DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 22 November 2015

JODOH UNTUKKU - BAB 16

BAB 16



Dekat Magrib baru Ain sampai rumah mama lepas seharian keluar dengan Atiff. Nasib baik Atiff tak banyak tanya kenapa Ain tiba-tiba boleh ada dekat KB Mall tadi. Baru je Ain buka pintu rumah, dia bertembung dengan mama dan abah yang nak keluar pergi ke surau.
“Eh, Ain. Abah ingat kamu tak balik malam ni. Mana Fuadi?” Pelik abah sebab dia tak nampak langsung bayang Fuadi. Takkan Ain balik sorang.
Owh. Tak jadi bah. Abang tiba-tiba kena masuk kerja petang tadi. Ganti kawan dia. Tu yang Ain call Atiff minta teman Ain. Ni pun tadi Atiff yang hantar Ain balik. Dia tak boleh nak lama-lama sebab dah magrib.” Panjang Ain punya jawapan. Harapnya abah tak tanya lebih la.
“Hmm kamu ni. Macam-macam. Mama nak pergi surau ni. Kalau nak makan, lauk ada lagi atas meja tu.” Lega Ain. Mama dan abah tak banyak tanya. Kalau tak, Ain tak tahu lagi macam mana nak karang cerita.
Selesai je solat, Ain teringat handphone yang dimatikan tadi. Takut jugak Ain kalau ada call atau mesej penting. Telefon di dalam beg diambil dan terus dihidupkan.
Bertalu-talu bunyi mesej masuk sebaik sahaja Ain hidupkan handphone. Hmm..5 misscall dan 3 mesej dari Fuadi.
Ain buka mesej yang paling last dari Fuadi yang dihantar pukul 6 tadi.
Ain where are you? Dah balik ke? Please answer my call.’ Nampak risau benar Fuadi. Rasa bersalah pula Ain. At least dia bagitahu Fuadi yang dia dah selamat sampai rumah. Lagipun, dia di bawah tanggungjawab Fuadi.
Salam. Ain dah sampai rumah.’ Ringkas mesej Ain. Sekadar nak bagitahu dia dah balik supaya Fuadi tak risau.
Masuk je waktu Isyak, Ain terus solat sebab dia nak tidur awal malam ni.Penat sangat dia rasa. Lebih kepada penat mental sebenarnya sebab banyak sangat fikir pasal hubungan Sofea dan Fuadi tadi.
Baru je Ain bersedia nak tidur, ada panggilan masuk dalam handphone dia. Dari Fuadi. Lama Ain biarkan panggilan tak berjawab. Masih berkira-kira nak angkat ke tak. Kerana tak sampai hati, akhirnya Ain buat keputusan untuk jawab panggilan dari suaminya. Ain baru je nak angkat panggilan bila nada panggilan tiba-tiba dah berhenti. Hmm..tak apelah tak ada rezeki.
Tiba-tiba ada mesej pulak yang masuk. Ain ingatkan Fuadi dah surrender.
‘Ain, kalau tak tidur lagi, please answer my call!!.I’m sure you know what you are doing now is wrong!!..I’m your husband.’ Hmm..Marah nampaknya Fuadi. Tapi, memang Ain tahu, sebagai isteri, Ain dah buat salah dengan Fuadi.
Tak lama selepas itu, telefon Ain berbunyi lagi. Tak mahu menambahkan dosa, Ain terus jawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum.” Ain memulakan salam.
Waalaikummussalam. At last. Dengar jugak suara isteri abang ni. What’s happened Ain? Tinggalkan abang macam tu je.” Marah suara Fuadi.
“You know the answer.” Terus sebak Ain rasa.
“What? Tell me. Of course I don’t know. I’m waiting for you for our lunch. Tiba-tiba hantar mesej macam tu je cakap nak keluar dengan kawan.” Makin marah suara Fuadi.
“Tunggu Ain untuk lunch? Are you sure? Bukan abang dah tengah makan ke dengan Sofea dan Danish masa tu. Tak nampak macam tunggu Ain pun.”
Fuadi gelak tiba-tiba.Sinis je Ain dengar. Mata Ain dah mula berair.
So, you saw me. Ni kes jealous la ni. Please la Ain. Takkan tu pun nak jealous. Perempuan. Memang complicated.” Ya Allah. Geramnya Ain rasa.
“Ni bukan soal jealous. Tapi abang tu. Kalau Sofea dah datang nak ambik Danish, abang patutnya call Ain. Tanya ain kat mana. Biarkan diaorang and cari Ain.” Sedikit keras suara Ain melepaskan rasa di hati.
“Danish kan tengah demam. Lagipun apa salah nya kita lunch sekali dengan diaorang tadi. Takkan abang tiba-tiba nak biarkan Sofea lunch berdua je dengan Danish sedangkan abang memang dah ada kat situ.” Fuadi pun sama, makin keras suara dia.
“Nak tinggalkan Sofea and Danish lunch berdua tak boleh. Tapi biarkan Ain sorang-sorang cari barang untuk majlis kita boleh pulak. So ridiculous. Apa nak herannya kalau Sofea lunch berdua je dengan Danish. Lagipun tadi you’re supposed to be with me, not with them!”
Ain. Benda kecik je. Buat apa nak besarkan. Apa salahnya kita lunch dulu. Lepas tu baru sambung cari barang. Takkan la sikit pun tak boleh nak tolak ansur.”
Nampaknya Fuadi memang takkan mengalah. Still rasa yang dia betul. Ain tak tahu nak cakap macam mana lagi. Kalau tahu macam ni, baik dia tak payah angkat call tadi. At least, malam ni tidur dia tenang sikit.
“Tolak ansur?” Tergelak kecil Ain. Sinis.
“Apa, tak cukup tolak ansur lagi ke Ain selama ni. Tadi pun, sejak dari pagi masa Danish buat perangai, Ain tak bertolak ansur ke? Please la abang. Ni bukan soal tolak ansur, ataupun masalah kecil atau besar. Ni pasal abang.” Perlahan suara Ain. Dah penat nak bertekak dengan Fuadi.
“So, Ain nak mengungkit la ni.” Sedikit tak puas hati suara Fuadi.
“I’m not. Ain tak minta banyak. Satu je. Please treat me as your wife. Kalau abang ingat Ain ni isteri abang, of course abang akan tahu siapa yang patut  abang utamakan. Kalau tadi abang ingat Ain isteri abang, mesti lepas je Sofea datang, abang akan call Ain dulu. Tanya Ain kat mana. At least tinggalkan Sofea kejap,datang cari Ain. Then lepas tu, kalau nak lunch sekali, go ahead.” Sebak suara Ain.
“Please la Ain. Abang..” Belum sempat Fuadi habiskan kata-kata dia, Ain dah menyampuk.
“Hmmm..abang. Ain dah penat. Nak tidur. I’m sorry. Assalamualaikum.” Terus Ain matikan talian. Tak mampu lagi dia nak mendengar kata-kata sinis dari Fuadi. Ain tahu Fuadi mesti geram sebab Ain matikan panggilan tiba-tiba. Tapi nak buat macam mana. Ain dah penat sangat untuk malam ini.
Selepas je Ain matikan panggilan, Fuadi memang dah tak ada call Ain langsung untuk malam itu. Ain rasa Fuadi tahu yang walau berapa kali pun dia call malam itu, Ain tak akan angkat lagi.


Hari ini Ain nak pergi rumah ummi. Nak hantar barang hantaran yang dia dah beli untuk ummi gubah. Sengaja Ain pilih hari ini sebab tahu dia tak akan bertembung dengan Fuadi. Fuadi mesti tengah bekerja. Lagipun, weekdays selalunya Fuadi hanya akan balik rumah sewa dia je.
Ummi baru siap bersarapan dengan ayah masa Ain sampai.
“Ain dah sarapan? Kalau belum ada lagi makanan atas meja tu.”
“Tak ape lah ummi. Ain dah sarapan dekat rumah mama tadi. Ni Ain nak singgah kejap je. Nak hantar barang-barang Ain untuk hantaran nanti.”
“Hah. Dah beli pun. Risau ummi dengan kamu berdua ni. Ingatkan tak beli lagi. Adi pun dah beli barang dia?”
“Dah ummi. Dah bagi dekat mama pun. Ummi, Ain tak boleh lama-lama ni. Dah janji nak jumpa dengan kawan.” Tak sanggup Ain tak bagitahu yang Fuadi belum pun beli barang dia lagi. Tak mahu ummi susah hati fikirkan perangai anak dia. Kalau Ain bagitahu, mesti banyak soalan ummi nanti. Takut terbongkar pula perkara yang tak sepatutnya.
Ain terus bersalam sebelum meninggalkan rumah ummi. Telefon di dalam beg tangan diambil untuk menghantar mesej kepada suaminya.
‘Salam abang. Ain dah hantar barang Ain untuk hantaran nanti dekat ummi. Abang jangan lupa hantar barang abang dekat mama. Jangan lama sangat, takut tak sempat nak gubah nanti.’
 Pandai-pandai lah Fuadi cari barang dia nanti. Ain dah malas nak fikir.
Tiba-tiba ada mesej masuk masuk. Dari Fuadi.
‘Ain tak nak teman abang ke? Abang memang tak pandai bab-bab ni.’ Hmm..Nak ajak Ain teman rupanya.
Sorry. Ain dah serik. Tak mustahil benda sama boleh berulang nanti.’
Ain tahu, nanti kalau tiba-tiba Sofea minta tolong untuk tengokkan Danish lagi, mesti Fuadi terima je. Kalau pasal Danish, memang Fuadi tak reti nak kata tidak.
___________________________________________________________________________
Tinggal 2 minggu lagi sebelum majlis persandingan mereka. Hari ini Ain akan ikut rombongan ex-groupmates dia dulu pergi ke Sabah. Memang mereka dah rancang untuk keluar bersama sebelum exam dulu. Nanti bila dah kerja, dah susah nak cari masa untuk keluar sekali. 5 tahun bersama membuatkan hubungan Ain dengan groupmates dia sangat erat.
Sengaja Ain tak bagitahu Fuadi awal-awal. Nanti banyak pula kena bersoal jawab. Lagipun, hubungan Ain dan Fuadi masih dingin sekarang. Ain ingat, sampai Sabah nanti baru dia nak bagitahu Fuadi. Ain baru sahaja sampai di hotel bila tiba-tiba panggilan dari Fuadi masuk ke handphone dia.
“Assalamualaikum Ain. Where are you now?” Keras suara Fuadi. Mesti dia dah tahu Ain datang ke Sabah sebab tadi mama ada mesej bagitahu Ain yang Fuadi atang rumah mama. Dia nak hantar barang dia untuk dibuat hantaran dekat rumah mama.
“Mesti mama dah bagitahu abang kan. Ain baru sampai hotel.” Perlahan suara Ain. Tahu dia bersalah.
“Tak minta izin abang pun. Bagus sangat perangai Ain ni kan.”
“I’m sorry. Ain ingat dah sampai sini baru nak inform abang. Tapi tak sangka abang tahu dulu.”
“Bagus la sangat. Kalau jadi apa-apa masa on the way tadi macam mana. Abang tahu Ain tengah tak puas hati dengan abang sekarang. But, please. Benda-benda macam ni please inform me first. Ain tanggungjawab abang,” Sudah sedikit kendur suara Fuadi.
Terasa bersalah Ain. Dia memang tak ada alasan kukuh kenapa dia tak bagitahu Fuadi. Yang dia tahu, sebab dia tengah geram je. Tapi walau marah macam mana pun dia dengan Fuadi, Ain tahu dia mesti minta izin Fuadi dulu. Terus Ain rasa tak tenang.
“Abang. Ain salah. I’m really sorry. Abang izinkan Ain tak? Kalau abang marah, just tell me. Ain tak mahu tanggung dosa.”
“Hmm..at least you know what you’re doing now is wrong. Tak ape. Abang izinkan. Just enjoy your holiday. Tenang kan hati. Nanti bila Ain balik, abang harap dapat tengok Ain yang dulu. Takkan pengantin nak bermasam muka kan.” Sedikit berlawak Fuadi.
Thanks abang.” Lega Ain. Sekarang barulah dia rasa tenang nak bercuti dengan kawan-kawan dia.
Ain. Pasal hari tu, I’m really sorry. Abang memang tak pandai nak pujuk-pujuk ni. I just want you to know that I’m really sorry. ” Perlahan suara Fuadi. Nampak sangat yang dia rasa bersalah.
Ain rasa sebak. Teringat kembali kejadian hari itu.
“For this time, Ain maafkan. Ain dah tak nak fikir pasal tu. I know you didn’t mean to hurt me. It’s just that abang tak berapa sensitive pasal perasaan perempuan ni.”
“Thanks Ain. Okaylah. I got to go now. 3 hari je kan Ain kat sana. Jangan pandai-pandai nak tambah hari kat sana. Kalau tak, abang yang pergi sana nanti cari Ain. Love you. Bye.”
Tersenyum Ain. Dia memang tak pandai nak marah lama-lama dengan Fuadi. Kalau dengan suaminya, tak payah hadiah mahal-mahal. Tak payah nak bagi ucapan yang romantik sangat. Bila Fuadi dengan ikhlasnya minta maaf, terus hilang marah Ain. Sebab Fuadi memang jenis susah nak mengungkap maaf. Kalau dia dah minta maaf tu, maknanya memang dia dah betul-betul sedar salah dia.


Malam ini malam terakhir Ain di Sabah. Dia dan kawan dia tengah berborak santai di kedai makan. Peluang ini mereka ambil untuk saling meluahkan apa yang terbuku di hati selama mereka berkawan dan mendedahkan semua rahsia mereka kalau ada. Entah bila pulak mereka semua boleh berkumpul lagi. Sayu Ain rasa.
“Guys. I want to tell something.” Ain pandang Adah yang tersenyum memberikan semangat pada dia. Malam ini dia akan berterus terang tentang perkahwinan dia dengan Fuadi. Semua groupmates Ain sudah mula menumpukan perhatian pada Ain.
“Errr.. Actually I’m married. Dah 6 bulan lebih.” Semua kawan dia terdiam. Buat muka macam tak percaya cerita Ain.
Serious Ain?” Tiba-tiba Faris bersuara memecahkan kebisuan mereka semua. Muka Faris ada riak kecewa.
Bila Ain mengangguk, semua kawan-kawan dia yang terdiam tadi bagaikan baru tersedar. Kepoh mulut masing-masing bertanya pada Ain nak mencungkil rahsia.
“Dengan siapa? Kitaorang kenal ke?” Giliran Atiff pula bersuara.
Ain keluarkan kad jemputan dari beg dia.
“Korang tengok sendirilah. You guys lah orang pertama dapat kad dari aku tau. Nanti lepas ni baru aku invite batchmates kita yang lain.” Terus Ain hulurkan satu-persatu kad pada kawan-kawan dia.
“Dr. Fuadi bt Ahmad Shariff. Ain kau jangan cakap Dr. Fuadi yang kita kenal tu.” Nak tergelak Ain tengok muka Atiff yang nampak sangat terkejut.
“Habis tu Dr. Fuadi mana lagi. Yang tu je lah. Sory guys. Aku pun bersubahat rahsiakan benda ni dari korang.” Adah yang dari tadi diam dah mula menyampuk.
Habis je kata-kata Adah, bergema kedai makan tu dengan jeritan tak percaya kawan-kawan dia. Tapi mereka semua nampak gembira. Mungkin geram je dengan Ain sebab rahsiakan perkara ni dari mereka.
“Habis tu, kenapa dia asyik marah kau je selama ni?” Tanya Ikram.Dalam group Ain, ada dua orang je lelaki. Ikram dan Faris. Lagi lapan semua perempuan.
“Dia memang saje je tu. Suka buli aku.” Tak tahu Ain nak jawap apa. Tapi memang betul pun. Ain rasa Fuadi suka buli dia.
“Congrats la Ain. Kitaorang mesti datang punya. Tapi tu la, kesian dekat kawan kita sorang ni. Dah cakap jangan tunggu lama-lama, kan dah melepas.”Ikram menepuk-nepuk bahu Faris. Ain tak tahu dia berlawak ataupun serious. Tapi Faris memang diam je dari tadi. Hanya senyuman lemah dia hadiahkan pada Ain. Ain harap apa yang Ikram cakap tadi biarlah hanya gurauan.
Malam itu berlalu dengan Ain menjadi fokus diorang. Macam-macam soalan diorang tanya Ain tentang perkahwinan dia ni.

No comments:

Post a Comment