Ralit Ain melihat keletah
anak buah dia, Rania yang makin aktif sekarang. Lama tak jumpa.
Sekarang, anak Kak Cik tu dah pandai berjalan walaupun masih tak
berapa stabil lagi langkah dia. Budak comel ni memang tak pernah
penat. Jatuh banyak mana sekalipun, masih lagi nak bangun menyambung
langkah dia. Hai lah. Tersenyum Ain bila membayangkan keletah anak
dia nanti. Mesti lebih kurang macam tu je. Tak sabarnya rasa nak
tengok muka anak sendiri.
“Hah Ain, jauh
mengelamun. Dari tadi kak cik tengok dok sengih je sorang-sorang.”
Tersentak Ain dengan
sergahan Kak Cik. Dipandang sekilas pada Kak Cik yang tengah berjalan
masuk ke ruang keluarga tempat Ain duduk sekarang dengan sebelah
tangan dia memegang botol susu Rania.
“Hmm..tak ada apalah Kak
Cik. Seronok tengok si Rania ni.” Ain lihat Rania meronta-ronta
kecil bila Kak Cik mendukung dia untuk dimasukkan ke dalam buaian.
Budak Rania ni, mengantuk macam mana sekalipun, mana tahu nak
berhenti tidur. Pernah sekali tu, sampai boleh tertidur masa tengah
disuapkan makan. Adoi la!
“Kak Cik. Mama mana?
Dari pagi lagi hilang.” Hairan Ain. Selesai je mereka sarapan pagi
tadi, terus mama lesap! Nak cakap pergi kedai, kereta ada je dekat
luar tu.
“Pergi mana lagi kalau
bukan rumah Mak Ndak kat sebelah ni. Tengah sibuk menolong untuk
majlis malam nanti la tu.” Perlahan je suara Kak Cik sebab tidak
mahu mengejutkan Rania yang sudah mula terlelap.
“Eh, Mak Ndak nak buat
kenduri ke? Kenapa?”
“La..takkan mama tak
bagitahu Ain?” Kak Cik memandang Ain dengan muka hairan.
“Bagitahu apa?”
Seingat Ain, sejak dia sampai dari Jerteh petang semalam, tak ada pun
mama menyebut tentang kenduri di rumah Mak Ndak.
“Mama lupa lah tu.
Hmmm…abang Man dapat tukar balik kerja sini. Tu yang Mak Ndak buat
kenduri kesyukuran sikit. Sekali dengan tahlil untuk arwah Pak Ndak.
Kak Cik balik ni sebab tu lah. Ingatkan nak balik minggu depan. Tapi,
alang-alang dah Mak Ndak buat kenduri ni, baik balik minggu ni je.”
Patut lah Ain nampak ada
ramai orang dekat rumah Mak Ndak. Tak tahu la pulak sebab Mak Ndak
nak buat kenduri.
“Owh…abang Man dah
balik la ni? Lama tak dengar khabar. Last jumpa masa dia dalam ward
hari tu.”
“Hai Ain. Rindu Abang
Man ke? Habis, abang Adi tak rindu?” Ain tersenyum kelat dengan
usikan Kak Cik.
Kalau lah Kak Cik tahu
kisah dia dengan Fuadi, rasanya Kak Cik pasti tak nak sebut nama
Fuadi di depan dia sekarang. Tapi, apa boleh buat. Bukan salah Kak
Cik sebab semua ahli keluarga belah Ain, termasuk mama dan abah tidak
tahu tentang keadaan rumah tangga Ain. Nama ‘Sofea’ sendiri
mungkin agak janggal di telinga mereka walaupun heboh juga lah isu
Ain terlanggar Danish hari tu.
Yang mereka tahu, Ain
terlanggar Danish, anak jiran depan rumah dia yang juga merupakan
kawan baik Fuadi. Full Stop! Itu je yang mereka tahu. Kisah
perkahwinan kedua Fuadi pastilah lagi janggal. Malah, mungkin tidak
pernah terlintas di fikiran mereka. Ain kalau boleh, sedaya mungkin
dia mahu rahsiakan perkara ini.
“Eh, mengelamun pula
dia..”…Teguran Kak Cik menyedarkan Ain yang terleka dengan
lamunan dia.
“Hmmm..Kak Cik, Ain naik
bilik dulu ye. Rasa mengantuk pulak tiba-tiba.”
“Pergi lah naik berehat.
Jangan lupa lepas Asar nanti kita nak pergi rumah Mak Ndak. Kena
tunjuk muka jugak. Nanti apa pulak kata Mak Ndak kalau kita tak
pergi.”
“Okay.” Ain pun sebenarnya memang dah merancang nak
pergi rumah Mak Ndak petang nanti. Walaupun tak ada apa sangat untuk
menolong, sekurangnya dia pergi menjengah jugak.
Tetamu yang datang sudah
mula memenuhi perkarangan rumah Mak Ndak. Terutama kaum Adam yang
baru sahaja selesai mengerjakan solat Isyak di surau. Sekejap lagi,
majlis tahlil akan dimulakan. Riuh keadaan di luar. Biasa lah, bila
berkumpul ramai-ramai macam ni, memang banyak topik nak dikeluarkan.
Tambah-tambah lagi bila hidup di kampung ni, ikatan kejiranan yang
terjalin memang sangat erat.
Sementara kaum Adam tengah
bersiap-siap untuk memulakan tahlil, kaum Hawa di dapur pula sedang
sibuk menyiapkan hidangan makanan. Sama seperti suasana di luar,
keadaan di dapur juga tak kurang gamatnya. Tangan dengan mulut sama
naik! Huhu..Tapi, Ain suka keadaan macam ni. Bukan senang nak jumpa.
Kalau bukan sebab ada kenduri macam ni, alamatnya, kena tunggu hari
raya la baru boleh jumpa balik suasana riuh macam ni.
Ain duduk di meja makan.
Tangan dia ligat memotong agar-agar untuk dihidangkan ke dalam
pinggan. Keadaan kandungan dia yang sudah masuk bulan ke 7
menyukarkan dia untuk turut sama duduk bersila di bawah seperti
kebanyakan tetamu yang lain.
“Ain bila jangka nya?
Nampak dah besar sangat perut kamu tu.” Tegur Mak Cik Yah yang
sedang duduk bersila di bawah. Tangan dia cekap menyendukkan kuah
dalca ke dalam pinggan.
“Kalau ikut kan yang
doktor cakap, lagi dua bulan lebih. Ni baru masuk 7 bulan.”
“La ye ke? Mak cik
ingatkan dah nak dekat. Besar sangat dah perut kamu tu.” Tergelak
Ain bila melihatkan riak terkejut Mak Cik Yah.
Ni bukan kali pertama dia
ditegur sebab kandungan dia yang nampak besar. Dah banyak kali. Tak
ada apa yang nak dihairankan kalau melihatkan selera Ain yang
menjadi-jadi sangat sekarang ni.
“Macam mana tak besar.
Haish, gerun tengok selera dia sekarang ni.” Tengok tu! Mama pun
perasan dengan selera Ain sekarang ni.
“Biar lah Mah. Bagi dia
makan puas-puas. Nanti dah kena berpantang.” Mak Ndak yang
kebetulan menjengah ke dapur Ain ikut menyampuk perbualan mereka.
“Betul tu Mak Ndak. Masa
ni la Ain boleh makan puas-puas.” Senyuman Ain lemparkan pada Mak
Ndak.
“Hah. Kalau Ain nak
makan nasi kerabu, ambik la bawah saji tu.”
“Oh..Patutlah dari tadi
Ain terbau nasi kerabu. Memang ada rupanya. Siapa yang bagi?”
“Abang Man kamu la tu.
Angin apa entah mengidam nak makan nasi kerabu. Padahal makanan dah
banyak kat rumah ni. Boleh pula dia pergi beli nasi tu tadi.” Bebel
Mak Ndak sambil mengeluarkan pinggan nasi dari dalam almari. Mungkin
ramai sangat tetamu yang datang. Tu yang Mak Ndak terpaksa membawa
keluar pinggan tambahan.
“Biasalah tu Ndak. Orang
dah lama duduk oversea. Balik sini, mesti teringin nak makan
macam-macam.” Cepat je mama nak sebelahkan abang Man.
Lawak pulak Ain rasa
keadaan sekarang. Tadi bila mama complain pasal selera Ain, Mak Ndak
yang back up Ain. Sekarang, bila Mak Ndak complain pasal kerenah
abang Man, mama pulak yang back up abang Man.
Cepat je Ain buka tudung
saji. Rezeki dia nampaknya. Tak tahu la hari ni kenapa dia tak
berselera sangat nak makan. Tapi, sekarang, keinginan dia
membuak-buak nak makan bila aroma nasi kerabu kuat mencucuk hidung
dia.
“Abang Man dah makan ke
Mak Ndak? Ada sebungkus je ni.” Mana la tahu kalau-kalau abang Man
memang beli sebungkus je. Mengamuk pulak dia nanti kalau tiba-tiba
Ain habiskan nasi tu.
“Hmm..Dah makan. Sebelum
magrib lagi dia beli. Takkan tak makan lagi. Ambik je Ain. Nanti
membazir pulak kalau dibiarkan kat situ.”
Tersenyum lebar Ain. Tak
sabar rasa nak makan. Tapi macam tak elok pulak kalau dia nak makan
sekarang. Orang tengah sibuk tahlil, dia senang-lenang je makan! Tak
pe lah. Tunggu orang selesai tahlil je la.
Selesai je tahlil,
beberapa orang lelaki masuk ke dapur untuk mengangkat hidangan
makanan keluar. Terpegun seketika Ain bila terpandangkan abang Man
yang turut sama masuk ke dapur untuk mengangkat hidangan. Lain sangat
abang Man malam ni. Dengan berbaju melayu merah yang tangannya
dilipat ke paras siku. Berbeza sekali dengan abang Man yang Ain jumpa
dalam wad dulu.
Abang Man yang sedang
membongkok untuk mengambil hidangan tiba-tiba mendongakkan kepala.
Tepat pandangan abang Man pada Ain yang dari tadi ralit sangat
menjadi pemerhati dia. Terpandangkan Ain, senyuman manis terus
terlakar di muka abang Man.
Ya Allah! Cepat-cepat Ain
menundukkan pandangan. Apa yang kau buat ni Ain! Sedar dengan
kealpaan sendiri, perlahan Ain mengucap istighfar. Mata Ain melilau
ke sekeliling. Takut ada-ada mata-mata yang perasan dengan tingkah
dia tadi.
Suasana kembali sedikit
tenang bila masing-masing sudah mula menjamah hidangan. Kaum
perempuan yang tadinya sibuk menyiapkan hidangan sudah ikut sama
duduk mengelilingi hidangan di atas lantai. Perlahan-lahan Ain bangun
dari kerusi sebelum turut duduk bersimpuh di bawah. Segan pulak dia
rasa bila sorang-sorang duduk atas kerusi.
“Ain, jom la makan
sama.” Tegur kak Cik yang sudah mula menyudu lauk ke dalam pinggan
dia.
“Eh, tak pe. Makan je.
Kejap lagi Ain makan.”
“Hmm..cakap je la nak
makan nasi kerabu tu. Dari tadi dok jeling-jeling, macam mama tak
nampak.” Selamba mama menegur Ain. Ketawa kecil terletus dari mulut
Kak Cik.
“Mama ni. Saja nak
malukan Ain.” Segan Ain bila melihatkan beberapa orang jiran yang
tersenyum megusik bila mendengar suara mama. Kalau Kak Cik sorang
yang dengar, tak ada lah Ain malu sangat.
“Alah, Ain. Apa yang nak
segannya. Macam tak biasa. Bukak je la nasi kerabu tu. Nanti kempunan
pula.” Senyuman kecil Mak Ndak lemparkan pada Ain.
Haish. Bila Mak Ndak dah
pelawa, terus hilang segan Ain. Bungkusan nasi kerabu, dibuka dengan
cermat. Wah! Memang menyelerakan. Dengan hirisan daging bakar, solok
lada, telur masin, sambal kelapa, hirisan ulaman…Hmmm..cukup
lengkap. Kecur liur Ain. Usai membaca doa makan, suapan pertama terus
masuk ke mulut Ain. Ya Allah. Nikmatnya!!
“Mak, ada nampak tak
nasi kerabu yang Man letak bawah saji tadi?”
Sedikit tersedak Ain.
Suara abang Man, walaupun tak lah kuat sangat, tapi memang jelas di
telinga Ain. Dipandang nasi kerabu yang sudah hampir separuh dia
makan. Erk…jangan cakap abang Man nak makan nasi kerabu ni.
“Kenapa? Mak dah bagi
dekat Ain. Hah, tu Ain tengah makan. Man tak makan lagi ke?” Kuat
jantung Ain berdegup bila mendengarkan jawapan Mak Ndak. Muka dia dah
mula berona merah menahan malu. Macam mana kalau abang Man belum
sempat makan nasi kerabu yang dia beli. Ya Allah. Malunya!!!!
Abang Man terus
melemparkan pandangan dia pada Ain. Tergelak kecil dia bila
melihatkan muka Ain yang nampak sangat tengah cuak.
“Owhhh.. Ain dah makan.
Tak apa lah. Saje je tanya. Takut membazir. Hmmm..patut lah tangan ni
gatal je nak beli lebih tadi. Sebab mom-to-be kita ni nak makan
rupanya….” Senyuman dia lemparkan pada Ain.
“Makan je la Ain. Dah
rezeki Ain tu. Kalau tak cukup, bagitahu je. Nanti abang Man beli
lagi.” Tersenyum kelat Ain mendengar usikan abang Man. Haih la.
Saja nak malukan Ain. Sedikit hilang keterujaan Ain untuk makan.
Mungkin sebab menahan cuak tadi, ataupun mungkin juga sebab dah
kenyang! Huhuhuu..
No comments:
Post a Comment