“Lepaskan Ain! Please…”
Perlahan suara Ain. Entah angin apa yang tengah merasuk dia sekarang.
Rasa kecil hati dengan Fuadi bertimpa-timpa datang menjengah.
Fuadi tergamam.
Perlahan-lahan pelukan dia pada Ain dirungkaikan.
“Pardon?” Tajam
pandangan disorotkan pada Ain. Tak percaya dengan kata-kata yang baru
sahaja terluah dari mulut Ain.
“Lepaskan Ain!” Lebih
jelas suara Ain kali ini. Kepala diangkat untuk membolehkan mata
bertentangan dengan Fuadi.
“Apa yang dah rasuk Ain
ni? Jangan nak buat main-main ayat tu! Astaghfirullah. Tak pernah
terlintas pun dalam fikiran abang pasal benda ni. Macam mana Ain
tergamak nak sebut.” Fuadi menggeleng perlahan kepala dia. Kecewa
sangat dengan ayat yang baru terluah dari mulut Ain. Tergamaknya Ain!
Air mata laju menuruni
pipi Ain. Dia pun tak tahu kenapa saat ini begitu meruap-ruap rasa
sakit hati kepada Fuadi. Kaki sudah mula terasa semakin lemah. Ain
tak mampu lagi untuk terus berdiri. Perlahan ditepis tangan Fuadi
yang masih memegang kejap bahu dia. Langkah kaki mula diatur ke arah
katil sebelum dengan perlahan punggung dilabuhkan di birai katil.
Fuadi langsung tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Mata dia
tajam memandang langkah Ain.
“I don’t think you are
on your right mind now. Let we just drop the subject. Abang keluar
dulu.” Fikiran Fuadi berserabut. Langsung tidak terfikir Ain boleh
berfikir sejauh itu. Baik dia keluar menenangkan diri.
“Kenapa nak seksa diri?
Abang dah ada Sofea.” Terus terhenti pergerakan Fuadi yang baru
sahaja mahu memulas tombol pintu untuk keluar.
Lama Fuadi terdiam sebelum
badan kembali dipusingkan menghadap Ain. Langkah kaki perlahan-lahan
di atur ke arah Ain.
Berdebar Ain memandang
langkah Fuadi yang semakin menghampiri dia. Muka Fuadi serius tanpa
sebarang riak. Pandangan dia tetap pada Ain. Tajam!
Tangan Fuadi perlahan
menyentuh muka Ain. Dari ubun-ubun turun ke pipi, dan seterusnya ke
dagu. Perlahan tangan dia menolak dagu Ain ke atas. Memaksa Ain
membalas pandangan dia.
“How many times should I
tell you that I really do love you, Ain…Hmmm..How many times?”
Nampak kecewa muka Fuadi.
“You never know what
I’ve gone through all this time. How could you ask for a divorce?
Please.. I’ll pretend that I’ve never heard that word coming from
your mouth.” Dahi Ain dicium lembut sebelum Fuadi berlalu keluar
dari bilik.
Ain termangu sekejap. Cuba
mencerna setiap kata-kata Fuadi. Ya Allah. Kenapa dia selalu lemah
bila berhadapan dengan Fuadi. Bukan ke selama ini dia yang banyak
makan hati dengan perhubungan mereka. Kenapa pula dia yang perlu
faham keadaan Fuadi.
Bunyi ketukan di pintu
bilik berselang dengan suara mama yang memanggil nama dia mematikan
lamunan Ain. ‘Ya Allah…Jauhnya aku mengelamun.’ Nampaknya Ain
telah kalah dengan hasutan emosi tadi. Berhati-hati Ain bangun untuk
membuka pintu bilik. Tombol pintu dipulas perlahan. Eh, tak berkunci
pun pintu bilik. Mungkin sengaja mama tak mahu mengganggu privasi
Ain.
“Hah, Ain. Ni Aqil dah
meragam. Lapar kot.” Belum sempat Ain bertanya, mama sudah
menghulurkan Aqil. Berhati-hati Ain mengambil Aqil dari tangan mama.
