DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 22 November 2015

JODOH UNTUKKU - BAB 19

BAB 19


“Nasib baik awak datang cepat. If not, kalau dah ada bukaan dekat pintu rahim, it’s highly possible that you might have miscarriage. ”
Menitis air mata Ain bila tahu yang kandungan dia masih selamat. Ya Allah, syukurnya. Ain memang tahu yang bleeding semasa awal kehamilan bukanlah sesuatu yang normal. Sebab itu dia cepat-cepat mahu jumpa doktor.
“I’ll give injection untuk kuatkan kandungan awak. For this time being, what you can only do is having enough rest. Please, your pregnancy is still fragile now.” Panjang nasihat Dr. Anisah. Tadi sebab dah kalut sangat, ayah terus drive ke klinik Dr. Anisah yang hanya 5 minit dari rumah. Lagipun, memang ummi dan ayah dah biasa dengan Dr. Anisah.
So,  dah tak payah pergi hospital la ni doktor?” Tanya ummi yang dari tadi hanya mempamerkan riak kerisauan.
“Tak payah. Saya dah bagi injection tadi. Sekarang ni, bila balik nanti, pastikan Ain ni rehat je. Eventhough it is not common, one of the possible causes of miscarriage mungkin sebab terlalu penat.” Ummi mengangguk mendengar penjelasan Dr. Anisah. Riak kerisauan mula hilang dari muka dia, digantikan dengan riak kelegaan.
Sampai sahaja di rumah, kereta Fuadi masih tak kelihatan. Ain tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan dia sekarang. Satu yang dia pasti ialah rasa gembira sebab kandungan dia selamat. Tentang suaminya, memang Ain terasa hati dengan sikap Fuadi.Tapi, dia tak boleh nak salahkan Fuadi sepenuhnya sebab keadaan memang kelam kabut sangat tadi dan dia tahu yang Fuadi sangat risaukan Danish. Hmm.. Ain dah tak nak fikir apa-apa sekarang ni. Dia hanya mahu rehat je sebab dia memang rasa sangat penat sekarang.
“Ain mari makan dulu. Baru rehat. Ain tak makan apa-apa lagi sejak dari tengah hari tadi.” Terhenti langkah Ain yang baru menjejak anak tangga pertama untuk naik ke bilik.
“Ain tak lapar ummi. Rasa nak baring je sekarang.” Tersenyum lemah Ain pada ummi. Sempat lagi Ain meliarkan mata memandang sekeliling ruang tamu. Ada beberapa orang anak kecil yang sedang bergelimpangan tidur di ruang tamu. Tersenyum kecil Ain. Bilik yang ada di rumah ummi memang tak dapat nak menampung semua saudara yang nak bermalam di rumah ummi. Jadi, diaorang tidur je lah mana-mana port yang selesa di rumah ummi ni.
“Kalau macam tu, Ain naik dulu. Biar ummi bancuh susu panas. Nanti ummi bawak naik atas.”
“Eh, tak menyusahkan ummi ke?” Tak sedap pulak Ain rasa sebab dah menyusahkan ummi.
“Apa yang susahnya Ain. Tak payah risaukan ummi. Ain tu yang kena risau diri sendiri. Kena berehat.” Nampak sangat keprihatinan ummi pada Ain.
“Baiklah ummi. Ain naik dulu ye.” Ain tak mahu berdegil lagi. Berhati-hati Ain menyusun langkah naik ke bilik.
Sayu hati Ain bila melihat tempat pembaringan di sebelah dia yang masih kosong. Tak pernah terbayang yang malam pengantin dia akhirnya berakhir begini. Ain baru je membayangkan yang malam ini dia akan berkongsi berita gembira tentang kehamilan dia dengan Fuadi.
Ain rasakan baru sekejap dia terlena bila dia tiba-tiba terjaga kerana terasa pergerakan katil di sebelah dia. Terus dipusingkan badan yang dari tadi mengiring menghadap ke sisi katil.
“Abang baru balik ke?” Tanya Ain bila terpandangkan jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul tiga pagi.
“Hmmm..” Ringkas jawapan Fuadi yang sedang menepuk-nepuk bantal, bersedia untuk tidur.
“Macam mana dengan Danish?” Tanya Ain bila teringatkan pasal Danish. Kalau diingatkan keadaan dia tadi, nampak teruk jugak. Kesian Danish.
“Ok. Dah, tidur lah.” Nampak malas benar Fuadi nak melayan Ain. Penat sangat agaknya. Fuadi terus memejamkan mata dengan sebelah tangan di letakkan menyilang di atas kepala dan sebelah lagi di dada.
