Ain sudah
selesai menduduki peperiksaan final.
Lega Ain. Sekarang bolehlah dia fokus untuk persiapan majlis persandingan dia.
Teringat Ain tentang barang hantaran yang belum dibeli. Sekarang ini, Ain
tinggal di rumah mamanya sehinggalah majlis persandingan mereka nanti. Melihat
jam di tangan yang sudah menunjukkan pukul 6.30 petang, Ain yakin yang Fuadi
sudah pulang dari kerja.
Ain mengambil keputusan untuk menghantar mesej je pada suaminya. Takut suami dia
tengah penat sekarang. Kalau Fuadi tak reply mesej Ain, maknanya dia tengah penat la tu.
‘Salam. Abang dah sampai rumah ke?’
Ain menunggu
balasan mesej dari suaminya. Tapi tak sangka pula yang Fuadi terus call dia.
“Assalamualaikum
abang. Kat mana ni?”
“Waalaikummussalam.
Abang dekat hospital sekarang.” Hospital?
Fuadi tak balik lagi ke?
“Eh, abang
tak habis kerja lagi ke? Sorry ganggu. Kalau macam tu tak ape lah. Ain call next time.” Terasa bersalah Ain
sebab telah mengganggu Fuadi.
“It’s okay. Bukan tengah kerja pun. Tengah
tunggu Danish dekat ward. High fever. Kena bergilir jaga dia
dengan Sofea. Kenapa Ain call? ”
Danish? Ya,
baru dua minggu Sofea dan Danish pindah ke Kelantan. Sibuk Fuadi mencari rumah
sewa untuk Sofea. Memang Fuadi dah tak payah berulang-alik ke Sabah, tapi yang
Ain makan hati sebab sekarang Fuadi punya lebih banyak masa dengan Danish dan
Sofea.
“Ain nak
tanya pasal barang hantaran tu. Bila kita nak cari. Tinggal 3 minggu nak
majlis. Takut tak sempat siap.”
“Owh. Really forgot about it. Malam ni abang
kena jaga Danish dekat ward. Lusa
boleh? Sebab esok abang kerja.”
Ain tak mahu
jadi kejam. Dia perlu bertolak ansur dengan suaminya. Lagipun Ain nampak Fuadi
memang cuba sangat untuk menjaga hati dia.Tidak ada sesiapa lagi yang tahu
tentang kehadiran Sofea dan Danish. Ummi pun tak tahu. Lebih-lebih lagi Fuadi
sekarang tinggal di rumah sewa dia sendiri.
“Okay. Abang pun take care. You’re human being. Not robot. Boleh jatuh sakit jugak.”
“Thanks Ain. Love you.”
Tersenyum Ain. Fuadi sekarang sudah pandai mengungkap cinta pada Ain.
Pagi Sabtu
itu, awal-awal pagi lagi Fuadi sudah sampai rumah mama. Bersarapan sekali
dengan keluarga Ain.
“Hah, Adi
jangan balik lewat sangat nanti. Kamu berdua ni tengah darah manis.” Sempat
along mengusik mereka.
“Haish. Apa
yang darah manisnya. Dah pengantin basi pun. Suka hati kamu la nak bawak Ain ke
mana Adi. Mama tak kisah. Dah jadi isteri kamu pun.”
“Hmm..memang
ingat nak bawak Ain balik rumah sewa saya malam ni.” Fuadi pun dah join menyakat Ain.
“Pengantin
baru. Nak melepas rindu la tu.Tak apa. Ni last
chance abah bagi kamu keluar. Nanti abah dah nak kurung Ain ni sampai la ke
majlis kamu tu. Baru la ada feel
pengantin sikit masa majlis tu.”
Tengok. Semua dah nak buat pakatan mengusik Ain.
Tersenyum je lah yang mampu Ain lakukan. Dah biasa dengan semua ni. Cepat dia
dan Fuadi menghabiskan sarapan sebab banyak kerja yang mereka perlu buat hari
ni.
Belum pun
sempat Fuadi memasukkan gear kereta, telefon dia tiba-tiba berbunyi menandakan
ada panggilan masuk. Fuadi pandang Ain, macam teragak-agak nak menjawab
panggilan. Lihat sahaja reaksi Fuadi sebegitu, Ain dah dapat agak siapa si
pemanggilnya. Tidak mahu membiarkan Fuadi dalam serba salah, Ain mengangguk
tanda membenarkan Fuadi menjawab panggilan. Fuadi terus keluar dari kereta
untuk menjawab panggilan.
Selesai
sahaja menjawab panggilan, Fuadi masuk ke dalam kereta. Nampak serba salah muka
dia. Ain dapat agak mesti ada something
yang tak kena.
“Kenapa?”
Ain memulakan soalan.
“Err.. Ain, can we bring Danish together? Sofea ada
hal. Tak ada orang untuk jaga Danish.”
“Tapi, kita
nak keluar lama. Takut susah pulak kalau ada Danish. Takkan tak ada orang lain
boleh tolong jagakan.” Berat hati Ain. Dia baru ingat nak berdua je dengan
suaminya. Sudah lama mereka tidak keluar berdua sejak Fuadi sibuk uruskan
perpindahan Sofea.
“Ain, you know the situation right. Of course
there’s no one else except me. Now, there are only two options. First, we take Danish with us, or second, we
need to cancel our plan for today.” Tegas suara Fuadi.
Tergamam Ain dengan pilihan yang Fuadi
berikan.Ain memang takkan menang kalau dengan Danish. Tapi apa lagi pilihan
yang dia ada. Memang tak lah dia nak turun balik dari kereta dan masuk dalam
rumah. Nanti apa dia nak jawab kalau family
dia tanya. Terpaksa lah Ain bersetuju untuk bawa Danish sekali.
Sampai je
dekat rumah Sofea, masalah mula timbul. Danish tak mahu duduk dengan Ain dekat
depan. Merengek je dia dengan Fuadi. Tak boleh nak salahkan Danish. Budak kecik
memang la mudah meragam, tambah-tambah dia tak biasa dengan Ain.
Fuadi sudah
serba salah pandang Ain. Faham dengan pandangan suaminya, Ain terus buka pintu
belakang dan duduk dekat seat
belakang. Sepatah perkataan pun dia tak cakap. Geram dengan Sofea sebenarnya.
Tak habis-habis nak menyusahkan Fuadi. Takkan la nak ambil pengasuh duduk
sekali dengan dia pun tak mampu.
Duduk di seat belakang, Ain perhatikan je tingkah
Fuadi dengan Danish. Nampak manja benar dengan Fuadi. Bila Danish sesekali
terpandang Ain di belakang, terus Ain lemparkan senyuman sambil menghulurkan
tangan menggamit Danish datang dekat dia. Tapi, Danish pulak, bukan main
sombong dengan dia. Buat tak layan je. Sabar je la Ain.
Dekat shopping complex pun lebih kurang sama keadaannya.
Asyik nak Fuadi dukung dia je. Tapi memang nampak Danish lemah lagi, baru kebah
dari demam.
“Abang, jom
tengok kasut kejap.” Ain tarik tangan Fuadi masuk ke kedai kasut. Dia tertarik
dengan sepasang kasut kulit hitam yang memang nampak sesuai sangat dengan
Fuadi.
“Abang, try pakai kasut ni. Looks good for you.” Belum pun sempat Fuadi nak cuba kasut, Danish
dah mula merengek. Bosan agaknya.
“Err..Ain,
tak pe lah. Ain cari untuk Ain punya dulu lah. Danish dah merengek ni. Abang
bawak dia pergi kedai mainan dekat depan tu kejap.” Terus Fuadi bawak Danish
keluar, tinggalkan Ain sorang-sorang dekat situ.
Ain dah tak
ada mood. Rasa sakit sangat hati.
Tapi, tak tahu nak salahkan siapa. Kalau macam ni, baik dia datang sorang je.
Tak pun ajak kawan dia. Tapi nanti kalau dia balik dengan tak beli apa-apa,
mesti mama bising. Lagipun dia dah kesuntukan masa.
Ain buat
keputusan untuk cari je barang dia. Barang Fuadi, nanti pandai-pandailah dia
uruskan sendiri.
‘Abang, Ain cari barang Ain dulu.
Abang jalan je lah dengan Danish. Nanti dah siap, Ain text abang.’
Ain tahu,
nanti masa tengah cari barang lain pun, mesti Danish merengek jugak. Jadi
biarlah dia surrender awal-awal.
Jimat sikit masa.
‘Okay.’ Ringkas jawapan Fuadi. Tengah sibuk
layan Danish la tu.
Ain main ambik je barang yang rasa elok di
mata dia. Dah tak ada mood nak round-round survey kedai lain dulu. Set barang penjagaan diri, perfumes, handbag, kasut, semua Ain main
ambik je. Tu pun dah lama Ain ambil masa sebab susah nak mencari kedai. Nasib
baik dia jalan sorang. Kalau ada Danish, Ain rasa satu barang pun tak terbeli
lagi.
Selesai saja
beli barang, Ain terus text Fuadi nak
tanya dia kat mana. Perut pun dah mula terasa lapar. Dah masuk tengah hari.
‘Where are you? Ain dah siap beli
barang. Jom pegi makan.’ Ain mesej je Fuadi. Takut dia
susah nak angkat call sebab tengah
melayan Danish.
‘We all dekat The Manhattan Fish
Market. Ain datang la sini.’ Cepat pulak Fuadi reply
mesej dia.
‘We all?’
Over la Fuadi ni. Gaya macam tengah ada geng je. Padahal dengan Danish je.
Tersentap Ain. Fuadi dah tengah makan? Tak tunggu dia pun. Ain cuba berfikir
positive. Mungkin Danish dah lapar. Terus Ain cari kedai makan yang Fuadi sebut
tadi. Dia pun dah lapar sangat ni.
At last! Jumpa pun kedai tu. Sesat jugak Ain
nak cari kedai tu. Ye lah. Dia memang tak pernah makan dekat situ. Tak suka.
Nama restoran pun dah ada perkataan ‘fish’. Mesti menu dia banyak berasaskan ikan
biarpun Ain tahu ada je menu lain dekat situ.
Melilau Ain
mencari kelibat suaminya. Tengah hari. Memang tengah ramai orang. Nampak je
kelibat Fuadi, terus Ain berjalan menuju ke situ. Eh, tapi kenapa ada perempuan
dekat meja tu. Terhenti langkah Ain. Cuba perhatikan wajah perempuan yang
tengah bergelak ketawa dengan suaminya. Hati Ain dah mula rasa tak enak.
Sofea!
Terpacul perlahan nama dia dari bibir Ain. Tubir mata Ain dah terasa panas. Ya
Allah. Sakitnya hati Ain tengok mereka tengah bergelak ketawa makan sambil
melayan Danish. Macam sebuah keluarga bahagia.
Kalau dengan
Danish, Ain memang boleh bertolak ansur. Tapi dengan Sofea, dia tak mampu. Hati
perempuan dia tak kuat. Kalau Sofea dah datang untuk amik Danish, kenapa Fuadi
tak cari dia. Kan ke tujuan dia keluar hari ni sebab nak cari barang dengan
Ain. Ni dah terbalik. Nampak macam Fuadi keluar hari ni memang untuk habiskan
masa dengan Sofea dan Danish.
Ain tak
boleh terima. Fikiran dia tak mampu nak fikir positive lagi. Kalau memang
mereka tak rancang nak makan sekali pun, kenapa Fuadi tak call atau at least
mesej tanya dia dekat mana. Takkan Fuadi tak ada langsung rasa nak sambung
shopping dengan Ain yang tergendala sebab Danish tadi.
Sebelum dia
jadi perhatian orang sebab menangis dekat tengah-tengah jalan, Ain terus
bergegas keluar dari situ. Terus pergi mencari tandas. Setelah puas
menghamburkan air mata dekat situ, barulah Ain dapat menenangkan diri. Tapi dia
tak rasa dia mampu nak berhadapan dengan Fuadi hari ini. Hati dia sakit sangat.
Terus dia
mesej Atiff yang memang tinggal area dekat situ.
‘Salam Atiff. Jom keluar. Aku tunggu depan KB
Mall.’ Ain ambil keputusan untuk menghabiskan hari dia dengan Atiff.
‘Okay. 15 minutes.’ Lega Ain bila Atiff
sudah balas mesej dia.
Tak lupa
juga Ain untuk hantar mesej kepada Fuadi sebelum dia mematikan telefon.
‘ Ain balik dengan kawan. Just enjoy
your day.’
Ringkas
mesej Ain. Harap dia faham lah nada sindiran Ain. Ain dah tak mahu ambil tahu
apa yang Fuadi nak buat hari itu.
MELAMPAU
ReplyDelete