Ain meletakkan jari telunjuk dia ke mulut Aqil. Tersenyum Ain bila
mulut kecil Aqil asyik terbuka setiap kali Ain meletakkan jari dia.
‘Hmmm..memang Aqil dah lapar nampaknya.’
“Abang Adi pergi mana
ma?” Mata Ain melilau ke sekeliling. Ingatkan tadi Fuadi keluar
untuk menjenguk Aqil. Tapi tak ada pula kelibat dia sekarang.
“Eh, dia tak bagitahu
Ain ke? Tadi dia cakap nak pergi jemput ummi kamu tu datang sini. Tak
ada orang boleh bawa dia ke sini. Ayah kamu tiba-tiba ada hal.”
“Owh..tak ada pula dia
bagitahu Ain. Lupa la tu. Tak pe la ma. Ain masuk bilik dulu.”
Segan pula Ain nak menyusu dekat ruang luar sebab orang tengah ramai
lagi.
Selesai menyusu, Ain
menggosok-gosok perlahan belakang badan Aqil. Menunggu Aqil untuk
sendawa. Petua yang Ain belajar dari mama untuk mengelakkan bayi
tersedak susu. Sayu Ain memandang Aqil. Kejamkah dia hendak
memisahkan Aqil dari papanya?
Aqil yang sedang lena
diletakkan di atas katil. Sengaja Ain tidurkan Aqil di ruang keluarga
untuk membolehkan saudara yang datang melihat Aqil.
“Cucu ummi tengah tidur
rupanya.” Ummi yang tiba-tiba menjengah ke ruang keluarga terus
menuju ke arah Ain. Ummi menghulur tangan untuk bersalaman dengan Ain
sebelum tubuh Ain dipeluk mesra.
“Baru sampai ummi?
Kenapa ayah tak ikut?”
“Dia ada hal dengan
kawan. Nanti petang sikit dia datang.” Ummi mengelus lembut
ubun-ubun Aqil.
“Tengok muka Aqil ni,
teringat ummi dekat Adi masa dia kecil dulu. Sebijik dengan muka papa
dia.”
Ain hanya tersenyum lemah.
Memang dah ramai yang cakap macam tu.
“Perancangan Allah. Dia
tahu nanti papa Aqil ni nak pergi jauh. Sengaja dia nak bagi hilang
rindu dekat papa Aqil bila tengok muka Aqil nanti.” Mendalam ayat
ummi. Pasti lah dia tahu pergolakan rumah tangga anak menantu dia.
Tak dapat Ain bayangkan betapa kecewanya ummi nanti kalau dia tahu
tentang permintaan Ain yang mahukan perpisahan dari Fuadi.
“Ummi pergi lah makan.
Sementara Aqil tengah tidur ni. Nanti bila Aqil bangun kita suruh
nenek dia pulak yang jaga.” Sengaja Ain mengusik ummi.
“Pandai mama Aqil ni nak
usik nenek ye. Nenek okay je. Nak suruh nenek bawak balik pun boleh.
Takut nanti mama Aqil ni pulak yang menangis malam-malam rindukan
Aqil.” Tersenyum senang ummi dengan usikan Ain.
Bila melihatkan senyuman
ummi, terasa satu perasaan halus meresap dalam hati dia. Rasa
gembira, tenang, semuanya datang meresap dalam hati. Baru Ain sedar
yang dia sudah lama mengabaikan perasaan ummi. Selama ini, pasti lah
dia telah meresahkan hati ummi dengan kedinginan hubungan dia dengan
Fuadi. Ain lupa yang ada banyak hati perlu dijaga. Tapi, apa boleh
buat, bila hati dah terluka, akal sudah tak mampu memainkan peranan.