“ Tak payah nak buat-buat sibuk pasal dia. Selama ni bukan pernah nak peduli pun.” Perlahan Fuadi menggumam, tapi masih dapat didengari Ain.
Tersentuh hati Ain bila niat ikhlas dia bertanyakan pasal Danish di pandang serong. Tambah sedih bila Fuadi langsung tak bertanyakan pasal dia sedangkan dia sendiri nampak keadaan Ain yang tak bermaya tadi.
“Abang, Ain…”
“Dah, Ain! Tidur.” Terus mati kata-kata Ain.
Bila Fuadi di sebelah sudah memejamkan mata tanda tidak mahu memanjangkan perbualan, Ain hanya mengalah. Sudah hilang rasa keterujaan untuk mengkhabarkan berita gembira tentang kehamilannya bila Fuadi sendiri sudah menunjukkan muka tidak berminat.
Tersedar je pagi itu, Ain lihat Fuadi sudah siap menunaikan solat Subuh. Dikerling sekilas jam di dinding. Pukul 6.15. Hmmm…mungkin Fuadi tidak mengejutkan dia sebab masih awal lagi. Fuadi nampak tengah tergesa-gesa bersiap. Gaya macam nak keluar.
‘Dia nak pergi mana pagi-pagi ni’ Hairan Ain. Masih terlalu awal untuk keluar.
“Abang nak pergi mana?”  Ain tak mampu lagi nak terus berteka-teki sendiri.
“Hospital. Tengok Danish kat ward. Kesian dekat Sofea sorang-sorang dekat sana.”
Owh. Danish masuk ward rupanya. Mungkin tu lah sebab Fuadi nampak serabut sangat semalam. Ain tak tahu nak cakap apa walaupun tak dinafikan ada sedikit api cemburu bila melihat keprihatinan Fuadi pada Sofea.
‘Ya Allah, Ain. Orang tu tengah dalam kesusahan. Jangan fikirkan sangat pasal perasaan cemburu tu.’ Desis hati Ain,cuba berfikiran rasional.
Sedar masa yang makin berjalan, Ain terus tergesa-gesa bangun untuk solat Subuh. Mungkin kerana bangun dengan tergesa-gesa, belum pun sempat kaki Ain mencecah lantai, kepala dia terasa berpusing, ditambah dengan rasa mual yang datang tiba-tiba.
Ain terpaksa merebahkan kembali badan dia ke katil dengan kedua belah kaki yang terjuntai di sisi katil.
‘Ya Allah, morning sickness ke ni?’ Teringatkan diri dia yang sedang mengandung, Ain baru terfikir yang dia mungkin sedang mengalami morning sickness.
“Bangunlah solat. Dah 6.30 ni. Abang pergi dulu.” Sempat Fuadi menegur Ain bila terperasankan Ain yang kembali merebahkan badan ke katil.
Ain hanya mampu memandang Fuadi yang tergesa-gesa keluar dari bilik. Tak mahu terlepas waktu Subuh, terpaksa juga dia menggagahkan diri ke bilik air untuk mengambil wuduk.
Runsing ummi bila Ain tak turun lagi untuk sarapan walaupun jam sudah menunjukkan pukul 9.15 pagi. Semua orang di rumah itu sudah siap bersarapan sebab kebanyakan saudara yang tinggal jauh nak bertolak pulang ke rumah masing-masing pagi ini. Dia tahu yang Fuadi tak ada dekat bilik sebab dia bertembung dengan Fuadi yang hendak ke hospital pagi tadi.
Selepas semua saudara yang tinggal jauh sudah bertolak pulang, ummi mengambil keputuan untuk menjengah Ain di bilik. Sengaja mak long dan mak teh tak bagi ummi mengejutkan Ain sebelum mereka balik tadi sebab tak mahu mengganggu Ain yang mungkin tengah berehat.
Masuk sahaja ke dalam bilik, terus ternampak Ain yang tengah terbaring lemah di atas katil. Ummi mengusap kepala Ain. Risau dia bila melihatkan wajah Ain yang nampak sangat pucat.
“Ain…bangun. Ok tak ni?” Perlahan ummi mengejutkan Ain sambil mengusap lembut kepala Ain.
“Eh.. ummi. Maaf tak turun tolong ummi. Kepala Ain ni, pening sikit.” Lemah jawapan Ain. Dia yang tadinya hanya tidur-tidur ayam terus terjaga bila terasa ada usapan di kepala dia.
“Pening?.. Kenapa tiba-tiba ni? Ada rasa nak muntah tak?” Makin risau muka ummi. Bertalu-talu soalan dia pada Ain.
Tersenyum kecil Ain melihat kekalutan ummi.
“Tak ada apa nak risau lah ummi. Morning sickness rasanya ni. Sebelum ni tak de lah pulak. Dia saje nak bermanja dengan nenek dia kot.” Sempat Ain mengusik ummi sambil bangun untuk bersandar di kepala katil.
“Ya Allah…dari tadi lah ni Ain terbaring lemah macam ni. Fuadi tahu tak ni?”
Ain menggeleng kepala sambil tersenyum pada ummi.
“Tak sempat nak cakap dengan dia pun tadi. Ain pregnant pun dia tak tahu lagi.” Berubah sedikit muka Ain bila mengingatkan pasal Fuadi.
“Haishhh.. Ada suami pun asyik sibukkan hal orang lain je.” Menggeleng kesal ummi dengan tingkah anak lelaki dia sorang tu.
“Ain larat tak nak turun ni? Kalau tak larat nanti ummi suruh Zara bawakan makanan naik atas.”
“Eh, tak ape lah ummi. Boleh je nak turun. Dah ok sikit rasanya kepala ni. Ain nak mandi kejap. Lepas tu Ain turun.”
“Ok lah kalau macam tu. Ummi turun dulu nak kemaskan dapur sikit. Tadi mak long dan mak teh kirim salam. Diaorang dah bertolak balik dah.”
“La ye ke. Tak sempat Ain jumpa diaorang.” Sedikit terkilan Ain.
“Tak apa. Diorang faham keadaan Ain. Nanti boleh jumpa lagi. Ummi turun dulu.” Ain memandang ummi yang berlalu keluar dari bilik sebelum dia pun dengan perlahan melangkah menuju ke bilik air.
Selesai je bersarapan, Ain hanya duduk bersantai di ruang tamu sambil melayan kerenah baby Kak Mia, kakak sulung Fuadi. Semua orang dalam rumah itu berpakat untuk tidak membenarkan Ain membuat sebarang kerja. Nak basuh pinggan sendiri pun tak boleh. Haish..Bosan pulak Ain rasakan. Terpandangkan hadiah perkahwinan yang berlonggok di atas meja, Ain hanya tersenyum lemah. Tak ada hati rasanya nak buka hadiah itu.
Teringatkan tentang rancangan percutian dia dan Fuadi, Ain mengambil keputusan untuk menelefon  suaminya. Mengikut perancangan, tengah hari ini, dia dan Fuadi akan bertolak ke Cameron Highland untuk bercuti selama 3 hari di sana . Mereka perlu menggunakan waktu cuti perkahwinan ini sepenuhnya memandangkan cuti Fuadi yang pendek.
“Assalamualaikum, abang.” Terus salam diberi bila Fuadi mengangkat panggilan.
“Waalaikumussalam..ada apa Ain?”
“Abang dekat hospital lagi ke? Bila nak balik?”
Haah. Not sure yet. Tengok lah macam mana keadaan Danish. Abang tengah tunggu dia kat ward. Sofea balik rumah, rehat.” Nampaknya Fuadi tak ingat langsung tentang rancangan percutian mereka.
Owh. So, macam mana dengan rancangan kita nak pergi Cameron. Jadi ke tak?” Berhati-hati Ain menyusun kata takut Fuadi tersalah tafsir. Memang Ain teringin sangat nak pergi, tapi dia tahu yang Fuadi mesti dahulukan keadaan Danish. Ain hanya mahukan kepastian tentang rancangan mereka.
“Ya Allah, Ain. Can’t you see the situation now?” Keras suara Fuadi.Tepat sangkaan Ain.
I’m just asking. Tak apelah kalau tak jadi pergi. Tak payah nak marah-marah.” Perlahan suara Ain. Ada nada rajuk di situ. Mulut memang kata tak kisah. Tapi, dalam hati, Ain memang hendak sangat pergi. Tambah – tambah dengan keadaan dia sekarang. Ingatkan bolehlah pergi berehat tenangkan hati dekat Cameron.
“Merajuk la ni? Please la Ain. Can you please understand me?” Ada nada tak puas hati dalam suara Fuadi. Memang Ain tahu yang Fuadi tak suka melayan orang merajuk. Tapi, soal hati ni, mana boleh nak kawal. Kalau dah terasa hati, takkan nak bergelak ketawa lagi. Geram pula Ain rasa.
“I’m not. Kan Ain dah cakap tak kisah. Okay lah. Got to go. Bye.” Terus Ain matikan panggilan. Takut lagi lama berbalas kata dengan Fuadi, air mata dia pula yang tumpah.





1 comment: