap dia mula berfikir mengenai wanita itu. Seorang wanita yang pernah dizaliminya tetapi, kurang jelas dalam ingatannya.

BUNYI bising membingitkan suasana malam dengan cahaya lampu disko yang menyakitkan mata. Seorang gadis muda berbaju kurung putih dan berambut panjang duduk disebuah kerusi berhampiran meja bar. Jari-jemari halusnya bermain-main dengan tali beg yang sudah lusuh di atas riba.
            Hatinya tidak tenteram. Takut, gelisah dan berserah dengan apa yang bakal berlaku terhadap dirinya. Matanya meliar-liar mencari seseorang. Tidak selesa berada ditempat itu lama-lama dengan bau busuk yang mencucuk rongga hidung. Jiwanya melonjak kegembiraan sebaik sahaja terlihat susuk tubuh seorang lelaki yang amat dikenalinya.
            “Along!” ucapnya ceria. Bersama abang kandungnya ada seorang lagi lelaki lain yang tidak dikenali. Wajah lelaki itu agak tampan. Sinaran mata yang bercahaya dan tubuh sasanya sudah cukup membuatkan semua wanita pada malam itu terpana.
            “Nasib baik Along datang. Adik takut duduk kat sini lama-lama. Tolong bawak adik balik sekarang.” Gadis yang berumur dalam lingkungan 18 tahun itu bersuara gementar. Kata-katanya hanya dibalas dengan senyuman oleh si abang.
            “Macam mana yang ni?” tanya si abang pada lelaki tampan disebelahnya.
            “Cantik! Aku suka.” Balas lelaki itu sambil membelai lembut rambut si gadis. Tangan lelaki itu ditepis kasar oleh si gadis.
            “Kenapa ni? Kau siapa?!” tengking si gadis. Benci diperlakukan begitu.Persis perempuan murahan.
            “Along cepat hantar adik balik! Adik tak mau duduk kat sini lama-lama.” Rayu si gadis sambil memaut lengan abangnya. kepala si gadis diusap lembut oleh abangnya.
            “Ya. Along nak hantar adik baliklah ni. Tapi Alongbusy sikit. Banyak kerja tak siap lagi. Adik duduk dulu...kejap lagi abang hantar balik ye?” pujuknya.
            Si gadis yang naif hanya menurut. Memandang abang kandungnya dan lelaki asing tersebut menghilang disebalik celahan lautan manusia yang sedang terkinja-kinja dibawah sinaran lampu berwarna-warni.
            Beberapa minit kemudian, si abang kembali. Digengamannya terdapat segelas coke sejuk. Gelas itu dihulurkan kepada si gadis.
            “Minumlah dulu... kejap lagi Along datang balik,” pelawa si abang sebelum meninggalkannya bersendirian.
            Tanpa sebarang perasaan ragu-ragu, si gadis terus meneguk minumannya. Tekak yang kering perlu dibasahkan. Yakin, Sebentar lagi, dia akan dibawa pulang ke rumah oleh Along dengan selamat. Tiada apa-apa lagi yang perlu difikirkan. Semuanya akan berakhir selepas ini.
            Setelah beberapa minit seketika, pandangan matanya tiba-tiba berpinar. Urat dalam kepalanya terasa bergerak-gerak. Berpusing-pusing mengikut alunan lagu yang bingit. Penglihatannya semakin kelam. Semakin kabur dan terus gelap.
            Si gadis tersedar. Nafasnya hampir putus kerana dihempap oleh sesuatu objek berat. Bayangan wajah seorang lelaki tidak berbaju berada tepat diatas wajahnya. Jeritan meminta tolong tiada siapa yang peduli. Nafasnya begitu kencang. Si gadis cuba meronta dengan lebih kuat. Namun, kudrat wanitanya tidak mampu menandingi kerakusan seorang lelaki yang dikuasai oleh nafsu syaitan. Si gadis ditampar berulang-ulang kali sehingga dia tidak sedarkan diri.
            Mata si gadis terbuka perlahan. Kepalanya terasa amat berat. Tubuhnya lemah. Tanpa seurat benang. Lubang hidungnya meninggalkan sisa darah beku. Layu terkulai di birai katil di dalam sebuah bilik kecil dan sempit. Dia mengeletar kesejukan dengan penuh ketakutan.
            Seorang lelaki sedang menyarungkan t-shirt berwarna biru. Tubuhnya menghadap pintu. Gadis itu tidak dapat melihat wajahnya. Pintu bilik dibuka. Bayangan susuk tubuh dua orang lagi lelaki terpacul.
            “Macam mana bos?” soal salah seorang daripada mereka sambil ketawa.
            “Kalau korang nak tahu, try lah sendiri,” balas lelaki tersebut. Mereka ketawa serentak.Tanpa rasa belas kasihan, lelaki tersebut meninggalkan si gadis untuk dicuba oleh rakan-rakannya yang lain. Si gadis tidak mampu berbuat apa-apa. Tubuhnya begitu lemah untuk melawan. Terpaksa merelakan. Berserah seadanya.

FAIZ IQBAL tersentak. Ingatan terhadap dosa-dosa silamnya sukar untuk dilenyapkan. Tidur malamnya tidak pernah aman. Hatinya sentiasa dibayangi oleh wajah-wajah wanita yang pernah dinodainya. Dia menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya. Matanya dipejamkan seketika. Pejam dan celik semula. Bayangan mimpinya datang lagi!
            Dia pantas bangun daripada katil menuju ke dapur. Membuka kabinet dapur dan mencapai sebotol minuman keras yang disembunyikannya dicelah tin-tin sardin. Nasib baiklah Mak Melor tak perasan dengan kehadiran beberapa botol minuman keras yang disembunyikannya ini. Kalau tak, pasti sudah dibuangnya! Fikir Faiz Iqbal. Membuka penutup botol. Meneguk minuman tersebut beberapa kali. Jantungnya masih berdenyut laju.
            “Dup, dap! Dup dap!”
            Faiz Iqbal membuka semua pakaiannya. Terduduk di atas lantai tanpa seurat benang. Seluruh badannya terasa amat panas. Bagai disalai di bawah sinaran matahari terik. Cukup azab!
            Dia segera menuju ke bilik mandi. Tergesa-gesa membuka paip air untuk memenuhi jacuzzi mewahnya. Meneguk minuman haram itu beberapa teguk sebelum merendamkan seluruh tubuhnya didalam dasar jacuzzi.
            Selang beberapa minit, fikirannya dirasakan lebih tenang. Lupa sekejap wajah-wajah hodoh yang menghantui mindanya selama ini. Itulah apa yang akan dilakukan oleh Faiz Iqbal jika dia rasa ketakutan akibat trauma yang menghantui dirinya sejak beberapa tahun yang lalu.

No comments:

Post a Comment