Hari
ni hari kedua Ain duduk di rumah mama dan petang ini dia akan balik ke rumah
Fuadi. Nampaknya, dia terpaksa menghadap balik kepuraan Fuadi. Teringat Ain
dengan kejadian malam itu. Nampak sahaja Fuadi sudah menamatkan perbualan dengan
Sofea, bergegas Ain berkejar naik ke bilik. Betul kata Fuadi. Ain masih lemah.
Dia memang tak bersedia lagi untuk menerima kejutan dari Fuadi yang dia tahu
pastinya bukan calang-calang kejutan. Dan memandangkan keesokannya Fuadi tidak
akan balik ke rumah kerana oncall, Ain mengambil kesempatan untuk balik
bermalam di rumah mama.
Rancangannya
untuk keluar membeli barang basah semalam terpaksa dilupakan. Dia memang tak
ada mood. Sebaliknya, Ain meminta
adik bongsu dia, Fiza untuk memandu pulang ke rumah mama. Kepulangan dia ke
rumah mama langsung tidak dikhabarkan kepada Fuadi. Alah, lagipun Fuadi sudah
bagi pilihan untuk dia samada mahu bermalam di rumah mama ataupun duduk je
dekat rumah dia tu.
“Hah,
Ain. Jauh mengelamun. Bukan main perit dah tekak mama ni panggil kamu.”
Tamparan lembut di bahu mengejutkan Ain.
“Hmm..mama
ada apa? Hiberbola la tu menjerit sampai sakit anak tekak. Saja je kan nak
kacau Ain.” Tersenyum Ain pada mama yang entah macam mana tiba-tiba boleh masuk
ke bilik dia ni. Kalau tak silap Ain, tadi mama ada dekat dapur.
“Ni,
Mak Ndak bagitahu mama tadi, abang Man kamu masuk hospital. Accident. Jom lah kita melawat dia
petang ni.”Terkejut Ain. Mak Ndak tu mak sepupu Ain merangkap jiran sebelah
rumah dia. ‘Eh, sejak bila abang Man balik KB?’
“Abang
Man?”
“Ye
lah. Takkan dah tak kenal. Padahal masa kecik dulu asyik duk mengekor je Razman
tu. Sampai pening kepala dia.” Takkan la Ain dah lupa dengan Abang Man. Anak
bongsu Mak Ndak tu. Tersenyum Ain bila teringatkan Abang Man. Memang pun Ain suka
sangat mengekor abang Man sebab dia suka layan Ain yang lasak ni. Kalau musim
buah, dia akan mengekor je Abang Man masuk kebun. Tapi, bila Ain masuk je
sekolah menengah, dia dah tak berhubung dengan abang Man. Yelah, bila dah jadi
anak dara, perasaan malu dah mula timbul. Abang Man pula sudah masuk UiTM, buat diploma. Lagi lah
menjarakkan hubungan mereka.
“Mana
ada lupa. Ain pelik je. Sejak bila pulak dia balik KB. Bukan dia kat Qatar ke?”
Setahu Ain, abang Man bekerja sebagai jurutera di Qatar Gas. Habis je degree di
UK, dia terus bekerja di Qatar. Rasanya dah dekat 10 tahun Ain tak jumpa Abang
Man. Mungkin abang Man ada balik ke rumah dalam tempoh tu, Cuma mungkin tidak
bertembung dengan cuti Ain.
“Dah
dekat seminggu. Ain tak nampak dia semalam sebab dia join konvoi kawan dia
pergi wedding dekat Terengganu. Ni accident masa on the way balik ke sini la.”
“Ya
Allah. Teruk ke ma?”
“Haish
budak ni. Dari tadi mama cakap dia accident,
baru sekarang kamu nak tanya dia teruk ke tak. Memang la kamu ni.” Mama sudah
mula membebel. Tergelak kecil Ain. Ye lah, tadi sibuk duk mengimbau pasal abang
Man ni sampai lupa nak tanya benda yang paling penting tu. Tapi, kalau
dilihatkan dari reaksi mama, Ain agak pasti lah tak serius. Kalau serius mesti
mama pun dah kalut dari tadi.
“Mak
Ndak kamu cakap nasib baik la tak teruk. Tak ada apa yang patah. Cuma betis dia
tu, banyak juga la berjahit sebab kaki dia terseret dekat jalan.”
“Alhamdulillah…
Nasib baik. Abang Man ni pun satu. Dah kaya tu, buat-buat la beli kereta. Tak
habis-habis dengan perangai suka merempit dia tu.”
“Eh,
pandai-pandai je kamu cakap dia tak ada kereta. Mana tahu dekat Qatar tu kereta
dia dah berapa buah. Dia bukan duduk sini pun. Buat apa la dia beli kereta. Tu
kereta Persona Mak Ndak kamu pun dia yang belikan.” Tersengih Ain mendengar
bebelan mama. Dia saja je tadi. Lagipun dia tahu, abang Man tu lebih dari mampu
kalau dia nak beli kereta.
“Mama
ni. Ain acah je. Laju je mulut mama ye. Kesian baby Ain ni kena dengar nenek
dia membebel. Hospital mana ma?”
“Pandai
la kamu. HUSM ni je. Lepas Asar kita terus pergi la dengan abah. Lagipun kamu
kan nak balik petang ni. Takut lewat pulak kamu nak drive sorang-sorang balik
rumah.” Mama terus melangkah keluar dari bilik Ain.
HUSM!
Teringat Ain pasal Fuadi. Berkira-kira samada nak inform Fuadi untuk turut sama
melawat abang Man atau tak. ‘Hmm..tak payah lah. Fuadi bukan kenal pun dengan
abang Man.’ Lagipun mesti dia penat sangat lepas postcall. Yelah, lepas oncall
yang habis pukul 8 pagi tadi, terus kena sambung kerja untuk hari ni pulak
sampai pukul 5 petang. Walaupun tengah sakit hati dengan Fuadi, rasa kasihan
pada suami dia tu tetap ada. Ain tak boleh nafikan perasaan sayang dia yang
sudah terlalu dalam pada Fuadi.
Walau banyak manapun Fuadi dah
sakitkan hati dia, banyak juga kebaikan yang dia dah tonjolkan pada Ain. Dia
tak pernah mengasari Ain. Dia tak lupa tanggungjawab dia pada Ain. Cuma itulah,
perhatian dia yang keterlaluan pada Danish dan Sofea yang sudah lukakan hati
Ain. Hmmm…bila teringatkan Fuadi, cepat je air mata dia ni nak mengalir. Azan
Asar yang berkumandang mengembalikan Ain ke alam realiti.Cepat-cepat diseka air
mata. Dia perlu cepat bersiap untuk pergi melawat abang Man.
Waktu-waktu
melawat macam ni, memang ramai sangat orang dekat HUSM. Kena beratur jugak la
untuk naik lif. Terbuka sahaja pintu lif, tergamam Ain bila melihat Fuadi yang
sedang melangkah keluar dari lif.
“Eh,
buat apa kat sini?” Fuadi yang tadinya turut nampak terkejut mula bersalam
dengan abah dan mama.
“Nak
melawat anak sepupu dekat sini. Adi dah habis kerja ke? Kalau nak ikut sama pun
boleh?” Cepat je abah mempelawa Fuadi.
“Owh.
Boleh jugak tu. Wad berapa?” Ain hanya memandang sekilas Fuadi yang berdiri di
tepi dia. Terasa segan dia nak bersalam dengan Fuadi dekat sini. Nasib baik
Fuadi pun tidak menghulurkan tangan untuk bersalam dengan dia.
“7
Selatan.”
“Owh..kalau
macam tu abah naik dulu la. Saya nak pergi toilet kejap.” Ain pandang je muka
Fuadi yang memang nampak sangat keletihan. Hmmm..Mesti dia nak menyegarkan muka
dekat tandas . Langsung tidak ada sapaan antara mereka suami isteri, baik dari
Fuadi mahupun Ain. Rasanya tidak ada apa yang nak dihairankan oleh mama dengan
abah sementalah memang tak ada sangat yang boleh diperkatakan oleh mereka.
Sudah cukup senyuman sebagai tanda sapaan antara mereka.
Masuk
sahaja ke wad 7 Utara, dari jauh Ain sudah dapat melihat kelibat Mak Ndak. Dia
tengah berbual-bual dengan seorang pesakit yang sedang berbaring di atas katil.
Hmm..jadi yang itulah Abang Man.Sampai sahaja dekat katil Abang Man, Ain terus
mencium tangan Mak Ndak sebelum memeluk mesra bahu dia. Ain memang agak rapat
jugak dengan Mak Ndak.
Ain
perhatikan saja Abang Man yang sedang bersalam dengan abah. Posisinya sudah
berubah dari berbaring kepada duduk bersandar di kepala katil. Nampak tak
berapa teruk la keadaan dia.Sudah jauh berubah abang Man. Rasanya, dengan
penampilan abang Man ni, ditambah pula
dengan status sebagai jurutera, pastinya tidak sukar untuk dia memikat anak
gadis di luar sana. ‘Hmm.. suami aku pun tidak kurang mengancamnya. Sebab tu
lah Sofea pun asyik nak menyendeng jugak. ’ Sempat lagi hati Ain berbisik. Ya
Allah Ain. Istighfar. Jauh sangat dah fikiran tu.
“Cik
kak cantik ni siapa pula Mak Teh?” Tanya abang Man pada mama. Mungkin dia baru
sedar dengan kehadiran Ain. Hmm..cik Kak! Teringat lagi Ain pada Fuadi yang
suka memanggil dia Cik Kak.
“Takkan
tak kenal kot?” Mak Ndak mula menyampuk. Seronok jugak melihatkan muka abang
Man yang memang nampak sangat clueless
dia tu.
“Entah
la kamu ni. Padahal kecik-kecik dulu macam belangkas.” Tu dia. Abah pun dah join sekaki. Lama abang Man pandang Ain.
Macam tengah berfikir.
“Wait. Jangan cakap ni.. Ain.” Teka abang
Man. Bila melihatkan abah dan mama yang hanya diam sambil tersenyum, terus
nampak keterujaan abang Man.
“Ya
Allah. Ain ke ni. Tak sangka budak cengeng yang suka sangat mengekor Man dulu
dah besar panjang.”
“Ye
lah. Dah 24 tahun pun. Takkan la nak muka cengeng lagi. Suka sangat ye cakap
Ain ni cengeng.” Ain yang dari tadi tersenyum melihat reaksi abang Man sudah
mula bersuara.
“Entah
la kamu ni Man. Dah nak jadi mak budak kot.” Sampuk mama. Terus berubah muka
abang Man.
“Ain
dah kahwin ke?” Muka abang Man yang tadinya ceria tiba-tiba terus nampak suram.
“Tu
lah. Duduk jauh sangat lagi. Apa yang jadi dekat sekeliling pun tak tahu. Ain
dah 6 bulan kahwin.” Suara Mak Ndak pun turut berubah perlahan bila melihatkan
reaksi kecewa abang Man.
“Haish..Melepas
la Man nampaknya. Bukan main Man tunggu Ain. Dulu bukan main cakap nanti besar
nak kahwin dengan Man. Tapi alih-alih dia yang lupa. Haih la nasib badan.”
Sedikit berlawak abang Man. Mungkin untuk menutup kekecewaan hati. Kalau Mak
Ndak tu Ain faham la sebab mama pernah cakap yang Mak Ndak dulu dah berangan
nak bermenantukan Ain. Tapi tak sempat nak cakap Ain dah jadi milik orang. Tapi
Abang Man ni, takkan la dia ada menyimpan hati dekat Ain juga.
“Eh,
mana ada Ain cakap macam tu. Pandai je abang Man ni.” Ain pun sudah mula rasa
tak sedap hati. Betul ke dia pernah cakap macam tu?
“Ain
tak ingat la tu. Kecil lagi. Haih Ain …Ain…Kena cari orang lain la nampaknya
abang ni. Hah, mana suami Ain? Nak jugak abang kenal.” Hmmm..nampak okay pulak
abang Man. Dia berlawak je tadi kot.
“Assalamualaikum.”
Terus Ain berpaling pada Fuadi yang sudah berdiri di sebelah dia. Entah sejak
bila Fuadi sudah ada dekat situ. Jangan dia dengar ayat luahan perasaan abang
Man masa awal-awal tadi sudah lah.
“Hah
Man. Ni lah husband Ain. Fuadi. Doktor dekat hospital ni.” Abah memperkenalkan
Fuadi pada abang Man. Nampak mesra mereka berjabat tangan. Lega Ain.
Lama
abah dan ummi berborak dengan abang Man dan Mak Ndak. Kalau tadi perbualan
lebih tertumpu perihal Ain, sekarang mereka sudah rancak berborak pasal
kemalangan yang menimpa abang Man. Cuma sesekali Ain dan Fuadi menyampuk. Ain
perasan yang abang Man sesekali menjeling ke arah dia dan Fuadi. Biarlah. Bukan
luak pun. Ain pun sebenarnya ada banyak benda yang mahu diborakkan dengan abang
Man. Terutama mengenai kisah zaman kanak-kanak dia dulu. Tapi bila mengingatkan
status sebagai isteri yang dia sudah pegang sekarang, rasanya sudah tidak manis
untuk dia bergelak ketawa dengan abang Man.
“Hmm..Ain,
tadi datang dengan kereta abah ke?” Tiba-tiba Fuadi berbisik di telinga Ain.
“Haah.
Kenapa?”