“Ummi, jom makan. Mama
dah tunggu nak makan sekali dengan ummi kat depan tu.” Kehadiran
Fuadi yang tiba-tiba menjengah di ambang pintu masuk ke ruang
keluarga mematikan perbualan mereka. Fuadi hanya memandang sekilas
pada Ain sebelum dia menuju ke arah ummi. Tangan dihulurkan kepada
ummi untuk membantu ummi bangun.
“Ummi keluar dulu ye
Ain.”Ain hanya memandang langkah Ummi yang beriringan dengan Faudi
keluar ke dari ruang keluarga. Ain sedikit terkesan dengan tingkah
Fuadi tadi. Semenjak Fuadi balik, tak pernah dia tak menghiraukan
Ain. Ada je modal dia nak suruh Ain buka mulut. Nampaknya, Fuadi
betul-betul terkesan dengan kata perpisahan Ain tadi.
Baru je Ain mahu
mengangkat punggung untuk pergi ke dapur bila susuk tubuh Fuadi
kembali masuk ke ruang keluarga. Ain kembali melabuhkan duduk di
birai katil. Hanya menjadi pemerhati tingkah Fuadi yang menyambung
langkah terus ke dapur. Tidak berapa lama kemudian, Fuadi keluar
sambil menatang dulang hidangan. Dengan cermat, dulang diletakkan di
atas meja kecil.
“Your lunch.” Itu je
ayat Fuadi sebelum dia kembali melangkah keluar dari ruang itu. Ingat
lagi nampaknya Fuadi dengan rutin dia.
‘Hmmm…makanan orang
berpantang.’ Ayam masak halia, sup sayur campur, dan nasi putih
cantik terhidang di depan dia. Jangan tanya kenapa tak ada ikan,
sebab Ain dan ikan memang tak ngam! Berbuih mulut mama suruh Ain
makan ikan, tambah-tambah ikan haruan. Tapi, Ain memang tak boleh nak
telan. Fuadi pun dah menggeleng kepala dengan kedegilan Ain.
Selesai makan, Ain
mengangkat sendiri pinggan dia masuk ke dapur. Selalunya, Fuadi lah
yang menjadi ‘pelayan.’ Jangan harap lah Fuadi hendak biarkan Ain
masuk ke dapur. Tapi, Ain sedar. Sampai bila dia perlu harapkan
Fuadi. Sampai masanya nanti, dia perlu buat semua benda tu sendiri.
Takkan la untuk benda senang macam itu pun dia nak susahkan mama.
“Hai, orang berpantang
masuk sendiri ke dapur? Kenapa tak tinggalkan je kat depan tu.” Kak
Cik yang sedang membasuh pinggan terus menegur Ain.
“Bawak pinggan kosong je
Kak Cik. Tak payah lah nak manjakan Ain sangat.” Pinggan kosong
ditinggalkan sahaja di dalam singki. Berani lah nak basuh sendiri
pinggan tu kalau nak dengar suara Kak Cik membebel nanti.
“Bukan apa, kan bahaya
nak turun tangga tu. Tau dekat Fuadi nanti, habis lah Ain. Dah,
keluar cepat.” Hah, kan dah kena halau. Ain senyum je bila Kak Cik
sebut nama Fuadi. Alah, apa nak hairan. Ain tak rasa tingkah
‘adorable’ Fuadi sepanjang Ain lepas bersalin ni semuanya sebab
dia sayangkan Ain. Lebih kepada menunjukkan rasa bersalah dia pada
Ain sebenarnya.
Keluar dari dapur, Ain
lihat Fuadi sudah duduk di sebelah Aqil. Terperasankan sahaja
kehadiran Ain, terus pandangan tajam dia beralih pada Ain.
“Kenapa tak tunggu
abang?”
Soalan Fuadi dibiarkan
berlalu buat seketika. Handphone di atas meja diambil sebelum Ain
melabuhkan punggung di sofa bersebelahan katil.
“Saja nak belajar
berdikari. Nanti kena buat sendiri jugak.” Selamba jawapan Ain.
“Since I’m still here,
can’t you give me a chance to do everything that I can for you.”
Ain sedar Fuadi sedang pandang dia. Sengaja Ain menyibukkan diri
dengan handphone di tangan.
“You’re not here when
I really need you. And, now, I can still survive without you.”
Perlahan suara Ain. Handphone di tangan diletakkan kembali di atas
meja sebelum dia mengangkat kepala memandang Fuadi.
“So, what makes you
think that I really need you now?” Tajam pandangan mata dia pada
Fuadi. Sengaja mahu mencabar Fuadi. Biar Fuadi turut merasa betapa
sakitnya hati dia selama ni.
Mungkin terkesan dengan
kata-kata Ain, Fuadi terus bangun dari katil Aqil. Sempat dicium
sekilas ubun-ubun Aqil.
“I don’t know how
much you need me. But, please be patient with me. I’m trying my
best now to save our marriage. Please do support me.Semua
ni tak ada guna kalau Ain mengalah sekarang. ”
Perlahan kata-kata Fuadi sebelum dia berlalu keluar dari ruang
keluarga.
Ain terkedu. Jelas di mata
dia keikhlasan kata-kata Fuadi tadi. Tapi Ain tak faham. Kenapa muka
Fuadi nampak sedih. Kenapa Fuadi selalu membuatkan dia dalam keadaan
serba salah.
Malam itu, seperti selalu
Aqil perlu didodoikan papa dia. Barulah dia boleh tidur. Kalau Ain
yang dodoikan, memang dia akan merengek je. Pelik jugak Ain. Kalau
waktu siang, tak kisah la siapa yang dodoikan, senang je Aqil tidur.
Tapi, bila malam, selagi tak dengar suara papa dia, selagi tu lah
Aqil akan merengek je.
Ain sudah duduk menyandar
di katil. Mata dia pun dah layu sangat sebenarnya. Nak tunggu Aqil
tidur je ni. Selalunya waktu macam ni, Aqil dah tidur. Tapi malam ni
disebabkan Fuadi sibuk mengemas di luar, jadi lambat sikit dia masuk
ke bilik. Penat Ain cuba dodoikan Aqil, tapi tak menjadi jugak.
Perlahan suara Fuadi
mengalunkan zikir untuk mendodoikan Aqil. Ralit Ain menjadi
pemerhati. Sejak dari tadi, Ain perasan riak muka Fuadi yang suram.
Di depan ahli keluarga, memang Fuadi masih mampu tersenyum. Tapi Ain
tak buta untuk melihat kesedihan di sebalik raut wajah Fuadi. Dia kah
yang bersalah?
Pergerakan yang tiba-tiba
terasa di sebelah dia mematikan lamunan Ain. Jauhnya dia mengelamun.
Sedar-sedar, Aqil sudah selamat diletakkan di tengah-tengah katil.
“Aqil, Aqil. Macam mana
la kalau papa tak ada nanti. Nampaknya, Aqil kena ikut papa balik UK
la ni.” Fuadi sudah berbaring di sebelah Aqil dengan badan
mengiring ke arah Ain.
Suara Fuadi, walaupun
perlahan masih jelas di telinga Ain. Rasanya, memang suami dia tu
sengaja nak bagi dia dengar.
“Aqil ikut papa balik UK
je lah ye. Aqil je yang perlukan papa sekarang. Mama dah tak perlukan
papa!” Sayu suara Fuadi.
Ain tersentap. Mata dia
terasa panas. Kalau lah Fuadi tahu perasaan dia sekarang. Ain terus
mengiringkan badan kea rah dinding.Tak mahu Fuadi tahu perasaan dia
sekarang ni. Air mata yang mengalir perlahan di pipi diseka perlahan.
‘Of course I still need
you. Always.’ Tapi sayang. Kata-kata itu tak mampu terluah di
bibir. Dan, Ain tahu, bukan senang hati dia nak melupakan semua
perbuatan Fuadi selama ini.
No comments:
Post a Comment