DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday 30 November 2015

JODOH UNTUKKU - BAB 37

BAB 37


Kenapa abang Man tak bagitahu Ain terus. Along ni memang pelupa. Kalau Ain tahu, mesti Ain tunggu abang Man.’
Fuadi tersenyum lemah. Apa maksud Ain? Bunyi macam Ain menyesal dengan perkahwinan mereka sekarang. Tadi, dia tak sengaja terdengar perbualan mereka di dapur. Terus terhenti pergerakan kaki yang asalnya mahu ikut serta mereka yang lain bersarapan.
“Letak je Aqil kat atas katil tu. Biar Ain jaga. Pergi lah sarapan dulu.” Tersentak Fuadi dengan suara Ain yang tiba-tiba menegur dari belakang. Jauh sangat dia mengelamun sampaikan Ain masuk pun dia tak sedar.
“Ain dah makan ke?” Kepala dipusingkan menghadap Ain. Tangan masih menepuk-nepuk lembut paha Aqil yang masih di ribaan dia.
“Tak sempat.” Pendek jawapan Ain.
“Ain pergilah sambung makan dulu. Abang boleh jaga Aqil.”
“Bak sini Aqil tu.” Ain terus mengambil Aqil dari tangan Fuadi. Terkedu Fuadi dengan tingkah Ain yang sedikit kasar.
“Orang suruh pergi makan tu, pergi ajelah. Tak payah nak tunjuk baik.” Mulut Ain terkumat-kamit mengomel. Walaupun omelannya perlahan, tapi masih jelas ditelinga Fuadi.
“Bukan abang nak tunjuk baik. Tapi mesti diaorang semua dah nak selesai makan. Seganlah abang. Nanti kita makan sekali ye.” Tipulah kalau dia tak terkesan dengan tingkah Ain. Tapi, apalah sangat yang dia rasa sekarang kalau nak dibandingkan dengan rasa sakit hati dan kecewa yang Ain rasa selama ni.
Bunyi panggilan yang tiba-tiba masuk ke handphone Fuadi menghentikan tingkah mereka. Melihatkan nama pemanggil yang naik di skrin handphone, Fuadi terus bangun dari katil, menjarakkan sedikit diri dia dari Ain.
“Tak tidur lagi? Dah lewat kan kat sana.” Prihatin suara Fuadi. Jam ditangan ditelek sekilas lalu.
Tahulah Ain gerangan si pemanggil. Siapa lagi kalau bukan Sofea. Dari tingkah Fuadi dia sudah dapat mengagak. Dekat sini masih awal pagi. Apa kes nak tidur pagi-pagi buta. Lainlah kalau dekat UK. Kalau dikira, dekat UK sekarang masih tengah malam. Memang masa yang sesuai untuk tidur.

“Haih. Takkanlah baru seminggu lebih tak jumpa dah rindu. Cengeng!” Sengaja Ain kuatkan suara. Biar Fuadi dengar. Lagi bagus kalau Sofea pun boleh dengar sekali. Dia yang kena tinggal berbulan-bulan ni okay je.
Fuadi nampak serba salah. Jelingan tajam dia hadiahkan pada Ain tanda dia tak suka dengan apa yang Ain tengah buat sekarang ni. Mungkin merasakan tak selesa untuk terus bercakap dalam bilik ni, Fuadi terus berlalu keluar dari bilik.
Tersenyum sinis Ain bila melihatkan gelagat Fuadi. Aqil yang tengah lena ditenung lama. Inilah kekuatan dia sekarang. Tak sanggup Ain nak bayangkan kalau dia turut kehilangan Aqil. Entah kenapa tiba-tiba dia rasakan yang dia telah terlupa sesuatu yang penting. Semakin dia renung Aqil, semakin kuat ingatan dia pada seseorang.
Danish! Ya Allah..Macam mana dia boleh lupakan Danish. Anak yang satu-satunya menjadi kenangan bagi Sofea untuk arwah suami dia. Tak dapat Ain bayangkan macam mana perasaan Sofea bila dia kehilangan Danish.
‘Ya Allah. Kejamnya aku pada Sofea. Aku penyebab dia kehilangan Danish.’ Terketar-ketar tangan Ain mengusap ubun-ubun Aqil. Dia tak rasa yang dia mampu menjadi sekuat Sofea. Tambah-tambah lagi tanpa ahli keluarga untuk menyokong. Sofea tak pernah salahkan dia. Tapi Ain tahu betapa kecewanya Sofea. Kalau tak, masakan untuk berbalas pandang dengan diapun Sofea tak mampu.
“Aqil, maafkan mama!” Ya. Ain rasa dia perlu buat sesuatu. Dia bukan kejam sampai sanggup merampas Fuadi dari Sofea. Tapi, nak buat macam mana, dia pun bukannya baik sangat untuk terus melihat layanan baik Fuadi pada Sofea. Jadi, biarlah dia yang mengundur diri. Sekurangnya, dia ada Aqil dengan dia. Lagipun, sementara Fuadi dan Sofea sambung belajar di UK, dia ada cukup masa untuk menyesuaikan diri hidup berdua dengan Aqil. Nanti, bila Fuadi dah ada anak dengan Sofea, pasti lah dia tak akan rebut Aqil dari Ain.
‘Hmmmm…akhirnya..dia juga yang terpaksa mengalah.’ Tapi satu yang Ain tak faham. Kenapa Fuadi tak nak lepaskan dia?
“Ain, Aqil dah tidurkan? Jom pergi makan. Mama suruh letak Aqil kat depan. Biar dia yang jagakan.” Entah bila Fuadi masuk pun Ain tak pasti. Eh, kejapnya dia berborak dengan Sofea. Entah-entah Ain sendiri yang jauh sangat mengelamun. Sampai masa berlalu pun dia tak sedar.
Ain membiarkan sahaja Fuadi mengangkat Aqil yang sudah kembali lena. Perlahan dia mengikut langkah Fuadi keluar dari bilik.
Ruang dapur yang tadinya riuh sudah kembali lengang. Hanya tinggal Ain berdua dengan Fuadi sahaja di dapur. Yang lain sudah keluar ke depan. Perlahan Ain menyuap makanan ke mulut. Langsung tak hiraukan Fuadi yang duduk bertentangan dengan dia. Pandai-pandailah suami dia tu layan diri. Lagipun semua makanan sudah siap terhidang di atas meja.
Sunyi je meja makan mereka. Baik Ain, mahupun Fuadi, dua-dua tak mahu mahu buka mulut. Bagus juga macam ni. Sekurangnya, dapatlah Ain makan dengan tenang.
Usai makan, Ain terus membawa pinggan dia ke singki. Alang-alang tu, baik dia basuh terus. Memang mama larang dia buat kerja. Tapi, melampaulah kalau pinggan sebiji pun tak boleh nak basuh.
‘Haish..lambat pulak Fuadi ni nak siap makan. Macam sengaja je. Ain perhatikan Fuadi yang masih menyuap mee ke mulut. Dalam pinggan dia, mee goreng masih separuh yang tinggal. Macam tengah mengelamun pun ada suami dia ni. Hai, takkan baru dapat call dari bini kedua dah angau sampai macam tu sekali!
Okey! Ain sudah hilang sabar.
“Makan cepat sikit tak boleh ke? Bila nak siap makan kalau asyik mengelamun je.” Keras suara Ain. Sedar yang dia sedang berkasar dengan suami sendiri. Tapi dia terpaksa. Kalau Fuadi tak mahu lepaskan dia, biar dia yang buat sampai Fuadi dah tak tahan dengan dia.
“Hmmm..kalau Ain nak keluar dulu, pergilah. It’s okay.” Fuadi melemparkan pandangan lembut pada Ain. Jauh sangat dia mengelamun sampaikan Ain dah habis makan pun dia tak sedar. Entahlah, panggilan dari Sofea meresahkan dia. Pening dia nak buat keputusan. Bukan senang nak jaga hati semua orang.
“Memang nak keluar pun. Tapi, nanti apa pulak kata mama dan abah.” Selamba jawapan Ain.
“Kalau macam tu, Ain duduk lah dulu. Teman abang makan. Boleh kita borak-borak kejap.” Penuh mengharap muka Fuadi.
Kerusi yang bertentangan dengan Fuadi ditarik kasar. Hai la Ain. Kalau nampak dekat abah perangai dia sekarang ni, memang kena pelangkung la jawabnya. Buat penat abah hantar pergi sekolah agama. Alih-alih, termakan jugak dengan hasutan syaitan.
“Macam tak ikhlas je. Tak apalah. Ain keluar la. Abang pun dah siap makan ni.” Fuadi meletak perlahan garfu di atas pinggan sebelum bangun mencapai botol air kosong di dalam peti.
Pinggan dihadapan Fuadi dijeling sekilas. Apa yang dah siapnya. Mee goreng banyak lagi dalam pinggan tu. Air dalam cawan pun masih tak berusik. Tiba-tiba Ain rasa bersalah. Mesti Fuadi terasa dengan dia.
“Kenapa tak habiskan makanan tu. Membazir je. Air pun tak minum lagi.” Perlahan Ain menegur.
“Dah kenyang. Pasal air tu, Ain lupa ye. Abang kan tak minum Nescafe.”
Nescafe? Tak perasan pulak Ain. Lagipun, bukannya dia yang bancuh air tu. Memang sudah sedia terhidang atas meja bila mereka masuk ke dapur tadi.
“Since when tak minum Nescafe ni? Tak pernah tahu pun. Hmmm…My bad! I’m sure Sofea knows more about you.” Sengaja Ain nak sakitkan hati Fuadi. Haih Ain, tadi nampak macam dah insaf kejap. Entahlah, mood tengah tak stabil. Sekejap sejuk, sekejap berangin. Sebab tu lah masa tengah dalam nifas ni kena banyakkan berzikir. Dekatkan diri dengan Allah. Masa kita tengah lemah ni lah Syaitan senang nak masuk ‘line’.
“Please Ain, jangan nak mulakan.” Fuadi pandang Ain mohon pengertian. Kepala digeleng perlahan beberapa kali.
“Betul la apa yang Ain cakap. Boleh dikira dengan jari je berapa hari we stayed together. Lepas ni pun you’re going to leave me again. Very soon. So, do we really have a time to know more about each other?”
“Of course we have Ain. Kita ada sepanjang hidup. Benda ni pun bukannya ada silibus yang nak kena ikut. Hari ni nak belajar apa, esok nak belajar apa. Anytime kita boleh belajar Ain.  In fact, just now you have learnt something new about me. I’m not the favour of Nescafe. That’s it. Simple!”  Fuadi kembali mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan Ain.
“Yakinnya. Yeah that’s true if and only if kita masih suami isteri. We don’t know the future. Who knows, maybe in 3 years or 2 years time we are not a husband and wife anymore.” Ain lemparkan pandangan tajam pada Fuadi. Dalam maksud ayat dia tadi. Harapnya, Fuadi fahamlah.
Lama mereka saling berbalas pandang. Fuadi cuba mencari sesuatu dari air muka Ain. Tapi, makin dia pandang muka Ain, makin pedih rasa hati. Riak muka Ain kosong. Again! Sekarang dia tak pasti. Samada Ain yang terlalu pandai menyembunyikan perasaan atau sebab Ain memang dah tak ada perasaan dekat dia. Satu yang pasti, apapun alasannya, memang dah jelas yang Ain serius mahu melepaskan diri dari ikatan perkahwinan mereka.
“Yup. We can’t predict the future. But, I’m sure selagi abang masih waras, kita akan kekal suami isteri sampai bila-bila. Maybe Ain dah lupa yang talak ada pada tangan abang. Okaylah, jom kita keluar. This topic was not interesting at all.”
Bagi Fuadi, biarlah dia yang mengalah dulu buat masa sekarang. Biar Ain lepaskan semua rasa kecewa dan sakit hati pada dia dulu. Selagi dia masih mampu bersabar, sabarlah. Baru sekarang dia rasa peritnya kalau dipinggirkan orang yang kita sayang.
Teringatkan panggilan dari Sofea tadi, Fuadi mengehela nafas perlahan. Sekali lagi dia tersepit. Diantara kehendak Sofea, dan perasaan Ain, mana yang patut dia utamakan.  Dia kasihankan Sofea yang memang berharap sangat. Perasaan Sofea sekarang, memang dia faham sangat.
Tapi, Fuadi pasti, sekali lagi dia lukakan hati Ain, memang peluang dia untuk menjernihkan hubungan mereka terus tertutup. Kalau dia berterus terang, adakah Ain akan faham? Perempuan. Fikiran mereka susah nak dijangka. Ada benda yang mereka boleh kompromi, ada benda yang memang diaorang tak boleh nak kompromi langsung.
‘Ya Allah. Apa yang aku patut buat.’
Bunyi kerusi yang ditarik kasar menyedarkan Fuadi. Sekali lagi dia tenggelam dalam dunia dia sendiri. Langkah Ain yang berlalu keluar dari ruang dapur hanya mampu dipandang sayu.






18 comments:

  1. bila ada sambungan episod 38..best lah jln cerita.geraammmmm sgt klu dpt laki mcm ini huhuh

    ReplyDelete
  2. Bagus ain... fuadi tamak... sofea pun dia nk, ain pun dia nak... dgn sofea layan baik dan cakap pun guna ayat yg lembut didengar... tp bila dgn ain ditengking... lepas kan la ain tu fuadi... ain berhak nak bahagia jugak.... awak tu jaga la sofea tu baik2.. tantang la dia.. kan sofea isteri kesayangan awak kan fuadi... geram nya dgn fuadi ni... stres tau dgn awak fuadi oooiiii.....

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Arggghhhh....geram ngan fuadi...Dari awal perkahwinan ain asyik makan hati dan memendam rasa....please bagi keluarga ain tahu yang fuadi dah lama kahwin satu lagi...pleaseeee....

    ReplyDelete
  5. Selama ini Ain dah banyak mengalah... Faudi tamak sangat Ain nak Sofia pun nak... kalau x boleh berlaku adil baik Faudi lepaskan Ain... kasihan Ain biarlah AIn dapat bahagia dgn orang yang lebih menghargai dia... dari AIn makan hati lagi... kalau kak sue memang minta lepas sbb x mahu tanggung dosa banyak sgt...

    ReplyDelete
  6. Terima kasih cik adik penulis...

    ReplyDelete
  7. Terima kasih cik adik penulis...

    ReplyDelete
  8. Apa lg alasan fuadi utk sofea
    X adil tau x...

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Woohooo........ Fuadi.... apa yg tersepit tu..... Sofea mintak Aqil ganti Danish ker?........ Ain... Jgn bagi..... Fight.....Fight.....Fiight...

    ReplyDelete
  11. Sendiri cari penyakit fuadi ooiii..x ko yg gatal melayan pompuan lain selain dari bini ko, xde la bini muda ko tu mengada2 sgt..menyampah pulak dgn spesis jantan gini..

    ReplyDelete
  12. X sabar nak baca episode seterusnya..mudah2an ada kebahagian utk ain..dan harap ain pun jgn la ganas n bersikap kurang ajar dgn fuandi..buat mcm biasa je perangai ain, biar mamat tu rasa bersalah..tu lagi bagua bagi perasaan dia terdera sbb dia dah lama mendera emosi ain..semuga ain berbahagia disamping anak tersayang..kejar cinta manusia x kemana, kalau didera terasa kecewa..carik la cinta dari yang maha esa..insyaallah bahagia selamanya..

    ReplyDelete
  13. Adik penulis. Wujudkanlah watak hero ke dua biar Fuadi rasa terancam n cerita tambah best

    ReplyDelete
  14. Asyik jaga hati sofia je...memang menyakitkan betul fuadi ni..sayang apa cam tu

    ReplyDelete
  15. akak writer sambunglaaahh pleeaasssee

    ReplyDelete
  16. tanggunglah akibatnya... rasa sakit hati yg perlu dibayar...

    ReplyDelete