DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday 30 November 2015

JODOH UNTUKKU - BAB 32

BAB 32

Ain membelokkan kereta masuk ke perkarangan rumah ummi. Ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke rumah ummi selepas Fuadi berangkat pergi ke UK untuk menyambung pengajian dia. Sepanjang tempoh itu, mereka hanya berhubung melalui telefon. Apalah sangat yang dapat dibualkan melalui telefon. Sebab itu Ain mengambil keputusan untuk datang menjenguk ummi hari ini. Bukan Ain tak nak datang. Kerana kesibukan dia, dan yang paling utama kerana aura Fuadi yang begitu kuat di rumah ini, membuatkan Ain sedikit ralat untuk datang.

Dalam tempoh lima bulan ini, hanya sekali Fuadi menghubungi dia. Itupun masa awal-awal dia sampai UK dulu. Selepas itu,terus sepi telefon Ain dari panggilan Fuadi. Entah lah. Ain dah mula tawar hati. Dia dapat rasakan yang hubungan dia dengan Fuadi semakin jauh, sejauh jarak yang memisahkan mereka sekarang. Sebab itu, tangan dia sendiri rasa berat sangat nak mendail nombor Fuadi. Hanya satu yang Fuadi tak pernah lupa. Setiap bulan, dia tak pernah lupa mengirimkan wang perbelanjaan ke akaun Ain. Tapi, bukan itu yang Ain mahukan!

Eh, Ain. Kenapa tak cakap nak datang? Ya Allah. Rindunya ummi pada Ain.” Belum sempat Ain memberi salam, pintu rumah ummi sudah terbuka. Segera ummi menerpa memeluk dia.

Saje je nak buat surprise. Hmmm..kuatnya bau laksa. Ummi tengah masak ke ni?” Bau laksa lemak begitu menusuk hidung. Nampaknya langkah kanan Ain hari ini.

Hah. Tu la. Entah kenapa tangan ummi ni gatal sangat nak buat laksa hari ni. Sebab rindu dekat Ain kot. Ain kan suka makan laksa.

Ingat lagi rupanya ummi dengan makanan kegemaran Ain. Ni yang sayang ummi ni.”

Ummi memang sentiasa ingatkan Ain. Entah-entah Ain kot yang dah tak ingatkan ummi. Lama sangat tak datang rumah ni. Ummi kan dah cakap. Tak kisah apa yang jadi, Ain tetap anak ummi.” Sedikit sayu pandangan ummi pada Ain. Hati ibu. Mestilah dia faham apa yang Ain rasa sekarang ni.

Bila nampak muka Ain yang muram, terus ummi menarik Ain masuk ke dapur.

Dah la. Ummi saje je. Tahu Ain memang sayangkan ummi. Jom la masuk makan. Ayah kamu tak balik tengah hari ni. Tengah sibuk dekat klinik dia tu.” Ain tahu kesibukan ayah yang menguruskan klinik hasil perkongsian dengan kawannya. Hmmm..dalam 4 orang anak ayah, hanya Fuadi je yang mahu mengikut jejak langkah menjadi doktor.

Hmm..Ain. Boleh ummi tanya something?” Tehenti suapan Ain bila melihatkan riak ummi yang tengah serba-salah.

Apa dia ummi? Kalau Ain boleh jawab, Ain jawab.”

Fuadi ada call Ain?” Hmmm..Ain dah dapat agak yang soalan ummi pasti ada kaitan dengan Fuadi. Ain menggeleng perlahan. Tak ada apa yang perlu disorokkan dari ummi.

Sekali je dia call. Masa awal-awal dia sampai dulu.” Terus berubah riak ummi.

Ummi tak tahu lah apa yang dia tengah fikirkan Ain. Nak cakap tak sayang, gaya kat airport dulu macam sayang benar dekat Ain. Tapi kalau nak cakap sayang, takkan la begini cara dia. Hmm..entah lah Ain.” Nampak terkilan benar ummi.

Telefon ummi yang berbunyi nyaring minta diangkat, menghentikan perbualan mereka. Terus ummi bangun mengambil telefon dia yang diletakkan di atas cabinet dapur.

Waalaikummussalam…” Perlahan jawapan ummi sambil pandangan dia tiba-tiba dialihkan pada Ain.

Ummi sihat je. Kamu kat sana macam mana?”

Dekat klinik..”

Kamu tanya la dia sendiri…”

Dia ada kat sini..”

Satu-satu Ain mendengar patah perkataan yang keluar dari mulut ummi. Entah kenapa dada Ain berdebar kencang tiba-tiba. Dapat diagak pemanggil di hujung talian. Tiba-tiba ummi berjalan ke arah Ain. Telefon di tangan dihulurkan pada Ain.

Fuadi…Cakap lah. Ummi nak naik solat kat bilik kejap.” Teragak-agak Ain mengambil telefon yang dihulurkan ummi. Langkah ummi yang sedang meninggalkan dia untuk naik ke bilik dipandang sepi. Ain tahu, ummi sengaja memberi ruang kepada dia. Perlahan-lahan telefon di tangan dilekapkan ke telinga.

Assalamualaikum…” Ain menghulurkan salam. Tanda gerangan yang menjawab panggilan dihujung talian sedah bertukar.

Waalaikummussalam.” Dengar sahaja suara Fuadi,segala rasa mula datang bertamu. Nampaknya, perasaan rindu dia masih cukup kuat untuk Fuadi.

Ain tak tahu nak cakap apa. Lama dia berdiam diri.

Ain sihat? Baby sihat?” Lembut suara Fuadi. Kedengaran suara dia juga penuh sarat dengan rasa rindu pada Ain.

Okay.” Hanya sepatah yang Ain jawab. Tak mahu memanjangkan jawapan. Takut nanti tangis dia terhambur di situ.

Barang-barang baby semua dah beli?” Air mata mula menuruni pipi Ain. Ya Allah. Kenapa Fuadi nak menunjukkan keprihatinan dia sekarang. Ain rasa, dia lebih suka nak dengar suara Fuadi yang sinis menyindir atau memarahi dia. Sekurangnya, dia boleh terus mencambahkan rasa benci pada suami dia itu. Tapi, bila Fuadi menunjukkan tingkah sebegini, Ain lemah.

Kenapa sekarang baru nak sibuk tanya? Selama ni tak pernah call Ain pun.” Bergetar suara Ain menahan sendu. Lama Fuadi diam.

I’m coming home next month. Tak sabar nak sambut baby kita. Ain due sebulan setengah lagi kan?” Soalan Ain tidak dijawab. Sebaliknya, suara dia penuh teruja memberitahu perancangan dia.

Abang balik?” Sedikit terkejut Ain. Dengan keadaan hubungan mereka sekarang, Ain langsung tidak menjangkakan yang Fuadi akan pulang walaupun memang itu yang sentiasa dia harapkan.

Of course I will. Itukan anak kita. Sengaja abang balik awal sikit. Boleh la kita cari sama-sama barang apa lagi yang tak cukup.”

Hmm..what’s the date?” Sengaja Ain tak mahu terlalu menunjukkan kegembiraan dia.

Abang sampai KB, 25 Oktober. I’ll remind you later.”

Hmm..ok.”

Kenapa Ain macam tak gembira je?”

Of course I’m happy.” Tanpa perasaan Ain menjawab. Bukan tak gembira. Tapi sengaja mahu membalas rasa sakit hati sebab lama dipinggarkan.

Okaylah. I need to go. Bye.” Mungkin sedikit terasa hati dengan reaksi Ain, atau mungkin dia memang ada hal, Ain tak mahu ambil tahu.

Bye.” Belum sempat talian dimatikan, nama dia dipanggil Fuadi.

Ain…I love you.” Terus Fuadi matikan talian. Ain terkedu. Air mata yang sudah berhenti tadi, kembali mengalir membasahi pipi.

I love you too..’



3 Oktober! Ain pandang sayu pada tarikh yang terpapar di skrin telefon dia. Sudah seminggu berlalu dari tarikh yang Fuadi sepatutnya pulang ke Malaysia. Tapi, bayang Fuadi masih tak kelihatan. Panggilan Ain juga langsung tak bersahut.

Ain kebingungan. Tak tahu apa patut dia rasa sekarang. Rasa risau ataupun bengang sebab sudah tertipu dengan janji Fuadi. Kalau ikutkan tarikh yang doktor bagi, due date dia lagi 2 minggu sepatutnya. Tapi, Ain sudah perlu bersedia. Mana la tahu kalau-kalau anak dia mahu keluar awal pulak.

Ain log in ke dalam akaun facebook dia. Sudah lama rasanya dia tak menjegah ke akaun facebook dia ni. Hmm..Ada 1 friend request. SofeaDyana! Entah kenapa nama awal pemilik akaun facebook itu mendebarkan hati Ain. Hanya gambar sepasang kasut diletakkan sebagai gambar profile. Jadi, tak dapat Ain pastikan samada si pemilik akaun itu, sama dengan orang di dalam fikiran dia sekarang.

Entah kenapa, cepat je tangan Ain menggerakkan cursor ke ruangan accept. Hati Ain kuat menyuruh dia untuk menjengah ke page SofeaDyana.

Safely arrived at Brisbane, Australia…with@adiyahya..1 hour ago.

Begitu jelas gambar yang Sofea uploadkan. Gambar dia dan Fuadi baru sampai di airport! Terkedu Ain. Buat apa Fuadi pergi Brisbane, Australia? Rasa sakit hati, geram, tertipu semuanya ada. Sampai hati Fuadi. Bukan ke sepatutnya sekarang dia sudah ada di Malaysia.

Ain yakin yang akaun @adiyahya itu Fuadi. Memang selama ini Ain tak pernah mengambil tahu tentang akaun facebook Fuadi sebab dia sendiri tak berapa aktif di akaun facebook dia. Hati Ain membuak-buak untuk menjengah ke page Fuadi. Ingin tahu kalau-kalau Fuadi ada meluahkan rasa hati dia di situ.

Nampaknya banyak juga status Fuadi di facebook.

Hope for safe journey to Brisbane, Australia. Can’t wait…yesterday

Nampaknya, Fuadi turut teruja dengan percutian dia ke Brisbane. Ain scroll lagi ke bawah.

Teman Cik Kak ni makan. Haishhh..mengidam ke apa. Malam-malam ajak orang makan fish & chips..25 September.

Nampak gembira gambar Sofea yang sedang makan fish& chips. Eh, kejap. Mengidam! Takkan Sofea mengandung? Ain sentuh kandungan dia. Ya Allah. Tidak. Ain tak boleh terima. Pelupuk mata sudah mula panas. Apa nasib anak dia nanti. Kalau sekarang pun mereka sudah dipinggarkan, apa lagi kalau dia sudah ada anak dengan Sofea nanti. Tengok lah sekarang ni. Walaupun tahu Ain sedang sarat, dia masih boleh mengikut kehendak Sofea untuk pergi bercuti.

Tak sabar Ain nak tahu apa lagi rahsia mereka. Tapi hampa. Gambar dan status Fuadi yang seterusnya, lebih banyak tertumpu pada isu-isu semasa. Ain scroll lagi ke bawah. Sampailah ke tarikh seminggu selepas Fuadi sampai di UK.

Danish dalam ingatan. Will always miss u. Hmm…tengah belajar untuk redha, belajar untuk memaafkan.

