DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Saturday 21 November 2015

JODOH UNTUKKU - BAB 10

BAB 10


Rindunya papa dekat Danish.” Habis muka kanak-kanak yang dalam lingkungan umur 2 tahun lebih itu digomol oleh Fuadi. Mengekek kegelian Danish. Memang nampak gembira sangat mereka berdua.

Mana mama?” Danish berpaling ke belakang dan menunjuk kearah seorang perempuan muda yang sedang tersenyum berjalan kearah mereka. Raut wajah perempuan bertudung itu agak lembut. Penuh wajah keibuan. Entah kenapa tiba-tiba Ain rasakan perasaan cemburu mula meresap dalam diri dia.

Assalamualaikum, abang. Apa khabar?” Lembut sapaan perempuan itu pada suaminya.

Abang! Apa hubungan mereka. Melihatkan pandangan perempuan itu pada suaminya, Ain dapat rasakan ada sesuatu antara mereka.

Waalaikummussalam. What are you doing here? Tak bagitahu abang pun.” Tersenyum Fuadi menjawab sapaan perempuan itu. Fuadi yang sebelum ini agak susah untuk menegur perempuan tampak agak selesa apabila berhadapan dengan perempuan itu.

Of course nak holiday. I know you will be here this weekend. Tu yang Sofea bawak Danish datang sini. Saja nak surprise kan abang.”

Rancak mereka berbual, langsung tak hiraukan Ain. Fuadi seolah sudah terlupa kehadiran Ain di situ.

Eh, abang. Ni siapa?” Setelah beberapa ketika baru perempuan itu bertanyakan pasal Ain. Mungkin tadi dia agak Ain hanya kebetulan lalu di situ, tidak ada kena mengena langsung dengan Fuadi. Tapi setelah beberapa ketika Ain di situ, memerhatikan mereka, dia baru tersedar yang Ain mungkin sedang menunggu Fuadi.

Oh …Errr..Kenalkan, this is my wife, Ain.” Teragak-agak Fuadi memperkenalkan Ain. Macam keberatan.

Ain..Ini Sofea, kawan abang masa abang kerja dekat Sabah dulu.” Ain menghulurkan tangan untuk bersalam. Nampak keberatan Sofea hendak menyambut salam Ain. Riak terkejut jelas di muka dia.

Wife? Biar betul? Since when? Abang tak inform Sofea pun.” Bertalu-talu soalan dari Sofea. Riak kecewa jelas kelihatan di muka.

Dalam dua bulan lebih dah kitaorang kahwin. Abang memang tak heboh sangat sebab majlis kahwin insyaAllah bulan 12 nanti. Kitaorang baru akad nikah je.”

Owh..Patutlah dah jarang jenguk Danish kebelakangan ni. Kesian dia. Asyik tanyakan mana papa dia je. By the way, tahniah la untuk both of you.” Senyuman terpaksa Sofea lemparkan pada Ain.

Aloloo.. Kesian Danish. Rindu papa ye?” Fuadi mula mengangkat Danish ke dalam dukungan dia.

Papa, nak beli mainan!” Kedengaran suara kecil itu. Manja je dengan Fuadi.

Danish. Jom balik. Dah malam. Lain kali kita beli mainan ye. Kesian papa penat.” Pujuk Sofea yang nampak agak serba salah bila mendengarkan permintaan anak dia.

Eh tak apa. Jom kita pergi beli mainan. Kesian Danish. Dah lama papa tak beli mainan ye.”

Agak kehairanan Ain bila melihat hubungan Fuadi dengan Danish dan of course dengan mama dia sekali. Mana papa Danish? Tapi Ain rasakan tidak wajar untuk dia terus menyoal di situ. Tak apa, dia ada banyak masa lagi untuk bersoal jawab dengan suaminya. Dia tidak mahu terus membuat andaian sendiri yang mungkin akan lebih menyakitkan hati dia.

Err..Ain boleh balik bilik sorang dulu? Abang nak belikan mainan Danish kejap. Nanti kejap lagi abang balik bilik.”

Pelik Ain dengan permintaan suaminya. Apa salahnya kalau dia ikut sekali. Tapi bila memikirkan yang mungkin ada hal yang hendak suaminya bincangkan dengan Sofea, Ain terpaksa mengalah.

Okay… Kalau macam tu Ain pergi dulu. Bye.” Sempat Ain mencubit muka Danish yang comel. Memang kuat tersenyum Danish. Kena cubit pipi pun boleh gelak lagi.

Ain sempat menoleh ke belakang. Melihat suaminya yang mula bergerak meninggalkan tempat itu. Tak tahu Ain nak gambarkan perasaan dia bila melihat mereka bertiga tengah bergelak ketawa. Macam satu keluarga yang bahagia. Hati perempuan Ain mula terusik.



Jarum jam sudah melewati pukul 12 tengah malam. Bayang tubuh Fuadi masih tidak kelihatan. Sampai sahaja ke bilik tadi, Ain cuba untuk melelapkan mata. Tapi bayangan kemesraan suaminya dengan Sofea asyik menganggu, membantutkan niat Ain untuk tidur.

Bunyi pintu dibuka melegakan Ain. Akhirnya pulang juga Fuadi.

Lamanya abang dekat luar?” Tegur Ain perlahan.

Eh, tak tidur lagi Ain?” Sangka Fuadi Ain sudah lena dibuai mimpi.

Tak mengantuk. Mungkin sebab banyak tidur petang tadi kot.” Ain beralasan. Takkan dia hendak bagitahu Fuadi yang hatinya tidak tenang kerana asyik terfikirkan pasal Sofea je.

Ye ke? Kenapa abang rasa macam Ain tunggu abang balik je? Why? Cemburu eh?”Senyuman leret terukir di bibir Fuadi pada Ain yang tengah menyandar di kepala katil, sambil dia terus melabuhkan punggung di atas katil. Itu dia Fuadi. Memang selalu bijak menebak hati Ain.

You better clear out your mind. There’s nothing between us. Nanti buat sakit hati je nak pendam perasaan. Tadi Danish merengek tak nak lepaskan abang. Tu yang abang tunggu sampai dia tidur kat bawah. Lepas je dia tidur, Sofea terus bawak Danish naik bilik.” Panjang lebar penerangan suaminya.

Where’s the father?”

Father? Ain dengar kan Danish panggil abang ‘papa’ tadi. So, of course I’m the father.” Terkedu Ain mendengar jawapan suaminya.

It’s not funny abang.” Kencang rentak jantung Ain mendengarkan jawapan suaminya.

Senyum lemah Fuadi lemparkan pada Ain.

Hmm… Dah malam Ain. It’s time to rest. Cukuplah untuk Ain tahu yang walaupun Danish tu not my biological son, I really do love him. We will talk about this later.” Fuadi terus bangun masuk ke bilik air. Tampak tidak berminat untuk meneruskan perbalan.

Tiada apa lagi yang mampu Ain katakan. Biarpun memang banyak lagi persoalan yang tidak terjawab, Ain akur yang malam itu bukan masa yang sesuai untuk merungkai segalanya. Tapi entah kenapa, bila melihatkan tingkah Fuadi itu, Ain dapat rasakan bahagia yang dia rasakan sekarang akan mula hilang. Malam itu berlalu dengan seribu satu persoalan di benak fikiran Ain.





Pagi ini, mereka solat subuh berjemaah. Selesai solat, Ain lihat suaminya duduk di sofa. Nampak macam dia tidak berminat untuk sambung tidur. Ain rasa ini masa yang sesuai untuk mereka berbincang. Punggung Ain labuhkan bersebelahan dengan suaminya.

Abang, can we have a talk?” Perlahan Ain bertanya. Tak dapat nak agak lagi mood suaminya pagi ini.

About what?” Tanya Fuadi tanpa memandang Ain. Masih leka dengan handset di tangan.

I’m sure you know what I mean.” Tegas suara Ain sambil memandang suaminya.

Fuadi meletakkan handset di atas meja kecil bersebelahan sofa dan terus memandang Ain.

Okay. What do you want to know?” Ain tidak dapat nak tebak apa perasaan Fuadi sekarang. Tiada nada marah pada suaranya.

Siapa Danish pada abang and who’s his biological father?” Mendengar soalan Ain, riak Fuadi yang tadinya tenang terus berubah mendung. Seakan sedang menaggung masalah yang berat.

His father had already dead. 2 years ago, in a car accident. And, he’s my bestfriend. Masa tu Danish baru 5 bulan. Dia amanahkan Danish pada abang and guess what, I really do love Danish. Like my real son.” Sayu suara suaminya.

Rasa simpati tumpah pada nasib Sofea dengan Danisgh. Tak dapat dia bayangkan macam mana susah bergelar ibu tunggal dalam usia muda. Tapi Ain pelik, kenapa dia amanahkan pada suaminya. Takkan la mereka tak ada ahli keluarga yang lain.

Mana ahli keluarga diaorang yang lain?”

Both Hakim and Sofea, diaorang dah anak yatim. Yang ada pun saudara jauh je.”

Habis selama ni macam mana abang tengokkan Danish? Kenapa Ain tak pernah tahu pun sebelum ni?”

Masa abang kat Sabah, abang dengan Sofea tinggal tinggal berjiran. Danish memang membesar depan mata abang and I become his father. Lepas abang dah pindah Kelantan, abang akan jenguk diaorang dekat Sabah like every 2 months.”

Kenapa sebelum ni abang tak kahwin je dengan Sofea? Kan lebih senang nak jaga Danish.” Ain tidak tahu kenapa soalan itu tiba-tiba laju je keluar dari mulut Ain.

Hmm..because she really do love her late husband.” Ringkas jawapan Fuadi.Tapi tidak tahu kenapa Ain rasakan ada sesuatu yang tersirat dalam jawapan suaminya.

Eh, dah pukul 7.30. Ain, pagi ni abang dah janji nak bawa Danish keluar jalan-jalan. Abang makan pagi dengan diaorang. Ain bolehkan breakfast sorang-sorang. Nanti Ain ikutlah Anis pergi jalan. Abang dah text Faliq tadi bagitahu yang Ain akan join diaorang.”

Terkedu Ain. Keluar dengan Danish maksudnya keluar dengan Sofea sekali.

Habis, macam mana dengan our honeymoon?” Perlahan suara Ain menahan rasa di hati.

Please Ain! Sepanjang kita kahwin, abang dah abaikan Danish. So, abang nak tebus balik salah abang tu. Please be considerate. Malam ni kan kita akan dinner sekali untuk majlis reunion tu. So, let me spend my time with Danish sepanjang hari ni.” Sedikit tertekan nada suara Fuadi.

Abang kan boleh je bawak Ain ikut sekali.” Ain tak faham kenapa Fuadi macam nak pinggirkan dia.

Bagi Danish, abang ni papa dia, dan Sofea tu mama dia. Mesti dia tak boleh terima kalau ada perempuan lain dekat dengan papa dia. Lagipun today is the last day diaorang dekat sini. Bila diorang balik Sabah nanti dah susah nak jumpa.” Habis berkata-kata, Fuadi terus ke bilik air untuk bersiap-siap.

But, I’m your wife, and hari ni pun hari last kita kat sini abang.

Kata-kata itu hanya mampu terluah di hati Ain. Harapan dia untuk menikmati percutian yang tenang di Pulau Langkawi sudah terkubur. Apa guna dia di sini, kalau akhirnya dia terpaksa berseorangan jugak. Tiba-tiba Ain rasakan dia sudah membuat keputusan yang salah bila bersetuju untuk mengikut Fuadi datang ke sini. Kalau dia tak ikut, paling tidak hati dia tidak akan sakit menahan cemburu bila melihat tingkah Fuadi sekarang ini.










1 comment: