DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Saturday 21 November 2015

JODOH UNTUKKU - BAB 7

BAB 7


Untuk ward round kali ini, group Ain dipecahkan kepada 3 kumpulan kecil kerana hari ini ada 3 orang patient maxillofacial trauma yang mereka perlu clerk. Ain hari ini berpasangan dengan Atiff. Patient yang mereka perlu clerk sekarang ini ditempatkan di ward perubatan kerana patient itu menghidapi kencing manis yang tidak terkawal. Jadi, pesakit itu berada di bawah pemerhatian doktor perubatan dan juga maxillofacial surgeon.

Melangkah saja ke dalam ward perubatan, Ain terdengar suara yang sedang bising marah-marah. Ain cam suara itu. Ya Allah! Tak akan Fuadi? Tapi ada kemungkinannya kerana sekarang ini Ain berada di ward perubatan.

Hubungan Ain dan suaminya kebelakangan ini semakin baik walaupun mereka masih tinggal berasingan. Kadang-kadang Fuadi akan datang jemput dia dari hostel untuk makan sekali. Hujung minggu, kalau berkesempatan, Ain akan bermalam di rumah ummi ataupun balik ke rumah mama. Walaupun hubungan mereka semakin baik, perangai sinis Fuadi memang masih sama. Mungkin memang sudah tidak boleh diubah.

Semakin jauh Ain menapak ke dalam ward, semakin jelas susuk Fuadi yang kelihatan seperti sedang marahkan seseorang. Memang sangat menakutkan wajah Fuadi ketika ini. Dengan tangan yang kedua-duanya bercekak di pinggan. Ain memang tidak pernah berhadapan dengan Fuadi yang versi seperti sekarang ini. Kalau dengan Ain, Fuadi selalunya hanya berperangai sinis, tidak lah sampai marah-marah macam sekarang. Kasihan Ain lihat perempuan yang dimarahi oleh suaminya itu. Maybe perempuan itu salah seorang doktor pelatih dekat situ.

What have you done? Patient tu dah la tengah uncontrolled diabetic. Dia punya healing process very slow. You pulak membuta tuli pergi induced trauma dekat skin dia. Memang saja la kan nak kena maki.” Suara Fuadi kedengaran agak tertahan. Mungkin dia tak mahu menjatuhkan maruah intern tu di depan pesakit. Sebab itulah dia mencari port yang Ain rasa agak terselindung iaitu di tepi kaunter jururawat. Kebetulan Ain perlu melalui kaunter itu untuk masuk kedalam ward. Jadi dia dapat dengar dengan jelas setiap perkataan dari mulut Fuadi.

Ridiculous!” Terperanjat Ain mendengar jerkahan kuat Fuadi. Terus terhenti langkah dia, betul-betul di depan kaunter tempat Fuadi sedang melepaskan amarah. Ain pandang diaorang berdua. Muka doktor perempuan itu kelihatan merah, menahan malu atau mungkin tengah menahan tangis. Perasan dia diperhatikan seseorang, Fuadi yang tadi membelakangkan Ain memusingkan sedikit badannya ke arah Ain.

Berdebar Ain apabila tahu Fuadi sudah perasan akan kehadiran dia di situ. Tajam pandangan Fuadi pada Ain. Tidak mahu mencampuri urusan Fuadi, Ain dan kawannya terus laju menapak ke dalam wad.

Setelah sampai di katil pesakit, Ain lihat pesakit itu hanya berseorangan tanpa ditemani ahli keluarga. Ain meminta kebenaran dari pesakit untuk melakukan sedikit pemeriksaan bertujuan untuk pembelajaran.Sebelum mereka mula memeriksa pesakit, tirai ditarik untuk menutup ruangan katil pesakit daripada pandangan orang lain.

Ketika Ain dan Atiff tengah memeriksa pesakit, tirai yang menutupi katil pesakit tiba-tiba diselak. Terkejut Ain bila melihat Fuadi melangkah masuk ke ruangan di tepi sebelah kiri katil pesakit. Berhadapan dengan Ain yang duduk di sebelah kanan katil pesakit. Riak muka Fuadi masih serius. Sama seperti yang Ain lihat semasa dia sedang memarahi doktor pelatih tadi.

Dental student?” Tanya dia pada Ain dan Atiff.

Yes. Final year.” Jawab Atiff bagi pihak Ain.

Ok. You ! Present this case to me.” Tegas arahan Fuadi sambil tangan menunjuk ke arah Atiff. Memang biasa berlaku semasa ward round, bila MO ataupun specialist sendiri yang tiba-tiba ‘baik hati’, on the spot melakukan ‘clinical teaching’ pada mereka. Selalunya, lecturer Ain akan biarkan sahaja bila tahu ada medical doctor yang tiba-tiba ambil alih mengajar mereka. At least mereka akan dapat knowledge dan experience yang baru bila diajar oleh medical doctor ini.

Tergagap-gagap Atiff memberi briefing tentang keadaan pesakit tersebut. Ya lah. Siapa tidak cuak bila tiba-tiba je kena present pasal patient tanpa sempat nak ready. Lebih-lebih, lagi diaorang baru lepas tengok Fuadi mengamuk. Memang lagi cuak la jadinya.

Tajam pandangan Fuadi pada Atiff. Seperti tidak berpuas hati. Tiba-tiba dia kalih pandangan pada Ain.

You! I’m sure both of you did the clerking together. Is there anything you would like to add from the history of this patient?” Begitu tajam pandangan Fuadi pada Ain.

Err.. This patient is a heavy smoker. All other important informations, I think had been covered by my friend just now.”

That’s all? Are you sure?” Tanya Fuadi tiba-tiba.

Both of you have been clerking this patient about what? 30 minutes? Itu je korang dapat? And both of you think that it’s enough?” Jerkah Fuadi . Depan-depan patient dia jerkah Ain dan Atiff. Muka mereka memang sudah kemerahan menahan malu dan gentar di hati.

What about his past medical history? This patient, has been admitted here instead of dekat wad maxillofacial because of his uncontrolled diabetic. And both of you did not concern about that. Why does he has uncontrolled diabetic? Is it always uncontrolled or before this it’s controlled, but after the accident it become uncontrolled. Is that important?”

Ain dan Atiff baru sedar yang mereka memang telah melakukan kesilapan. Hanya anggukan lemah yang mampu diaorang berikan untuk menjawab fuadi.

Yes. Of course it’s important. Sekarang baru sedar? Macam ni ke gaya final year dental student? Memang kena maki la you all hari-hari bila kerja nanti. Jangan ingat mentang-mentang bila keluar nanti you all akan deal dengan gigi je, you all senang-senang nak tolak tepi info pasal medical ni semua. It’s really important. Kalau tak kenapa you all need to have your basic medical sains punya subject.”

Sudah bergenang air mata Ain. Sedaya upaya ditahan supaya tidak menitik di depan Fuadi. Ya. Dia sedar. Memang dia dan Atiff ter ’misspart yang penting itu. Tapi perlu ke mereka di marahi dengan begitu teruk. Fuadi seperti melepaskan geram pada mereka. Tambah memalukan, mereka dimarahi betul-betul di hadapan patient.

Fuadi sudah memalingkan badan untuk meninggalkan tempat itu. Sebelum pergi sempat lagi dia berpaling pada Ain dan melemparkan kata-kata yang tambah menyakitkan hati Ain.

Title doktor bukannya untuk berlagak je. Tak ada guna jadi doktor kalau otak kosong.” Habis berkata-kata, terus dia berlalu meninggalkan Ain dan Atiff yang semestinya tengah menahan perasaan. Malu, marah, sedih, semuanya bercampur baur dalam hati mereka sekarang.





Kejadian di ward itu memberi kesan kepada mood Ain untuk sepanjang hari. Ain tidak rasa yang dia over sensitive sebab Atiff pun terkesan sama. Kalau Atiff yang tiada hubungan apa-apa dengan Fuadi boleh jadi bad mood untuk sepanjang hari, inikan pula Ain. Lagipun Ain rasa marah Fuadi tadi memang keterlaluan untuk satu kesalahan yang bagi Ain tersangatlah kecil.

Malam itu, seusai sahaja solat magrib, Ain terima panggilan dari suaminya. Tapi dia tiada hati untuk menjawab. Jadi dibiarkan sahaja panggilan itu tidak berjawab. Lagipun Ain tidak rasa panggilan itu kerana Fuadi ingin memujuknya. Sebabnya memujuk rayu perempuan memang tak ada dalam kamus hidup Fuadi.

Setelah beberapa kali dia biarkan panggilan Fuadi tidak berjawab, perasaan bersalah tiba-tiba hadir dalam diri Ain. Ain tidak pernah menunjuk rajuk kepada Fuadi. Walau apa pun yang terjadi, Fuadi itu tetap suaminya dan Ain akui dia sudah mula sayangkan suaminya itu.

Tapi untuk terus mengalah, rasa sakit di hati masih terasa. Jadi Ain mengambil keputusan untuk mesej sahaja kepada Fuadi.

Kenapa? Ain sibuk.” Ringkas mesej Ain kepada Fuadi.

Abang dah dekat bawah ni. Jom pegi makan.” Betul agakan Ain. Memang tak akan pernah adanya pujuk rayu dari Fuadi. Yang selalu keluar dari mulut dia, kalau bukan arahan, mesti ayat-ayat sinis yang memang tajam.

Ain tak lapar. Malas nak keluar.”

Deringan telefon yang tiba-tiba mengejutkan Ain. Dari suaminya. Nak tak nak Ain terpaksa menjawab panggilan tersebut.

Please la Ain. Jangan nak buat perangai. I’m really tired right now. Haven’t get any proper rest after postcall tadi. So, memang tak larat sangat nak layan kalau Ain nak buat perangai sekarang ni.” Belum sempat Ain cakap apa-apa, terus kedengaran suara Fuadi. Memang kedengaran letih nada suara suaminya. Bimbang pula Ain nak biarkan suaminya drive sorang-sorang dalam keadaan penat macam ini. Lagipun esok weekend. Kalau Fuadi nak terus balik rumah ummi pun taka pa.

5 minutes” Ringkas Ain menghantar mesej. Sakit hati macam mana pun, Ain tak nak mahu terjadi apa-apa kepada suaminya. Jadi, Ain ambil keputusan untuk ikut sahaja rentak suaminya. Tapi, untuk berlagak macam tidak ada apa-apa yang terjadi pada mereka tengah hari tadi , Ain rasakan agak mustahil. Dia perlukan sedikit masa untuk mnyejukkan hati dia kembali.






















No comments:

Post a Comment