“Jom
terus balik dengan abang.” Fuadi memandang jam di pergelangan tangan dia. Sudah
6.15 petang.
Ain
perhatikan muka Fuadi yang kepenatan. Pastinya dia mahu segera balik berehat.
Risau pula Ain untuk membiarkan Fuadi drive
seorang dalam keadaan yang kepenatan. Tambah-tambah lagi nak merempuh keadaan
jalan di sekitar HUSM ni yang pastinya tengah jam waktu-waktu macam ni. Ain
menganggukkan kepala tanda setuju dengan cadangan Fuadi. Perasaan sakit hati
dia yang tengah berbuku terhadap Fuadi dilupakan seketika.
“Mama,
abah. Ain ingat Ain balik dengan abang Adi terus la. Dah lewat ni.”
“Hah.
Elok juga tu. Temankan Adi ni balik. Nampak penat sangat dah tu. Kan kalau tertidur
sambil drive, jadi benda lain pulak.”
Nampaknya abah pun menyokong cadangan Ain. Mama di sebelah juga mengangguk
tanda setuju. Selesai bersalaman, Ain terus mengikut langkah Fuadi menuju ke
kereta dia.
___________________________________________________________________________
“Abang
lapar ke sekarang?” Ain baru teringat yang barang-barang untuk memasak belum dibeli.
“Why?”
“Errr..
Ain tak beli lagi barang dapur.” Teragak-agak Ain nak bagitahu Fuadi. Mana la
tahu Fuadi tiba-tiba melenting. Ye la, orang yang tengah penat, ditambah dengan
lapar lagi, jangan dibuat main.
“Hmmm..kalau
macam tu kita terus berhenti makan la. Ain ada nak makan dekat mana-mana ke?”
Fuh, nasib baik Fuadi tak menyinga. Dengar sahaja soalan Fuadi, terus melebar
senyum Ain. Sehari dua ni dia memang teringin sangat nak makan steamboat. Tapi
bila mengingatkan Fuadi yang tengah penat, terpaksa la Ain lupakan seketika
hajat dia tu. Ye lah, kalau makan steamboat, nanti kena berulang-alik untuk
mengambil makanan. Pastinya memenatkan.
“Up to you. Makan je la apa-apa yang
senang. Abang kan tengah penat.” Fuadi tersenyum mendengar jawapan Ain. Tidak
lama selepas itu, kereta Fuadi mula menyusur masuk ke petak parking. Di
belakang mereka sekarang ada deretan kedai makan yang kebanyakannya kedai
masakan panas. Ain hanya mengikut langkah Fuadi yang mula melangkah masuk ke dalam
salah sebuah kedai makan yang terdapat di situ.
Sambil
menunggu hidangan makanan mereka tiba, Ain terpandang kedai makan yang terletak
di seberang jalan berhadapan dengan kedai yang dia duduk sekarang. Kedai
steamboat! Melonjak rasanya keinginan Ain nak makan dekat situ. Ramai orang
dekat kedai tu. Mesti makanan dia sedap.
Mungkin
terperasankan Ain yang dari tadi memandang ke arah kedai di seberang jalan,
Fuadi mula menegur.
“Why? Nak makan steamboat ke?”
“Haah.
Bestnya. Lama dah tak makan.” Ain mengalihkan pandangan dia kepada Fuadi.
“Mengidam
ke ni? Hari ni I’m so tired la. Kita
pergi malam esok boleh?” Gaya Fuadi sudah macam nak pujuk Ain je. Lawak pulak
Ain rasa. Terus terlepas ketawa kecil dari mulut Ain.
“Betul
ni malam esok? Jangan tak jadi pulak. Tadi memang Ain ingat nak makan
steamboat. Tapi sebab fikir abang tengah penat la Ain tak bagitahu abang.”
Gembira Ain. Tak sabar rasanya nak tunggu malam esok. Ya Allah, macam ni
rupanya bila orang mengidam. Bila keinginan nak makan tu timbul, memang asyik
teringat-ingat je. Makan malam mereka berlangsung dengan tenang. Lagipun Ain
rasa sekarang bukannya masa yang baik untuk dia bertanya Fuadi pasal rancangan
dia dengan Sofea.
Fuadi
sudah lena berbaring di atas katil. Selesai je solat isyak, terus dia rebahkan
badan ke katil. Tadi, mereka sampai di rumah pun bila azan magrib sudah lama
berkumandang. Bergegas mereka naik membersihkan diri sebelum menunaikan solat
magrib. Selesai je solat, alang-alang waktu Isyak pun dah nak masuk, jadi
mereka terus tunggu untuk terus solat Isyak.
Ain
baru je mahu memulas tombol pintu bilik untuk turun kebawah bila ada bunyi
panggilan masuk di telefon Fuadi. Tak mahu mengganggu lena suaminya, Ain terus
mencapai telefon Fuadi dan melangkah ke balkoni untuk menjawab panggilan yang
masuk. Tapi,bila melihatkan nama Sofea yang terpapar di skrin telefon Fuadi,
Ain mula teragak-agak untuk menjawab. Lama dibiarkan telefon berbunyi hingga
akhirnya mati sendiri.
Bila
sekali lagi ada panggilan masuk dari Sofea, Ain sudah tidak ada pilihan. Risau
juga dia takut-takut ada kecemasan yang berlaku. Panggilan dari Sofea diangkat.
“Assalamualaikum,
abang.” Cepat je Sofea menyapa bila panggilan dia diangkat.
“Waalaikummussalam.
Abang Adi tengah tidur. Kenapa?”
“Errrr…Ain.
Boleh kejutkan abang Adi tak.” Teragak-agak Sofea bila tahu Ain yang berada di
hujung talian. Bukannya Fuadi. Selamba je dia nak suruh kejutkan Fuadi.
“Can’t you just tell me first what’s
happening. If it’s urgent, I’ll wake him up. He’s so tired.” Geram pulak Ain rasa.
Tapi nadanya cuba dikawal. Takkan la tak boleh nak hormatkan Ain sebagai isteri
Fuadi langsung.
“Hmmm..
Danish tengah merengek nak jumpa dengan papa dia. Saya dah tak tahu nak buat
apa.” Nak tergelak pulak Ain rasa dengan jawapan Sofea. Tak masuk akal
langsung.
“Ya Allah Sofea. Takkan la nak
kejutkan Abang Adi sebab tu je. You’re
his mosther. Takkan la tu pun tak boleh nak handle. Nanti kalau abang Adi bangun, I’ll inform him. Good night.” Terus Ain matikan panggilan. Telefon
ditukarkan kepada mode silent dan
diletakkan di atas meja bersebelahan dengan Fuadi.
Pagi ini, disebabkan peti di rumah mereka
masih kosong, Ain hanya menyediakan air milo dengan roti bakar untuk sarapan
Fuadi. Memang lena sungguh Fuadi semalam. Bila Ain kejutkan untuk solat Subuh
pagi tadi barulah dia terpisat-pisat bangun. Tu pun sempat lagi dia sambung
tidur sekejap lepas solat Subuh.
“Ain,
ada orang call abang ke semalam?”
Teguran Fuadi yang secara tiba-tiba di belakang dia mengejutkan Ain. Tak ada
pula riak marah di muka Fuadi. Fuadi terus menarik kerusi untuk duduk
bersarapan.
“Hmm.Why? Ada miscall ke?” Sengaja Ain buat-buat tanya. Mana la tahu kalau ada
lagi miscall dari Sofea semalam.
“Tak
adalah. I’m just wandering because my
phone was in silent mood. I’m sure tu kerja Ain kan.” Selamba je ayat
Fuadi. Mungkin sekadar ingin tahu.
“Haah.
Semalam Sofea call. Lepas tu Ain silent
kan phone abang sebab takut ganggu
abang tidur.”
“ Did you answered? Dia cakap apa?” Fuadi
terus melemparkan pandangan pada Ain. Nampak kebimbangan di muka dia.
“Nothing. Dia just cakap Danish merengek nak cakap dengan abang.”
“Owh.”
Nampak kelegaan Fuadi. Pasti dia takut kalau-kalau Sofea sudah membongkarkan
rahsia mereka pada Ain.
“Hmmm.
Next time tak payah silent phone abang. Takut kalau-kalau
ada emergency.” Hanya anggukan yang
Ain beri. Malas nak panjangkan isu Sofea.
“Abang.
Malam ni confirm kan? Kita terus
pergi KB Mall la. Makan dekat Seoul Garden. Lepas tu boleh terus beli barang
dapur.” Teruja Ain bila teringatkan janji Fuadi untuk malam ni.
“Cepat
je kan kalau pasal steamboat. Okaylah. I’ll
go first. Nak jumpa Danish kejap.” Cepat-cepat Fuadi menghabiskan sarapan
dia sebelum menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Ain.
Ain
hanya memandang Fuadi yang bergegas keluar. Tak sanggup Ain nak menghantar
pemergian Fuadi sampai ke depan pintu. Malas nak menonton drama sebabak lakonan
suami dia dan Sofea.
No comments:
Post a Comment