Bila nama Danish muncul di status Fuadi, Ain sudah tak mampu untuk meneruskan. Kerana status selepas itu, pastinya lebih menjerut tangkai hati dia. Tambah-tambah dengan keadaan hubungan dia yang tersangat dingin dengan Fuadi ketika itu.

Cepat-cepat Ain menutup lap top. Perlahan dia melangkah ke katil. Kejutan-kejutan yang dia baru terima memang sangat menggugat ketenangan.

Ain be strong. Tak payah berharap lagi.’ Ya. Ain sudah menanam tekad. Dia tak mahu menjadi lemah lagi. Sudah sampai masanya, dia fikirkan tentang diri sendiri dan anak dalam kandungan dia. Batas kesabaran dia sudah mula runtuh. Tak akan ada maaf lagi untuk Fuadi!!!



Ain baru membaringkan badan ke atas katil.Tiba –tiba dia rasakan ada kontraksi pada kandungan dia. Hmmm..takkan dah nak bersalin. Awal lagi ni. Ain pasti yang itu hanyalah Braxton Hicks, bukannya kontraksi hendak bersalin. Memang 2-3 hari ni, Ain dah mula rasakan kontraksi ni yang hanya datang untuk beberapa saat. Itu menunjukkan tanda awal pengecutan rahim yang sudah dapat dirasakan dalam tempoh 1-2 minggu sebelum kelahiran.

Cuma yang lainnya, kontraksi yang dia rasakan sekarang, lebih kuat dan sedikit menyakitkan dari kebiasaan. Hmmm..tak ada apa lah.Mungkin disebabkan tekanan emosi yang dia hadapi tadi.

Rasa kantuk yang mula datang, membuatkan Ain mengambil keputusan untuk tisur sahaja. Mala mini dia keseorangan di rumah sewa sebab Adah balik ke Kota Bharu untuk menguruskan majlis pertunangan dia nanti. Sengaja Ain tak mahu balik sebab lagi dia hari dia akan mula bercuti. Cadangnya, selepas itu baru lah dia akan balik ke rumah mama.

Ain terjaga dari tidur disebabkan rasa kontraksi yang tiba-tiba datang. Jam di dinding yang hanya nampak samar-samar dipandang sekilas. Hmm..1 pagi. Nampaknya baru sekejap Ain tidur. Rasa kontraksi yang semakin kerap datang meresahkan Ain. Dia bangun perlahan untuk ke bilik air.

Ya Allah. Ada lendiran bercampur darah keluar dari kemaluan dia. Ain, relax. Tarik nafas. Cepat-cepat Ain keluar dari bilik air dan duduk di birai katil. Jam di dinding di pandang lagi, dengan tapak tangan diletakkan pada kandungan dia.

Every 5 minutes.’ Makin kerap kontraksi Ain. Sekarang, Ain yakin yang dia memang sudah hendak bersalin. Tapi, sebab tahu yang dia tengah keseorangan, tak mahu la Ain kalut-kalut. Lagipun, tak berapa sakit sangat dia rasakan sekarang. Boleh tahan lagi. Takut kalau dia buat-buat kalut nanti, bendal lain pula jadi.

Beg barangan kelengkapan untuk bersalin diambil dan terus dimasukkan ke dalam kereta. Hmm..rasa lapar pula. Sempat lagi Ain masuk ke dapur untuk mengalas perut. Tahu yang dia perlu kan tenaga selepas ini. Selesai menjamah 3 keping roti dengan milo panas, perlahan-lahan Ain masuk ke dalam kereta. Nampaknya, terpaksa la dia drive sendiri ke hospital.

Rasa sakit yang makin mencucuk, membuatkan Ain tidak mahu berlengah lagi. Terus dia mula memandu ke hospital jerteh. Nasib baik jarak dari rumah dia ke hospital tak berapa jauh. Dalam 15 minit dah boleh sampai. Menitik air mata Ain bila mengenangkan dia terpaksa melalui saat-saat macam ni sendirian.








No comments:

Post a Comment