DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday 30 November 2015

JODOH UNTUKKU - BAB 27

BAB 27


Termasuk hari ini, sudah seminggu Ain duduk di rumah mama. Minggu lepas, selesai sahaja majlis tahlil untuk Danish, Ain menyuarakan keinginan dia kepada ummi untuk mengikut mama pulang. Nasib baik ummi langsung tidak ada bantahan. Dia faham dengan situasi Ain. Tambah lagi dengan reaksi Fuadi yang jelas menunjukkan reaksi dingin dia pada Ain. Kebetulan, mama dan abah turut hadir ke majlis tahlil Danish malam itu. Jadi, Ain terus ikut mama balik sekali ke rumah mereka.
‘Ain ikut mama balik rumah.’ Hanya mesej ringkas dihantar kepada Fuadi malam itu. Hmm..memang Fuadi langsung tidak kisah dengan keputusan yang Ain ambil. Langsung tidak ada balasan mesej daripada fuadi. Ain pun tidak ada hati nak ambil tahu tentang keadaan Fuadi sekarang. Mungkin disebabkan oleh rasa kecil hati yang masih tidak mahu hilang dengan reaksi dingin Fuadi pada dia minggu lepas.
Petang tadi Ain sudah mendapat tahu result untuk penempatan dia. Jerteh, Terengganu. Hmm..tak ada la jauh sangat. Dalam sejam setengah je perjalanan dengan kereta dari rumah mama. Tapi okay la. Setidaknya, bukan area Kota Bharu yang boleh memungkinkan dia bertembung dengan Fuadi. Buat masa sekarang, tak tahu kenapa Ain rasa dia sebolehnya mahu mengelak dari berjumpa dengan Fuadi. Sudah orang tak ingin, buat apa dia nak tersua-sua memalukan diri.
Ain tak tahu lagi samada nak berulang-alik ataupun mencari rumah sewa yang berdekatan dengan tempat kerja dia. Mama pun nampak serba salah. Dengan keadaan dia yang sedang mengandung, memang susah nak buat keputusan. Kalau nak berulang-alik, takut dia penat. Macam-macam boleh berlaku kalau memandu dalam keadaan penat. Tapi, kalau nak suruh dia cari rumah sewa pulak, lagi lah mama bimbang nak lepaskan dia duduk sorang-sorang.
Kalau ikutkan Ain, dia lebih suka untuk duduk menyewa dekat situ. Hujung minggu boleh lah balik rumah mama. Tapi Ain tak sangka, panggilan daripada Atiff lewat petang tadi bagaikan satu panggilan rahmat kepada dia. Atiff turut ditempatkan di Jerteh. Jadi mereka sudah sepakat untuk mencari rumah sewa dekat area Jerteh. Nasib baik mama pun bersetuju dengan rancangan dia dan Atiff. Lega Ain.
Selesai solat Magrib, Ain membuka telekung solat dia sebelum diletakkan dia atas sejadah. Sengaja tidak dilipat sebab dia ingat nak terus tunggu untuk solat Isyak. Tubuh dihenyakkan di atas katil sambil tangan menyentuh lembut kandungan dia yang mula  menampakkan bentuk walaupun masih tidak begitu ketara. Hmm..dah 3 bulan lebih kandungan dia. Sayu Ain bila mengenangkan nasib anak di dalam kandungan dia.
Ayat yang Fuadi ungkapkan semasa malam tahlil untuk arwah Danish kembali terimbau di fikiran dia. Tak dapat Ain nak ungkapkan bagaimana pedihnya hati dia mendengar ayat Fuadi.
‘Waktu-waktu macam ni pun kau boleh pentingkan pasal kau, pasal perkahwinan ni, pasal anak kau.’
Ya. ‘Anak kau.’ Tergamaknya Fuadi. Ain boleh terima kalau Fuadi langsung tak menunjukkan rasa ambil berat dengan kandungan dia. Tapi bila Fuadi menyebut ‘anak kau’, entah kenapa Ain rasakan yang Fuadi seolah tidak menerima kehadiran anak dia di dalam kandungan Ain.
‘ Be strong Ain. Kalau Fuadi tak mahu ambil kisah langsung pasal anak dia ni, kau boleh jaga sorang-sorang Ain.’ Ain sudah menanam tekad. Dia tak mahu menjadi lemah. Ain tak mahu mengakui, tapi dia terpaksa menerima yang sekarang ini sudah mula timbul perasaan dendam dia pada Fuadi. ‘Ya Allah, janganlah jadikan aku orang yang berdendam.’
 Apa yang Ain harapkan sekarang ialah supaya tidak ada lagi tindakan Fuadi yang boleh menambahkan rasa dendam dan tak puas hati dalam diri dia . Ain takut sampai satu masa, rasa sakit hati dan dendam dia sudah tidak mampu dikawal. Kalau terjadi juga, dia akan pastikan Fuadi menyesal seumur hidup dia!

 Kereta Ain sudah menyelusur masuk ke lorong rumah sewa Fuadi. Petang ini, Ain bercadang untuk mengambil semua barang dia dari rumah yang dia tinggal bersama Fuadi. Selepas kejadian yang menimpa Danish, Ain tak rasa dia sanggup untuk tinggal di rumah itu lagi. Lagipun, Fuadi juga akan menyambung pengajian dia tak lama lagi. Takkan Ain nak duduk seorang diri dekat rumah tu.
Sengaja Ain datang lewat-lewat petang begini. Harapnya dapat la dia bertembung dengan Fuadi. Sejak tinggal di rumah mama, Ain memang tak ambil tahu langsung pasal jadual kerja Fuadi. Kalau Fuadi oncall hari ni, kecewa lah Ain. Banyak perkara yang mereka perlu bincangkan.
Selesai sahaja memakirkan kereta, Ain tidak terus masuk ke dalam rumah. Sebaliknya, Ain berjalan keluar dari pintu pagar, dan memandang kosong ke arah tempat di mana dia telah terlanggar Danish. Segar lagi dalam kepala Ain memori tentang kejadian hari itu dan Ain rasa memang sukar untuk dia melupakan perkara itu.
Ain terpaksa akui. Kalau dia yang baru sahaja kenal dengan Danish sudah begitu terkesan dengan kehilangan Danish, macam mana pula dengan orang yang sememangnya rapat dengan anak kecil itu. Fuadi dan Sofea! Hmm..bila teringat pasal Sofea, Ain terfikir tentang rancangan dia untuk bersemuka dengan Sofea.
Dia mahu meminta maaf tentang kemalangan yang menimpa Danish biarpun kejadian itu bukannya salah dia sepenuhnya. Ain rasa Sofea pun sedar tentang hakikat itu. Sebab itu lah Sofea tidak pernah secara depan-depan menunjukkan kemarahan dia pada Ain. Sebaliknya, Sofea juga, sama seperti Ain, mengambil keputusan berdiam diri. Yang Ain terkesan ialah sikap Fuadi. Kenapa Fuadi begitu beria-ia meletakkan kesalahan itu di bahu Ain sepenuhnya.
Hmmm..sedar yang dia sudah terleka, Ain terus berpusing dan berjalan untuk masuk ke dalam rumah. Kereta Fuadi tidak ada di porch, jadi Ain tahu pastinya Fuadi masih belum pulang dari kerja.
Bagasi yang berisi pakaian disusun ditepi pintu bilik. Tak ada lah banyak sangat barang dia. 2 buah bagasi bersaiz sederhana besar sudah cukup untuk memuatkan semua barang dia. Ain meliarkan pandangan dia ke sekeliling bilik. Rasanya dah siap semua. Memang patut pun sikit barang dia. Sebulan lebih baru dia tinggal disini. Tak sempat lagi nak angkut semua barang ke rumah ni, sudah kena angkut keluar balik. Tak ada ralat pun Ain rasa untuk meninggalkan rumah ni sebab kenangan yang tercipta di rumah ni, tak ada yang manis pun untuk diingat. Ain mula melangkah ke arah bagasi dia. Bersedia untuk membawa bagasi itu turun ke tingkat bawah satu persatu.
Selesai sahaja mengangkut kedua-dua bagasi ke tingkat bawah, Ain nampak ada sorotan lampu kereta menjalar masuk ke dalam kawasan rumah. Hmm..dah balik pun Fuadi. Lewat juga dia balik, dah nak masuk waktu magrib. Ain bangun melangkah ke pintu. Walau ada debaran yang menggila di dada, Ain tetap cuba untuk bereaksi setenang mungkin.
“Assalamualaikum…you’re late.” Senyuman yang sehabis manis Ain berikan pada Fuadi.  Melihatkan sahaja figura Ain yang tengah berdiri di tepi pintu, riak muka Fuadi terus berubah serius.
“What you’re doing here?” Nampak tak senang Fuadi dengan kehadiran Ain.
“Why, ini kan rumah Ain juga.” Ain cuba menyabarkan hati. Salam yang dia beri langsung tidak dijawab. Ain terus mengekor Fuadi yang baru sahaja melintasi dia untuk berlalu ke ruang keluarga.
“Correction. My house. Not yours.” Selamba ayat Fuadi yang sudah melabuhkan punggung ke sofa. Tersentak Ain.
“Hmmm..ye la. Rumah abang. Sebab tu Ain dah kemas barang nak bawak keluar dari sini.” Ain menjawab tenang. Maaflah. Kata-kata Fuadi langsung tak berbekas di hati dia. Lagipun, Ain memang tak teringin nak duduk dekat rumah ni lagi.
“Owh really. Patut pun ada bagasi dekat situ. That’s good. Sebab aku rasa pembunuh Danish memang langsung tak layak nak duduk rumah ni.” Keras kata-kata Fuadi sambil memandang Ain tajam.
“Stop calling me like that. Ain bukan pembunuh. Berat tuduhan abang pada Ain.” Sedikit menjerit Ain. Gelaran pembunuh yang Fuadi berikan memang begitu menyentap hati Ain.
“Whatever! Dah ambik semua barang kan? So, tunggu apa lagi? Aku nak berehat ni.” Sampai hati Fuadi menghalau Ain.
“Sampai hati abang kan. Okay lah. Ain memang dah nak pergi pun tadi. Tapi entahlah. Hati ni degil sangat. Nak jugak suruh tuan dia ni sapa abang.” Perlahan kata-kata Ain sebelum dia bangun untuk berlalu keluar. Fuadi hanya bereaksi selamba. Langsung tak terkesan dengan jawapan sayu Ain.
“Hmm..boleh Ain tanya sesuatu?” Belum sempat mengangkat bagasi, sempat lagi Ain berpaling ke arah Fuadi. Dia perlu tahu jugak jawapan dari Fuadi. Bila melihat Fuadi memandang ke arah, Ain terus menyusun kata.
“Abang still akan kahwin dengan Sofea ke?” Tenang Ain menyoal Fuadi. Berdebar dia rasakan untuk menunggu jawapan Fuadi.
Fuadi tiba-tiba tergelak sinis.
“Why? Kau ingat lepas Danish dah tak ada, aku tak jadi la nak kahwin dengan Sofea?” Keras suara Fuadi sebelum dia bangun menuju kea rah Ain.
“Look! What have you done Ain? Now, aku dah tak ada alasan kukuh untuk tinggalkan Sofea. She’s alone now and of course I need to marry her!” Jerkah Fuadi. Ain yang terkejut tidak mampu untuk menahan air mata dia yang secara tiba-tiba laju menuruni pipi. Ain tak faham kenapa Fuadi seolah marahkan dia. Bukan ke Fuadi memang sudah lama merancang untuk berkahwin dengan Sofea?
“Ain tak faham…..” Terketar-ketar suara Ain. Laju jantung dia berdegup melihatkan muka bengang Fuadi sekarang. Bergerak-gerak rahang Fuadi. Menahan marah mungkin. Lama mereka berkeadaan begitu.
Mungkin terkesan dengan tangisan Ain, Fuadi mula menenangkan diri. Riak kemarahan di muka mula beransur hilang.
“Kau tak akan faham…Just go.” Fuadi menunjuk ke arah muka pintu. Memberi isyarat untuk Ain meninggalkan rumah itu. Kalau tadi suara dia penuh kemarahan, sekarang, yang Ain nampak hanya riak wajah yang penuh kekesalan dan kekecewaan.
Tanpa berlengah, Ain terus mengangkat bagasi dia dan terus keluar dari rumah itu. Tak sanggup lagi untuk berada disitu. Tak terluah mulut dia untuk bertanya lanjut tentang keputusan Fuadi untuk bernikah dengan Sofea sebab dia sekarang pun tengah keliru. Pelbagai persoalan mula berlegar di kepala. Kenapa Fuadi sekarang bereaksi seolah dia tak rela untuk menikahi Sofea? Nampak seperti terpaksa.
Fuadi mula bergerak ke arah sofa. Lambat-lambat dia melabuhkan tubuh di sofa. Hanya mampu menghantar pemergian Ain dengan pandangan mata. Kecewa sangat dengan apa yang berlaku. Terasa sangat kerdil diri dia. Sudah tak berdaya mencari penyelesaian untuk kemelut yang sedang melanda hidup sekarang.  ‘ What have you done Ain…..’
Azan magrib yang mula berkumandang menyedarkan Fuadi. Sedar yang dia hanya seorang hamba. Tak berkuasa untuk menentukan sesuatu. Anak tangga dilangkah satu persatu untuk naik ke bilik. Berharap agar dengan solat, kepala dia yang tengah berserabut sekarang dapat dikosongkan.






No comments:

Post a Comment